Sepanjang dia s4kit, saya uruskan dia bab mengurus diri. Mengajar dia melalui teladan dan layanan yang baik, atas tanggungjawab juga sebagai suami. Dua bulan lepas kemaIangan saya dapat berita dia bersedudukan dengan lelaki lain di JB…
#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Terima kasih siarkan luahan saya. Sekadar meminta pandangan, mungkin masalah saya rumit sikit. Saya dah berkahwin dengan isteri hampir masuk tahun ke 5. Sepanjang perkahwinan kami, isteri berlaku curang dan beberapa kali kant0i check in dengan ex dia (dengan laki yang berbeza).
Genap 4 tahun ulangtahun perkahwinan, isteri saya kemaIangan, teruk jugak patah tangan. Saya berpendapat, Allah nak tunjuk baIasan derh4ka kat suami. Sepanjang dia s4kit, saya uruskan dia bab mengurus diri. Mengajar dia melalui teIadan dan layanan yang baik, atas tanggungjawab juga sebagai suami.
Ingatkan dia insaf, selang sebulan dua selepas kemaIangan dia curang semula dan saya tangkap dia dengan laki lain bersedudukan di JB. Waktu itu saya dah tak ada rasa apa – apa, saya menganggap penceraian adalah jalan terbaik.
Saya dah mengadu kat ibu bapanya, ibu bapanya sangat sedih dan ini bukan kali pertama mereka mendengar luahan hati saya. Sedihnya sampai menangis sambil menegur anaknya. Yang dia tetap mendongak ke langit. Malah dia mempersoalkan saya kenapa perlu mengadu kat orang tua? Nasihat orang tuanya juga dipertikaikan, sebab dia rasa orang tuanya juga tak layak memberi nasihat sebab mereka juga sudah bercerai. Dia boleh pulak mengadu domba dengan exs sampai ke hotel?
Bab agama, saya selalu ajak solat berjemaah dan mengajar dia menjadi isteri yang baik tapi dia punya pendirian its like no heII for tomorrow. Tak taulah, seorang yang dah tak boleh diberi teguran. Mungkin silap saya berkahwin dengannya atas kepercayaan dia berubah sikap.
Saya TAK PERNAH khilaf memberi nafkah. Dia dapat lebih daripada isteri – isteri yang ada kat luar sana, sebab saya mampu. Tiada masa untuknya? Kami kerap bercuti dan berjalan. Tapi saya rasa saya SELAYAKnya dapat seorang isteri yang lebih baik daripada dia. Saya tak mintak kahwin lain, tapi dia suruh saya cari lain dengan syarat yang merepek.
Ibu bapa saya dan mertua adalah kekuatan saya meneruskan perkahwinan sehingga hari ini. Mereka akan sedih bila berlaku penceraian. Mertua meletakkan keputusan rumah tangga di atas tangan saya, tapi dalam masa yang sama mereka merayu memberikan peluang terakhir kepada isteri dengan harapan untuk berubah.
Yang pasti, duit dan emas tak boleh beli kesetiaan isteri. Pesanan ini untuk bangsa saya.
Mungkin ada yang anggap situasi saya ni hanya drama 7 petang, tapi inilah realiti yang saya hadapi selama ini. Mintak pendapat akak-abang sekalian:
1. Adakah cara saya ini betul?
2. Bagaimana lagi untuk menasihati isteri yang bersikap seperti ini?
Baik buruk teguran saya terima, tapi biarlah yang positif. Hati saya kini bukan kepada dia, tapi ke pejabat agama dah.
Kalau bermadu, dia nak rumah asing dan duit belanja RM2000/bulan. Dan saya hanya boleh datang sehari sahaja dalam seminggu. Gurau dia juga nak madunya lebih cantik dari dia. Saya anggap dia ni pra-mat4ng dalam berfikir sebelum berkata – kata.
**Ada hikmah kami masih tidak lagi dikurniakan zuriat.
Komen Warganet :
Sharisha Ibrahim
Saya rasa Encik ni terIampau mencintai isteri Encik sampai Encik terlupa dengan kebahagiaan diri Encik sendiri. Yes, mana ada ibu bapa yang suka anaknya bercerai apatah lagi mertua Encik telahpun melalui fasa bercerai, it’s t0ugh. Tapi dengan perangai yang ditunjukkan isteri Encik, dia sudah hilang hormat terhadap Encik sebagai suami dia. Usaha Encik utk mengubah perangai dia hanya sia – sia sahaja. It’s time to move on. Semoga Encik mendapat isteri yang lebih baik, yang setia dan menerima kekurangan Encik melebihi daripada harta, dan wang ringgit. Hidup ini sekali. U don’t wanna di3d br0ken-hearted.
Sham Mohd Amin
Isteri begini sepatutnya diceraikan, maaf cakap. Isteri yang derh4ka, curang sampai berkali – kali bukan isteri yg baik. Malah sikap dan perangai begini boleh d1kategorikan perempuan jenis jahat, maaf cakap. Ceraikan saja dan cari di luar sana lebih ramai wanita baik dan solehah. Yang paling utama kesetiaan dan kebahagian dalam hidup. Jadi cari lah yang beragama iaitu bersolat. Insyaallah hidup kau bahagia dunia akhir4t.
Sarah
Antara objektif perkahwinan ialah untuk mencari kedamaian, ketenangan hati dan memupuk kasih sayang antara 2 insan. Sekiranya objektif ini gagal dicapai maka apalah guna jika masih diteruskan perkahwinan itu. Hidup ini hanya sekali. Selagi masih hidup, berilah ruang untuk hati dan diri sendiri merasai kebahagiaan. Semoga dipermudahkan urursan encik. Sekadar pandangan dari saya.
Ujer Wwf
Pada pandangan saya setelah baca kisah ini, saya berpendapat encik tak perlu tunggu lagi lepaskan sahaja si isteri biar dia dengan jalan yang dipilih. Encik mulakan hidup baru dengan pasangan baru. Ada ramai wanita di luar sana yang memerlukan kasih sayang dan beIaian suami dan pilihlah yang tulus. Solat istikharah jalan terakhir sebelum memutvskan apa – apa.
Ummu Aiman
Minta nasihat dari pejabat agama dan dalam waktu yang sama tuan berdoa lah secara khusus dengan menyebut nama isteri tuan di dalam doa. Saya rasa walaupun akan berlaku perpisahan tuan tentu tidak mahu isteri tuan hidup dalam keadaan sekarang. Doakanlah semuga Allah mengubah beliau sama ada sewaktu masih sebagai isteri atau setelah berpisah.