3 tahun tanggung suami biawak hidup. Kalau saya tak bagi duit, dia tumbvk segala perabot, ugvt nak jual harta benda saya

Kereta motor yang ada semua milik saya. Saya sorok kunci motor, diambilnya kunci kereta saya. Saya tak isi minyak kereta, diamvknya, mogok tak pergi kerja. Tak buat apa di rumah, hanya tengok tv. Saja nak s4kitkan hati saya..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Saya Una. Saya dah berkahwin 7 tahun. Saya dan suami tidak mempunyai anak sepanjang 7 tahun perkahwinan kami. Apa yang saya boleh katakan, bukanlah kami tak mahu, tapi mungkin belum ada rezeki. Kadang – kadang, saya tahu ianya adalah yang terbaik untuk kami.

Saya berkelulusan master degree manakala suami pula mempunyai SPM. Saya bukanlah jenis perempuan yang memilih dan sekarang baru saya faham bila orang kata kenapa kita harus cari ‘sekufu’ bila nak kahwin. Suami saya bekerja biasa dengan pendapatan biasa.

Saya pula bekerja sendiri dan mempunyai pendapat 10x ganda lebih dari suami. Saya horm4ti suami saya. Tidaklah saya menolaknya dari sebelum kahwin walaupun saya tahu jumlah pendapatannya. Di pertengahan perkahwinan kami, PKP melanda.

Banyak benefit syarik4t suami yang ditarik, maka suami saya berhenti kerja. Kami sama – sama bercadang ingin membuka satu bisnes bersama – sama dengan 90% modal adalah dari saya. Suami saya memang seorang yang rajin bekerja.

Saya nampak minatnya yang mendalam pada bisnes yang kami usahakan ni. Nak dijadikan cerita, bisnes yang diharapkan umpama tak menjadi. Simpanan saya bernilai ratusan ribu dan modal bisnes hangus sebegitu sahaja. Saya mula tertekan.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. 3 tahun bisnes saya tidak mendatangkan hasil malah saya terp4ksa menanggung kerugian yang teruk. Tambah teruk, pekerjaan saya yang dulunya rancak, kini tidak serancak dulu, maka terputuslah sumber pendapatan saya sendiri.

Saya terp4ksa menggunakan semua simpanan yang ada termasuk barang kemas, aset yang ada untuk membantu suami, membayar komitmen, menanggung hutang dan segalanya. 3 tahun bisnes kami masih berjalan, tetapi tidak membuahkan hasil.

3 tahunlah saya hidup tanpa nafkah kewangan dari suami. Segala perbelanjaan dapur, sewa rumah, bil – bil, komitmen lain semua ditanggung saya. Malah, belanja poket suami turut saya beri. Makan pakai suami juga di bawah tanggungan poket saya.

S4kit saya dan s4kit suami, juga saya tanggung termasuklah bil – bil kIinik dan segala perbelanjaan haiwan – haiwan peliharaan kami. Lama – kelamaan simpanan saya hampir habis 99% dan saya tak mampu nak tanggung lagi dah. Kesihatan mental saya sem4kin terjejas kerana beban tanggungan.

Setahun ini, saya kerap berg4duh dengan suami kerana masalah kewangan. Juga kerana saya tertekan dan selalu rasa seperti tiada siapa dapat menolong saya. Saya cuba berbincang kepada suami, tapi selalu diakhiri dengan perg4duhan kerana suami seorang yang baran, tidak boleh menerima tekanan dan selalu merasa saya ini mengungkit atas pemberian saya.

Bulan ini saya tidak punyai apa – apa dah. Saya tidak mampu membayar walau sedikit pun komitmen. Maka saya meminta suami mengusahakan sesuatu dan menghentikan bisnes kami. Suami saya meng4muk. Suami saya merasa saya memaksa dia mencari pekerjaan lain.

Saya kata, bisnes kami hanyalah liabiliti pada saya. Buat apa diteruskan kerana ianya bebanan pada saya. Suami saya tak berpuas hati kerana ianya seperti saya menghalang minatnya. Antara minat suami dan saya? Saya yang terk0rban.

Suami saya menumbvk perabot – perabot di dalam rumah, mengugvt untuk menjual harta benda yang ada, dan bermacam – macam lagi yang dibuat bagi menambahkan lagi tekanan pada saya. Sepanjang 3 tahun ini, saya tak nafikan, hormat saya pada suami saya sem4kin berkurangan. Kerana saya nampak keterbatasan suami menyelesaikan masalah.

Setiap masalah yang muncul atau dicipta sendiri oleh suami saya, mesti saya yang akan selesaikan, baik dari segi duit atau apa sahaja. Suami cakap dia nak jual segala harta benda kami. Tapi disuruhnya saya yang jual. Suami cakap nak bantu cari duit, tapi disuruh saya yang fikir macam mana nak cari.

Suami cakap nak bantu selesaikan masalah, tapi saya jugalah yang keluar kertas dan pen mencatat segala penyelesaian. Saya nampak seperti suami saya dah hilang sifat berdikari. Hulur tangan, minta duit, sentiasa ada orang beri. Tak perlu pening fikir mana nak cari. Hari – hari mulut sentiasa ada orang yang suap.

Jika saya tak sediakan makanan, meng4muk, sentap, marah – marah saya seperti saya tidak jalankan tanggungjawab. Suami saya pula seperti tak memahami masalah kewangan kami. Tak pandai berjimat. RM100 saya boleh simpan 3 hari. RM100 padanya boleh dihabiskan sehari.

Sejujurnya saya tidak tahu selama mana lagi saya mampu memikul beban seorang suami ini. Bukan lah saya tak sanggup bersusah dengan suami. Tapi saya rasa seperti suami sedang mengambil kesempatan pada saya dan menjadikan saya ni sekadar ATM dia. Atau lebih teruk, saya ni suami pada dia.

Tekanan yang saya lalui bertambah teruk sehingga menjejaskan mental saya. Setiap kali berg4duh, suami mengugvt macam – macam sehingga saya tak tahan lagi. Saya call Talian Kasih untuk minta bantuan. Tapi diperlekehkan suami.

Suami kata saya psycho dan berdrama. Jika saya kata saya nak ke hospitaI, suami rasa seperti saya hanya mengada – ngada dan lembik. Saya jadi begini kerana saya tidak mempunyai tempat untuk mengadu. Saya malu beritahu kepada keluarga saya.

Suami pula tak baik dengan keluarganya jadi hubungan kami dengan keluarganya jadi renggang walaupun saya tiada masalah dengan mereka. Saya tak punya kawan rapat selain dari suami. Hanya suami lah tempat saya meluah. Tapi suami yang saya harapkan, hanya menambah bebanan.

Saya buntu. Suami kata nak bantu saya cari duit, tetapi jujurnya saya tak nampak apa yang dibantu. Habis – habis saya jugak yang kena selesaikan nanti. D0sakah kalau saya cakap saya seperti menanggung biawak yang hidup?

Setiap kali berg4duh, suami akan kata takkan minta duit saya lagi dah. Hari esok bangun tidur, benda pertama yang diminta adalah makan dan duit juga. Seperti janji – janji kosong. B0dohnya saya seorang perempuan berpelajaran tinggi yang mampu hidup selesa sendiri, tapi kena menanggung seorang suami yang tak mampu nak cari makan untuk diri sendiri pun.

Talian kasih yang saya hubungi hanya dapat menenangkan saya buat seketika. Saya ajak suami untuk pergi ke kaunseling tapi dijerkahnya. Ditempelak dengan balingan barang – barang di dalam rumah. Saya putus asa. Saya bukan putus asa dengan Allah.

Saya putus asa dengan suami saya. Saya tak kahwin dengan seorang lelaki untuk menanggungnya. Bukan ini yang saya pinta. Saya mula cari jalan penyelesaian. Saya mula nampak, masalah terbesar saya bukanlah kewangan tetapi SUAMI saya.

Bermacam cara saya cuba untuk sedarkan suami saya. Saya berhenti berinya duit dan makanan. Suami saya sentap seperti budak kecik. Dibawaknya segala bantal selimut dan tidur berasingan. Tak bercakap dengan saya dan tak memandang muka saya.

Malah jika saya memanggilnya, dia menjeling dan tidak melayan saya umpama saya seperti dinding. Saya guna cara lain. Kereta motor yang ada semua milik saya. Maka saya simpan kunci motor. Diambilnya kunci kereta. Saya tak isi minyak kereta, diamvknya, mogok tak pergi kerja. Tak buat apa – apa di rumah hanya tengok tv. Sengaja buat saya s4kit hati.

Saya teringin sangat nak keluar dari rumah ini dan hidup sendiri. Tapi saya taknak keluarga saya tahu. Family saya kerap datang ke rumah saya jadi saya terhimpit. Lebih maIang, semua orang ingat suami saya yang menanggung saya.

Tambahan pula, segala harta benda saya 99% di dalam rumah ini, suami pula hanya ada 1% barangnya di rumah ini. Susah untuk saya keluar dari rumah ini memandangnya hampir semua yang ada di dalam rumah ini adalah milik saya.

Saya nak suami saya mampu berdikari. Jika tak dapat tanggung saya pun, sekurangnya tanggunglah diri sendiri. Malulah pada Allah kerana membiarkan nafkah isteri. Malulah pada keluarga kerana membiarkan isteri menanggung dari kepala hingga ke kaki.

Malulah pada diri sendiri kerana membiarkan isteri menjadi suami. Itu sahaja yang saya pinta buat masa ni. Bantu saya semua. Saya perIukan segala nasihat yang ada. Dan tolonglah, perceraian bukanlah salah satu sahaja jalan yang ada. Kalau saya tak dapat ubah suami saya, bantulah saya cari jalan keluarga yang dapat selamatkan diri saya. – Una (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Hani Mynis : Maaf kalau sedikit kasar. Ini lah jadinya bila kita sayang orang lebih dari diri sendiri. Puan secara tak langsung beri peluang pada suami untuk dimurkai Allah. Kasihan pada diri sendiri dulu Puan. Semoga dimudahkan urusan Puan.

Siti Aminah Ahmad : Tahu apa masalah puan? Puan tahu punca masalah dan tahu jalan keluar tapi tidak mahu terima hakik4t tersebut. Tanya lah diri sendiri adakah suami puan jalankan tanggungjawab sebagai suami? Then list down good and bad if you still want to be with him.. hope u can see clearly.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.