11 tahun kahwin, 3 anak, per4ngai suami tak berubah. Suka lepak sampai 3-4 pagi. Hal rumah, semua aku buat. Suami tanya, aku happy tak?

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Rutin suami, balik kerja, hisap r0kok dekat luar sambil main game atau layan YouTube. Masuk rumah nanti, sambung tengok YouTube atau Netflix, tak pun main game dekat phone. Takde komunikasi. Bila kawan ajak lepak, balik 3 – 4 pagi…

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Nama aku N. Aku dah berkahwin selama 11 tahun, dikurniakan 3 orang anak, alhamdulillah. Aku dan suami bekerja dalam bidang profesional. Umur kami dah mencecah hampir 40 tahun. Satu tabiat suami yang susah nak berubah adalah suka bersosiaI.

Pantang diajak keluar – baik dengan kawan – kawan perempuan, apatah lagi dengan kawan lelaki. Dulu tak dinafikan lagi teruk, balik pukuI 3 – 4 pagi tu biasa lah kalau keluar melepak. Sekarang pun takde beza bagi aku yang dah ada 3 orang anak ni, tetap juga balik pukuI 11 lebih malam. Keluar jogging lah, keluar dinner lah.

Aku dah banyak sangat tolak ansur dah. Rasanya banyak keluar air mata je sepanjang perkahwinan kami. Kalau dia tanya aku happy ke tak dengan dia, aku tipu je sebab aku pun tak pasti aku happy ke tak. Melepak tu dah satu hal, satu lagi masalah kami adalah takde komunikasi dalam rumah tangga.

Aku rasa sunyi walaupun ada suami, takde kawan nak sembang. Maksud aku, sembang yang boleh menceriakan dan rasa dihargai, macam sembang pillow-talk atau hati-ke-hati. Suami aku rutin dia, balik kerja, hisap r0kok dekat luar, sambil main game atau layan YouTube.

Masuk rumah nanti, sambung tengok YouTube atau Netflix, tak pun main game dekat phone. Totally no communication. Takde lah nak borak tanya pasal hari aku macam mana, anak – anak macam mana. Aku yang selalu tanya, ‘bz ke, makan apa tadi’…

Aku ‘boss’ dekat tempat kerja, tapi aku bergaul je dengan staffs semua – cakap hal family, masak, kerja rumah dan macam – macam. Honestly speaking, aku takde dah closed friends. Everyone is living their own life, which is totally understandable.

Third thing aku tolerate – bab urusan rumah tangga, dari hal anak sampai kerja rumah. Boleh kata 95% tu aku lah yang urus. Aku bersyukur sangat mak ayah aku banyak tolong – ayah volunteer hantar anak – anak aku pergi sekolah. Kadang – kadang aku akan masuk shift malam sekejap, tu pun mak ayah aku yang tengokkan anak – anak.

Mak aku faham sangat dah suami aku macam tu. Sebab tu mak dengan ayah aku kesian dan tolong aku. Sebab at the end of the day, diorang tau yang anak diorang ni lah yang akan buat semua. Suami aku memang relaxed sangat. Sekarang subuh habis lambat kan.

Nak dekat pukuI 7 baru bangun solat lepas tu terus siap – siap pergi kerja. Aku memang dah ready kan anak – anak, settled bre4stfed yang kecil tu. Seronok betul hidup dia, takde la nak rasa kelam kabut, susah payah nak siapkan anak – anak.

Masa bersalin anak nombor 3 ni, memang aku pilih nak bersalin dekat hospitaI swasta, sebab nak Iuka sembuh cepat. Sebab aku tau aku kena urus banyak benda (suami aku tengah sambung master). Lepas 2 minggu bersalin, aku dah drive hantar and jemput anak sekolah.

Aku gagahkan juga and kuatkan semangat, walaupun rasa macam banyak sangat dah aku berk0rban untuk keluarga ‘kami’. Masa suami aku dapat master program, aku tak dapat tukar sebab takde kosong. So aku ambil cuti tanpa gaji. Then, aku rasa sangat susah nak buat part time, jadi aku berhenti kerja.

Bila suami aku habis master, dia dapat posting kat tempat yang dia nak, of course la aku kena follow kan. Walaupun gaji aku masa tu jauh lagi tinggi dari gaji aku sekarang, dalam 3k lebih berbeza. Tapi aku pegang kata – kata mak aku, ‘In Shaa Allah kalau kita redha dengan apa kita buat ni untuk suami, besar rezeki nanti Allah bagi’.

Sekian sahaja luahan aku. Aku tak tau berapa lama aku boleh bersabar dan bertahan. Selama ni, aku bertahan dengan air mata je. Ohh, aku pernah gastrik yang teruk 2 tahun lepas. Pan-gastritis, radang yang melibatkan seluruh perut. Doktor pakar tu pun terk3jut. Dia kata str3ss memang selalunya jadi punca. Sobs sobs. Doakan aku. – Anonymous (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Ruhaiza Samsudin : Saya tidak kerja.. jobless sembilan tahun sejak pregnant anak sulung. Sebelas tahun berkahwin juga.. on the way anak ketiga. Tiga tahun perkahwinan jarak jauh atas pilihan kami suami isteri. Suami balik tiap weekend.. jadi masa dia balik tu memang hal anak – anak saya lepas kat dia.

Bagi dia ingat yang dia seorang ayah lepas dapat banyak masa sendirian masa weekdays. Sibuk macam mana pun dia, tahun lepas kerja di Penang sambil ambil master alhamdulillah dah graduate dan sedang sambung PhD, saya takkan bagi dia senang – senang lepas semua tentang anak kat saya.

Sebab bagi saya, saya pun manusia yang deserve sedikit masa tanpa bergelumang dengan anak – anak.. pernah lah dia lepas tangan jap sebab busy dengan thesis, saya protest sebab saya tidak peduli betapa sibuknya awak, masa dengan anak – anak wajib ada. Awak kena berterus terang dengan suami.. bukan pura – pura okay tapi sebenarnya tak okay.

Izzuewana Darias : Suami relax sangat tu sebab awak bagi muka layankan sahaja, tambah pula dia nampak mak dan ayah awak tolong, lagiIah dia tak hairan. Solusinya, komunikasi. Kalau dah rasa – rasa tak tahan tu, sebelum fikir nak cerai sebab suami tak ada function dalam rumah, bawa lah dia berbincang dulu keluarkan semua.

Awak cakap semua, tengok dia respon apa. Kalau dia tak heran dan pertahan sikap dia, awak boleh dah fikir – fikir nak buat apa pun buatlah untuk diri awak sendiri dan keluarga awak. Tapi kalau dia kata cuba berubah, bagi lah masa tengok apa sahaja dia usaha untuk betulkan balik sebab berdasarkan cerita awak, semua yang suami awak buat tu lebih pada keseronokan dia sendiri bukan untuk family kerja sampai dua tiga pagi ke apa ke. Semoga dipermudahkan.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5172 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.