
Akulah isteri yang bertuah, ada suami yang baik. Sampailah ketika usia anak kedua 10 bulan, suatu malam suami aku luahkan hasrat untuk berkahwin lagi sekali, dengan bekas tunang dia. Rupanya aku ialah orang ketiga
#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Aku Nurul, 40 tahun, suri rumah dan ibu kepada 2 orang cahaya mata, Myra 6 tahun dan Lyla 2 tahun. Waktu aku menulis, jam sudah pukuI 10 pagi. Aku menulis ketika keseorangan di rumah. Myra dan Lyla di taska masing – masing
Suami aku Khai juga dah kembali bekerja. Selepas hampir 5 bulan on medical leave sebab kemaIangan kereta dan patah kaki. Aku dan Khai hampir bercerai sebelum ini, tapi kemaIangan Khai menyebabkan kami ketepikan dahulu perkara itu.
Kini Khai sudah sihat. Adakah dia akan terus bersama aku, seperti yang aku minta? Atau bersama aku dan Nadia, seperti yang Khai mahukan? Atau cuma Khai dan Nadia, tiada lagi aku? Throwback sikit kisah aku dan Khai sebelum adanya Nadia.
Aku berkahwin 7 tahun lalu dengan Khai, yang aku kenal dari tempat kerja yang sama. Kami berdua menjawat jawatan yang sama, engineer. Cuma berbeza jabatan sahaja di sebuah kilang MNC yang terletak di utara tanah air. Aku dan Khai hanyalah rakan sekerja.
Aku bujang dan dia pun bujang (dibaca: bujang terlajak). Kami tidak pernah bekerja bersama disebabkan berbeza jabatan. Tapi since kami satu level office yang sama, makanya memang kerap bertembung, cukup sekadar hi dan senyum, tapi dalam diam aku perhatikan dia. Hahaha. Dia saja the only single man di office yang boleh aku stalk tanpa rasa berd0sa 🙂
Aku pendekkan cerita sajaIah. Akhirnya kami berkahwin, melalui seorang kawan yang jadi match maker. Alhamdulillah… Memulakan keluarga di usia lewat membuatkan aku dan Khai sentiasa ada perancangan jangka masa panjang untuk keluarga kecil kami.
Kami berdua kahwin lewat, at least sebelum apa – apa terjadi pada kami berdua, kami prepare yang sebaiknya until Myra and Lyla. Atas sebab itu, bila sahaja aku disahkan hamil anak kami yang number 2, terus saja kami berdua decide untuk aku berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.
Atau other option, kerja yang gaji biasa, dekat dengan rumah tapi I can focus more to family. Khai sudah level assistant manager, gaji sudah lama cecah 5 angka. Makanya aku berk0rban kerjaya yang aku suka, supaya Khai boleh focus 100% to work.
Myra dihantar ke taska dan tak lama lagi akan memulakan sekolah harian, maka banyak yang kami perlu fikirkan. Sesungguhnya position sekarang yang tiada work-life balance betul – betul menguji kehidupan peribadi kami. Skop kerja kami berdua yang kadang – kadang perlu bekerja sampai malam atau hujung minggu.
Rumah pula jauh dari tempat kerja. Setiap hari kami berulang alik lebih kurang 50km. Rumah di Penang sebelah pulau, kerja pula di sebelah tanah besar. Myra kami hantar ke nurseri yang berdekatan tempat kerja sementara kami bekerja 8-5pm. Kasihan Myra membesar dalam kereta di atas Penang bridge
Aku dari awal memang bercadang untuk berhenti kerja ketika Myra mencecah usia 5 tahun, supaya aku boleh plan mengenai sekolah rendahnya dengan teratur. Tiba – tiba, pada masa yang sama aku disahkan mengandung anak kedua- without any hesitation, aku plan to resign without cari back up kerja lain
Lapan bulan aku dan Khai selesaikan hutang – hutang jahat dan other expenses yang mahal – terminate 2/3 credit card kami, setelkan loan kereta H Khai yang balance lagi RM60k. Kereta H aku pula sudah lama habis bayar (maaf, kami berdua kebetulan sama – sama bangsa H).
Rumah yang sebelum ni tiada grill, dipasang grill. Dapur yang sebelum ni pakai kabinet ikea, terus pasang built in cabinet. Semua bilik dipasang air cond. Mesin basuh ditukar dari yang biasa kepada washing + dryer. Peti sejuk dari satu pintu kepada 2 pintu.
Setiap bulan aku maksimumkan simpanan tabung haji dan public gold kami. Sebabnya nanti bila aku berhenti, 100% pendapatan hanyalah dari Khai. InsyaAllah masih mampu menyimpan, cuma amountnya nanti pasti akan berkurangan. Once aku sudah berhenti kerja, Khai masih perlu bayar loan rumah under nama aku manakala rumah Khai disewakan.
If penyewa buat per4ngai, sekurang kurangnya Khai mampu untuk bayar loan kedua – dua buah rumah. Selesai maternity leave 3 bulan, officially aku menjadi suri rumah. Kepada Khai aku selalu ingatkan, aku tak biasa hidup susah, kalau dia tak mampu berikan apa yang aku dapat semasa aku bekerja dahulu, just beritahu. Aku akan cari kerja dengan masa yang lebih fleksibel untuk anak – anak.
Aku kategori muka awam. Tapi untuk memastikan muka aku kekal awam seawamnya, aku tiap – tiap bulan pergi skin treatment. Scar removal, skin hydration, laser. Setiap tahun around 10k aku belanjakan. Sudah 5 tahun aku buat treatment ni dan tak mungkin this routine akan stop lepas aku jadi suri rumah.
Khai ok kan saja bila aku minta bayar separuh separuh, tapi at the end dia yang bayarkan semua. Iklan: bila kakak neelofa cakap dia habiskan beratus k untuk cantik, jangan kecam dia, aku akui kos semua tu mahal tapi berbaloi. Nafkah dari Khai sama seperti sebelum berhenti kerja, boleh aku katakan makan pakai aku cukup sama seperti ketika aku bekerja, tiada yang berubah
Aku hampir – hampir nak bekerja di Tesco, bukan sebab tak cukup duit, tapi sebab burn out sebab hari – hari terperuk kat rumah. Dari lepas grad aku bekerja, aku sedikit culture shock menjadi suri rumah. Khai menyelamat. Myra masih dihantar ke taska berdekatan tempat kerja daddynya, maka pagi – pagi urusan Myra dari bangun tidur hingga ke taska, Khai yang uruskan
Waktu subuh pagi aku masak siap – siap. Dibahagikan kepada bekal Khai dan Myra, selebihnya aku habiskan. Petang pukuI 6 Khai sudah berada di rumah, kami masak dan uruskan anak bersama. Malam selalunya pukuI 8 sudah gelap, hanya tunggu Isyak sebelum tidur
Lyla yang berusia 5 bulan juga kami hantar ke day care 3 hari seminggu bila aku rasa aku nak healing atau untuk kami ‘honeymoon’ tanpa gangguan anak. Sebelum ada yang kecam, aku hantar Lyla separuh hari sahaja kerana day care Lyla ada sesi playtime dengan kawan – kawan seusia (basic sosiaI skill untuk baby)
Akulah isteri yang bertuah, punya suami yang baik dan yang indah – indah sahaja terjadi dalam keluarga kami. Jujur aku cakap, aku tak pernah diuji dengan benda – benda yang tak elok. Anak – anak sihat tubuh badan, setakat demam yang hanya pergi ke klinik.
Tak pernah pula aku berg4duh besar dengan Khai, setakat merajuk tak bercakap tak lebih sejam. Jujurnya, tak ada benda nak dig4duhkan dan tak ada sebab untuk berg4duh. Sebagai anak bongsu, perempuan pula tu, aku akui aku sentiasa ‘panas’. Khai berIawanan, akan sentiasa tenang dan berdiplomasi.
Hidup aku perfect. Sampailah ketika usia Lyla 10 bulan, suatu malam Khai luahkan hasrat untuk berkahwin lagi sekali. Dunia aku hening, sunyi, otak aku kosong, aku terasa lembik. Sebenarnya, desas desus mengenai Khai dan Nadia sudah aku tahu kira – kira 3 bulan sebelum Khai minta untuk berkahwin lagi
Nadia, bekas tunang Khai semasa mereka berdua di universiti, satu negeri dengan Khai. Negeri yang ada 8 orang penduduk. Kenapa putus tunang? Katanya tiada perasaan cinta. Ditunangkan sebab sama – sama jauh dari keluarga di bumi asing.
Rancangannya mahu disatukan pada tahun akhir pengajian, namun tidak menjadi kenyataan. Khai berjumpa semula Nadia, seorang full time ejen insurans. Baru berpindah ke Penang, sebelum ini menetap di ibu kota. IG yang dipenuhi post – post melancong ke luar negara, makan pakaian yang cantik – cantik, every post is instagrammable.
Pada awalnya, aku yang confront Khai. Aku perasan dia sudah lain. Phone dia sudah tukar password yang aku tidak ketahui. Phone melekat di tangan. Muka sentiasa tersenyum bila memandang phone, senyum yang dahulu untuk aku, tiba – tiba terasa bukan untuk aku anymore
2 jam aku confront Khai. Aku pilih hari Jumaat, esok Sabtu Khai cuti. If kami g4duh besar, aku cadang nak merajuk balik rumah mak aku, anak – anak aku plan tinggal dekat Khai. Jam 9. Anak – anak sudah tidur. Rumah digelapkan. Hanya cahaya dari lampu balkoni.
Aku tarik tangan Khai ke meja makan. Tangan Khai yang sejuk dengan mata aku yang bertakung air mata Kami duduk bertentangan. Aku buka mulut dan satu ayat sahaja keluar, ” Ingat tak janji kita dulu? Anything berlaku, jangan menipu? Air mata aku mengalir seperti empangan yang pecah.. Mungkin atas rasa bersalah atau mungkin kesian. Atau mungkin sebab aku sudah tahu, lancar saja Khai ceritakan semuanya.
Siapa Nadia.. Bagaimana Nadia muncul semula.. Bagaimana rasa cinta yang dulu dinafikan tiba – tiba muncul kembali. Apa yang mereka berdua expect from this relationship, hanya berkawan atau mahu berkahwin. Terdiam aku mendengar. Khai menangis, berkali – kali meminta maaf.
Dari ceritanya aku simpulkan hubungan mereka serius. Dan dari ceritanya juga, perlahan – lahan aku terpaku. Rupanya akulah orang ketiga. Aku tak sepatutnya wujud, perkahwinan aku dan Khai tak sepatutnya berlaku. Sepertinya Khai hanya pinjaman untuk aku, Nadia sudah kembali.
Aku perlu pulangkan semula Khai. Pulangkan kepada yang sepatutnya, Nadia. Sabtu keesokan harinya, aku hanya termenung di rumah. Anak – anak dibawa berhujung minggu di luar. Of course Khai pelawa aku, tapi aku menolak dengan alasan nak berehat di rumah.
Banyak aku fikirkan. Akan janji – janji kami sebagai suami isteri dan juga janji kami sebagai ibu dan daddy kepada Myra dan Lyla. Sebagai isteri, setiap saat aku inform Khai aku tak rela dimadu. Andai satu hari nanti dia ada orang lain, jujurlah dengan aku. Andai satu hari nanti dia ada orang lain, lepaskanlah aku.
Lepas kejadian malam tu, Khai banyak berdiam tetapi menjadi terpaling function ketika di rumah. Balik kerja awal, anak – anak dan kerja rumah dia setel tanpa tangguh keesokan hari. Ada ke patut, dia pernah mop lantai malam – malam sedangkan semua kerja rumah aku dah setelkan sendiri tanpa bantuan dia.
Pinggan kotor makan malam pula aku basuh ketika dia sedang solat Maghrib. Tempoh bertenang tu aku lalui dengan penuh hati – hati. Melihatkan kelakuan Khai yang sentiasa berada di rumah selepas waktu kerja membuatkan aku sedikit pelik.
Apa dah jadi antara dia dan Nadia? Masih contact seperti biasa atau sudah putus? Apatah lagi insiden malam Sabtu tu sehabis mungkin aku pasti, mereka serius, dan akan berkahwin. Aku banyak nak cerita kat sini, tapi aku stop sini saja sebabnya aku perlu keluar untuk mengambil Lyla dari day care.
Banyak yang berlaku sehingga aku pasti satu perkara, Khai memang dijodohkan dengan Nadia, aku tak sepatutnya ada di antara mereka. Tapi aku masih isteri Khai, masih suri rumah, masih ibu kepada Myra dan Lyla. Cumanya, cinta aku pada Khai seperti sudah m4ti.
Nantilah aku sambung kalau ada yang berminat. Agak – agak sampai bila ya? Mungkin sampai aku m4ti, selagi Khai, Myra dan Lyla perIukan aku. Khai perIukan aku untuk apa? dia kan sudah ada Nadia. – Nurul (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Nurul Hidayat Ibrahim : Ada kes macam puan ni tau, suami nak kahwin lain, isteri sabar je. Sanggup bagi suami kahwin lain. Tapi isteri tak putus doa dan solat hajat. Tiba – tiba satu malam “bakal isteri kedua” tu minta datang rumah dia baiki pintu pagar, dah lah hujan masa tu, so si isteri ni cakap, “belum kahwin dah suruh macam – macam” (menyusahkan suami, lepas kahwin tak tahulah kan), isterinya ikut sekali ada dalam kereta. Suami diam je bila isteri cakap camtu.
Tup tup tak jadi kahwin si suami dengan perempuan tu. Kami pulak yang ter hepi sekali. Sebab isteri ya sangat baik. Alhamdulillah. Keep strong puan. Banyakkan doa dan solat hajat. Minta yang terbaik di sisi Allah. Suami tu tengah kemaruk cinta, cakap apa pun dia tak peduli dah tu. Tapi Allah yang pegang hati suami. Saya doakan yang terbaik buat puan dan anak – anak.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.