4 tahun kahwin, suami masih tak terima aku sebagai isteri. Setiap malam dia bergayut dengan kekasih dia. Aku takut nak bagitahu aku mengandung

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Saya hari – hari doa kalau suami nak kahwin dengan kekasih dia nanti, dia tak ceraikan saya. Saya rela bermadu asalkan dia selalu ada depan mata saya..

#Foto sekadar hiasan / AI. Saya dan suami berkahwin atas persetujuan keluarga suami pada tahun 2022. Now almost masuk 4 tahun perkahwinan kami. Saya sayang sangat dengan suami saya. Dia segala – galanya bagi saya. Tapi suami saya tak sayang saya macam saya sayang dia.

Tuan puan ada nasihat tak macam mana saya nak lembutkan hati dia? Saya agak sedih sekarang ni sebab saya tengah berbadan dua. Entah kenapa saya sangat cepat emosional. Pantang hati terusik, mula la mata berair. Suami saya pula tak tahu saya berbadan dua sebab saya takut sangat nak bagitau dia.

Saya takut dia lagi marah atau menjauh dari saya. Lagipun awal lagi kandungan ni. Hubungan kami pun memang macam h4mbar, tak pernah baik sejak kami berkahwin. Saya tak boleh nak p4ksa dia sukakan saya tapi saya memang sangat cintakan dia. Ya Allah, saya tak boleh nak ungkap perasaan saya ni.

Setiap masa saya memang risau dan sentiasa fikirkan dia. Saya risau kalau dia balik lewat, saya risau kalau dia lapar, saya risau kalau dia str3ss dengan kerja, saya risau kalau dia berg4duh dengan Sofea. Ya, Sofea kekasih hati dia. Orang yang paling dia sayang dan ambil berat.

Mereka bercinta dari zaman belajar lagi. Mungkin saya yang salah sebab hati dia sememangnya bukan untuk saya. Tapi saya cemburu. Saya cemburu bila dia selalu telefon Sofea. Tanya sayang sihat, sayang dah makan, sayang kat mana? Saya pun nak dia tanya macam tu.

Ada hari saya balik awal kerja, saya akan selalu tunggu dia depan pintu kat sofa ruang tamu tapi bila dia balik, dia tak pernah nak tegur ke apa, terus masuk bilik dengan muka macam nak marah. Saya nak sangat salam tangan dia, nak ajak dia makan, rasa masakan saya. Kalau penat, saya pun boleh urutkan. Saya betul – betul rasa nak buat semua tu.

Ada satu hari tu, saya kemaIangan. Saya kena w4rded 3 hari di hospitaI. Dia tak datang jenguk pun, sekadar tanya khabar pada mak dia, mak mertua saya melalui telefon. 3 hari tu, saya tunggu sangat dia datang walaupun sekejap. Saya nak dia yang tolong suap, tolong papah pergi ke bilik air.

Saya memang terima kasih sangat – sangat sebab mak mentua saya sangat baik. Selalu jaga macam anak sendiri. Tapi saya nak dia. Saya nak dia ada kat situ. Tapi dia tak datang pun. Bila balik kampung, saya cemburu bila dia selalu on call dengan Sofea lama – lama.

Dia selalu pujuk Sofea kalau Sofea tengah sedih sebab kerja ke, sebab keluarga ke. Tapi dia tak pernah buat macam tu kat saya. Saya nak juga dia tanya kerja saya macam mana? Ada nak pergi mana – mana tak atau jalan mana – mana tak? Kadang – kadang tu, sehari saya terperap kat rumah sebab dia takde.

Saya nak juga dia drive saya ke pasar untuk beli lauk nak masak semua tu. Entahla, mungkin harapan saya besar sangat nak minta dia teman saya. Kadang – kadang bila birthday dia, saya nak sangat ajak dia makan kat luar. Saya nak belanja dia makan sempena hari lahir dia.

Dulu masa mak ayah saya masih hidup, diorang selalu belanja makan bila time birthday saya. I’m thinking of doing the same thing. Lagipun, mak ayah dah takde. MeninggaI masa umur saya 15 tahun. Lepas tu tinggal dengan makcik. Tapi makcik pun dah takde. Jadi dia je keluarga dekat yang saya ada.

Tapi kenapa dia selalu macam nak menjauh dari saya? Dia cakap dia sibuk tapi dia boleh spent malam lewat sikit dengan Sofea. Sekarang, teringin pula nak makan macam – macam. Tak tahu kenapa time pregnant, banyak pula keinginannya. Tapi dia tak pernah belikan.

Ada haritu cakap teringin nasi kandar. Dah mesej tapi dia seen je. 2 minggu kemudian mak mertua bawak nasi kandar. Sebab dia tengok status whatsapp tunjuk nasi kandar. Comel sangat. Thank you Mama. Saya memang tak tahu nak ambil hati dia macam mana.

Waktu dia demam je saya paling suka sebab dia akan manja sangat. Saya boleh suap dia, lap badan dia, belai rambut dia, bagi dia makan ubat. Kadang – kadang saya rasa excited sangat sampai jantung terasa debar – debar bila tengah tengok dia tidur waktu demam. Rasa macam jatuh cinta semula.

Tapi saya tak suka time bersama. Dia macam kasar sangat dan saya rasa s4kit. Everytime dia minta, saya tahu tu tanggungjawab dan d0sa kalau saya tolak. Tapi saya memang sayang betul dekat dia. Dah takde sesiapa dalam hidup saya melainkan dia dan keluarga dia.

Saya hari – hari doa kalau dia nak kahwin dengan Sofea nanti, dia tak ceraikan saya. Saya rela bermadu asalkan dia selalu ada depan mata saya. Tapi issue sekarang saya cepat sangat terasa hati. Saya tak nak sikap ni jadi penyebab dia rasa menyampah. Lama – lama nanti dia fedup dengan saya, dia tinggalkan saya. Saya pula tak tahu nak start dari mana nanti.

Tahun 2023 saya pernah luahkan perasaan dekat dia dan minta dia bagi peluang untuk saya jadi isteri yang terbaik untuk dia. Tapi kecewa sikit bila dia kata Sofea je yang akan jadi ratu di hati dia. Saya cuma boleh doa banyak – banyak supaya satu hari nanti dia boleh nampak kasih sayang saya.

Saya pun dah agak berusia. Umur sekarang 34 tahun dah. Dan saya sayang sangat dengan baby ni cuma saya risau macam mana kalau dia tak dapat dapat kasih sayang sepenuhnya dari kami. Saya pernah rasa kehilangan parents. Menangis fikir banyak kali sebab saya tak nak hal ni jadi pada baby. Takkan sekali – sekali. Sangat s4kit dan sedih. Waktu tu hanya Allah je tempat saya nangis dan ngadu malam – malam.

Tapi saya bukan Sofea. Kalau Sofea, mesti dia jaga dengan penuh kasih sayang. Saya faham dan saya redha dah. Cuma saya pohon untuk dia jaga baby ni sungguh – sungguh nanti. Saya risau sangat macam mana kalau saya hidup tak lama.

Memang boleh harap pada family mentua, tapi saya takut lama – lama jadi beban pula pada mereka. Mama pun dah tua nak jaga cucu – cucu ni. Actually, jauh dekat sudut hati, saya rasa baby ni akan ada saya je sebagai ibu untuk dia bermanja bila membesar.

Saya bukan nak fikir bukan – bukan tapi hati saya kuat rasa mungkin dia tak berapa suka baby ni sebab baby ni baby saya dan dia bukan baby dia dengan Sofea. Tolonglah tuan – tuan puan – puan. Saya memang berharap sangat tapi saya buntu.

Dah 4 tahun saya cuba ambil hati dia tapi dia tak pandang saya pun. Saya jadi risau sebab nanti kandungan saya akan m4kin membesar. Macam mana saya nak bagitau sedangkan dia tak suka saya langsung? Please jangan nasihat untuk bercerai sebab kalau bukan dia, sekurang – kurangnya saya merasa ada family dengan keluarga dia. I love them so so much.

Atau boleh ke saya minta doa semua sekurang – kurangnya bila saya bagitahu tentang kandungan saya, dia akan sangat happy. Dia happy untuk baby ni pun dah cukup untuk saya. Saya nak selalu tengok dia senyum dan bahagia walaupun bukan dengan saya.

Cuma biasalah saya pun nak rasa dimanja dan disayangi tapi takpelah. Yang tu mungkin Allah balas nanti kat syurga. Terima kasih sudi mendengar. Saya doakan semoga tuan – tuan puan – puan selalu dalam lindungan Allah. Maaf ye saya tak ramai kawan boleh bercerita lagipun ini aib rumah tangga saya.

Saya selalu tulis dalam diari, tapi takut kalau nanti dia jumpa diari saya, dia lagi marah. Saya pula cepat sangat emosi. Jadi saya tulis di sini sambil – sambil minta pandangan. Doakan saya kuat dan terus gembira ya. Kalau bukan di dunia, insyallah gembira akhirat yang menanti saya. Saya yakin dengan janji Allah insyaAllah. – Najwa (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Siti Amalina Nadia : Saya tengah mengandung baca ni. Jadi emosi dan menangis baca apa yang awak hadap. Semoga Allah berikan kekuatan untuk awak dan baby. Semoga ada sinar untuk awak dan baby. Semoga suami awak pulak yang tergiIa – giIakan awak.. ni doa saya untuk awak.. awat kuat!

Ha Limah : Entah la. Masa bersama tu dia terbayangkan skandal dia tu ke? Kalau ya, ustazah time sekolah dulu cakap dah macam berz1na. Sebab bayangkan tengah buat hubungan dengan orang bukan mahram. Saya rasa, awak bagitau yang awak mengandung. Lepastu kalau sama je layanan, blah jela. Bukan tak boleh carik jantan lain. Banyak lagi lelaki yang senonoh dalam dunia ni.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.