Aku terp4ksa ambil mak duduk dengan kami sebab ada ahli keluarga yang positif Covid. Mula – mula suami aku excited setuju nak jaga ambil mak, tapi m4kin lama nampak suami tak suka. Setiap hari ada komplen pasal mak. Sehingga satu hari aku tertinggi suara dekat mak..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat admin dengan pembaca setia page ni. Bersyukur jugak aku ada page macam ni, banyak pengajaran aku boleh dapat, banyak cerita buat otak kiri dan kanan aku function. Alhamdulillah, terima kasih.
Apa – apa pun dugaan untuk semua, itu adalah ujian, dan ujian itu sesungguhnya salah satu rezeki. Betul lah orang kata, Allah uji sebab dia sayang. Sebelum meneruskan penulisan, terlebih dahalu aku memohon maaf kalau penulisan aku ni banyak typo ke, buat sapa – sapa tak puas hati ke, atau apa – apa saja la, aku mintak maaf.
Bismillah.. Aku Tissue.. bukan nama sebenar la kan. Umur dalam penghujung 30an, seorang isteri, anak dan ibu. Baru menikah tahun lepas, alhamdulillah direzekikan mengandung awal, lepas 10 bulan nikah, aku melahirkan anak. Syukur rezeki Allah.
Anak aku comel, ye la kan, baby mane ada yang tak comel, dah nama baby. Extra comel pada mata seorang ibu la kan. Pembaca dan kerap gak comment kat luahan – luahan dalam page ni. Alhamdulillah tak pernah nak kecam – kecam luahan orang lain, kalau bagi aku pekara tu tak betul, aku baca dan tak comment.
Diam lebih baik, situasi orang lain kita tak tahu. okay, kalau sudi sila luangkan masa kalian. Suami aku consider baik la orang nye, rajin membantu jugak kat rumah, sampai kadang – kadang tahap mengungkit kerja dia buat dan tak nampak aku buat apa – apa kat umah tu.
Agaknye yang memasak, menyapu, siram pokok, jaga anak, susu kan anak, dan lain – lain tu orang bunian agaknya la kot. Dia ada 1 per4ngai yang bila ada yang tak kena, contoh aku jawab call lame sikit, dia start la buat muka, tetiba nak moody tak tentu pasal, tak nak bercakap dengan aku,
Paling best sampai tak layan langsung aku, macam aku ni halimunan. Sudah… tadi bunian, sekarang halimunan pulak. Haaa lantakkan. Banyak lagi lah punca yang boleh buat dia jadi macam ni. Aku dengan b4ngangnye pun mula lah jadi orang paling macam tak ada nilai mintak maaf, cakap slow – slow, merayu.
Kadang – kadang sampai tahap aku akan rase, SUMP4H! AKU MACAM TAK BERNILAI. Teruknya hingga tahap tu aku boleh fikir. Sekarang dah naik 1 lagi level pemikiran aku, CERAI. Punca dia, nak dijadikan cerita, mak aku tak sihat, tahap tak sihat dia tu, tak boleh berjalan.
Sebab apa, kenapa, bagaimana semua tu, biar rahsia, kalau cerita kang kant0i la pulak aku share tekanan aku ni. So, aku kene ambik mak aku stay kat rumah aku, kejap saja pun, sebelum ni mak aku stay tempat lain, tapi disebabkan pandemic ni, tempat tu semua orang +ve covid, aku pun ambik la mak duduk dengan aku sebelum apa – apa buruk yang terjadi ye tak?
Mak aku, pada aku bukan satu tekanan, Walaupun dia ada gak per4ngai tersendiri yang kadang – kadang kau tak boleh nak sabar, nak – nak lagi orang macam aku ni, sabar pun nipis nye macam kalau nak bezakan dengan kulit bawang, kulit bawang tu lagi tebal la.
Ok bermula lah episod laki aku yang perlahan – lahan nampak tak suka sebenarnya mak aku duduk sekali, walhal aku dah cakap tak lama mana pun. Dari awal banyak sebenarnya perdebatan laki aku ni, kenapa tak hantar rumah sana, sini, situ.. Blaa blaa blaa.
Padahal dia tahu sebab apa. Terang, clear dan tak perlu aku nak jelaskan lagi, sebabnya kenapa mak perlu duduk kat rumah kami sementara. Tapi dia tetap nak rasa dan nak cakap adik beradik aku yang lain nak lepas tangan.
Aku tak nafikan memang ada lah segelintir yang macam tu. Tapi kalau kaji balik kenapa, sesiapa pun boleh faham. Korang sebagai anak, nak ke biar mak kau tinggal dekat rumah anak yang bini atau laki diorang tak suka ngan mak korang? Nak ke?
Sebagai anak takkan tak ada rasa atau terfikir, apa la perasaan mak aku kalau dia ni membentak – bentak bila jaga mak aku, dia ni endah tak endah, dia ni lepas cakap macam – macam. Mak aku ade perasaan kot. Jadi bila start aku nampak husband buat muka, aku dah dalam hati memang menc4rut, mem4ki la.
Dalam hati saja.. Sebab kalau lepas terang – terang karang, sah – sah mak aku kat rumah aku, mesti mak akan fikir semua punca dia. Hati orang tua. Aku tau aku d0sa, mintak cerai, walhal belum pun cakap “ceraikan aku” tak ada lagi ayat – ayat drama tu keluar dari mulut aku.
Belum d0sa lagi la kan? Tapi niat nak cakap tu dah ada. Aku mem4ki hamun laki dalam hati tu, d0sa jugak. Aku tau sewajibnya aku sebagai isteri selepas Allah dengan Nabi siapa yang perlu aku taat ialah suami, aku tahu, semua orang pun tahu benda tu.
Berd0sa nya aku, sampai tahap aku terfikir macam ni, “Kenapa bukan mak atau ayah yang sepatutnya aku taat? sedangkan mereka yang lagi banyak berjasa pada anak – anak” Aku tertanya – tanya apa yang Allah wajibkan untuk aku.
Besar wei d0sa aku, besar sangat – sangat. Dan lepas type ni, aku rasa aku adalah, H4mba, Anak, Sibling, Isteri dan ibu paling tak berguna, dan tak ada “nilai”. Dalam semua situasi ni dah buat aku jadi serba salah, serba tak kena, serba kurang, dan aku rasa down sangat – sangat.
“Bincang lah elok – elok dengan suami,” kalau boleh awal lagi aku dah buat, laki aku, aku lagi kenal. Awal – awal bincang. Aku belum lupa lagi ayat yang aku dan dia bincangkan.
Aku : Dear, kita kena jaga mak tau, sekejap saja, sebab kak zara and family +ve covid.
Husband : Abang – abang you yang patut jaga kan, kenapa u?
Aku : Abang Sham and family tengah tunggu result dan dah dikuarantinkan. Abang Long tak boleh, keadaan toilet rumah dia buat mak susah nak bergerak dan guna toilet nanti. Kesian mak.
Husband : Oh.. haah la. okay – okay kita ambik mak sekarang.
Seminggu kemudian… Jah4nam. yang excited sangat okay – okay, siap nak ambik mak sekarang tu, dia dah lupa. Lupa habis. Lagi s4kit hati, batin, perasaan, mata jiwa aku ni bertambah bila aku kenang kan, layanan aku untuk mak dan bapak dia, iaitu mak dan bapak mertua aku sempurna sangat, sampai tahap aku ke tepikan urusan nak solat semata – mata nak jawab panggiIan telepon mak dia.
Hahahaha… Dia buat mak aku macam musvh yang datang mengendap rumah. Aku nak tanya, kau boleh tahan ke kalau hari – hari ada aduan pasal mak kau dari mulut suami kau. Tadi mak tu.. tadi mak ni.. tadi tu.. tadi ni.. yada.. yada.. yada..
Aku diam, aku, senyum, aku pendam, aku simpan sebab tak serba salah, tak nak suami aku jawab sampai tahap, “okay lah, lepas ni I tak nak port dah pasal mak u, lantak la dia.” Dia lantak kan mak aku wei. Dan ada sekali tanpa aku sedar aku tertinggi suara dekat mak, tension sangat – sangat.
Aku tau mak terasa. Dalam satu malam tu jugak aku tak boleh nak tidur, risau mak aku terasa, makan hati. PukuI 3.00 pagi. aku bangun cium kaki mak, mintak ampun. Mak aku boleh pulak cakap, tak apa mak faham kau penat, anak lagi, mak lagi, suami lagi, kerja lagi.
Aku rasa nak bunvh diri pun ye masa tu. Sebab rasa tak bergunanye la aku ni, kenapa susah aku anak pert4hankan mak aku sendiri. Dah panjang sangat aku type. Banyak lagi aku nak share, cerita aku ni banyak terg4ntung sebab aku tak boleh nak share 100% sebab 90% keluarga aku penggemar page ni, kalau terkeluar detail sikit, sure diorang akan tahu aku.
Apa perlu aku buat? D0sa aku sebenar pada siapa? Betul ke keputvsan aku untuk bincang balik ni untuk akhiri hubungan dengan suami? Turutan ni, korang tolong ingat betul – betul. Terutama kalau kau anak lelaki.
Suami keutamaan dia:-
1) Allah.
2) Nabi.
3) Ibu Bapa dan Mertua.
4) Isteri.
Isteri keutamaan dia:-
1) Allah.
2) Nabi. 3) Suami.
4) Ibu Bapa dan Mertua.
Kalau kau menantu, kau kene ingat, mertua pun letaknya atas isteri, bukan bawah. Kalau kau tak mampu nak sayang mertua kau macam mana kau sayang mak ayah kau. Baik kau lupakan saja kasih sayang kau kat anak dia. Dan kalau kau anak, kau kene ingat sangat – sangat tanggungjawab jaga mak ayah terletak atas bahu kau, bukan adik beradik perempuan kau.
Kami dah bersuami, macam mana kami nak sangat – sangat pun kalau tak di izikan kami tak boleh buat. Atau kau lebih suka tengok mak kau memendam rasa? Kalau kau isteri, wajib bagi kau mentaati suami, menyokong suami untuk menjaga mertua kau, atau mak bapak kau.
Sebab syurga dia dekat situ (engan batas – batas tertentu mengikut syarak la, jangan main hent4m sampai laki kau abaikan kau) jangan sesekali heret suami jalan ke ner4ka. Dan kalau kau suami, tolong fahami keadaan isteri kau, apa dalam hati dia.
Ape yang dia rasa. Sejauh mana ketakutan dia. Apa yang dia fikir. Kalau dia mampu berk0rban memikirkan semua tentang kau, apelah salah sekali sekala kau fikir perasaan dia. Kadang – kadang dia tak berniat nak derh4ka, tapi selalunya kau punca dia derh4ka.
Dekat situ, terang – terang kau sendiri heret diri ke ner4ka. Tolong aku, macam mana aku nak hilangkan semua rasa yang tak elok ni. – Aku Tissue (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nurul Najwa Abd Karim : Sedihnya baca. U anak yang baik. Isteri yang baik. Menantu yang baik. Doa dengan Allah dear. Serahkan bulat – bulat urusan hati suami u tu. mintak Allah bantu lembutkan hatinya. Mintak Allah baiki semua urusan dan masalah u both.
Soal cerai tu, itulah mainan sy4itan. Nak porak perandakan rumahtangga. Macam macam dia suntik supaya kita ni fikir melalut sampai nak cerai, walhal permasalahannya tak seteruk mana. Hugs.
Azirah Shawani : Sis, I’m sorry for you. Baik sangat tak boleh jugak. First sekali stop minta maaf macam you yang salah. Dia suka bagi silent treatment biar laa dia. You ada baby kat rumah ada mak you. Pura – pura aa busy. Kemas rumah ke apa.
Takyah layan em0si dia. Lagi you minta maaf lagi ah eg0 dia menjadi – jadi. Macam wah malaik4t sungguh awak ni ya macam takda salah langsung. Orang pulak nak merayu. If you argue dengan manusia macam ni pun buang masa, last – last dia jugak yang betul.
Cerai is the last solution okay. If mentaI health you okay masih boleh tahan, you tahan. Cari apa yang boleh buat you busy dari nak hadap dia yang em0si tu. You nak ubah per4ngai dia, harapan laa sis. Cuma you kena cari solution for yourself.
How to manage your mentaI health. Lama – lama boleh giIa dengan manusia sebegitu. Mak orang s4kit pun sibuk nak ungkit. Buat tak tahu je sis. You kerja kan? Bukan jaga mak you guna duit dia. Okay tuu je pendapat i nak cakap lelebih tak kahwin lagi tapi perasaan mentaI you penting okay. Jangan dok jaga hati orang, sampai diri sendiri tak terurus.
Azila Ahmad : Puan Tisue, sebenarnya you baik sangat. You sentiasa berusaha menjadi isteri yang baik dan anak yang baik. But, don’t push yourself too hard. Nanti you yang down. Yakin lah bahawa Allah Maha Melihat, Allah Maha Mengetahui. Dia tau apa yang Puan Tisue sedang lalui dan apa yang Puan Tisue dah lakukan.
Ha Limah : Ya Allah sedihnya. Kenapa ya susah nak faham. Suami tu, orang tua tengah s4kit jangan la main tarik tali. Tengah covid ni sibuk nak tu jaga, nak ni jaga. Orang tua berisik0, elakkan la selalu berpindah – randah. Semoga suami puan dilembutkan hati. Omg nak nangis.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.