Mak ayah aku kerja hebat, gaji abang kakak aku doktor tapi semuanya kedekut, bakhil. Bila aku kahwin dengan isteri, gaji dia sikit tapi suka sedekah

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Family isteri aku, aiskrim sebatang boleh kongsi 8 orang. Family aku? Makan sorok dalam bilik. Kalau kau minta jangan harap abang dan kakak aku bagi. Ayah dan mama aku sendiri pun jangan kau minta apa mereka makan. Ayah dan mama asyik pikir pasal duit..

Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum pembaca semua. Nama aku Nizam, berumur lewat 20an. Aku seorang juruteknik di sebuah kilang farmasi di Negeri Pantai Timur. Aku sudah pun berkahwin dengan isteri yang kira paras rupanya cantik dan manis orangnya.

Apa yang buatkan aku lebih tertarik kepadanya adalah sifatnya yang sangat pemurah! Yes, isteri aku seorang yang suka BERSEDEKAH. Kami dikurniakan sepasang anak kembar yang bernama Izara Cassandra dan Izara Mikayla. Kami bertemu jodoh ketika menuntut di politeknik di Selatan Tanah Air.

Sekarang my wife bekerja sebagai penjawat awam bergred diploma. Walaupun isteri aku bergaji tak berapa besar, pada apa yang aku lihat sedekahnya ibarat bergaji lebih daripada 10k. Apa sahaja kemahuan yang terlintas di hati aku sambil cerita kepadanya secara bersahaja, pasti dia akan tunaikan.

Contohnya, “sayang, sedapnya KFC”. Esoknya pasti dia membawa balik KFC selepas habis kerja. “Sayang, tengok cheese Dominos tu, sedapnya”. Esoknya dia order online, dia suruh aku tunggu nanti ada orang hantar parcel. Rupanya Dominos!
Ada satu hari tu kami ke pasar malam dan sampai ke satu gerai jam tangan.

Aku belek jam tersebut dan bertanyakan kepada isteri, “lawakan sayang?” Dia terus mengambil jam tu dan membayarnya. Ya Allah, betapa segannya aku isteri tolong bayar! Setiap kali isteri membelikan sesuatu, aku tak putus mengucapkan terima kasih kepadanya.

Aku selalu tanya , “kenapa sayang belanja abang?” Dia menjawab, “takpe, abang nak, sayang belikan la, sedekah dekat suami besar pahala”. Tak kira murah atau mahal, dia tak pernah menidakkan. Ada sekali tu isteri aku berhajat nak membeli kasut sukan, jadi kami ke Al Ehsan untuk membelinya.

Semasa aku membelek kasut, isteri aku dah jumpa kasut yang diminatinya, sale longgok je. Manakala aku pula ditanyanya, “abang nak ke?” “Tak nak, saja tengok”. Korang tahu dia buat apa? Dia minta promoter ambil kasut saiz 10, isteri memang ingat saiz kasut aku, dan terus membayarnya.

Harga kasut dia RM99 tapi kasut aku RM299!!! Ya Allah, aku segan sangat dengan isteri. Aku cakap dekat dia jangan beli tapi dia nak juga belikan untuk aku. Untuk pengetahuan korang, aku bukan la orang yang mengambil kesempatan terhadap isteri.

Ni aku cerita part dia sahaja, tentang apa yang aku belanja terhadap dia tak perlu aku ceritakan sebab aku ingin menceritakan tentang hebatnya isteri aku yang bergaji kecil tetapi sedekahnya melebihi gajinya. Part nafkah semua aku tak pernah missed.

Nafkah duit sahaja aku berikan kepadanya RM400 sebulan. Aku janji padanya setiap tahun abang akan naikkan duit nafkah untuk sayang. Dia hanya tersenyum riang dan “Yes” sambil digayakan tangannya. Haha. Apabila otw balik kampung, isteri aku akan menyiapkan sampul duit raya yang agak banyak.

Mula kahwin aku ada bertanyakan kepadanya nak bagi kepada siapa? Dia cakap sampul kartun nak bagi kanak – kanak yang dia jumpa semasa singgah solat di RNR dan sepupu sepapat yang masih kecil. Jumlah duit di dalamnya sampai sekarang aku tak tahu.

Sampul masjid untuk mak, ayah, atok dan adiknya seramai 5 orang. Yang ni aku tahu di dalamnya ada RM100 untuk mak, ayah, atok dan neneknya setiap seorang. Manakala adiknya RM50 yang besar dan RM20 untuk yang kecil. DAN, tak dilupakan sepupunya yang menuntut di universiti, isteri aku memberikan RM50 juga.

Korang bayang la berapa ratus semua tu? Aku pun tak pernah kira. Sampai aku tanya, “banyaknya duit sayang?” Dia hanya cakap, “Alhamdulillah, nak sedekah tak perlu tunggu kaya, sedekah dekat ahli keluarga tu lagi dituntut berbanding orang luar”.

Allah, terkedu aku pada ketika tu. Sedangkan aku masih berkira nak bersedekah walaupun hanya RM1. Tak terhenti setakat tu, sepupu sebelah aku dan tok sebelah aku juga dia hulurkan duit apabila hari raya atau dapat keputusan cemerlang dalam SPM. Sedangkan family aku sendiri tak bagi pun duit dekat sepupu sepapat.

Isteri aku yang bukan d4rah daging pun sudi bersedekah kepada keluarga sebelah aku. Apa yang aku nampak, dia tak pernah rasa resah takde duit. Dia tak pernah risau baki dalam akaunnya berkurang. Dia tak pernah memikirkan pasal duitnya banyak atau sikit.

Sedangkan aku asyik risau cukup ke duit untuk setiap bulan. Itulah isteri aku yang sangat tenang. Untuk pengetahuan pembaca, aku merupakan anak keempat daripada 5 orang adik beradik. Aku mempunyai 2 orang abang, seorang kakak dan seorang adik perempuan.

Abang dan kakak aku merupakan seorang doktor dan husband and wife mereka juga merupakan doktor, manakala adik aku seorang jurugambar profesional. Aku dilahirkan dalam keluarga yang berpendapatan agak tinggi. Ayah dan mama aku merupakan penjawat awam gred 54. Korang akan terbayang gaji mereka yang begitu besar kan?

Tak lama lagi ayah dan mama aku akan berpencen. Ketika menjenguk mereka semasa cuti sekolah, sedang berbual aku ada cakap kepada mereka, “syok la lepas ni boleh rilek kat rumah”. Tetapi mereka menjawab, “kami tak tahu la nak makan apa lepas pencen ni, mana ada duit dah”. I was like??? Seriously?

Pencen dapat 60% dari gaji asal kot. Lagipun ganjaran yang mereka akan dapat agak lumayan kerana cuti terkumpul mereka full 150 hari tahu. Ayah dan mama aku memang suka menyimpan duit. Which is good untuk masa depan. Dari muda sampai tua suka menyimpan dan mengira duit dalam akaun.

Tetapi apa yang aku pelik, rumah aku Astro pun tak pernah ada, kami tengok la TV dengan aerial besi 2 batang tu sampai sekarang. Aku pernah tanya, “ayah tak nak pasang Astro ke?” “Tak nak la, mana ada duit nak bayar”. “Ayah tak nak pasang wifi ke?” “Mana ada duit lah nak bayar dah pencen nanti”.

Ok takpela, saja je aku cakap kot la nak pasangkan. Per4ngai ni boleh aku kata “bakhil” tak? Haha. Per4ngai ni memang menurun pada aku dan adik beradik aku. Sebab tu bila aku tengok dia bersedekah, membuatkan aku pula yang resah memikirkan cukup ke duit dia?

Aku pernah minta RM100 dekat abang aku semasa mula aku dapat kerja sebelum dapat gaji. Kot la dia nak bagi je kan. Rupanya tak, dia WhatsApp aku, dia minta aku bayar semula hutang RM100 tu. Berbeza dengan wife aku, untung adik ipar aku dapat kakak macam wife aku.

Mereka minta wang belanja, sekalipun isteri aku tak pernah minta semula malah menghalalkannya. Bukan sedikit tahu? Sekali isteri aku transfer tak kurang dari RM100. Aku tanya, “banyaknya sayang bagi”. Dia menjawab, “kalau sayang bagi RM50 je dia nak makan apa?” Aku terdiam lagi.

Sama juga dengan kakak aku, apabila aku nak pinjam duit selalu dia akan cakap, “aku mana ada duit”. Kalau korang kat tempat aku apa korang rasa? Sedih kan. Ye, dulu memang aku seperti mereka, selepas berkahwin aku dah semakin ikhlas untuk bersedekah.

Tetapi keluarga aku yang lain masih sama. Kalau nak dibandingkan gaji isteri aku dengan mereka bagai langit dengan bumi. Tapi macam isteri aku pula yang bergaji seperti mereka. Banyak yang aku belajar daripada dia. Masuk ke family dia aku seperti terk3jut dengan budaya mereka.

Adik beradik wife aku sama macam wife, tak berkira langsung dengan adik beradik. Konsep mereka “barang aku barang kau juga”. Tapi family aku, “barang aku is barang aku!” Kau sentuh atau ambil, ayah dan mama aku akan memarahinya.

Biasa kan masa kecil dulu korang beli something letak dalam peti ais, selepas beberapa jam kau nak makan, makanan tu lesap? Haha. Tapi wife dan adiknya langsung tak makan hati, mereka cuma g4duh gelak sahaja. Tapi kalau family aku per4ng saud4ra lah jawabnya.

Pasti ayah akan memaki siapa yang mengambilnya dan wajib menggantikan apa yang korang dah ambil. Dulu aku pernah minta duit dekat abang aku, masa tu ayah dan mama aku ada sekali. Tiba -tiba mereka marah aku, “Apa ni minta duit orang! Nak duit kerja la sendiri”.

Tersentak aku, rasa nak meleleh air mata ketika tu. Salah ke aku minta duit dengan abang aku sendiri? Berd0sa kah? Aku rasa sebab itulah abang dan kakak aku takde common sense untuk bersedekah kerana ayah dan mama aku menegahnya.

Sejak dari tu aku tak minta dah duit daripada mereka sebabnya kalau aku minta mereka akan memberitahu mama dan mama akan memarahi aku. Family wife aku, aiskrim sebatang boleh kongsi 8 orang, family aku? Makan sorok dalam bilik. Kalau kau minta jangan harap abang dan kakak aku bagi.

Even ayah dan mama aku sendiri pun jangan kau minta apa mereka makan. Yours is yours, mine is mine. Aku tak tahu la macam mana nak ubah per4ngai bakhil mereka. Aku tengok ayah dan mama aku sentiasa resah duit dalam akaun mereka berkurang.

Risau takde duit. Risau peralatan rumah rosak sebab kena keluar duit beli baru. Sentiasa buat detail calculation jika nak membeli sesuatu. Risau takde duit nak makan! Risau bil elektrik meningkat apabila kami adik beradik balik. Setiap bilik ada aircond.

Bukannya kami adik beradik tak menghulurkan duit tiap bulan. Ada sekali tu kami keluar makan beramai. Selepas makan, abang atau kakak aku langsung tak offer pun diri untuk membayar. Aku bukan tak nak bayar tetapi gaji aku yang kecil membuatkan aku tak mampu nak belanja semua orang.

Kalau ayah dan mama sahaja memang aku akan bayar tetapi tak untuk abang, kakak dan ipar aku sekali. Wife aku nyaris nak bangun pergi bayar tahu tapi aku tarik tangan dia. Aku memang tak mampu dan aku tak nak isteri aku yang bayar. Last, ayah aku yang bangun dan bayar bil yang beratus tu. Diorang?? Angkat bontot dan blah terus masuk kereta masing.

Sebab tu aku cakap tadi abang dan kakak aku memang lack of common sense. Diorang peram duit diorang tu nak bawa m4ti agaknya, al maklumlah nak m4ti sekarang pun mahal. Hahaha. Aku malu dengan wife aku, dia tanya kenapa abang tak bayar, kenapa ayah yang bayar?

Sian ayah dah la nak pencen dah. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Sedangkan family wife aku, dia dan kakaknya berebut nak bayar jika kami makan sekeluarga. Aku sangat kagum dengan mereka. Tetapi aku? Tak semulia mereka. Aku sedar akan tu. Ayah dan mama selalu minta aku belikan mereka something.

Yes, aku tak kisah dan aku akan penuhi hasrat mereka. Kadang – kadang isteri aku yang topup aku beli kerana duit aku tak cukup, tapi kenapa tak minta dengan anak dia yang kerja bagus tu? Ayah dan mama memang jaga betul duit abang dan kakak aku. Tak pernah minta apa daripada mereka.

Aku? Barang yang harga RM800 minta dengan aku belanja? Mesti diorang tahu tahap kemampuan aku tetapi kenapa minta dengan aku? Kalau minta dengan abang atau kakak aku sah diorang mampu. Part ni memang isteri aku sampai nak hulurkan duit separuh tahu. Tapi aku tak nak. Aku malu. Aku bukan jenis meminta dengan isteri. Aku tak nak!

Aku ada beritahu kakak tentang perkara tu tapi kakak kata, “ayah suruh kau belanja kau la beli kenapa aku pula, aku mana ada duit”. Korang bayang la apa perasaan aku. Isteri aku sentiasa nasihatkan aku untuk terus sabar. Dia kata kalau abang rasa takde duit baik abang sedekah, belanja sayang makan MCD ke. Pastu dia gelak, hahahaha.

Ok macam tu lah cerita aku. Dapat isteri yang suka bersedekah dan family aku sendiri yang… Aku tak pernah lupa dia cakap, “sayang sedekah kat abang mana tahu Allah nak bagi sayang kaya, nanti sayang boleh belikan motor besar kat abang”. Sambil dia jeling aku, hehe.

Aku bersyukur ya Allah kau kurniakan aku isteri yang baik, isteri yang dulunya tak pandai masak tetapi sekarang masakan dia yang aku sentiasa rindu. Sepanjang kahwin boleh kira dengan jari hari yang dia tak masak. Kalau takde apa dia akan masak untuk kami sekeluarga. Dia kata dia boleh “jampi” aku dalam masakannya. Hehe.

Sekarang aku dah makin ringan tangan untuk bersedekah. Aku dah dapat kemanisan bersedekah. Semua tu aku belajar daripada isteri tersayang. Terima kasih sayang sanggup bersedekah dekat abang. Sanggup share dengan abang. Sekarang abang tak mampu nak balas kebaikan sayang dengan wang ringgit. InsyaaAllah abang akan tunaikan setiap permintaan sayang selepas ni. Wahai para pembaca, doakan aku terus istiqamah untuk bersedekah. Sekian. Nizam

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5124 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.