Bermula az4b saya. Mak kandung anak angkat saya mintak duit setiap minggu dengan pelbagai alasan. Motor nak kena tarik. Anak masuk hospitaI. Sedangkan suami baru kerja beruniform. Mereka pinjam ahl0ng tapi ahl0ng cari saya..
#Foto sekadar hiasan. Salam pembaca semua. Maaf andai berterabur. Kita ni bukan penulis. Di sini saya nak meluah rasa di hati. Mana tau berkurang beban dan sesak sebak di d4da. Pada awal tahun 2018 saya ada mengambil sorang anak angkat berumur 2 bulan. Saya namakan dia sebagai AA.
Tujuan saya ambil AA ni sebab pada usia 2 tahun perkahwinan dan 2 kali keguguran tambahan pula dengan dari prescribe kita punya peluang untuk survive pregnancy full term tu nipis jadi rasa nak anak sangat – sangat. Suami ok. Family agak tak setuju. Tapi tetap juga saya teruskan.
AA ni dari seorang kenalan juga. Mak ayah kahwin muda. Dah ada 2 anak sebelumnya dan tak mampu bela anak ke 3. Sewa bilik kecik. Mak kerja 10am – 10pm. Ayah kerja 8 – 7pm. Tinggal anak baby dalam bilik dengan anak sulung dalam umur lingkungan sekolah rendah kot dan no 2 dalam umur 2 tahun.
Dokumen sekadar ada sebab saya tak niat untuk memisahkan terus. Jadi no lawyer involved dalam urusan pengangkatan ni and yes ada saguhati sebab diminta mak ayah tersebut. Bermula lah cerita membesarkan seorang anak.
S4kit sihat. Suka duka. Dengan ibu kandung yang t0ksik selalu meminta duit. Kalau tak diberi dia ugvt untuk ambil anak. Suruh hantar anak balik. Saya yang ketika tu buta dengan sayang dan cinta pada anak rela bagi apa je dia nak.
Even cuti dan raya masih bergilir. Apa je orang tak kata kat saya. B0doh terlalu baik. Senang kena pij4k tapi orang tak tau.. Rasa tak sanggup tinggal anak lama – lama dengan ibu kandung sebabnya biar saya saja yang tau. Even mak kepada ibu kandung selalu minta saya ambil anak cepat – cepat bila anak dengan ibu kandung.
Si ibu bercerai dengan bapa tak lama kemudian dan pada umur anak angkat saya 3 – 4 tahun si ibu berkahwin lain. Si ibu dapat anak lagi 2 dan situ lah bermula az4b saya. Mintak duit setiap minggu dengan pelbagai alasan.
Motor nak kena tarik. Anak masuk hospitaI. Sedangkan suami baru kerja beruniform. Sampai pinjam ahl0ng tapi Ahl0ng cari saya. Di sini saya start ignore dia sebab terlalu teruk kekerapan minta duit. Sehingga lah saya bercerai pada 2022 dan berkahwin lain pada 2023.
Saya masih menjaga anak angkat saya. Bergilir dengan bekas suami sebab kami sama – sama sayangkan anak. Ibu kandung masih berterusan mintak duit. Termasuk mintak dari ahli keluarga saya. Mak saya. Dan kami memilih untuk buat tak tahu tentang duit sebab saya pun tengah sarat mengandung.
Dan dia mula mengugvt dengan ugvtan sama. Pulangkan anak dia. Pada penghujung 2023. Di saat saya sedang sarat di hospitaI. Menunggu hari untuk melahirkan saya dapat panggiIan dari bekas suami yang ayah kepada anak angkat saya telah datang mengambil anak.
Pada mulanya ingatkan hanya sesi cuti seperti biasa tapi rupanya ayahnya mahu anaknya tinggal terus bersamanya atas arahan ibu kandung. Saya yang s4kit terus drop dan berada dalam tekanan. D4rah tinggi spike sehingga terp4ksa menjalani em3rgency csection.
Tiada kata yang dapat menggambarkan Iuka di hati saya ketika itu. Tanpa rasa bersalah beberapa bulan selepas tu parents anak angkat saya mesej bertanya tentang buku kesihatan anak untuk daftar sekolah. Sehingga hari ini. Tiada kata maaf. Terima kasih.
Malah tiada tanda ingatan atau panggiIan buat saya melepas rindu pada anak. Tiap malam terbayang anak. Walau dah ada anak sendiri tapi 5 tahun bukan masa yang singkat untuk melupakan. 24 jam tak pernah saya berenggang dengan anak dari setiap langkah perjalanan dia membesar saya bersama dia.
Buat mak ayah AA. Saya tidak menghalalkan walau satu air mata. Satu keringat. Satu jerih payah saya pada kamu. Segala hutang – hutang baik segi material atau hutang janji di akhir4t tu pasti saya tuntut walau sebesar zarah.
Saya tidak melahirkan. Tapi saya yang membesarkan sehingga anak mampu mengurus diri. Mata ini yang bersengkang malam. Bertangga di hospitaI. Berhabis beri yang terbaik saat kau bagi dia dengan s4kit – s4kit pada orang lain atas alasan duit dan semudah itu kau memisahkan bila tak dapat capai apa kau nak. Tak fikir perasaan anak atau perasaan orang yang bagi segalanya untuk anak. – Rose (Bukan nama sebenar)
Wahida Abdullah Sani : Kalau dokumen pengangkatan dah disahkan mahkamah selepas dua tahun penjagaan, takda hak dah ibu kandung nak sibuk – sibuk mintak duit ugvt nak amik anak dia balik dan puan boleh buat laporan polis bila diugvt sebegitu.
Kita ni kesian, taknak pisahkan anak dengan ibu kandung bagai, tapi tulah…. anak tu dibuat sebagai barang gadaian plak. Itu sebab kalau nak ambil anak angkat, kena ada dokumen pengangkatan yang sah di sisi undang – undang. Anak tu dah jadi anak kita yang sah di sisi undang – undang malaysia, takde sapa boleh kacau dah termasuk makpak kandung dia.
Honey Qassandra : Kami juga ADA Anak angkat di ambil Dari keluarga terdekat (ibu muda 14 tahun) tapi kami ambil melalui mahkamah walau keluarga sendiri. Seiring waktu, budakk TU membesar hensem MACAM Anak kacukan, mula ahli keluarga ibu NYA datang seperti TT Ni tapi kami buat tak tau dan ugvt akan buat report jika terus menganggu. Pengajaran buat semua juga, jika urusan Macam Ni ambil melalui undang – undang.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.