
Setiap kali bapak dengan mak aku cakap, dapat adik baru reaksi dalam hati aku, “adik lagi”. Makan tak pernah cukup, makan berapa suap je dah habis, tahan lapar sampai esok pagi. Hari Jumaat, ada orang sedekah makanan, kami adik beradik berebut pergi..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Ramai yang berkongsi kisah kesusahan mereka dulu. Aku salah sorang keluarga yang ada anak ramai. Termasuk aku ada 8 orang adik beradik semua jarak satu tahun atau dua tahun, aku pula anak nombor 3.
Terus terang cakap tersiksa hidup aku masa kecik bab makan tu jangan cakap lah tak cukup. Bapak aku kerja sorang gaji pun setakat 700 – 800 mak aku pula kerja jual kuih dapat pun tak dapat banyak mana. Kalau sekolah pula rasanya sepanjang aku bersekolah darjah 1 sampai tingkatan 6 boleh kira dalam 2 kali je beli baju baru yang lain semua baju orang kasi dengan baju abang aku.
Setiap kali bapak dengan mak aku cakap, aku dapat adik baru reaksi dalam hati aku terus “adik lagi”. Sebab bayi baru lahir ni kos dia banyak susu tu jangan cakap mahal memang waktu ni semua makan atau spent duit ala kadar kena pula mak aku tak dapat meniaga sebab anak kecik lagi.
Paling malu pada aku kalau beras habis atau nak pinjam bahan masak yang tak cukup. Terp4ksa pergi tebalkan muka. Aku cakap taknak, tapi mak bapak aku tengking cakap kalau kau nak makan kau pergi. Makan tak pernah kenyang tu benda biasa pada aku dan adik beradik lain.
Sebab itu kalau hari jumaat yang ada sedekah makanan atau ada kenduri ke doa selamat memang kami adik beradik berebut pergi sebab waktu macam ni baru dapat merasa makan ayam daging tu semua. Kenduri kahwin tu paling aku suka.
Tebalkan diri pergi tanya tuan rumah nak tolong tak. Tolonglah susun, lap meja kerusi apa semua dapat makan, minum free waktu itu sahaja boleh merasa makan sedap. Kadang – kadang tu aku minta izin boleh bungkus tak sebab ada yang kasi dan ada yang tak kasi.
Bungkus kasi adik beradik aku rasa walaupun tak banyak tapi dapat diorang rasa cukuplah. Paling kesian kak long aku bukan apa semua kerja dekat rumah ni dia kena buat. Tolong mak sediakan bahan meniaga dan jaga adik tu semua dia. Bila dapat sambung belajar, akak aku chow dulu.
Bila balik cuti kak long aku cakap “dik kau belajar sambung jauh dik tenang sikit. Aku dekat sana baru boleh bernafas dengan selesa, kalau tak rasa macam tersiksa”. Abang ngah aku tak sambung belajar tapi dia cuba cari kerja jauh juga dekat KL.
Tinggal aku pula ambik tugas jaga adik – adik dan terp4ksa galas temporary position sebagai ketua rumah untuk urus adik aku sekolah, urus hal kerja sekolah, semua aku kena urus. SPM keputusan aku teruk aku buat keputusan untuk STPM dan Alhamdulilah dapat keputusan bagus aku terus chow jauh waktu ni.
Bayangkan, kali ni baru aku rasa hidup tenang. Memang akan ada rasa risau dekat adik aku dekat rumah tapi pada aku lantaklah mak dengan bapak aku ada. Aku sambung belajar waktu ni rasa tenang, tak ada pagi kena jerit dengan mak bapak aku buat segala benda.
aku 20 tahun baru pertama kali tengok wayang. Baru aku dapat cuba benda – benda yang selama ni aku tak pernah dapat cuba. Kalau orang cakap culture shock, mesti culture shock aku duduk kampung yang nak ke bandar pun sejam setengah.
Belajar ni aku memang all out aku dah target habis belajar terus kerja dekat sini kemudahan semua lengkap. Satu demi satu adik – adik aku keluar dari kampung sambung belajar, kerja dan semua kongsi benda sama cakap duduk luar seronok, bila duduk rumah str3ss.
Bila berkumpul waktu raya ke mesti akan ada kongsi kisah lama waktu kecik tapi pada kami adik beradik memang setakat kongsi tapi hidup dulu susah dan payah dan kalau boleh tak nak ulang balik. Kasut sekolah koyak, kau kena tahan pakai setahun tampal.
Makan setakat berapa suap dah habis, akhirnya tahan lapar sampai besoknya. Lepastu pagi bangun, mak kau bebel, bapak kau bebel. Mak dengan bapak aku… baru adik aku besar sikit, baru setahun dua… dapat lagi adik baru. Kak long aku dulu pernah cakap dengan bapak dengan mak aku, dia cakap, “kurangkan tambah anak lagi.. kita ni tak mampu,” habis kena tengking kak long aku.
Sekarang kalau berkumpul, dengar saud4ra mara puji cakap bagus mak bapak kami ni jaga anak semua sampai berjaya tapi pada aku dan adik beradik hakik4t yang sebenarnya kami terp4ksa belajar berdikari sendiri. – Ikram (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Wan Nur Ehsaniah Al-saufi : Sedih baca kisah ni.. tak terbayang anak – anak yang kelaparan dan serba serbi kurang. Dah tau tak mampu lagi nak tambah anak. Anak – anak yang tersiksa emosi. Tapi tuh lah kan.. kadang – kadang tu lembu punya susu sapi dapat nama tapi Alhamdulillah nasib baik lah semua tekad berusaha untuk menjadi lebih baik.. Barakallah…
Anie Alja : Sedihkan, teringat dulu ada jiran rumah flat selalu p4ksa anak sulung dia pinjam beras kat rumah kami. Mak selalu bagi tapi kami selalu tanya, kenapa dia tak beli di kedai(naif). Mak akan cerita ada orang susah macam mak kecik – kecik dulu – dulu.
Mak berazam anak – anak dia (kami) takkan pinjam beras dari rumah orang. TT – tr4uma anak – anak awal dalam famili besar memang sangat mencengkam jiwa. Harap – harap adik – adik kat bawah tu, tak lupa jasa kakak dan abang yang bersusah payah.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.