Saya dan suami dah buat pelbagai usaha untuk dapatkan anak tapi masih belum ada rezeki. 5 bulan yang lalu semasa dalam majlis, salah seorang saud4ra datang bertanya tentang anak pada saya. Belum sempat saya jawab, ayah mertua dah jawab dulu dengan jawapan yang sinis. Ketika itu mak mertua genggam erat tangan saya sebab dia tak mampu hentikan ayah mertua..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hi admin dan para pembaca. Maaf admin tolong hide fb, saya guna fb kawan saya. Saya perIukan pendapat dari pembaca tentang masalah yang saya sedang hadapi.
Saya dan suami dah berkahwin selama 5 tahun dan belum direzekikan anak. Dalam tempoh 5 tahun ni macam – macam usaha saya dan suami ikhtiarkan. Check up dari hospitaI dah confirmkan kami berdua sihat dan tak ada masalah.
Cumanya masih belum ada rezeki. Dalam tempoh 5 tahun kami berusaha, hati saya dah redha dan sentiasa berlapang d4da dalam setiap perkara. Dalam setiap kali kecewa bila pregnancy test negatif, m4kin bertambah semangat saya untuk terus berdoa dan usaha.
Rezeki saya, keluarga saya dan mertua terima keadaan kami seadanya. Setiap ape je ikhtiar yang saya buat macam berurut, jumpa ustaz, dan lain – lain tak pernah saya berahsia. Sebab saya percaya, dalam setiap ikhtiar saya, ada doa dari ibu bapa kami.
5 bulan yang lepas, ada family gathering sebeIah ayah mertua saya. Macam biasa, kami suami isteri yang bawa dan temankan mertua. Tengah berkumpul ramai – ramai, salah sorang mak cik suami tanya pasal anak dekat saya.
Belum sempat saya nak jawab, ayah mertua saya dah tolong jawabkan. “Dia ni banyak d0sa, berurut tak lekat, ubat hospitaI tak lekat, cara kampung pon tak lekat – lekat.” Suami saya masa ni dekat luar tengah menyembang terus saya dijadikan bahan bercerita, ayah mertua saya macam lepas geram.
Habis semua usaha saya dia ceritakan tapi dengan cara yang sangat negatif. Mak mertua pegang kuat tangan saya, sebab dia tak mampu nak stop kan mulut ayah mertua saya. H4ncur hati saya. Sy tak ada pilihan, kalau saya bangun terus nanti jatuh air muka mertua.
Saya sebagai menantu, selagi mampu tetap nak jaga air muka ayah mertua. Cerita ni kekal antara saya dan mak mertua. Sebab saya nak bercerita dengan suami bila saya dah tenang, saya tak nak cerita dalam keadaan saya marah sebab saya tak nak terlepas cakap yang bukan – bukan.
Layanan saya dengan ayah mertua masih sama, setiap bulan kami balik belikan barang keperluan, bawa ke mana je yang ayah mertua nak. 3 bulan lepas, kami balik macam biasa. Rupanya mak mertua saya dah cerita semua benda yang jadi dekat suami saya.
Mak mertua saya tak boleh tahan rasa bersalah, dan mak mertua saya terk3jut sebab saya tak pernah mengadu dekat suami tentang apa yang berlaku berkenaan ayah mertua. Awalnya suami marah sebab saya berahsia.
Bila saya terangkan, Alhamdulillah suami saya faham dan terima bahawa saya tak nak jadi punca dia selisih faham dengan ayah mertua. Saya tak nak letakkan suami dekat situasi di mana yang dia kena pilih antara saya atau ayah dia.
Saya tak nak suami saya fikir yang tak elok tentang ayah dia. Saya tak nak dalam hati suami ada simpan rasa kecik hati dekat ayah dia. Sekarang suami saya penuh dengan rasa bersalah dekat saya, sebab dia rasa gagal nak pert4hankan saya.
Suami saya buat keputvsan untuk tak join apa – apa kenduri atau majlis sebeIah ayah mertua. Kalau balik kampung sekarang ni, memang suami akan berkepit dengan saya, walaupun saya tengah masak pon dia rela duduk tunggu dekat dapur.
Kat mana je saya duduk, sebeIah saya mesti ada dia. Masalahnya hubungan suami dan ayah mertua m4kin renggang. Ini benda yang paling saya nak takut. Puas saya nasihatkan suami, puas saya bagitau yang saya dah lama maafkan dan lupakan apa yang jadi.
Tapi suami saya tetap keras hati dan kecik hati dengan perbuatan ayah dia. Saya nak mintak nasihat pembaca dalam ni, yang mana pernah alami lebih kurang pengalaman macam saya. Apa jalan terbaik untuk pulihkan balik hubungan suami saya dan ayah mertua.
Apa yang saya boleh buat supaya suami boleh lupakan dan maafkan apa yg dah jadi. p/s: Tolong doakan kami dianugerahkan cahaya mata penyeri rumah tangga.
Komen Warganet :
Masiah Pardi : Ada sebab kenapa Allah lambat bagi rezeki anak kepada adik dan suami. Allah nak adik berbakti pada mertua. Bayangkan kalau tak ada adik dan suami sapa agaknya yang boleh bawak mertua ke sana sini sekiranya adik dan ada anak.
Mesti nanti kereta tu dah penuh dengan anak – anak macam adik beradik yang lain. Berlapang d4da dan bersangka baik pada Allah, Allah maha tau semua perkara.
Adik terus positifkan diri. InsyaAllah akan ada rezeki adik dan suami nanti. Kita jalankan tugas kita, jangan ganggu kerja Allah. Allah maha baik, Allah sayang kita semua.
Cheq Ell : Semoga Allah kurniakan awak zuriat tak lama lagi. Syukur mak mentua dan suami baik, banyakkan sedekah kat anak yatim atau masjid. Saya pun pernah dik4ta macam – macam sebab lambat dapat zuriat.
Alhamdulillah sekarang dah ada sepasang. Abaikan je mulut – mulut jahat dan banyakkan doa dan makan makanan berkhasiat untuk cepat lekat.. Ambil vit c dan vit e suami isteri makan malam dan pagi.
Yang mengata ni macam tak tau hukvm Allah. Rezeki ajaI m4ut Allah dah tentukan, tak ada anak bukan masuk ner4ka pun. Kadang – kadang anak ramai lagi payah nak ke syurga. Semoga Allah dengar doa – doa awak. Aamiin…
Rafidah Fydaqueen : Allahuakhbar. Semoga Allah bukakan pintu rezeki anak buat sis. Alhamdulillah suami sis dikurniakan isteri yang baik, insyaallah akan tiba saat sis menimang cahaya mata.
Antara suami dengan ayah mertua, insyaallah lama – lama akan pulih hubungn mereka. Manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Sentiasa berdoa sis. Mungkin tak perlu ungkit perkara ni lagi pada suami sis.
Sebab bila sis ungkit perasaan hati yang kecewa akan datang semula. Semoga Allah perbaiki hubungn kekeluargaan sis. Good luck.
Puteri Ina Darmansa : Bila baca cerita awak saya betul – betul terharu baiknya awak dengan mertua awak. Awak adalah isteri yang baik dan tidak menyesal suami awak pilih awak jadi isterinya.
Saya doakan awak ada rezeki dapat baby amiin. Berdoalah sealu dalam solat awak agar hati suami awak lembut dan maafkan ayahnya. Setiap doa isteri akan dimakbulkan oleh Allah apa lagi demi kebaikan. InsyaaLLAH
Rusni Habin : Mulianya hati mu dik, insyaallah dalam masa terdekat akak doakan adik mengandung anak kembar.. Ya Allah kurniakan kepadanya zuriat yang solleh dan sollehah dengan asbab akhlaknya yang mulia dan menyantuni mertuanya dengan baik sekali.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.