Mak meng4muk bapak curang dengan janda, cikgu matem4tik kakak aku. Kakak aku jadi m4ngsa sampai tak pergi sekolah

Mak aku kata kalau bapak aku nak kahwin dengan janda tu bapak aku kena lepaskan mak aku. Bapak setuju. Ketika bapak nak nikah, mak tolong bapak bersiap. Nampak sangat mesra je masa tu, mak senyum tengok bapak. Aku sedar air mata mak jatuh.

#Foto sekadar hiasan. Aku nak buat confession ni pasal family aku. Aku anak bongsu dalam 3 beradik. Aku ada abang sulung dan kakak ke-2. Nenek selalu pesan dekat aku “kau 3 beradik ni beruntung sebab tak ada lagi mak / bapak tiri, tengok sed4ra kau yang lain semua dah ada mak tiri. Jadi kalau mak ayah kau nak g4duh halang la”.

Masa tu aku baru darjah 5 jadi aku tak ada la paham sangat, ye la budak lagi kan. Dalam Family beIah mak aku semua dah cerai berai, lagi – lagi pakcik aku abang kepada mak aku, dah kahwin cerai 4 kali dah. Tapi ni bukan apa yang aku nk cerita.

Aku berasa untung sebab masih ada dua mak bapak yang masih bersatu. Hidup aku masa tu simple je. Aku ada mak ayah yang sayang dengan aku, aku ada ramai kawan dan hubungan aku dengan adik beradik sangat baik.

Hahaha, tapi benda baik manalah kekal kan? Mak selalu pesan dengan kami 3 beradik jangan buat hal yang boleh buatkan ayah marah. Walaupun mak dengan ayah masih baik hubungan mereka tapi mak takut betul kalau ayah marah.

Satu hari lepas aku balik kelas tambahan aku masuk je terus nampak ayah aku tengah tengking abang aku. Aku terdiam, aku tak terk3jut ayah marah tapi aku terk3jut ayah aku siap tengking lagi. Selama ni ayah marah biasa je tapi kali ni tengking.

Aku tak tau apa yang ayah aku marahkan sangat sampai ayah aku libas abang aku guna batang paip. Aku tengok mak hanya diam waktu lihat abang kena. Lepas tu, sebelum ayah keluar ayah tengking dekat mak, “sebab kau manjakan sangat budak – budak ni jadi macam ni”

Aku tengok mak hampir menangis. Ayah sempat jeling aku sebelum keluar, aku hanya tundukkan kepala aku. Lepas ayah keluar je mak marah lagi abang. Kali ni teruk la mak m4ki, “kau ni kenapa hidup menyusahkan orang ha, kenapa kau ni suka je buat mak dengan ayah g4duh, menyesal aku lahirkan kau!”

Mak m4ki abang sambil tepuk kuat belakang abang. Kesian aku tengok abang aku hanya mampu nangis takut. “Buat mengucap la mak! Apa mak cakap ni?” kakak aku tepis tangan mak aku. Kakak aku peIuk abang aku yang dah penuh dengan Iebam dan Iuka.

Kakak aku tolong abang aku masuk ke bilik dia. Abang aku dah tak mampu jalan jadi aku dan kakak tolong abang jalan ke bilik. Lepas abang aku bukak baju dia supaya kakak aku boleh letakkan ubat, aku terdiam. Satu badan abang aku penuh dengan Iebam.

Mata aku berair, Ya Allah kesian sangat dekat abang aku. Kakak aku hanya sapukan ubat dekat Iuka dan Iebam abang aku dalam diam. Aku menangis, abang aku ketawa tengok aku, “kau ni aku yang kena pukuI kau yang nangis.” Abang aku masa tu tingkatan 4, jauh beza lima tahun dengan aku.

Lepas tu aku tanya la apa punca semua ni, abang aku cerita masa tu kelas tambahan dia cikgu batalkan sebab cikgu ada em3rgency kan jadi abang aku dengan kengkawan lepak la dekat cc. Entahla jiran mana tah mengadu kat bapak aku yang abang aku ni ponteng.

Abang kata dia dah cuba nak explain tapi bapak aku lebih percayakan orang luar daripada anak sendiri. Lepas dari kes tu je bapak aku jadi panas baran. Itu tak kena ini tak kena. Ada saja yang nak dibuatkan g4duh. Mak macam biasa la takut ngan ayah jadi kami 3 beradik jadi m4ngsa.

Lepas tu jugak ayah selalu balik lambat, alasan OT. Kesian aku dengan mak, sanggup tak tidur semata – mata nak tunggu ayah aku balik makan sama – sama. Tapi jawapan ayah aku sama setiap kali “esok je la saya makan saya penat ni” Mak aku iyakan je la.

Ada satu hari ni, kakak aku tengok nak basuh kain aku pon tolong la sebab kesian tengok kain banyak. Aku jalan kat kakak nampak kakak pegang kemeja ayah. “Kau basuh je nanti aku tolong sidaikan” Aku cakap. Kakak aku tanya “mana mak?” Aku cakap mak ada dekat rumah jiran tengah bersembang.

Kakak aku tunjuk baju ayah yang dia tengah pegang. Benda ni macam cliché sikit tapi memang jadi. Aku nampak kesan lipstik yang pudar dekat collar baju ayah. Nampak sangat ayah dah try nak basuh kesan lipstick tu tapi tak boleh.

Aku terk3jut tapi kakak aku nampak biasa je. Mak aku mana pakai lipstik merah macam tu, mak aku pakai lipstick color nude je sebab memang sesuai dengan mak. “Aku dah syak dah,” kakak aku cakap. Dahi aku kerut, “kau dah tahu ke selama ni?”

Kakak aku masukkan baju dalam mesin basuh lepas tu tarik tangan aku masuk bilik sementara tunggu baju basuh. “Aku tak nak kau terk3jut nanti jadi apa – apa. Jadi aku bagitau kau sekarang.” kakak aku cakap dalam nada yang serious.

Kakak aku panggil abang aku sekali. Abang aku tanya, “kenapa” kakak aku jawab, “pasal tu”. Jadi memang tinggal aku je belum tau apa – apa pasal ni. Aku dah boleh teka apa yang kakak aku nak sampai kan. Kakak aku cakap dia pernah curi – curi buka handphone bapak aku dia main teka je masa tu tak tau pulak betul password.

Kakak aku cakap tak de apa pon yang pelik tapi bila dia bukak message bapak aku ada contact perempuan lain. Kalau orang lain mesti dah pikir, “ouh kawan sekerja kot” tapi kakak aku ni negative sikit. Tapi apa yang dia pikir tu betul. Tu skandal bapak aku.

Kakak aku nak munt4h baca chat Iucah antara bapak aku dengan skandal dia. Mata aku berair. Benda yang aku paling takutkan seumur hidup aku terjadi. Air mata aku hanya mengalir. “Apa nak jadi lepas ni kak? Aku tak nak jadi macam saud4ra kita yang lain.”

Aku nangis teresak – esak kakak dan abang aku hanya tenangkan aku. “Sebab tu la kita orang takut nak bagitau kau.” Abang kakak aku tau aku paling manja dengan mak ayah aku, ye lah bongsu kan. Lepas dari kejadian tu rasa benci aku pada bapak aku sem4kin membuak – buak.

Jijik aku nak pandang bapak aku. Sebenci – benci aku, kakak aku pesan supaya hormat bapak aku sebab dia masih bapak aku. Hubungan kami beradik menjadi renggang dengan ayah. Kalau makan diam je, bapak aku tanya sepatah kami jawab sepatah.

Sementara itu kakak aku kerja part time dekat kedai buku. Kakak aku ni budak pandai jadi dia banyak masuk pertandingan itu ini. Semua pertandingan tu nak guna duit, jadi dia kerja. Kakak aku rasa malas nak mintak duit mak atau ayah sebab nanti mesti dia orang ungkit punya. Padahal untuk sekolah.

Dalam adik beradik kami yang paling anak terbaik ialah kakak aku. Orangnya cantik, sopan, baik, pandai, rajin, tak pernah buat mak ayah marah, semuanya memang terbaik la kakak aku ni. Anak idaman ibu bapa. Kakak aku tak kedekut macam bapak aku, duit gaji dia dia kongsi dengan aku dan abang aku. Jadi bolehlah aku nak beli barang yang aku nk.

Dipendekkan cerita selepas 2 hari macam tu, akhirnya kant0i. Mak dapat tahu ayah curang. Mak terus mer0yan dapat tahu ayah curang dengan janda. Lagi teruk janda tu pulak cikgu Matem4tik kakak aku. Memang kakak aku la m4ngsa keadaan waktu ni.

Teruk mak aku balun kakak padahal kakak tak tahu pon yang scandal bapak aku tu cikgu dia. Sampai kakak aku cuti sekolah 3 hari. Lepas tu bapak aku buat keputvsan nak bermadu. Mak aku tak boleh terima. Mak aku kata kalau bapak aku nak kahwin dengan janda tu bapak aku kena lepaskan mak aku.

Mungkin bapak aku dah terlanjur jadi bapak aku setuju dengan syarat dia ceraikan mak aku sehari lepas bapak aku dengan bakal bini baru dia nikah. Dengan tenang mak aku setuju. Ketika bapak aku nikah, mak aku tolong bapak aku bersiap.

Nampak sangat mesra je masa tu, kalau orang lain yang tak kenal nampak mesti fikir mak ayah aku ni pasangan sempurna. “Handsome suami saya harini” mak aku senyum tengok bapak aku, tanpa sedar aku perasan setitis air mata mak aku jatuh. Cepat – cepat mak aku lap.

Masa orang lain tengah sibuk uruskan pernikahan tu kami 3 beradik sikit pon tak gerak nk tolong. Kakak aku punya benci dengan bini baru bapak aku tu atau dikenali sebagai cikgu, sem4kin membuak – buak sebab dia la punca mak benci kakak aku.

Lepas nikah tu ayah datang dekat kami beradik. “Lepas ni anak – anak ayah jaga tau mak, jangan s4kitkan hati mak macam ayah buat dulu. Dengar?” Abang aku pulak tak tahan dengar suara bapak aku dan bla macam tu je malas nak dengar, lagipun dia tau dia sikit pon tak sama macam bapak dia.

Aku pulak hanya berdiam. Kakak aku salam tangan bapak aku buat kali terakhir untuk selamanya. Bini baru bapak aku datang hulurkan tangan nak suruh di salam. Kakak aku tengok muka perempuan dengan penuh jijik tapi tetap salam. Tu pon dia cepat – cepat tarik balik tangan dia geli.

Aku pulak tengok muka bapak aku pon malas. Tapi kakak aku cubit aku ingatkan aku untuk hormat bapak aku. Aku tak Iawan kata kakak aku dan salam bapak aku dengan bini baru dia. Sikit pon kami tak senyum. Satu hari selepas tu seperti yang dijanjikan, bapak aku lepaskan mak aku.

Orang lain pikir dah lega dah lepas sebab mak aku terlihat tenang je le cerai tapi salah. Mak aku jadi kemurungan tak lalu nak makan. Selalu termenung je. Kakak aku lagi sekali jadi m4ngsa. Aku dan abang aku muka ikut mak aku dan kakak pula muka sebijik dengan bapak aku.

Mak aku teringat kat bapak aku setiap kali tengok muka kakak aku. Pernah satu hari ni mak aku siram air kopi dekat kakak aku sebab terbayang muka bapak aku. Mak aku sedar apa yang mak aku buat lepas tu cepat – cepat amik air sejuk siram kat lengan kakak yang terkena air panas tu.

Mak aku nangis teresak – esak sambil peIuk kakak aku “mak minta maaf sayang, mak tak sengaja sayang” kakak aku hanya peIuk mak aku balik. “Tak pe mak ni sikit je” pujuk kakak aku walaupun lengan kakak aku dah berparut dah.

Aku respect giIa dengan kakak aku semua tu jadi kat dia tapi dia tetap sayang mak aku. Kakak aku masuk form 4 dia terus masuk sekolah asrama penuh, dia sayang dengan mak, tapi dia dah tak larat jadi m4ngsa. Kakak aku orang pertama yang keluar rumah kemudian abang aku.

Abang aku habis sekolah dan dapat kerja dan duduk rumah sewa sebab berdekatan dengan tempat kerja. Abang aku lah pula tanggung kami, mak aku dah tak larat. Duit daripada bapak aku pulak kami hanya simpan buat duit simpanan.

Dipendekkan lagi, 8 tahun ke hadapan aku 19 tahun, aku habis sekolah sekarang kerja part time sambil belajar. Kakak aku pula habis sekolah dengan keputvsan cemerlang 9A+ sekarang sambung belajar di Australia. Abang aku pula sekarang dah bertunang, fokus kerja cari duit kahwin.

Mak aku pula duduk rumah orang tua sekarang bukan kehendak kami tapi itu permintaan dia, dekat sana mak banyak kawan. Tapi kami masih beri duit bulanan pada mak. Ayah pulak kadang – kadang tanya khabar kami, aku jawab biasa je.

Kakak pulak dah bertahun – tahun tak jumpa ayah, masih terpendam rasa benci kot tapi kakak masih call ayah tanya khabar. Abang pun 2 kali 5 je. Masing – masing hanya menjalankan tugas sebagai anak, tiada niat pon nak rapatkan balik hubungan bapak dengan anak yang dah lama renggang. – Bintang (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Norizan Mamat : Salam, umur 19 tahun, sebaya dengan anak lelaki makcik, masih belajar. Banyak kali makcik pesan kat sini, kita perempuan kena kuat. Kalaulah ada antara kita diuji suami macam ayah confessor, kuatlah demi anak.

Jangan jadikan anak untuk lepaskan marah / sedih kita. Makcik pun tak berani nak jamin makcik kuat. Tambah kalau kita s4kit hati sangat – sangat. Memang rasa macam nak bvnvh orang… hehehe… sabar jer la. Kena ingat satu.

Mereka yang jadi ujian untuk kita. Tapi, ujian mereka juga akan ada. Kalau kita bernasib baik, kita akan melihat mereka lalui ujian tu nanti (walaupun dengan cara berbeza). Kita tak perlu doakan yang buruk – buruk untuk mereka. Cukup doakan mereka tak nyusahkan kita bila ujian untuk mereka tiba nanti. Gitulah kehidupan. Semoga confessor adik beradik sihat dan gembira di masa hadapan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.