Aku masib tak sangka.. Aku suruh isteri aku berubah demi anak. Tapi isteri aku senyum sinis, dia cakap aku dayus masih nak dengan dia walaupun dia dah bersama dengan laki lain. AKu tersentap. Akhirnya aku dapat surat mahkamah..
#Foto sekadar hiasan. Isteri aku kerja kerajaan kat Kuala Lumpur. Aku kat kampung jaga anak.. Aku ni kerja base on projek. Ada projek ada kerja, takde projek takde kerja. Jadi waktu tu projek baru habis. Masa tu memang aku duduk KL dengan dia. Kebetulan projek pun kat KL. 3 tahun dok KL.
Dan 3 tahun jugak dah kahwin masa tu. Habis projek, aku kata nak balik kampung sebab masa tu anak jatuh s4kit. Aku kata nak bawak anak balik kampung. Ya la, sana ada keluarga aku dan dia. Boleh tengok – tengokkan anak sama. Dia setuju. Kami masa tu sewa rumah.
Jadi sebab aku balik kampung, dia kata nak pindah duduk rumah kakak dia. Supaya jimat kos. Aku tak pernah terfikir la dia akan curang ni semua. Maka bermula hidup kami pjj. Dia akan video call setiap hari tengok anak. Bila cuti dia akan balik kampung.
Semuanya normal ja satu hari aku dapat mesej dari rakan sekerja dia. Kakak tu kata suruh pantau isteri aku. Sebab katanya isteri aku m4kin galak sejak aku takde. Sampai keluar dengan laki – laki kat ofis. Masa tu aku pelik la.. Aku ingat orang nak fitnah ke..
Tapi kakak tu bagi details yang isteri tengah bercinta dengan satu mamat servis mesin fotostat. Tapi kakak tu kata jangan bagitau isteri aku la kata dia cakap. Sebenarnya aku tahu je isteri aku dengan kakak tu tak baik. Pernah berg4duh, jadi aku ada la terfikir kakak ni buat cerita ke.
Tapi aku macam take note la. Aku tak tanya dia apa.. Aku buat macam biasa. Dia balik kampung, aku mintak hp dia nak chek. Dia tak bagi dan nampak takut. Selama ni aku tak pernah mintak pun nak check hp dia. Dia tanya la kenapa.
Aku kata saja nak tengok. Dia tak nak bagi. Dan terus buat drama kata aku ni tak percaya dia la apa la. Akhirnya jadi g4duh. Aku direct tanya dia sapa mamat nama Siput tu. Dia kata mana dia tau. Tak kenal orang macam tu.
Pastu berg4duh teruk la kat hospitaI. Sampai kesudah dia tak bagi hp. Aku call ayah dia. Aku cerita kat ayah dia. Dia masa tu hilang entah ke mana. Aku tak tahu la apa berlaku lepas tu. Tiba – tiba dia wasap aku dia mintak cerai.
Aku pun macam aik… Okey.. Aku sengaja pr0vok dia dalam mesej. Suruh dia mengaku. Akhirnya dia mengaku. Tapi dia tak cakap dengan siapa. Dia macam mengaku secara terp4ksa. Ibarat macam ko buat fitnah aku iyakan.. Macam tu la cara dia.
Aku tanya kalau tak buat kenapa mintak cerai. Dia kata sebab aku tak percaya dia. Dia kata aku takde bukti tapi tuduh dia. Aku kata kenapa tak mau bagi tengok hp. Dia diam.. Dia kata buat apa. Dah aku tak percaya. Dok putar belit macam tu la.
Aku masa tu banyak fikir anak. Aku kata macam ni. Kita ada anak. Tolong fikir anak. Anak tak sihat. Aku suruh dia mai jumpa aku. Lepas tu dia mai. Dia terus cakap dia tak boleh hidup dah dengan aku. Nak bercerai. Aku tanya anak macam mana.. Dia kata tak pe dia jaga.
Aku tanya kenapa nak bercerai. Dia kata sebab dia benci aku sebab aku tuduh dia curang. Banyak la drama. Aku kata kalau ko nak bercerai pergi mahkamah sendiri la. Tapi sebelum tu aku dah contact kakak tu mintak no fon mamat Siput tu.. Dia tu muda lagi la. Muda dari isteri aku.
Aku call mamat tu. Tapi mungkin sebelum tu isteri aku dah bagitau Siput pasal hal ni. Jadi Siput mula – mula biadap jugak cakap dengan aku. Kononnya dah isteri ko tak nak ko. Ko nak call aku buat apa. Selepas aku sedas dua kat dia. Terus dia kendur.
Dia kata mula – mula kenal dengan isteri aku, isteri aku mengaku kata single. Jadi dia kawan la. Pastu malam – malam isteri aku selalu datang rumah dia.. Dia duduk rumah bujang. Baru – baru ni ja dia dapat tau kata isteri aku tu isteri orang.
Tapi sebab dia dah sayang dia nak kahwin dengan isteri aku. Aku tanya korang ada tido sekali ke. Dia mengaku ada, hampir setiap malam. Pastu pernah bercuti sana sini dia kata. Ibarat hidup macam laki bini la. Aku masih cuba nafikan kebenaran tu.
Aku call kakak dia. Aku tanya kak ipar aku, isteri aku selalu balik rumah pukuI berapa. Kakak dia kata dalam 6 petang pastu 8 lebih keluar semula katanya ada OT. Ok aku senyum h4mbar. Sebab tahu dia tipu kakak dia. Pejabat dia mana ada OT.
Sebenarnya masa tu macam blank tau. Sebab tak pernah terfikir kan benda ni akan jadi kat aku. Aku tak tau nak hadap macam mana benda ni. Aku meng4muk kat perempuan tu. Aku tanya kenapa? Apa salah aku? Aku punya sayang kat dia.. Dia jawab sepatah dah tak suka. Buat apa nak p4ksa.
Aku tanya kenapa tak suka. Macam – macam alasan tak logik dia. Kata aku tak kerja la apa la. Aku kata sebelum kahwin pun tahu kan kerja aku macam mana. Pastu aku jaga anak, bukan dok saje dan masih bagi nafkah setiap bulan.. Dia masih kata dah takde perasaan.
Aku kata pergi la uruskan kat makamah. Mak aku kata orang dah tak suka biar la. Jangan merayu – rayu lagi, pujuk mak aku. Oh ya, punya b0doh aku ni, boleh aku kata berubah la. Kita baiki demi anak, fikir anak. Boleh dia jawab macam ni, “dayusnya ko. Dah tau bini tido dengan laki lain pun masih nak.. Tak kisah bekas sapa pun ye.” Sambil senyum menganjing.
Ya Allah. Memang s4kit sangat masa tu.. Akhirnya makamah hantar surat. Aku tengok alasan yang dia letak takde persefahaman, aku tuduh dia, aku guna kata – kata kesat. Macam – macam lagi la. Hakim tanya betul apa isteri awak tulis..
Aku kata ya ja walaupun tak betul. Bagi aku buat aku nak nafikan. Dia nak cerai kan. Ada la hakim marah – marah aku. Aku diam ja. Biar la aku dimaIukan. Aku pegang satu ayat dia. Aku dayus nak dia walaupun tahu dia tido dengan laki lain.
Aku tak nak jadi dayus lagi.. Hakim suruh lafaz, aku lafaz. Sebelum tu, aku cakap kat dia, aku nak jaga anak. Biar anak dengan aku. Dia setuju. Ya la, kalau anak takde lagi bebas dia. Aku balik kampung ramai la orang pujuk.
Karma la kifarah la. Dia akan dapat baIasan la. Aku tak fikir apa pun la walaupun down sangat – sangat. Habis eddah aku dapat tahu dia kahwin dengan mamat Siput tu. Jujurnya aku fikir tak mungkin diorang akan bahagia.
Dia tipu aku.. Macam mana dia buat aku, pasti mamat Siput tu buat dia. Aku fikir semua baIasan dia akan dapat tapi aku rasa dah 4 – 5 tahun jugak diorang bersama. Bahagia ja aku tengok. Ada anak dua orang. Tak de pun rumahtangga diorang h4ncur.
Malah lebih bahagia berbanding hidup dengan aku. Benda ni buat aku m4kin down. Anak aku dengan dia dah meninggaI sebelum kami bercerai. Masa tu anak memang kritikal dah masa kami berg4duh teruk tu. Aku ja sebatang kara sampai sekarang.
Nak kenal siapa pun tr4uma masih ada. Macam – macam fikiran.. Dunia sekarang ni yang diani4ya hidup tertekan, yang mengani4ya hidup bahagia ja kan. Entah la.. Entah apa la tuhan tulis pun tak tahu la. Aku kuat untuk pujuk hati dia istiraj ke apa ke.
Bagi aku, dia yang buat salah, tapi kenapa aku yang dihukvm sedangkan dia bahagia, aku mend3rita. Entahlah kat mana keadilan aku.. – Rie (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Rizal Rodzuan : Tu nama dia istidraj, Allah bagi nikmat kat pend0sa. Tak perlu tunggu kifarah dia yang kalau tak kat dunia, kat akhir4t dia kena, ko fokus upgrade diri ko jadi maju, semoga jumpa jodoh baik dah la.
Nur Liyana Mohd Rasid : Orang yang da bercucu pon boleh bercerai bang. Bila hakim tanya kenapa, dia kata tak bahagia walaupon usia kahwin da berpuluh – puluh tahun. Lepaskan semua tu bang. Ko berhak bahagia. Ape hobi kau bang? Hiking ke?
Kalau hiking carik group hiking kt fb. Join dorang. Kalau ko suke budak – budak sebab teringat arw4h anak, jadi sukarelawan join NGO yang buat aktiviti berkaitan budak – budak. Banyak program boleh join yang boleh ko lupa kan kisah pahit ko bang.. Semangat.
Sebaris Nama : Tak juga bang, kadang – kadang orang tunjuk je bahagia. Realitinya dia jela yang tahu. Lagi kalau yang dilihat itu di sosmed. Tak semua realiti sama. Samalah kalau orang post galau, tak semestinya tengah galau. Gituh. Move on bang, bagi peluang kat diri sendiri untuk yang lebih baik.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.