3 tahun suami tak kerja, nama blacklist. Aku bayar segala hutang, komitmen suami. Sekarang dia ada pangkat, kereta X50, motor besar, ada awek muda

Kereta X70 dia kena bayar. Dia bergaji sembilan ribu ringgit sekarang, rumah besar, kereta besar, hutang tiada. Aku pulak yang takde kerja. Dia bangga dengan duit dia. Bila nama dia dah bersih dari hutang terus beli motor besar, beli kereta baru bawak awek muda..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua sahabat dalam ini. Aku nak minta pendapat semua. Perkahwinan aku pada tahun 2007. Usia perkahwinan hampir 17 tahun. Jadi usia aku sekarang dah masuk 40 tahun. Aku kenal suami pada usia 20 tahun.

Semasa kami dalam tempoh bertunang selama 2 tahun, ada perempuan telefon dan beritahu yang dia telah tidur dengan tunang aku selama ini siap menggugurkan anak hasil hubungan h4ram. Rupanya mereka selalu buat perkara itu di rumah sewa tunang aku waktu itu.

Siang tunang ambil aku dan hantar aku ke pejabat sebab aku tak tahu bawa kereta, rupanya waktu malam dia layan perempuan itu. Aku tak rapat dengan mak aku, jadi aku takut nak putuskan hubungan kami. Aku teruskan juga untuk berkahwin dan dia siap berjanji pegang Al Quran tak akan buat lagi.

Selepas berkahwin, hanya dalam tempoh 3 bulan, suami kantoi mesej dengan perempuan lain. Pendek cerita, dalam tempoh 5 tahun pertama aku selalu nampak dia mesej mesej perempuan. Ada gambar mereka keluar berdua dalam komputer riba.

Suami aku tak bekerja, memang nafkah tak pernah bagi. Makan minum tak pernah bagi duit. Kereta pun tak ada sebab dah kena tarik dengan bank. Nama dah disenarai hitam, nak buat pinjaman apa pun tak boleh. Tapi hidup berlagak, dalam 5 tahun itu keluar masuk rumah macam orang bujang.

Aku bekerja di syarikat GLC, kemudian masuk kerajaan. Aku ada kerja tetap dan stabil. Setiap hari mata aku bengkak menangis tapi aku tetap bekerja. Aku usahakan beli rumah apartmen sendiri, beli kereta walaupun kecil. Satu kereta aku beli tunai untuk aku pakai, satu lagi pinjaman untuk suami pakai.

Pinjaman atas nama aku tapi nombor pendaftaran aku letak nama suami. Suami tak bekerja selama 3 tahun. Aku s4kit pun dia tak pernah jaga aku. Dia keluar malam tinggalkan aku demam terbaring. Tak ada nak belikan makanan atau bawa ke klinik.

Padahal aku ada insurans perubatan syarikat. Disebabkan aku seorang saja yang bekerja, aku sangat berjimat sampai baju sendiri pun tak beli. Pendek kata untuk 6 tahun pertama banyak guna duit aku. Nafkah batin pun dia tak bagi selama 5 tahun sebab dia banyak keluar rumah gaya orang bujang.

Dia selalu balik 3 pagi. Tapi mak mentua dah bising aku tak mengandung, jadi aku usahakan. Tapi cuba pembaca fikir, macam mana aku nak mengandung kalau tak ada hubungan suami isteri. Aku bukan Maryam. Aku buat IUI, jumpa doktor Hamid, buat rawatan. Akhirnya dapat mengandung secara normal. Alhamdulillah. Walaupun s4kit, aku lalui juga.

Selepas dapat anak, baru nampak sedikit perubahan. Susu anak, duit sewa rumah dia bayar. Ada sedikit duit yang suami keluarkan, tapi nafkah untuk aku masih tak ada. Baju untuk aku pun tak pernah dapat. Dia mula bekerja waktu ini, nama dah tak disenarai hitam terus beli motosikal besar harga tujuh puluh ribu ringgit.

Masa anak umur 4 tahun, aku terp4ksa berhenti kerja kerajaan sebab anak tak nak masuk taska. Semua nak aku buat. Dah jadi suri rumah, lagiIah semua hal rumah dan anak aku buat sendiri. Kena masak untuk makan. Kalau makan luar, aku yang kena bayar. Keadaan masih sama. Baju anak, baju aku, baju raya aku, semua aku kena bayar walaupun aku tak bekerja. Aku habiskan duit simpanan dan guna kad kredit.

Suami mula pandai maki hamun. Dalam tempoh aku tak bekerja itu umur aku 34 tahun. Memang tak ada sumber kewangan dan masih ada komitmen kena bayar tapi aku diam saja. Suami balik 2 atau 3 pagi aku tak pernah tanya. Aku fokus jaga anak. Dia selalu keluar tinggalkan aku pergi kenduri, balik kampung aku bawa anak. Dia layan aku macam musvh.

Pernah sekali dia tumbvk aku dalam kereta depan anak umur 4 tahun. Sebelum itu tak ada berg4duh mulut pun. Tiba – tiba dia tumbvk leher aku. S4kit sangat sampai ke saraf dan sampai hari ini aku masih rasa s4kit itu. Puncanya dia berhenti kereta dan tidur tepi jalan.  Dah hampir sejam aku cakap nak berbuka puasa. Terus dia tumbvk aku. Anak di tempat duduk belakang.

Bila dilayan macam ini, aku fikir aku kena cari jalan sebab aku tak bekerja. Aku jual rumah apartmen yang sebelum ini aku buat rumah sewa. Suami pun dah beli rumah waktu ini. Ada duit hasil jual rumah. Alhamdulillah aku boleh bernafas. Boleh sambung bayar hutang dan pergi bercuti luar negara. Aku bawa satu keluarga guna duit itu.

Tapi masa bercuti yang aku bayar itu pun suami banyak kali maki aku. Semua duit aku tanggung hotel dan tiket penerbangan. Dia jual dua kereta aku dan ambil hasil jualan sekitar sepuluh ribu ringgit. Duit jual rumah pula dia minta aku bayar dekat dia sepanjang duduk dengan dia.

Aku pindahkan sepuluh ribu ringgit. Hutang kad kredit dia pun aku selesaikan tiga ribu ringgit dan aku bagi tunai tiga ribu ringgit. Semua sebab sayang. Rupanya dia keluar dengan perempuan lain bila beli kereta baru. Dalam tempoh 13 tahun ini, memang dia tak bagi nafkah.

Baju raya anak, makan minum aku, semua aku tanggung sendiri. Bila jual rumah, dia jadi perlahan sikit dan kurang maki hamun. Ada sekali kami berg4duh aku s4kit masuk hospital. Dia marah aku dan cakap jangan ingat aku ada duit sekarang aku boleh tinggalkan dia.

Banyak kali dia cakap cash is king sebab hasil jual rumah aku ada untung enam angka. Dia kata sedap duduk rumah tapi ada banyak duit. Rumah dia kena bayar. Kereta X70 dia kena bayar. Dia bergaji sembilan ribu ringgit sekarang, rumah besar, kereta besar, hutang tiada.

Sekarang aku tak ada kerja. Aku cuma berg4ntung pada simpanan sedikit. Aku besarkan anak macam ibu tunggal. Dia tak pernah teman aku ke mana mana. Beli belah dan makan pun tak. Aku memang keluar sendiri ke mana – mana. Cuma bila ke rumah keluarga dia saja dia bawa.

Yang lain aku hidup sendiri. Dia hanya baik dengan adik beradik dia, keluarga dia, mak dia, kawan pejabat dia dan jiran lepak sampai 3 pagi. Dengan aku saja dia layan macam musvh selama ini. Selama 7 tahun nama dia disenarai hitam aku bersabar dan guna duit aku semasa kerja GLC sampai berhutang sendiri. Baju sendiri, nak bagi ibu bapa pun aku tak mampu sebab tanggungjawab dia jadi tanggungjawab aku.

Sekarang dia berpangkat dan bergaji sembilan ribu ringgit. Kereta X50, motosikal berkuasa tinggi. Tapi buat suka hati balik 3 pagi. Keluar dengan perempuan belakang aku. Dia ada telefon lain yang dia sorok. Hidup bila di luar. Ada perempuan bertudung nipis, muda, rambut terdedah.

Anak isteri dia suruh tutup aurat siap suruh pakai stoking. Aku memang bertudung cuma dulu tak berstoking. Sekarang aku dah berstoking. Akaun bank aku semua dia nak tahu. Kata laluan emel, akaun bank, KWSP semua dia nak tahu. Aku selama 15 tahun tak pernah tahu kata laluan bank dia.

Tahun 2023 aku beranikan diri bersuara. Duit urusan anak semua aku kena bayar sendiri dan simpanan dah habis sebab bayar hutang dan komitmen. Baru dia bagi seribu ringgit sebulan. Aku boleh bernafas sekejap tapi dia macam marah. Makan luar, makan sekolah anak, yuran anak, baju anak, baju raya anak dan kehendak anak barulah aku boleh beli. Tapi dalam tempoh itu dia layan aku macam musvh dan rendahkan aku.

Hati aku dah taw4r. Benci sampai aku tak mampu senyum. Raya tahun 2024 aku jumpa telefon dia yang disorok. Kertas dinding ada gambar perempuan muda. Ada kata laluan dan aku tak dapat buka. Aku benci sebab dia narsistik, ada masalah kawalan emosi, maki hamun, tak hormat aku dan keluarga aku. Mak aku pula benci aku sebab aku berhenti kerja lepas 16 tahun tanpa beritahu mak aku.

Mak aku memang maki aku sebab berhenti kerja. Dia kata nanti tak dapat duit. Dia selalu bandingkan kakak aku bagi lima ratus ringgit, aku bagi seratus lima puluh ringgit. Gaji aku dulu seribu lapan ratus ringgit saja. Suami aku pernah sound mak aku jangan jumpa mak dia lagi. Mak aku tak nak jumpa aku, suami dan anak aku dah 6 tahun. Aku tak balik. Pernah waktu raya aku datang, mak aku tak nak salam tangan anak dan hempas pintu.

Mak aku benci aku sebab aku berhenti kerja GLC dan kerajaan tanpa beritahu dia dan sebab benci suami aku yang pernah sound mak aku. Sekarang aku tak ada keluarga. Bila ibu membenci, autom4tik anak aku pun tak dapat ke rumah mak aku walaupun jarak cuma 10 minit.

Adik beradik tak sokong sebab mereka takut mak aku marah mereka. Mak aku cakap aku boleh hidup senang sebab dia kahwinkan aku dengan suami. Sekarang mereka pulaukan aku masa kenduri dan raya. Hari biasa ada keluar sorok – sorok dari mak aku.

Raya aku tak dapat balik rumah keluarga aku sebab hal suami dan mak aku. Aku jadi murung sampai anak aku jadi m4ngsa. Aku marah dan pukuI anak teruk. Tapi dua tahun kebelakangan ini aku sedar itu salah aku. Aku dekatkan diri dengan Allah dan aku jadi lebih tenang. Aku berubah perlahan – lahan dan aku tak marah anak aku lagi.

Soalan aku, kalau aku nekad tuntut cerai tahun ini pada usia 40 tahun, anak umur 10 tahun, aku tak bekerja, cuma ada kad kredit, simpanan sedikit dan hutang sedikit, betul ke tindakan aku. Kereta dah tak ada. Semua atas nama suami sebab tiga kereta aku dia dah jual.

Duit dia ambil dan dia beli satu kereta Axia. Dia bayar dan aku pakai. Nama kereta atas nama dia. Umur 40 tahun dah hampir 50 tahun. Terlambat ke aku untuk cari bahagia. Tinggalkan rumah besar yang dah diubah suai, kereta pun milik suami.

Orang cakap luaran nampak kaya tapi emosi dan mental aku tak bahagia. Ya emosi dan mental aku terjejas selama 9 tahun kebelakangan ini. Apa nasihat sahabat semua dan betul ke tindakan aku ini. Terima kasih admin luluskan. Maaf ayat tunggang langgang. Bahasa Melayu SPM aku dapat lima.

Komen Netizen :

Nur Suha : Tak pernah terlewat puan. Puan berhak untuk bahagia walaupun umur dah 40 sebab bahagia tak pernah ada had masa. Setiap manusia Allah uji berbeza. Percayalah setiap ujian itu untuk mengangkat darjat h4mbaNya. Aku kagum dengan puan sebab puan boleh bersabar dan bertahan sampai sekarang.

Bukan mudah lalui apa yang puan lalui. Puan wanita yang kuat dan hebat. InsyaAllah pasti ada ganjaran di sisiNya. Teruskan berjuaang untuk kebahagiaan puan. Jangan menyerah sebab di setiap kesusahan pasti ada jalan keluar. Kalau puan perlukan khidmat nasihat peguam, aku cadangkan puan ke Klinik Guaman Fakulti Syariah dan Undang Undang USIM. Mereka sediakan konsultasi percuma dan secara dalam talian. Ada hak yang puan boleh tuntut seperti harta sepencarian. Puan berhak. Aku doakan urusan puan dipermudahkan dan dipilih jalan terbaik.

Wawa Syafi : Sis dah banyak buang masa, buang duit, buang air mata untuk lelaki yang tak bertanggungjawab. Sekarang masanya sis lepaskan semuanya dan cari kebahagiaan sendiri. Sis berhak bahagia. Hidup hanya sekali. Kita hidup nak gembira, bukan nak tanggung beban yang meny4kitkan. Sis bangkit demi anak. Anak sis dah besar nanti dia akan faham. Aku doakan urusan sis dipermudahkan dan suami sis terima akibat perbuatan dia.

Rosha Mieza : Sis, aku bercerai dengan bekas suami umur 39 sebab bekas suami mudah lafaz talak dan malas nak hadap aku. Aku nikah lain tanpa ada perasaan sangat pun pada suami sekarang. Umur 40 dapat anak perempuan, umur 42 dapat anak lelaki dan mula cari kerja lain.

Alhamdulillah dah 10 tahun perkahwinan kedua. Aku cuma nak beritahu belum terlambat untuk kau cari bahagia sendiri. Kalau kau kuat dan nekad, keluarlah dari perkahwinan itu. Tapi kalau kau rasa boleh bersabar dan reda, bertahanlah. Doa banyak supaya dia berubah. Kalau nak keluar, tuntut harta sepencarian itu saja yang aku nak beritahu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :