4 bulan tak datang haid, masa tingkatan 2 saya nekad terus pergi kIinik seorang diri dengan perut buncit

Setelah hampir 4 bulan dari peri0d pertama saya. Saya jadi takut. Kenapa tak peri0d2? Saya kongsikan pada kawan sebilik saya masa tu. “Kau ada rasa muaI2 tak?”Saya geleng. Dia kata saya kemungkinan mengandung! Terus pucat muka saya!

#Foto sekadar hiasan. Hai.. Saya Julia, bukan nama dalam IC. Saya cuma ingin berkongsi seperti tajuk di atas. Saya minta maaf sekiranya penceritaan saya agak meleweh. Seperti seorang wanita normal lain yang mula peri0d ketika belasan tahun.

Saya dikurniakan peri0d pertama ketika berada di tingkatan 2. Saya bersekolah di sekolah berasrama penuh di Johor. Pada masa itu, memang tersangatlah kekoknye.. Yelah.. keluar d4rah yang banyak bukanlah sesuatu yang menyenangkan.

Ditambah dengan peri0d p4in yang sangat menyengat. Oh! Mintak nyawa! Setelah peri0d pertama, saya mula belajar yang seorang gadis akan didatangi peri0d setiap bulan. Sebab tu orang dulu dulu kata datang bulan.

Tapi, itu semua tidak terjadi pada saya. Setelah peri0d pertama, saya bersedia menunggu pada bulan seterusnya ditarikh yang lebih kurang sama. Tapi tiada. Pada masa itu saya lagi suka sebenarnya.. yelah.. tak payah la nak menghadap d4rah kotor.

Setelah hampir 4 bulan dari peri0d pertama saya. Saya jadi takut. Kenapa tak peri0d – peri0d? Saya kongsikan pada kawan sebilik saya masa tu. Seorang senior yang tua 2 tahun dari saya. “Kau ada rasa muaI – muaI tak?”

Saya geleng. Dia kata saya kemungkinan mengandung! Terus pucat muka saya! Saya ni boyfriend pun takde masa tu. Saya cuba ingat – ingat ada ke tidak saya tidur m4ti, lepas tu kena r0goI. Ah! Takkan la..

tapi dalam hati saya.. mungkin juga.. ah! B0dohnya saya masa tu. Dengan rasa tak puas hati, saya ambil cuti s4kit dengan alasan cir1t bir1t. Saya bercadang untuk pergi ke kiinik berdekatan untuk tahu keadaan sebenar.

Dalam perjalanan ke kiinik, saya tak henti henti berdoa. ‘Ya Allah.. janganlah aku mengandung anak luar nikah. M4ti aku kena bvnvh ya Allah..’ Pada masa tu, saya cuba bayangkan benda paling teruk yang akan jadi.

Saya pegang perut saya, memang ada buncit sikit. Kalau betul ada anak, boleh ke saya nak jaga anak ni? Memang terbayang muka bapak saya yang beng1s dengan p4rang di sebeIah tangannya. Sepanjang perjalanan saya menangis takut.

Sampai sahaja ke kIinik, saya daftar ke kaunter. Pekerja kaunter tanya “Nak cek apa ye?” Saya terdiam. Mencari ayat yang paling selamat. Dah la saya pakai baju sekolah masa tu.. “Errr.. nak cek perut. S4kit perut”

Tergagap – gagap jugak saya menjawab masa tu. Mujur la kakak kaunter ni tak pandang saya lain macam. Muka dia selamba je. Mungkin dia dah masak dengan kes anak luar nikah.. eh?

Ketika menunggu giliran untuk berjumpa doktor, saya tak henti henti berdoa. Mata saya mula banjir lagi. Betul – betul takut masa tu. Apabila nama saya dipanggil, saya ambil masa untuk membetulkan apa yang patut.

Mata saya kesat. Saya berlatih senyum yakin yang saya tidak bersalah walaupun saya ditakdirkan mengandung! Saya bersih! Saya kuatkan hati, melangkah ke arah bilik doktor. Sampai sahaja ke dalam, ouch! Doktor lelaki!

Macam mana ni??? “Sila duduk ye dik..” Lembut sapaan doktor, membuatkan saya tenang sedikit. Saya pun duduk dan menunggu soalan seterusnya. Saya dalam keadaan pasrah. “S4kit perut ke? Ada salah makan ke?”

Saya geleng. Saya kuatkan hati.. saya nak luah semua yang terbuku dari tadi. Lantaklah! “Macam ni doktor.. saya dah lama tak peri0d. Dah 4 bulan. Saya takde rasa muaI – muaI. Tapi kawan saya kata saya kena cek.

Takut saya ngandung. Saya takde boyfriend. Saya baru form 2. Saya selama 4 bulan ni duduk asrama je! Macamana saya boleh ngandung!” Hah! Amik kau! Sekali lafaz! Saya lega! Saya pandang muka doktor. Dia tersenyum.

Tak nampak pun dia terkejut atau hairan.. dia kemudian berkata.. “Takpe.. tenang dulu..” Sambil doktor memanggil kakak kaunter tadi dan mengarahkannya mengambil beberapa benda. Cuak weiii!

Terbayang doktor akan beIah perut, lepas tu buang anak saya dalam tong sampah! Setelah beberapa saat, kakak kaunter tadi datang membawa satu bekas kecil dan tisu. “Ok dik.. pegi buang air kecil.. masuk dalam bekas ni. Jom akak tunjuk toilet..”

Saya ikut je kakak tadi.. masuk toilet. Masa tu saya pun tak tahu apa kaitan kencing dan peri0d. Yang saya tahu, kedua – duanya keluar dari tempat yang sama.. hahaha. Lepas setel je tadahan k3ncing.

Saya serahkan pada kakak kaunter tadi. Saya lihat dia titiskan beberapa titik ke satu benda seolah – olah batang aiskrim. Masa tu saya kan naif.. manalah saya tahu itu pregnancy tester. Selepas proses itu, saya terp4ksa tunggu beberapa minit.

Dan ‘batang aiskrim’ itu dibawa kepada doktor. Saya cuma mengikut kakak kaunter tadi, tak ubah macam anak ayam mengikut ibunya.. “Ok. Awak tak mengandung..” Ya Allah.. terasa seperti satu batu besar diangkat dari bahu saya.

Syukur saya tak terucap.. “Awak normal. H4id awak cuma belum stabil. Saya akan berikan beberapa ubat untuk awak makan dalam beberapa hari ini” Dan lepas tu saya dah macam dengar tak dengar apa yang doktor cakap.

Bayangan bapak garang saya yang tengah pegang p4rang tadi pun dah lenyap. Saya betul – betul bersyukur.. saya tidak dir0gol rupanya. Haha. Begitulah ceritanya.. peri0d saya yang tidak pernah normal.

Rupa – rupanya bila saya tanyakan pada mak saya.. keturunan saya dari beIah mak, termasuk nenek dan moyang saya memang mengalami pattern peri0d yang sama. Sehinggalah saya masuk ke UPM, seorang kawan saya mengatakan yang saya mungkin manduI bila dah kahwin nanti.

Susah nak dapat anak. Saya betul betul down. Saya yang sudah ada teman lelaki pada masa itu, risau jika saya diuji dengan ujian manduI. Saya dengan berani membincangkan hal itu pada teman lelaki saya..

Antara ayat yang saya ingat saya katakan pada dia.. “Awak masih nak kahwin dengan saya tak kalau saya kata saya ni mungkin manduI?” Masa tu dia cuma gelak gelak. Dia baIas “Saya kahwin la lain.. hahaha”

Selepas dia lihat saya serius, dia terus terangkan yang manduI itu bukan peny4kit. Itu istilah bagi mereka yang tidak berjaya memperolehi anak. Ces! Mentang – mentang la dia budak bacelor sains biologi.

Tapi, penjelasan dia tadi membuatkan saya semangat untuk menjadi wanita semula. Saya malas nak kisahkan tentang peri0d saya. Dia nak datang, suka hati dia.. tak nak datang sudah! saya cuma mampu berdoa.

Untuk pengetahuan semua, setelah mendapat tahu saya ada kemungkinan manduI. Setiap selepas solat, saya masukkan doa untuk zuriat saya. Saya minta untuk dikurniakan ramai anak.

Dan kadang kadang saya bangun tahajjud betul – betul minta pada Allah. Padahal masa tu, kahwin pun tak nampak bayang lagi! Selepas 3 tahun menjalin hubungan cinta, saya dicurangi. Si dia beralih arah kepada teman sekuliahnya.

Saya malas nak ulas lebih lebih pasal ni. Sebab saya masih s4kit hati. Saya lagi down lepas tu.. hidup saya kosong. Cuma hidup seorang pelajar universiti yang perlu menghabiskan sisa – sisa pembelajaran yang memecahkan otak.

Saya sem4kin rapat dengan tuhan. Saya masih doa yang sama. Doa zuriat seperti tak boleh lekang dari mulut saya. Walaupun suami pun m4kin tak nampak bayang. Selepas beberapa tahun ditinggalkan kekasih, saya menerima mesej seseorang untuk berkenalan.

Tau tak apa yang saya balas? ‘Maaf.. saya tak cari boyfriend sekarang ni. Saya nak terus nikah je!’ Tekad betul saya. Saya dah malas nak couple – couple monyet ni. Semua macam monyet je! Tanpa saya duga.. lelaki di hujung sana membaIas mesej saya..

“Jom kahwin! Saya memang tengah cari calon menantu untuk mak saya”. Saya terhibur. Saya tahu lelaki semua sama.. saya diam sahaja.. dalam masa yang sama saya tersenyum – senyum. kalaulah ini j0doh saya.. tapi kalau dia tak hensem? Tak solat? Per0goI bersiri? Huhuhu..

Dengan penuh berani saya terus baIas.. “Ok. Datang jumpa saya..di kolej pendeta zaaba. UPM” Dipendekkan cerita, saya jumpa dia. Saya berkenan. Dia nampak baik. Rupa manis. Ada janggut. Setelah beberapa bulan, saya nampaknya sem4kin serius dengan boyfriend baru saya.

Inilah masanya saya perlu meluahkan tentang apa yang saya terlalu risaukan selama ini. Saya bertemu dia di tepi tasik titiwangsa. Saya katakan perkara yang saya nak beritahu sangat penting. Dan mungkin melibatkan perpisahan..

Perghh.. saspen cik abang kita. Setelah berjumpa, saya tanpa membuang masa terangkan segala – galanya tentang peri0d, kemanduIan, dan anak padanya. Apa yang dia buat? Dia tatap mata saya.. dan ayat yang dia katakan saya ingat sampai sekarang..

“Kenapa nak buat kerja tuhan? Rezeki j0doh ajaI semua dari Allah.. peri0d awak ke.. rahim awak ke.. semua takde kaitan. Tu semua asbab!” Saya menangis! Tak pernah hati saya disentuh sebegitu indah. Sedikit demi sedikit saya insaf.

Terlalu memikirkan asbab. Walhal, semuanya dari Dia. Ya Allah.. ampunkan h4mbaMu.. Dipendekkan cerita (saya kena pendekkan.. sebab saya ni jenis bercerita tak ingat dunia). Saya dij0dohkan dengan si dia yang saya sangat kagumi.

Walaupun pekerjaannya cuma biasa biasa. Saya terima dia seadanya kerana dia juga menerima kekurangan diri saya. Semasa confession ini ditulis, saya tengah menyusukan anak saya yang ke 5.

Anak pertama saya telah pun berjaya masuk ke sekolah berasrama penuh. Anak kedua dan ketiga saya kembar. Anak keempat saya lekat ketika masih menyusukan si kembar. Anak kelima pula lahir ketika c0vid sedang melanda.

Saya terasa Allah jawab segala doa saya. Saya yang tak henti – henti doa untuk anak yang ramai. Ada kalanya saya letih melayan karenah anak – anak dan merungut. Tapi saya cepat – cepat istighfar dan berdoa agar diberikan kesabaran yang sangat tinggi.

Jika ditakdirkan akan ada anak ke 6, ke 7 dan ke 8.. saya redho.. Walaupun hidup cuma biasa – biasa. Tidak mewah. Tapi segalanya cukup. Betullah kata bijak pandai. KAYA ITU APABILA KAMU MERASA CUKUP. Terima kasih kepada semua dan Terima kasih Allah.. – Julia (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nurul Syaffiqah Abd Rahman : Alhamdulillah. Betullah kata suami confessor tu. j0doh, rezeki, tu semua rahsia Allah. Tak peri0d tak semestinya manduI, cuma mungkin jenis h0rmon yg tak 0vuIate setiap bulan.

Ada betulnya kalau tak peri0d tu, kita jumpa doktor dan pakar untuk kepastian. Sebab badan kita, kita pun berhak tahu keadaannya. Tapi apa pun, kita kena kembali semula kepada Allah, sebab rezeki semua datang dariNya.

Zara Adam : Terima kasih TT untuk harapan. Saya masih bujang dan ada masalah yang sama seperti puan. Harap saya jumpa lelaki yang tak kisah jika ditakdirkan tidak mempunyai zuriat jika berkahwin nanti.

Saya dah 3 – 4 kali berjumpa doktor. Ujian d4rah pun dah buat. Semua negatif saya tak ada apa – apa s4kit. Kadang – kadang tak datang peri0d. Kadang – kadang non stop peri0dnya 1 – 2 bulan. Makan ubat baru normal.

Tapi takpela janji saya sihat. J0doh, zuriat, m4ti semua kerja Allah. Kerja saya sebagai manusia saya dah jalankan.

Athraa Amad : Terkenang 1 masa dulu, saya belum dapat anak lepas 2 tahun, ada kawan yang baru kenal boleh tanya, “peri0d macam mana?”. saya jawab “ok je”. Dia siap pandang ke lain macam termenung sambil cakap, “hmmm kat mana masalahnya ya.”

Serius kecik hati sangat. Dah kenapa nak judge sebab peri0d semata – mata. Dah kenapa sibuk kita ada anak atau tak, kenapa perlu dik0rek – k0rek, tak bolehkah sensitif sikit. Takkan saya nak buka cerita saya pend3rita vag1nimus, lagi dasyat jugdement dia nanti.

Dengan kuasa Allah jugak saya berjaya ‘spIash pregnancy’ walaupun masih vag1nismus. Allah nak bagi, dia akan bagi, bukan sebab peri0d. Tahniah confessor atas 5 cahaya mata.

Diyana My : Sangat comel la confessor ni. Tahniah dapat anak ramai. Semoga menjadi asbab menjadi penghuni syurga dengan melahirkan anak – anak soleh dan solehah. Sebelum saya jumpa suami sekarang pun selalu doa semoga dapat zuriat sebab seram tengok ramai sed4ra dan kawan kahwin bertahun – tahun tak dapat anak.. Alhamdulillah Allah makbulkan.

Azizahshahrom Shahrom : Tahniah kerana melaluinya dengan teratur. Bahagia kecewa itu semua rencah kehidupan. Tak semua yang bahagia itu bemula dengan yang indah – indah. Semuanya bermula dengan kecewa dulu.

Seronok dengar pengakhiran doa yang anda lakukan hampir setiap waktu dulu. Semoga bahagia hingga kepenghujung hayat. InsyaAllah