Suami pegang kaki aku, kejar aku ke sana sini semata – mata nak kunci kereta. Aku jumpa rambut perempuan panjang berw4rna blond dan satu lagi rambut pendek w4rna hitam separuh pink separuh. Rambut itu terbelit di gear.
#Foto sekadar hiasan. Sebenarnya dulu aku kahwin hanya bertahan selama dua bulan. Aku larikan diri dengan meIanggar taklik langkah pintu pagar sebab setiap hari kena pukuI sejak seminggu selepas kahwin. Masa itu aku mengandung dua bulan juga.
Dia nak gugurkan anak dalam kandungan sebab aku hanya sandar pada meja. Kononnya itu memud4ratkan anak dalam perut. Aku kata tak kena perut pun, lepas itu terus dia nak suruh aku gugurkan kandungan dan halau aku keluar
Kalau tidak, dia ugvt nak tamatkan riwayat aku dengan anak esoknya. Dia dulu duda anak satu. Aku rasa akulah isteri paling baik masa itu sebab tak pernah menjawab walaupun sepatah, dan tak pernah pun Iawan mata balik kalau dia tengah marah.
Walaupun aku sendiri tak tahu pun kenapa dia marah. Bila aku tanya kenapa marah, dia akan lebih cepat naik tangan dekat aku. Selepas tiga tahun, aku kahwin lagi dengan seorang lelaki bujang umur 29 masa itu, aku umur 27 tahun.
Punyalah ramai aku memilih sebab tak nak macam bekas suami dulu. Tak nak yang suka marah tak tentu pasal dan yang seangkatan dengan per4ngai bekas suami dulu. Akhirnya aku pilih dia ni, yang tak suka marah – marah dan boleh bertolak ansur. Aku tak kisah dia kerja gaji tak besar manapun.
Apa yang dia dah buat? Seminggu selepas kahwin, aku dapat tahu dia ada lagi hutang along RM500 sebulan, walaupun dia dah bersumpah tak ada sembunyikan apa – apa sebab aku dah ugvt kalau aku dapat tahu sehari sebelum pun, aku akan batalkan nikah. Aku pujuk hati sebab aku dah kahwin.
Selama setahun kahwin dengan dia, belum pernah dia belikan aku apa – apa walaupun air sirap secawan. Belum pernah dia belikan barang dapur seperti sayur, ikan, ayam kecuali suruh aku beli dengan bagi sekeping not RM50 tanpa baki balik.
Setiap bulan bila dapat gaji, dengan berlagaknya bagi duit sikit kat aku, tapi tengah bulan minta balik melebihi yang dia bagi. Aku tahan lagi dapat suami yang tak reti bertanggungjawab dan tak memahami. Aku tak marah dia lagi.
Sampai dia nak anak, aku mengandung nak bagi dia anak perempuan. Aku alahan teruk setiap minggu keluar masuk wad di HKL. Dia tak pernah bawakan apa – apa. Malah datang minta duit dan cakap tak makan lagi. Kalau aku cakap tak ada duit, dia siap cakap dia tahu aku sorok duit kat mana. Aku okay lagi, jaga makan pakai, layan kehendak sebagai isteri.
Terakhir sekali, aku kena tahan wad tiga minggu di PPUM sebelum operate sebab uri bawah. Pun tak pernah bawakan aku apa – apa. Datang tiap – tiap hari, tapi hanya lima minit dengan tangan kosong walaupun aku minta dia bawakan air kelapa setiap hari untuk bersihkan kulit bayi. Tak pernah bawa.
Aku suruh beli air selusuh siap bagi contoh kotak pun tak beli. Aku cakap dari minggu pertama masuk wad aku nak makan McD. Akhirnya sehari sebelum operate, aku dapat makan pun sebab mak ayah aku belikan. Mereka baru sampai dari Terengganu semata – mata sebab aku nak operate, bukan dia yang beli.
Siap minta izin nak datang tiga hari sekali sahaja daripada datang setiap hari. Baik tak payah datang kalau tangan kosong dan muka macam tu, buat malu saja laki macam tu. PukuI 3 pagi aku terjaga, dia tidur terbongkang di luar.
Aku keluar masa itu juga lepas cari kunci kereta yang dia sorokkan dalam poket seluar bawah sofa dekat kepala dia. Aku keluar pergi rumah kawan di PJ. Korang nak tahu lagi? Duit tabung adik aku sebanyak RM100 lebih pun ghaib, telefon aku yang tinggal di rumah pun lesap, dan cincin emas putih kecil cenonet pun hilang. Dia jual.
Aku bawa balik kereta tu, tapi dia siap ugvt nak jual semua perabot dalam rumah kalau aku tak pulangkan kereta malam itu juga. Dia masuk rumah selepas kahwin dengan aku hanya bawa tiga helai seluar dalam, seluar, baju, dan tuala yang dah koyak. Itu saja. Beg pun pinjam beg aku. Ada hati nak jual semua barang – barang rumah.
Sekarang aku dah halau dia, tapi susah nak buat dia keluar sebab muka tak tahu malu. Setiap kali balik ke rumah, dia pegang kaki aku, kejar aku ke sana sini semata-mata nak kunci kereta. Sampai aku kena kunci diri dalam bilik air.
Aku jumpa rambut perempuan yang panjang berw4rna blond habis, dan satu lagi rambut pendek rebond w4rna hitam separuh pink separuh. Sah – sah dari dua kepala berbeza. Rambut itu terbelit di gear. Dia kata apa? “Aminah tumpang balik sebab dah pukuI 12 lebih. Kesian perempuan tu.” Aminah? Apa kelas nama Aminah zaman sekarang ni? Kalau ya pun, Amy ke kan?
Aku halau dia sebab setiap kali balik seminggu sekali, dia balik pun nak cari pasal dengan aku. Hari itu, aku, adik, dan anak yang umur tiga tahun tengah buka puasa. Dia tu tak puasa. Sebab anak yang empat bulan tu sedu (anak kandung dia la kira, yang tiga tahun tu anak tiri dia), terus dia marah aku, cakap aku tak pandai jaga anak.
Dia datang tumbvk meja dekat dengan batang hidung anak lelaki aku yang tengah nak suap nasi. Aku baru sempat gaul nasi, tak sempat nak suap lagi. Akhirnya aku bertinju dengan dia sebab geram. Nasi pun aku tak sempat makan.
Aku ambil anak masuk bilik. Akhirnya, dia yang habiskan semua nasi dan lauk, sedangkan dia nampak aku yang puasa ni tak sempat makan. Dia cakap, “Puasa dan sembahyang tunggang – tungging buat letih saja sebab tak layan aku.”
Bilik aku kunci walaupun aku ada di dapur sebab aku tak nak ada lagi barang hilang yang dia jual. Sekarang dah dua bulan berlalu. Persoalan aku yang pertama, orang luar boleh kata jangan cerai sebab fikirkan anak tak dapat kasih sayang ayah.
Perlu ke aku, semata – mata nak bagi kasih sayang ayah pada anak, aku terp4ksa tahan d0sa bencikan suami, tak layan suami? Sumpah aku sep4k ter4jang dia kalau dia sentuh aku lagi. Persoalan kedua, perlu ke anak lelaki aku ada bapa tiri kalau macam itu per4ngai?
Anak aku tak pernah sebut papa dia pun selama ini. Aku tanya, “Adam tak ingat papa?” Dia jawab, “Tak, papa jahat, papa guna kereta mummy, papa minta kunci dengan mummy.” Terk3jut aku bila anak aku jawab macam tu, padahal dia baru genap tiga tahun empat hari lepas.
Bila dia tengok aku tolak – tolak dan tumbvk papa dia, dia akan ikut sep4k papa dia. Maksudnya dia tahu siapa yang salah. Aku bukan sengaja nak g4duh depan dia, tapi kadang – kadang dia ser4ng aku depan budak, terp4ksa aku elak. Kalau lari terus masuk bilik, nanti anak aku lagi kelam – kabut.
Dulu aku m4ngsa suami kaki pukuI, sekarang aku m4ngsa suami kaki tipu plak. Salah aku ke kalau jadi janda kali 2? Mesti semua mak – mak tak nak dah ambik aku jadi menantu diorang sebab aku ni 2 kali pegang title janda. Pilih punye pilih dulu akhirnya aku dapat kaki penyangak gak.
Dulu sebelum kahwin, mulut manis kata, gaji nak aku pegang. Lepas kahwin, gaji pun tak cakap dapat berapa. Bila minta slip gaji, dia janji “esok, esok,” sampai sudah tak ada pun. Kalau marah, buat muka b0doh, mata terkebil – kebil pandang aku balik.
(Bab ni yang paling aku geram, last – last malas nak cakap apa dah.) Akhirnya aku malas nak layan, tanya pun tak ada guna. Akhirnya aku diamkan saja, terus dia lenyek kepala aku. Suruh beli pampers anak sekeping pun tak pernah beli.
Kata sayang anak konon. Sampai anak sedu pun dia datang tumbvk meja dan cakap aku tak pandai jaga anak. Rasa nak saja aku jawab, “Kalau aku tak pandai jaga anak, tak adalah si Adam ni sihat walafiat elok saja walaupun tak ada ayah dia.” Apalah nasib tapi aku lebih rela jadi janda kali ke 2 dari makan hati dan tanggung d0sa jadi isteri derh4ka.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.