4 anak kecik-kecik lagi, aku marah sampai keluar suara jantan. Bila nampak jiran terus senyum simpul

Anak bongsu masih berpampers, baru lepas mandi dah membuang, petang nanti membuang lagi, malam pun sama. Aku baru nak bertenang ,datang anak aku no.3 yang tengah p0tty train bagitau nak membuang jugak. Aku dah tutup lampu nak tido, anak cakap nak ber4k. Aku nak kejut bapak dia kadang – kadang kesian…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum hai. Nama aku Mochi. Umur 30 tahun, ada anak 4 orang. Kahwin dah 8 tahun. Anak – anak aku kecik kecik lagi. Paling besar baru masuk 7 tahun. Tu je la pasal aku serba sedikit. Aku ni surirumah dalam masa sama aku berniaga kecil – kecilan jugak.

Penat tu kadang – kadang tak boleh bawak bincang. Tapi sekarang ok la sikit sebab aku dah boleh hire orang untuk handle business aku. Tapi kepenatan tak berakhir di situ ye. Sebab aku masih kena manage business dan handle anak – anak 24/7.

Jadi confession aku ni sekadar nak luahkan kepenatan aku je kot sebab kadang – kadang aku rasa macam takde life untuk diri aku sendiri. Suami aku seorang yang baik, bertanggungjawab, banyak bantu uruskan anak – anak dan sama – sama buat kerja rumah waktu dia ada kat rumah.

Tapi selalunya suami aku kerja 12pm – 10pm. Jadi waktu siang yang panjang tu aku lah yang jaga anak – anak sampai malam. Bila masuk maghrib selalunya aku dah mula rasa penat melampau sebab aku dah jaga anak – anak makan minum, mandi, susu, macam – macam lah dari siang, setiap hari, bertahun – tahun.

Tu belum termasuk anak tumpahkan air, sepahkan rumah, berg4duh, sorang menangis, sorang melalak. Ada masa aku rasa nak naik h4ntu betul. Ada masa aku rasa nak menjerit je bila dengar anak aku berg4duh nangis – nangis.

Kadang – kadang tu siap sambung menyambung lagi. Lepas sorang stop nangis, kang sorang lagi sambung meraung. Last – last terp4ksa jugak aku lontarkan suara aku sampai terkeluar suara jantan. Dah kalau cakap lemah gemalai tenggelam lah suara kau.

Aku dah tak mampu dah nak cover suara aku daripada jiran sebeIah dengar. Pastu bila selisih dengan jiran sebeIah aku senyum simpul je lah dengan penuh kesopanan. Anggap la suara jantan terpekik terlolong dari rumah tu suara orang lain walaupun dalam rumah masa tu ada aku dengan anak – anak je.

Pastu pulak pernah je aku tengah solat anak aku baru lepas g4duh ke apa datang melalak tepi aku dari awal solat sampai aku bagi salam. Jadi aku yang tengah solat dalam keadaan penat tu pun berkali – kali la istighfar dalam hati dengan penuh kesaboran.

Ikutkan rasa geram nak je aku join anak aku melalak sekali. Sekarang cerita pasal ber4k. Anak aku yang bongsu masih berpampers tu kadang – kadang baru lepas mandi dah ber4k, kang petang berak lagi, malam pun ber4k lagi.

Pastu aku baru nak bertenang kejap datang anak aku no 3 yang tengah p0tty train tu bagitau nak ber4k jugak. Ada jugak waktu aku dah tutup lampu nak tido, anak aku cakap nak ber4k. Aku nak kejut bapak dia kadang – kadang kesian.

Maka berkampung la aku kat toilet tengah malam teman anak aku ber4k dan aku sekadar mengambil bau. Penah jugak waktu aku dah penat sangat, anak aku pulak cranky buat per4ngai meng4muk – ng4muk, dalam kepala aku dah terbayang aku dah buat benda tak elok dekat anak aku macam orang wrestling tu.

Tapi atas kesabaran dan kewarasan yang Allah bagi, alhamdulillah aku masih mampu kawal diri aku dari bertindak luar kawalan. Dulu penah jugak sampai satu tahap aku rasa aku ni macam boleh jadi giIa. Tapi alhamdulillah sampai sekarang masih diberi kew4rasan.

Sebagai suami isteri pulak selalu je aku g4duh dengan suami aku. Biasa la suami isteri ni selalu nak Iawan siapa paling penat, siapa paling banyak berk0rban. Tapi at the end of the day sebenarnya sama – sama penat, sama – sama banyak berk0rban dan sama – sama ada peranan masing – masing.

Dulu jugak aku selalu macam salahkan takdir. Rasa macam kenapa Allah bagi aku ramai anak yang rapat rapat jarak umur diorang walaupun kami pakai family planning. Kadang – kadang aku down sebab rasa macam aku seorang ibu yang gagal.

Yelah dah anak ramai dan jarak umur rapat – rapat ni aku tak boleh nak terlalu fokus untuk setiap anak walaupun aku dah cuba yang terbaik. End up aku sendiri yang penat. Lepas tu menangis sorang – sorang. Bila aku penat sangat aku rasa marah dengan banyak benda.

Tapi bila aku fikir fikir balik, macam ni lah manusia. Susah nak bersyukur. Allah dah bagi aku suami yang baik, anak – anak yang sihat comel, kehidupan yang baik, tapi masih nak salahkan takdir. Sekarang aku dalam proses untuk berdamai dengan takdir dan aku faham Allah tak akan uji seseorang tu lebih dari kemampuan.

Kalau dulu aku suka tengok askar sebab nampak smart, lelaki yang kerja offshore pulak nampak berduit, tapi sekarang aku bersyukur suami aku kerja biasa tapi setiap hari boleh balik rumah. Aku salute pada isteri – isteri yang suami kerja jauh, tak balik rumah berhari – hari, berbulan – bulan. Anda memang kuat.

Sekarang aku dah pandai sikit kawal em0si. Dah faham sikit konsep kehidupan. Jauh lagi perjalanan aku. Doakan aku. Terima kasih. – Mochi (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Shikin Amir : Kalau ada duit lebih, boleh je hantar kat pengasuh. Tak hantar semua, hantar 1 – 2 orang pun takpe. Hantar setengah hari je pun takpe sebab kena jaga em0si kita juga. Ini kalau tak ada masalah dengan kewangan la.

Kalau ada masalah kewangan, awak jaga je anak – anak tapi buat apa yang mampu je. Tak perlu kemas rumah cantik – cantik, perfect sangat, lantai kilat dan sebagainya, buat sekadar mampu je. Jaga kesihatan fizikaI dan mentaI kita juga. SayangiIah diri kita dahulu supaya dapat menyayangi anak – anak dan suami.

Faraherda Razalan : I feel u. Tapi bab kesian dekat bapaknya tu masa anak ber4k, i kenot. Penat orang keje luar tanpa anak – anak keliling tak sama macam penat kita yang duduk kat rumah handle anak – anak, setelkan hal rumah, masak dan termasuk keje keje lain macam tt yang ada bisnes. Takkan sama. Exhausted dia bukan badan je tapi otak jugak. Apapun well done tt kerana cuba untuk positif dan berubah jadi better.

Ezd Airaniez : Bagus puan sebab berjaya ‘motivate’ diri sendiri walaupun penat jadi mak anak ramai ni. Penting hidup ni kena cepat – cepat redha dan pandang sesuatu ujian tu sebagai sebahagian daripada hidup. Kita rasa hidup kita susah, tapi ada orang lagi susah.

Kita penat ramai anak, tapi ada orang nak sangat ada anak. Apa – apa pun saya yang anak 3 perempuan ni lega sangat anak – anak dah besar. Lega sangat mereka dah pandai pakai mesin basuh dan vacuum. Ringan beban mak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.