3 bulan kahwin, isteri aku wanita muslimah kant0i terkinja-kinja menari ala2 ‘disk0’

Isteri aku memang ‘sempurna’ sebagai perempuan muslim. Mak ayah aku pun memang sayang sangat dekat dia sebab dia contoh menantu mithali. Satu hari, aku balik on call, penat sangat aku tidur. Tiba – tiba aku dengar bunyi sayup macam disk0. Bila aku turun tangga aku nampak isteri aku tengah kusyuk gelek menari..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Aku namanya rahsia. Aku tak tahu nak cerita dekat siapa dan aku pun tak tahu perasaan aku yang sebenarnya dengan hobi isteri aku ni, sama ada aku rasa seronok ataupun rasa kurang senang.

Aku dah kahwin hampir 5 bulan dengan isteri aku ni. Umur kami tak banyak beza pun, aku berumur 27 tahun dan isteri aku pula berumur 23 tahun. (awai gak la kami kahwin). Kami kenal melalui satu program ni, yang di mana melibatkan alumni universiti.

Aku kira alumni yang terlibat sebagai urus setia program la kiranya waktu tu. Memandangkan isteri aku tu Setiausaha program, memang aku dan dia selalu juga berhubung atas alasan urusan program kan. Tapi aku dan isteri aku bukan sama U pun.

Lama – lama, aku jadi jatuh minat dengan isteri aku. Aku luahkan hasrat aku nak peristerikan dia melalui orang tengah dan alhamdulillah semua urusan berjalan lancar. Isteri aku, alhamdulillah. Semuanya okay. Bab aur4t, bab ibadat, bab akhlak, bab masak – memasak, kira hampir settle dah lah bab individu muslim dia tu.

Malah, mertua dia iaitu mak abah aku pun memang sayang sangat kat isteri aku ni sebabnya isteri aku ni contoh menantu mithali la aku boleh kata. 3 bulan perkahwinan kami, bahagia sangat. Syukur (sekarang pun bahagia jugak).

Sampailah satu hari ni, aku sampai rumah dalam pukuI 8.30 pagi lebih kurang sebab on call kan. Balik – balik, isteri aku dah siapkan sarapan, aku makan, mandi ,tidur. Aku tak tahu berapa lama aku tidur, tapi aku terjaga sebab aku dengar sayup – sayup bunyi disk0 kat tingkat bawah.

Aku tengah mamai – mamai, aku turun tingkat bawah nak tengok kebisingan apakah kat bawah tu. Sekali aku tengok, nak terjojol biji mata aku. Korang tau apa isteri aku tengah buat? Dia tengah gelek menari melompat segala bagai kat ruang bawah tu.

Sump4h, aku memang terk3jut sebab aku tak sangka isteri aku ada the hidden beast dalam diri dia. Macam teruk sangat pulak aku guna beast tu kan. Tapi seri0us, aku memang terk3jut. Dengan ruang tamu berdentum dentam lagu korea tuh.

Aku mulanya tak tau tu lagu korea, aku ingat lagu cina. Isteri aku yang bagitau lepas tu. Pakaian isteri aku, memang aku tak pernah la nak terbayang dia pakai macam tu, sebab selama ni dia pakai jubah tak pun paling cikai baju labuh long sleeves dengan skirt kembang tu.

Tapi ni, dia pakai short pants, baju dia plak yang jenis loose, tapi pendek s3ksi, pastu luas kat bahagian leher dia, loose sided la, nampak bahu bagai. Rambut dia biar lepas. S3ksi memang s3ksi, aku ni tengok dari mengantuk terus segar.

Dia tak perasan aku dok usha dia menari bagai masa tu. Masa dia nak buat round yang keberapa entah, baru dia perasan aku dok tercongok kat tangga tengok dia menari. Masa tu muka dia memang beku la. Terk3jut kot tau aku dah nampak per4ngai dia yang sebenar.

Dia terus lari masuk bilik bawah. TV tak sempat dia tutup. Masa tu dia baru habis menari lagu Sugar Free kalau tak silap aku. Aku tutup TV, aku duduk kat sofa tunggu dia. Dia keluar balik dengan pakaian yang lebih sopan dan elok.

Lama jugak kita orang senyap tak cakap apa. Last – last aku tanyalah, lama dah ke dok buat per4ngai macam ni? Muka dia masa tu merah menyala. Tak tau merah sebab penat menari tadi atau merah sebab malu. Dia terketar – ketar jugak nak jawab.

Dia kata, dari sekolah lagi dia memang dah belajar menari ni segala, selalu menari dengan kawan – kawan kpop fangirl dia jugakla. Oh, isteri aku ni dulu sekolah budak – budak perempuan je semua. Lepas tu aku tanyalah, belajar menari dengan siapa?

Dia kata belajar kat youtube, takde pergi kelas ke, ikut kelab ke apa. Aku angguk je la masa tu. Lepas tu dia sambung, dia kata, dia cuba kawal diri dia daripada menari KPOP ni semua, tapi dia tak boleh. Dia kata, menari KPOP dengan zumba tu cara dia exercise nak maintain badan.

Masa nak kahwin dengan aku, dia cuba kurangkan hobi dia ni. Dia pergi cycling, main tenis, jogging untuk exercise, tapi dia tak seronok. Dia menari balik. Lepas tu, dah kahwin dengan aku, dia cuba stop, bertahanlah 2 minggu. Lepas tu dia start balik.

Dia tak sangka aku boleh bangun pulak hari yang dia menari tu, sebab sebelum ni tak pun. Dia kalau aku kat rumah dalam 2 jam je dia menari. Kalau aku tak ada, dalam 3-4 jam tau dia menari. Aku ni bukan reti sangat bab – bab macam ni.

Aku kira terasing jugak la dari dunia hiburan ni sebab sekolah dulu aku duduk asrama sampai form 5. Aku dulu budak KISAS, aku tak taulah kalau ada budak KISAS jugak yang layan KPOP ni, tapi aku n the gang memang tak layan.

Pastu aku sambung buat IB, mana nak ada masa weyh. Lepas tu fly. Pastu kawin. Pastu aku tau dia ni KPOP fangirl. Tapi, alhamdulillah, isteri aku ni, minat – minat KPOP macam tu je la. Dia setakat layan tarian KPOP buat bahan dia exercise.

Masalahnya sekarang ni, aku tak tahu aku yang kuno ataupun memang salah apa yang dia buat sebenarnya tu. Boleh tak korang bagi pendapat dan cadangan kat aku, salah ke tak isteri aku dok menari KPOP tu? Kalau salah, macam mana aku nak tarik dia balik eh? Terima kasih kalau dapat bagi apa – apa cadangan dan pendapat dekat aku. – BOTY

Komen Warganet :

Ain Ahmad : Hahaha, ok la tu dia menari dalam rumah je. Itu bakat terpendam la tu, tak salah pun dia menari bukan depan orang lain. Dia pakai s3ksi – s3ksi pun dalam rumah. Kau jugak yang untung dapat tengok. Hehe, mesti banyak lagi ‘rahsia’ isteri kau ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.