30 tahun kahwin, suami ada 30 orang skandal. Aku rahsiakan dari anak-anak, jaga maruah dia. Paling giIa, dia nak kahwin dengan bibik aku umur 21 tahun

Umur suami dah lewat 50-an. Baru ni suami terus terang, dia berkenan pula dengan budak umur 22 tahun. Mula – mula dia sembunyikan. Tapi sebab niat nak kahwin, akhirnya dia buka mulut juga pada aku. Mulanya aku setuju. Satu malam..

#Foto sekadar hiasan. Aku sekarang umur pertengahan 50an, suami aku lewat 50an. Kami kahwin dulu pun pilihan keluarga. Rumahtangga kami boleh dik4takan biasa – biasa saja. Nak kata bahagia sangat pun tidak, nak kata d3rita pun tidak.

Anak kami ada 4 orang, semuanya dah besar dan masing – masing ada haluan sendiri. Tapi masalah besar dalam hidup aku ni adalah per4ngai suami aku yang dari dulu sampai sekarang memang tak boleh tinggal dengan skandal. Bayangkan, masa muda lagi dia dah mula buat per4ngai.

Masa bertunang pun dia boleh sibuk nak mengorat perempuan lain. Kalau aku tahu masa tu, memang aku tak akan kahwin dengan dia. Tapi apakan daya, benda tu aku tahu lambat, bila dah masuk ke dalam ik4tan rumah tangga. Nak undur masa memang tak boleh. Jadi aku telan sajaIah.

Dia pandai juga jaga hati aku, pandai sembunyikan skandal – skandal dia. Tapi benda macam tu mana boleh sorok lama kan? Hujung – hujung pecah juga. Aku rahsiakan semuanya daripada anak – anak. Maruah bapa mereka aku jaga. Aku ni, mula – mula memang marah, menangis, s4kit hati.

Tapi bila dia mula pujuk, bagi janji manis, hati aku lembut balik. Aku bukan tak tahu, cuma aku malas nak berg4duh. Aku fikir lebih baik hidup aman, sebab kalau asyik g4duh pun penat. Jadi aku pilih diam. Bayangkan, 30 tahun kahwin, rasanya skandal dia ada 25 sampai 30 orang.

Setiap tahun ada, kadang – kadang sampai 2 – 3 orang dalam satu masa. Apa yang mereka sembang aku tak tahu, tapi aku boleh agak mesti ada ayat – ayat Iucah, gambar sana sini, ada juga yang isteri orang. Aku rasa mungkin setakat ringan – ringan je, sebab kalau lebih daripada tu mungkin aku akan nampak kesannya. Tapi hati perempuan ni tetap pedih.

Kemuncaknya, 3 – 4 tahun lepas, dia berterus terang kata nak kahwin lagi. Aku masa tu memang sedih sangat. Kerja pun tak fokus, makan tak lalu. Dia pandai betul gula – gula kan aku. Setiap kali aku marah, dia pandai pujuk sampai aku tewas.

Tapi yang buat aku kecewa, dia pernah sampai hati nak kahwin dengan pembantu rumah kami yang umur baru 21 tahun. Masa tu aku baru lepas operation buang rahim. Aku masih lemah, masih s4kit, tapi dia tetap cakap nak kahwin juga. Aku memang rasa macam orang yang dah tak ada harga diri.

Akhirnya aku pasrah, aku cakap “buatlah apa yang kau nak”. Tapi, tak lama lepas tu, budak tu hilang macam tu saja. Rasa lega pun ada, tapi s4kit hati tetap ada. Lepas tu, macam biasa, dia sambung balik dengan skandal lain. Aku ni, memang makan hati sepanjang masa.

Tapi dia selalu cakap dia tetap sayang aku. Dan aku, b0dohnya percaya juga sebab tanggungjawab dia sebagai suami tetap dia buat. Dia jaga makan pakai aku dan anak – anak, duit memang cukup. Aku pun ada juga share duit aku dengan dia. Jadi, sebab benda tu, aku masih boleh bertahan.

Tahun lepas, muncul lagi satu episod baru. Dia berkenan pula dengan budak umur 22 tahun. Mula – mula dia sembunyikan. Tapi sebab niat nak kahwin, akhirnya dia buka mulut juga pada aku. Mula – mula aku macam biasa, izinkan. Tapi satu malam aku mimpi buruk. Aku terjaga, aku solat, aku doa pada Allah minta petunjuk.

Esoknya aku rasa hati aku berat sangat, sedih tak tahu nak kata. Aku menangis tak berhenti – henti. Terus aku cakap pada dia, aku tak izinkan. Dan itulah pertama kali dalam 30 tahun kahwin aku tengok layanan dia berubah terhadap aku. Baik dari segi zahir atau batin, semuanya dingin.

Episod duka aku bermula dari situ. Sampai hari ni, aku memang rasa hilang arah. Nak bercerai? Memang tak akan jadi sebab dia takkan lepaskan aku. Nak pindah pun dia tak bagi. Jadi aku hidup dalam rumah yang macam orang asing. Dia tak layan aku, nak berbual pun tidak, cerita – cerita pun kosong. Depan anak – anak, dia pura – pura mesra. Tapi bila tinggal berdua, sepi.

Bulan puasa lepas ni, aku rasa lagi pedih. Dia langsung tak peduli. Kalau dulu dia rajin juga teman aku pergi bazar, sekarang semua buat hal sendiri. Raya pun dia memang tak nak ikut aku balik kampung. Alasannya macam – macam, tapi aku tahu dia memang nak boikot aku.

Padahal walaupun mak ayah aku dah tiada, aku masih ada adik beradik yang aku nak jumpa. Sedihnya, dia tak bagi peluang pun. Aku rasa macam dipenjara dalam rumah sendiri. Ada satu lagi yang aku tak boleh lupa. Masa anak bongsu aku konvo tahun lepas, aku harap sangat dia ada bersama – sama.

Tapi dia pilih untuk keluar “meeting”. Aku tahu itu semua alasan. Aku duduk sorang – sorang tengok anak naik pentas. Air mata aku jatuh sebab aku rasa macam ibu tunggal. Padahal suami aku hidup lagi. Sekarang ni aku dah dekat nak pencen.

Aku tak tahu macam mana nak teruskan hidup. Nak lalui macam biasa, aku pun tak kuat. Dia dah sebulan lebih sepi dan dingin dengan aku. Aku rasa macam dah tak ada ruang dalam hati dia. Kalau orang luar tengok, mungkin nampak aku hidup cukup serba – serbi. Tapi hakik4tnya, kosong.

Aku tak tahu, apa langkah yang patut aku ambil. Kadang – kadang aku fikir nak pergi rumah anak – anak dan tinggal sana. Tapi nanti dia bising pula, katanya aku abaikan tanggungjawab. Kadang – kadang aku fikir nak cuba cari kerja sambilan untuk isi masa, tapi tenaga aku dah tak macam dulu. Yang ada cuma doa. Doa supaya hati aku kuat. Doa supaya anak – anak aku tak rasa d3rita yang aku rasa. Apa pendapat semua? – Sofia (bukan nama sebenar)

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :