
Aku seorang cikgu dan sering mengajar kuliah di masjid. Sejak kahwin, isteri larang aku untuk keluar solat waktu Subuh di masjid, jika aku keluar, dia akan kunci mangga yang lain. Selepas 3 – 4 jam, dia akan buka, tapi aku kena berjanji…
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam. Harap admin sembunyikan profil aku. Aku seorang suami dan seorang guru di sebuah sekolah menengah kerajaan. Terlebih dahulu aku memohon maaf sekiranya pengakuan aku ini meIukakan hati para pembaca atau aku tersalah taip.
Beban yang aku tanggung hampir sembilan tahun ini, sudah tidak dapat aku simpan. Diluah m4ti emak, ditelan m4ti bapak. Aku berkahwin dengan isteri aku pada awal tahun 2016. Berkahwin bukan atas dasar cinta, aku dengan isteri berkenalan lebih kurang enam bulan, terus kami buat keputusan untuk berkahwin, kerana aku berpendapat untuk bercinta selepas kahwin.
Aku dengan isteri, ‘berkenalan’ dalam talian, dia di semenanjung juga sebagai seorang guru. Aku pula di Sabah dan dihantar bertugas pada tahun 2011. Sebelum itu aku kenalkan diri aku serba sedikit. Aku anak sulung dari lapan adik beradik perempuan dan dari keluarga yang susah. Tinggal di Kuala Terengganu.
Alhamdulillah sekarang empat dari lapan adik beradik aku bekerja sebagai cikgu tetapi di luar negeri. Isteri pula berasal dari Pulau Pinang, beza umur enam belas tahun tua dari aku, anak yatim piatu tetapi mempunyai abang dan kakak seramai lapan orang.
Aku berkenalan dengan isteri atas dasar aku pernah jual alat pendidikan (masa itu memang semua cikgu pakat cari alat itu), aku memang langsung tiada perasaan terhadap isteri kerana disebabkan umurnya dan dia juga mempunyai seorang anak angkat yang diambil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Anak tersebut berumur empat belas tahun sekarang dan bersekolah di sekolah tahfiz yang agak terkenal (mulanya anak tidak layak tetapi sebab isteri ada kenalan di sekolah, anak dapat masuk, anak selalu ada kes di sekolah). Sebelum kahwin dengan aku, dia ada suami tetapi setahun sebelum itu meninggaI dunia.
Cuma aku akui kesilapan aku masa itu sebab terlalu mengambil berat dengan pelanggan dan dia selalu cerita tentang keadaan dia susah menjaga anak dan sebagainya, membuatkan aku jadi kasihan dan akhirnya aku datang ke Pulau Pinang untuk jumpa dia sekali dengan abang – abang dan kakak – kakak dia.
Untuk dipendekkan cerita, isteri kata kalau nak dia, kena terus urus hal kahwin sebab tidak mahu bercinta, isteri terus merancang tarikh pernikahan kami iaitu beberapa bulan selepas berjumpa sekali dengan abang – abang dan kakak – kakak dia.
Aku dengan isteri berkahwin di masjid di Pulau Pinang, hanya ada akad nikah sahaja memandangkan isteri pernah berkahwin sebelum ini. Jadi semuanya ala kadar. Keluarga aku tak datang masa hari kahwin. Semua persiapan nikah dia yang uruskan. Mas kahwin masa itu lima ribu ringgit.
Isteri dengan aku uruskan melalui WhatsApp atau panggiIan sahaja. Kursus kahwin, borang kahwin, borang HlV semuanya melalui pos dari Sabah. Esok nak nikah, baru aku balik dari Kota Kinabalu terus ke Pulau Pinang dengan diambil oleh ahli keluarga dia.
Semasa aku bekerja di Sabah, aku akan balik dari Sabah ke Pulau Pinang dalam sebulan atau dua bulan sekali sebab dia minta untuk balik selalu sebab dia susah untuk uruskan anak seorang diri. Dalam selalu balik pun, kami selalu berg4duh dan kata aku yang tak mahu mohon pindah sedangkan setiap kali e-GTukar keluar, akulah orang yang paling sibuk nak isi.
Tak tahan kos pergi balik hampir satu hingga dua ribu ringgit setiap kali balik. Nasib baik aku ada simpanan masa buat bisnes alat pendidikan sebelum itu, dapat tampung juga dengan gaji kerja. Aku dengan isteri berhubung melalui WhatsApp dan panggiIan setiap malam walaupun dalam keadaan letih sebab aku mengajar pagi di sekolah, petang dengan anak – anak orang kampung dan malam di surau atau masjid.
Alhamdulillah, pada tahun 2021 aku dapat balik ke Pulau Pinang setelah sepuluh tahun di sana. Enam tahun perkahwinan jarak jauh. Sejak balik, bermulalah kehidupan teruk bagi aku. Dengan anak yang sangat kurang ajar walaupun masa itu anak masih sekolah rendah.
Anak mulanya kantoi dengan aku mencuri duit dalam beg ibunya. Dan aku terus beritahu isteri tentang perbuatan anak itu, tapi aku pula yang kena m4ki hamun dan dia siap beritahu anak jadi macam tu sebab aku tidak ada lama (tak dapat pindah), anak sudah pandai buat benda tak elok.
Untuk pengetahuan semua, isteri dan bekas suaminya ambil anak itu dari seorang gadis yang terlanjur dengan bayaran tujuh ribu ringgit di hospitaI beIah selatan. Mulanya perempuan itu mengandung, isteri jaga sehingga lahirkan. Disebabkan kes itu, anak tanpa segan silu curi duit ibu dia walaupun di depan aku dan dia tahu kalau aku cakap pun, aku yang akan kena balik.
Anak ni juga selalu minta barang yang mahal dengan ibu dia. Yang terbaru minta komputer riba dan iPhone dan setiap minggu minta seratus lima puluh ringgit sedangkan dia berada di asrama dan makanan asrama sudah lebih dari cukup.
Katanya order makanan dengan Grab guna telefon senior SPM (pelajar SPM boleh bawa telefon). Aku selalu kena m4ki hamun, bermain dengan fizikal, rajuk, g4duh, siap minta cerai berkali – kali berterusan hingga saat ini. Aku juga selalu disep4k ter4jang bila marah, waktu aku solat juga pernah dibaling barang – barang di belakang badan aku, rumah tak pernah kemas, boros (suka belanja besar), tak pernah masak, tidak hormat ibu bapa aku sebab ibu bapa aku sedang s4kit, bahkan di kampung, dia berani tinggikan suara dan kuis aku gunakan kaki di rumah keluarga aku.
Di sini juga, aku masih teruskan aktiviti mengajar dari pagi sampai malam seperti mana di Sabah sebelum ini. Aku juga dilarang untuk keluar solat waktu Subuh di masjid, jika aku keluar, dia akan kunci mangga yang lain. Tahun lepas sahaja, hampir empat kali aku dikunci (tukar mangga sehingga aku tidak boleh masuk rumah) dan dia ada dalam rumah.
Dan sebelum nak buka pintu lebih kurang dalam tiga hingga empat jam kemudian dengan perlu berjanji kena layan segala kehendak anak. Pernah juga isteri biarkan aku sampai pagi di luar dan ada ketika, aku terp4ksa pecahkan guna tukuI sebab aku ada kelas keesokannya. Beg bahan mengajar semua dalam rumah.
Isteri tak pernah dengar luahan hati aku, sedangkan setiap kali balik kerja, tanpa henti aku menangis dan kadang – kadang aku suka hujan kerana masa itu aku dapat menangis puas – puas. Disebabkan aku ini agak berisi sedikit, berat 70 – 80kg, dia selalu h1na bentuk tubuh aku.
Sedangkan isteri lebih kurang sahaja tetapi aku tak jadikan benda itu sebagai isu. Sebab tak tahan sangat, aku pernah beritahu dia pun lebih kurang sahaja dan terus ungkit perkataan yang aku ungkapkan itu setiap kali. Boleh dik4takan tiada kata – kata yang baik dari mulut dia. Dan memang selalu berg4duh.
Walaupun isteri naikkan tangan, tak pernah aku Iawan kecuali 2 kali iaitu ketika dia di dapur masa aku tengah makan nasi, dia terus hambur kata – kata m4kian dan agresif sampai ke muka aku, aku tolak dia dan jatuh. Kemudian masa aku tengah tidur, pukuI 5 pagi, dia ketuk kaki aku dengan kuat guna kayu besbol, aku bangun dan terus tolak dia sekali.
Tapi itulah modal dia setiap kali kami berg4duh. Aku penat mental jiwa dan raga. Dia setiap kali berg4duh besar, dia tak tahan akan keluar rumah dan 1 – 2 hari baru dia balik. Dia tak pernah basuh atau gosokkan baju aku, kemas rumah pun tidak, masak apatah lagi dan semua itu aku akan buat termasuk baju dia aku basuh dan gosok serta kemas rumah.
Isteri suka beli makanan luar dan dia akan balik dalam keadaan kenyang sedangkan aku berjimat cermat sebab aku masih ada keluarga di kampung yang perlu ditanggung termasuk adik 3 orang yang masih belajar. Langsung tak pernah basuh katil, karpet. Cadar atau sarung bantal tak pernah bertukar, aku tukarkan. Semua itu aku buat tetapi dia tak pernah ucap terima kasih.
Disebabkan aku tinggal di rumah yang dia beli ini hasil dia dengan bekas suami dia dulu, jadi sebagai tanggungjawab, aku bayar bil api, elektrik dan sebagainya. Dan beli lauk yang sudah siap sebab dia memang tak masak apa – apa. Tetapi dia kata aku tak beli apa – apa pun.
Pernah sebelum ini, dia marah yang amat sangat sebab aku tak larat nak pergi tengok anak. Demam dan s4kit aku hanya alasan bagi dia. Anak dia di asrama hanya boleh balik sebulan sekali tetapi dia kata wajib pergi tengok anak setiap minggu.
Perjalanan 2 hala 200km. Banyak urusan aku tergendala. Aku tiada kawan sebab memang tak boleh keluar rumah. Kalau balik lambat, dia akan terus tukar kunci. Berbalik cerita tadi, aku memang tak larat, sibuk kerja di sekolah, aku minta masa untuk aku rehat. Terus dia meng4muk, lepas itu dia ajak untuk cerai seperti biasa, dan kali pertama dia telefon abang dan kakak dia serta mengadu yang aku ini jahat, tak sayang anak dia, tak beli lauk, dan semua yang buruk, abang dan kakak dia pun terus telefon aku dan m4ki hamun teruk – teruk dengan aku.
Sangkaan aku meleset, ingatkan abang dia nak nasihat dia, tapi aku pula yang kena. Sekarang ini semua aib aku dijaja pada adik beradik dia. Adik beradik dia orang yang belajar agama juga. Siap kata, apa – apa jadi dekat adik aku, siap kamu, aku cari sampai lubang cacing dengan keluarga kamu sekali akan kena (sebelum isteri cerita hal ini abang dia gunakan nama dia sebagai abang dan panggil aku dengan nama aku).
Kalau balik kampung, memang dia tak akan hulurkan duit untuk minyak atau tol. Dari segi batin, kali terakhir bulan 7 tahun lepas, itu pun dia p4ksa aku untuk aku bangun pukuI 3 pagi untuk bersama dengan dia yang baru balik dari mana aku tidak pasti sebab aku ada kuliah dan sampai rumah pukuI 11 – 12, terus aku basuh baju dan sambil – sambil itu aku masak nasi dan goreng telur.
Lepas siap makan dalam pukuI 1, aku terus tidur. Aku dah tak ada mood. Masa aku nak dia tak pernah bagi. Dari segi harta yang ada: Rumah isteri, Kereta Vios isteri, Kereta Innova first model isteri tapi dia tukarkan pada nama aku masa mula – mula kahwin dulu sebab dia suruh aku urus dan jaga dan aku memang jaga baik – baik.
Sampai waktu servis aku akan servis sebab kami gunakan kereta itu untuk balik kampung. Pada awal tahun 2024, aku juga ada membeli sebuah kereta lagi kerana dia selalu perli jika naik kereta yang dia berikan dulu. Disebabkan dia suspek aku yang ambil duit dia walaupun hakik4tnya anak yang ambil, sekarang ini dia nak masuk bilik air pun dia akan bawa beg duit dia, sedangkan tak ada hilang pun duit tetapi masa anak balik, selalu hilang dan dia buat senyap sahaja sedangkan aku tahu anak ambil.
Isteri ini semua orang kenal dengan suka belanja kawan – kawan makan dan bawa kawan – kawan ke tempat yang mahal sedangkan berdua dengan aku sekali pun tak pernah kecuali anak yang request. Tapi biasanya anak akan ajak masa aku pergi kuliah. Mereka balik dalam keadaan kenyang dan aku balik dalam keadaan kelaparan.
Aku lihat kawan – kawan isteri selalu ambil kesempatan dekat dia contohnya kalau kawan – kawan suruh beli apa – apa, biasanya memang dia akan belanja walaupun barang itu mahal contohnya iron Philips, mesin basuh dan almari serta suka belanja kawan makan – makan.
Untuk para pembaca, apa patut aku buat? Nak bercerai, nanti malu setaman sebab aku mengajar bab fekah (kitab munakahat di surau dan masjid), lebih – lebih lagi kalau si isteri aku viralkan gambar aku berdua – duaan yang dia ambil dari telefon aku.
Untuk pengetahuan semua, disebabkan aku perlu orang yang take care keadaan aku, bertanya dan bergurau, aku ada kenal dengan seseorang. Aku kenalkan dengan nama Nur. Sampai hari ini Nur tidak tahu yang aku adalah suami orang dan dia selalu ada di setiap ketika.
Setiap pagi dia akan chat aku dan tanya apa khabar dan banyak aku berkongsi kisah kehidupan dengan dia. Dia juga banyak menasihati aku untuk terus semangat dalam kehidupan ini. Nur duduk di Melaka. Agak jauh dengan aku. Kami hanya berhubung dalam WhatsApp sejak tahun 2020, setahun sekali kami akan jumpa dan aku akan pergi Melaka untuk jumpa dia.
Naik bas malam, sampai pagi dan habiskan masa dengan dia sampai petang. Malam bertolak semula ke Penang. Aku pernah bergambar dengan Nur masa kami makan di restoran dan gambar itu isteri pernah snap dan bagitahu akan buat modal untuk sebarkan pada semua orang.
Nur langsung tak bersalah apa – apa sebab dengan adanya dia, aku rasa masih ada sinar bahagia. Apa lagi aku perlu buat? Asingkan tempat tidur? Dah buat dah, lagi dia suka dan dia keluar rumah. Aku tak tukar kunci sebab aku kesian dekat dia.
Takkan aku nak pukuI? Masa aku terp4ksa pukuI 2 kali itu pun aku tak tahan sangat tapi masih ada had sebagai suami. Aku kena balik nanti. Dan dia buat semua sampai aku s4kit, aku tak rekod dan semua tak ada bukti. Ujian untuk aku.
Tapi masa aku pukuI dia 2 kali itu, dia ambil gambar dan share dekat kawan – kawan sekolah dia. Aku tak tahu nak kata apa dah lagi? Aku tulis ini pun, keluar air mata aku. Harap semua kasi komen berhemah, aku minta pendapat dan cadangan sahaja. Sekarang aku lagi pening sebab dah tahu per4ngai abang dan kakak dia. Aku memang tak mampu dah nak pertahan hubungan ini.
Komen Netizen :
Mas Azha Azha : Saya ni perempuan. kalau saya berada di tempat saud4ra, saya bagi talak 3. Tak guna simpan perempuan ni sebagai bini. Kalau keta macam total lost. Tak kiralah ajar munakahat ke apa ke. Setiap orang berhak bahagia. Awak takde anak dengan dia kan, lagi senang. Tak payah malu dengan masyarakat. Ustaz abdul somad pun berpisah dengan bini dia.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.