
Jadi lepas pada tu, aku tak solat, tak mengaji. Bila husband tanya, aku cakap aku dah solat, padahal tak. Orang kata doa mak makbul tapi doa mak aku tak makbul pun. Aku minum air kelapa serai. Mak aku minta minum air hujan, aku minum. Tak makan coffee, elak junk food. Semua buat. Masih gagal!
#Foto sekadar hiasan. Aku perempuan berumur 32 tahun, berkahwin dan TTC 5 tahun sudah. Kahwin atas sebab suka sama suka dan kenal pon dah lama bermula dari tadika. Aku kahwin musim PKP, PJJ beberapa bulan lepas kahwin. Dah kami decide untuk tidak conceive dulu sementara PJJ.
Bila dah berpindah duduk merantau sekali (<1 tahun berkahwin), kami cuba concieve dan dengan tanpa gagalnya, aku period setiap bulan. Husband decide untuk buat sp3rm test disebabkan dia per0kok tegar. Mula mer0kok dari sekolah rendah lagi, jadi tegar bila form 3, bila dia sedar yang dia tak boleh kalau tak mer0kok 1 hari.
Ada beberapa cubaan dia berhenti mer0kok sewaktu sekolah, dengan aku cuba bantu guna pil nikotin tu. Tapi tidak berjaya. Pernah break, sebab r0kok dia jugak. Jodoh, aku berkahwin dengan dia. Result 1st time buat sp3rm test tu, dia teratozoosp3rmia, which is sp3rm tak normal.
Normal sp3rm morphology >4%, laki aku 1%. Lepas dapat result tu, masing – masing terdiam dalam kereta. Mungkin dia pon terk3jut. Sebab bagi dia, kau mer0kok pun boleh beranak pinak macam bapaknya yang heavy sm0ker. Aku diam sebab aku rasa salah dia, sebab tak berhenti mer0kok.
Aku cakap dengan dia dan dia cakap dia tak boleh buat apa. Dia pernah cakap, dia tak rasa dia boleh berhenti mer0kok. Tapi tu la, masa bulan puasa elok je menahan diri. Masa tu je, dia kurang hisap. Then, selepas research sendiri, laki aku decide untuk makan Profortil, ubat untuk bantu tingkatkan sp3rm porphology tu.
Kena makan untuk 3 bulan, sebulan harga sekotak RM350 macam tu. Lepas habis 3 bulan, kami decide untuk jumpa pakar dan masa ni sp3rm reading dh naik kepada 4%. Paras – paras but better. R0kok tukar jenis je tapi masih mer0kok. Selepas jumpa pakar dan aku pun check kesuburan, alhamdulillah semua okay.
Doktor advise untuk kami cuba secara sendiri dulu sebab baru setahun berkahwin dan tiada apa – apa yang concern mengenai result kami. Hujung tahun kedua, masih belum mengandung dan decide untuk jumpa pakar lagi. Proceed untuk IUI.
Tahun ke 3, kami diuji dengan parent yang nak bercerai berai. Postpone IUI. Tapi masih berdoa, berusaha conceive secara sendiri. Tidak berjaya juga. So, hujung tahun ke 4, proceed buat IUI. 3 kali IUI sampai masuk ke tahun ke 5 berkahwin. Masih gagal.
Aku dah penat dan cakap dengan husband untuk ambil anak angkat je. Dia tak nak. Dia nak anak sendiri, dia nak tengok anak dia rupa macam mana nanti. Sebelum berkahwin, aku dah cakap dengan husband awal – awal yang aku okay je kalau dia nak berpoligami.
Jadi, aku cakap dengan husband aku yang aku okay kalau dia nak kahwin lagi 1, kalau dia rasa kami tak mengandung ni sebab aku. Dia tak nak. Untuk IUI yang ke 3, macam ade harapan aku nak mengandung. Tapi tak lekat. IUI pertama dan kedua kami sorok dari keluarga.
Untuk yang ke 3, kami inform. Doa dari mak, mak mertua, makcik surau, pakcik surau aku harapkan. Setiap waktu makbul doa, kami berdoa. Mandi hujan. Mak aku minta minum air hujan, aku minum. Diiet, badan kejap gemuk kejap kurus. Tak makan coffee, elak junk food. Semua buat. Supplement tak tinggal. Masih gagal. Aku period juga, setiap bulan.
Aku cakap dengan husband lepas ni dah tak de dah, sebab aku dah penat. Tapi, dia tak paham apa yang penat. Sebab duit dia yang keluar. Aku bekerja, IUI ni ada macam – macam test. Nak kena pergi test ikut day cycle period kau. Nasib bos paham aku banyak excuse, banyak cuti.
Sumpah kecewa bila gagal 3rd IUI. Masa ni aku loose faith. Buat apa aku solat, buat solat sunat, mengaji, menderma. Aku ni h4mba, aku rasa macam aku dah usaha macam – macam, tapi Allah masih tak bagi aku rezeki anak. Doa waktu makbul, waktu hujan, baca zikir itu ini, masih tak mengandung. Kata doa ibu tu dua mustajab, Allah tak jawab juga doa mak aku.
Jadi lepas pada tu, aku tak solat, tak mengaji. Bila husband tanya, aku cakap aku dah solat, padahal tak. Aku frust, give up, penat. Husband aku ok. Ntah la.. Bukan badan dia, bukan mental dia. Bagi dia, kita belum cuba semua lagi. Jadi, bermula la episode aku minum air kelapa serai. Siapa yang tahu, tahu lah. Aku yang minum, dia tak minum.
Dulu aku solat, panjang doa aku. Sekarang, aku minta Allah makbulkan je doa suami aku. Aku dah berdamai dengan takdir. Kalau ada, ada. Kalau bukan rezeki aku nak ada anak, aku redha. Sekarang aku cuba jadi h4mba yang soleh semula. Aku mengharapkan doa dari pembaca semua, semoga aku kuat.
Sekarang, aku layan je permintaan husband aku. Dia nak aku makan apa, aku makan. Aku minum apa, aku minum. Sekarang dah kurang jaga badan, sebab penat maintain dulu. Kerja pula duduk dalam office je. Aku biar je badan aku naik. Sampai mak aku cakap, aku tak mengandung sebab aku gemuk. Aku baru je gemuk. Haha. Biar lah.
Di hujung tahun ni, husband ajak pergi jumpa ustaz. Aku layankan. Ingat lagi, nak dekat – dekat berkahwin tu, aku pergi berurut. Akak tu siap cakap, rahim aku jenis subur. Mudah mengandung, cepat lekat. 5 tahun dah. Masih belum lekat.
Husband tak pernah mengurut seumur hidup dia. Pernah suruh pergi. Tak pergi – pergi jugak. Dia masih mer0kok, ubat dah tak makan lepas IUI tu. Dalam diam, aku salahkan dia. Lama – lama, aku salahkan diri aku. Mungkin ada yang jahat aku dulu, atau jahat aku yang akan datang, Allah belum rezekikan aku anak.
Bila aku baca yang TTC 8 tahun, 10 tahun baru mengandung, aku terfikir apa yang diorang rasa. Apa yang diorang hadap. Waktu aku di tahun ke 2 perkahwinan, aku balik kampung. Selepas dah boleh rentas sempadan tu, ada pakcik tegur aku makin putih.
Aku jawabkan sebab tak keluar rumah, waktu ni aku belum mula bekerja lagi. Dan pakcik tu jawab, “Kena kurung dengan laki kau pun tak mengandung – ngandung ke.” Aku diam. Maaf berterabur sikit. Lama tak mengarang. Terima kasih sudi baca.
Nak cerita dengan husband, dia tak paham. Nak cerita dengan mak, lagi la. Nak cerita dengan kawan – kawan, malu. Jadi, di sinilah. Mohon doa dari semua, semoga saya kuat mental dan fizikal, semoga saya mengandung, semoga saya tak loose faith lagi. Amin.
Komen Netizen :
Paiii : Semoga akak terus kuat, besar ujian akak sampai akak taw4r. Semoga berkat kesabaran dan rasa taw4r akak tu nanti Tuhan bagi anak. Kuat – kuat kak, bumi mana tidak ditimpa hujan, manusia mana tidak ditimpa ujian. semoga Tuhan menjaga akak dan husband
Bintang99 : Semoga Allah kurniakan akak dan suami zuriat Aamiin. Stay strong akak! Insha Allah ada tu rezeki sebab Allah je tahu bila waktu yang tepat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.