Ayah terp4ksa buat pinjaman loan bank sebab adik nak kahwin kalau tak adik ugvt nak pinjam ahIong

Terbaru adik minta duit sebab isteri nak bersalin dekat swasta, nak doktor perempuan. Bila berpant4ng tak nak bidan kampung. Ayah jugak yang kena keluarkan duit..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.

Terima kasih admin kalau siarkan artikel ini. Kami ada 6 orang adik beradik. Ayah pesara dan ibu seorang suri rumah. Aku cuma ingin luahkan rasa tentang adik lelaki yang ke-2. Adik aku berkahwin ketika usia 19 tahun. Pada awalnya aku jenis tak kisah bila orang kahwin muda tapi bila lihat sikap adik aku, aku rasa biarlah kita ukur baju di badan sendiri.

Sewaktu adik sampaikan hasrat nak kahwin, mak dan abah bantah sebab adik belum bekerja. Tak ada duit lagi nak kahwin. Tambahan pula kami bukan dari kalangan orang senang dan abah masih ada 4 orang tanggungan yang bersekolah. Adik tetap berkeras mahu berkahwin. Malah keluarga perempuan berkali – kali call abah. Siap cakap “Man, jangan berkira sangat dengan anak”.

Perempuan tu memang baik. Atas desakan family perempuan dan adik ugvt nak pinjam duit dekat ahIong.. ayah benarkan mereka kahwin dan fully spons0red. Dari mana datang duit RM10K? Habis semua akaun adik – adik yang lain dan apply loan Aeon nama abah. BergoIok gadai la cari duit untuk majlis perkahwinan adik. Adik pun janji nak bayar balik duit kahwin. Sampai sekarang ayah simpan resit yang ayah bayar bulan – bulan untuk loan dan wasap kat adik. Tapi sekadar seen sahaja.

Tapi selepas 6 tahun kahwin, adik masih tak bayar lagi. Bila ayah tanya, dia kata tak cukup duit lagi. Bila tengok fb update pergi oversea dan makan restoran mewah. Minggu lepas alhamdulillah, selepas 6 tahun kahwin adik direzekikan mempunyai zuriat. Adik pulang ke kampung sebab isteri dia nak pant4ng kat rumah. kami pun tak kisah. Tapi bila adik minta duit kat abah sebab isteri dia nak bersalin hospitaI swasta sebab nak doktor perempuan. RM4000 adik minta. Yang ni memang ayah tak boleh bagi sebab tak ada sampai banyak tu.

Tapi dia pinjam pula dengan ayah mertua dan dapat RM4000. Dapat la bersalin kIinik swasta yang diidamkan. Malah, nak tempah bidan pun cerewet. Mak kata ambil bidan kampung sebab murah. Tapi adik kata isteri dia tak nak sebab bidan kampung banyak ‘ilmu – ilmu pelik’. Tanpa pengetahuan kami, dia ambil bidan yang ada buat servis maternity care dengan harga RM800. Ya, lepas habis sesi berurut dengan bidan, adik pun minta dengan abah duit sebab dia kata duit dia tak cukup. Ayah pun k0rbankan gaji bulan ni untuk bayar bidan (sebab bidan memang tengah tunggu payment). Dari segi makanan pun asyik arah mak masak macam – macam. Kadang bila mak baru nak tidur, dia k3jut mak suruh masak sebab isteri lapar teringin sayur brok0li (sebelum tu mak dah masak tapi sayur sawi biasa). Isteri dia tak nak makan sebab sawi tak ada zat untuk hasilkan susu.

Adik dan isteri memamg baik. Tapi terlalu berg4ntung pada mak ayah walaupun selepas berkahwin. Aku nampak adik tak mat4ng lagi uruskan keluarga. Adik sekarang umur 25 dan isteri 28. Mak dengan abah ikut sebab takut adik pinjam duit dekat ahIong atau sebarangan orang.

Pernah aku tegur jangan asyik minta duit kat abah. Sebab abah pun pesara yang gaji bawah RM2000. Masih lagi ada adik lain yang sekolah. Tapi dia kata dia memang terdesak dan akan ganti. Kadang malas nak cakap banyak sebab suami tak bagi aku masuk campur sebab tak nak berg4duh adik beradik.

Apa pun moga Allah baIas sebaik – baik ganjaran buat mak dan abah yang banyak berk0rban. Dan buat adik, lepas ada anak ni moga lebih bertanggungjawab. – Ayong

Komen Warganet :

Nia Bahri

GiIa punya laki bini. Aku selagi boleh nak beranak dekat kerajaan je sebab murah. Servis pun dah lebih kurang macam swasta jugak. Janji ko selesa dan seIamat beranak dah la. Lepas tu susahkan mak pak plak dari awal kahwin sampai beranak pinak. Baik bungkus je dorang nie pastu tan4m hidup – hidup. Bini lagi tua sepatutnya kena lagi mat4ng dan boleh pikir jauh. Ni sama jugak macam lelaki perangai dan pemikiran tak mat4ng. Baik tak payah kahwin. Yang family mertua boleh plak dok cakap jangan berkira – kira dengan anak. Kalau sejenis hidup kaya raya haruslah kau cakap macam tu. Ni orang tu pun banyak lagi tanggungan. Kalo family aku aku sek3h je kepala adik aku tu. Ko nak kawen ko pegi kahwin sendiri usaha sendiri. Sendiri tak terbeIa ada hati nak beIa anak orang.

Keet Salleh

Apasal adik kau tak masakkan sendiri brokoli untuk wife dia berpant4ng. Kata dua – dua laki bini baik, dah baik, jagakan la bini tu masak apa bini nak. Bini tu pulak dah baik, makan jelah sawi yang mak mertua dah masak, lagi nak request maca – macam. Sawi pun milkb0oster jugak apa. Eh geram pulak hakak baca.

Siti Khalizah

Maaf cakap adik sis agak meIampau, dia nak bersenang lenang dan keselesaan untuk diri sendiri bersama isteri dengan mudah, malah menyusahkan orang lain. Dah tu pula cerewet dan demand, sangat – sangat tak patut pula menyusahkan ibu bapa yang susah payah besarkan dia sampai dewasa. Ni bukan masalah berg4duh adik beradik, ini masaIah kena BAHASA kan juga adik sis, supaya ukur baju di badan sendri. BerTEGAS lah, kalau melibatkan kecem4san lain cerita. Memang agak meIampau sangat.

Ummu Asma

Orang yang kahwin tak berapa nak muda pun, masih mengharap dan meminta – minta duit orang tua. Tak faham dengan jenis anak macam ni. Diri nak bermewah – mewah sampai sanggup menyusahkan orang tua. Apa yang ada dalam kepala tu pun tak tahu. Sudah la tak menghulur, tambah membebankan lagi ada. Rasanya kalau orang tua dah tak ada, agak – agak menadah tangan kat siapa pulak la ye.

Nor Artikah

Ni nama ye tak sedar diri, tolong laaa. Bersalin kat hospitaI kerajaan pun dah cukup bagus. Jangan bagi alasan sebab nak doktor perempuan sanggup berabis duit bagai, dah laaa meminjam, dah tahu bini tu nak bersalin kat hospitaI swasta 9 bulan tu menabung la. Pergi 0versea apa semua boleh tapi duit bapa sendiri tak boleh nak bayar. Tak kesian ke dekat orang tua kena bayar setiap bulan. Duit tu kalau dikumpul inshaAllah pak cik dah boleh mengerjakan haji beberapa kali agak ye. Maaflah ye kalau ayat kurang sedap sikit, saya memang pant4ng orang macam ni sampai bila nak berg4ntung pada mak ayah lagi. Dah berkeluargakan, tu tanggungjawab adik sis untuk sediakan segala kehendak mewah bini ye tu.