7 tahun bercinta tapi bila dah kahwin baru seminggu dah rasa nak cerai

Semua benda aku kena tegur. Baik cara berpakaian, sampaikan pencuci muka aku kena belikan lagi, kalau tidak, dia takkan kisah. Sebelum kahwin, dia dah janji akan berhenti rok0k, tapi aku silap. Semalam kami berg4duh dia keluar dari rumah, aku whatsapp suami minta cerai.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih Admin kalau cerita aku ni disiarkan.

Apa yang aku luahkan ini sekadar aku nak berkongsi rasa dan pengalaman yang aku alami. Dalam masa yang sama aku perlukan pendapat dan padangan daripada warga pembaca.

Aku kenalkan nama aku Ainur. Aku berasal daripada utara tanah air. Aku berusia 24 tahun dan suami berusia 30 tahun. Kami baru melangkah ke alam rumah tangga hampir 2 bulan. Aku dan suami memilih untuk bernikah atas rasa suka sama suka.

Hampir 7 tahun kami berkenalan dan akhirnya Allah mudahkan jalan untuk kami melangkah ke alam rumah tangga. Aku berkerja sebagai seorang penjawat awam, hampir 2 tahun aku berkerja.

Alhamdulillah, walaupun macam – macam keadaan dan dug4an yang aku lalui untuk dapatkan kerja yang sesuai, Allah Maha Baik dan mudahkan segalanya.

Hampir 2 bulan aku mendirikan rumah tangga. Aku tak tahu sama ada ni semua permainan sya1tan, nafsu atau perasaan. Suami aku berkerja sebagai kakitangan swasta. Aku berkenalan dengan suami masa usia aku mencapai 19 tahun.

Sedia maklum, perkenalan yang bertahun panjangnya ini sudah tentu ada pelbagai onak duri, dug4an dan badai yang akan meIanda.

Aku dan suami mempunyai latar belakang yang sangat berbeza. Keluarga aku boleh d1katakan agak senang, keluarga suami pula sebaliknya.

Suami bukan seorang yang berpendidikan, anak nakaI, ponteng sekolah, pergaulan dengan geng – geng rempit, ada sejarah pernah hisap gam dan ambil dad4h waktu sekolah dulu. Rupa? Biasa – biasa saja. Kerja? Pun biasa – biasa juga.

Aku pulak sebaliknya. Seorang yang agak pendiam dan pemalu, aku berjaya memegang segulung diploma, bukan seorang yang suka bergaul bebas dan agak penakut.

Aku masih d1kategorikan sebagai perempuan yang ada rupa. Tak terlalu kurus dan tak terlalu gemuk. Ada yang kata aku tak layak untuk suami aku sebab perbezaan yang sangat ketara antara kami.

Tapi kenapa aku masih memilih dia? Ada ‘sesuatu’ pada suami yang tak ada pada orang lain. Kisah silam dia aku tahu setelah hampir 3 tahun kami berkenalan.

Pada awal perkenalan mungkin aku agak naif dan baru pertama kali aku cuba nak berkenalan dengan lelaki jadi aku tak ambil berat soal latar belakang dia.

Tapi setelah 3 tahun baru aku tahu segalanya. Remuk, kecewa dan takut. Tapi, aku cuba pandang sisi baik dia. Walaupun dia ada kisah silam begitu, sekali pun tangan dia tak pernah hinggap pada aku.

Meninggi suara pun tidak, g4duh kecil/ besar kalau salah aku sekalipun dia yang akan mengalah dulu. Tak pernah ada isu dia pergunakan aku dari segi wang ringgit atau kemudahan lain.

Dia sangat mendengar kata. Pendengar masalah aku yang setia, bila dia ada duit lebih dia akan usahakan untuk belanja aku makan. Walaupun aku tahu status kerja dan keadaan dia, aku tak pernah mengharapkan duit ringgit dari dia.

Aku ada satu sikap sangat sensitive dan kuat merajuk. Tapi panas aku tak lama, sejuk aku cepat bila dia mengalah. Aku terlalu tag1h perhatian dia mungkin.

Dia berkerja sangat kuat sebab nak halalkan aku. Ramai yang tegur perubahan dia lepas dia berkenalan dengan aku. Dia selalu cakap aku terlalu sempurna untuk dia, dia tak layak untuk aku.

Dia juga pernah lalui fasa putvs tunang. Bekas tunang dia seorang yang kaki kikis dan pilih untuk tinggal dia bila dia susah dan tak ada apa – apa. Bertunang hanya untuk dipergunakan.

Allah kurniakan satu rasa kasihan yang sangat besar dalam hati aku. Rasa kasih bila tengok diri dia. Dia layak rasa bahagia juga. Dia susah aku bantu.

Aku cuba bangkitkan semangat dia. Aku masak macam – macam untuk dia. Belikan hadiah/ kek bila hari jadi dia. Belikan pencuci muka bila muka dia naik jerawat teruk. Tegur cara berpakaian dia bila dia seIekeh. Kadang – kadang aku belikan baju.

Aku berpegang pada prinsip susah senang sama – sama. Aku usaha untuk jadi yang sempurna untuk dia. Walaupun dia bukan ada apa – apa.

Aku boleh memilih untuk tinggalkan dia. Tapi tak tahu kenapa bila nampak sisi baik dia aku memilih untuk teruskan hubungan ni. Dialah satu – satu “bestfriend” yang aku punya.

Berg4duh baik putvs baik semula. Dah menjadi rutin dan adat dalam percintaan kami. Mana ada hubungan yang sempurna kan?

Makin meningkat dewasa dan berjumpa dengan pelbagai orang aku mula memikirkan tentang masa depan. Jod0h pilihan kita cerminan masa depan.

Kata orang nak cari jod0h, carilah yang menjamin masa depan. Sebab aku tahu dengan cinta saja takkan boleh beli beras dan lauk. Mendengar kisah dan cerita orang yang bercerai berai disebabkan oleh kesempitan duit buat aku takut juga.

Tipu kalau aku tak cuba membandingkan dia dengan orang lain, bila aku dah sambung pengajian, aku berjumpa dengan lebih ramai lelaki yang lagi sempurna. Ramai yang ada rupa, berpendidikan.

Aku boleh pilih, tapi entah.. Allah tetap palingkan hati aku pada suami aku waktu tu. Adakala aku rasa marah dengan diri sendiri kenapa aku pilih dia?

Aku sedar waktu tu, kaya dan rupa juga bukan kayu ukur bahagia yang sebenar. Ada yang berpendapat umur setara aku masih setahun jagung dan belum mat4ng untuk mendirikan rumah tangga.

Terutamanya mak aku. Sebelum aku pasang niat nak kahwin, mak selalu berpesan “kahwin ni bukan untuk seronok – seronok” “Kahwin tak seindah yang adik rasa” “Tak kahwin lagi, kita takkan kenal sisi diri dia yang satu lagi”

Pers3tankan semua ni. Aku cuma nak halalkan hubungan yang har4m ni saja. Ujian dan badai sepanjang perkenalan sudah memadai untuk aku kenal siapa suami aku.

Tapi setelah hampir dua bulan bernikah. Aku mula timbul macam – macam rasa. Aku rindu keluarga aku. Walaupun tak jauh mana, aku mula rasa aku perlukan keluarga aku lebih dari suami aku sekarang.

Dengan hasil titik peluh suami, kami selamat bernikah. Nikah saja tanpa kenduri – kend4ra. Aku nak mudahkan suami. Duit mas kahwin aku, aku minta lebih sebab aku dah niat awal – awal lagi untuk gunakan duit tu untuk beli keperluan rumah.

Naif sangatkah aku? Lurus sangatkah aku? Aku nak suami rasa bahagia dan mudah sebab aku mengharapkan baIasan bahagia dari dia semula nanti.

Tapi tidak. Semuanya jadi tak kena. Aku mula makin baran bila dah tinggal sembumbung. Aku mula rasa tak kena pasal dia.

Semua benda aku kena tegur. Baik cara berpakaian, sampaikan pencuci muka aku kena belikan lagi, kalau tidak, dia takkan kisah. Sebelum kahwin, dia dah janji akan berhenti rok0k, tapi aku silap.

Aku sampai memilih untuk karang whatapps panjang – panjang untuk ingatkan dia. Dia mengalah dan minta maaf tapi aku jadi s4kit hati walaupun dia minta maaf.

Dia mula jarang – jarang sentuh aku. Sentuhan manja tu makin lama makin tak terasa ikhlasnya. Apa yang tak kena? Dia dah tak bernafsu tengok aku ke?

Dia selalu beralasan tak cukup duit, tapi rok0k masih dibakarnya. Nafkah dia tak culas tetap bagi, cuma dia akan kerap keluar rumah untuk buat ‘partime’ di kedai makan kawannya untuk tampung keperluan lain.

Aku sunyi dan mengharapkan perhatian dia. Sebulan nikah, aku pernah bergurau “ Macam mana kalau sayang mengandung?”

Dia geleng dan baIas tak mungkin. Aku sangat terasa hati. Aku cuba positifkan diri mungkin sebab dia belum bersedia. Tapi kenapa mesti dia respon dengan jawapan yang macam tu?

Rumah mak mertuaku agak dekat dengan taman perumahan kami. Aku jadi penat dan letih bila setiap minggu ke rumah mak dia.

Tak tahu kenapa aku mula rasa rimas dan tak kena. Nak melayan karenah mertua tapi dalam masa yang sama aku hilang perhatian dari suami, tak macam mula – mula bercinta.

Mertua aku asyik – asyik suruh ke rumah dia. Seolah – olah tak memahami. Suami pula tak memahami keadaan aku dan mula berpihak pada maknya.

Luah masalah dan rasa dah tak macam zaman bercinta dulu. Bila aku merajuk suami aku mula pujuk dan peIuk. Tapi, entah… rasa damai tu sekejap sangat. Lepas tu hilang. Ada apa yang tak kena sebenarnya?

Naluri dan pemikiran aku mula member0ntak nak mengungkit – ungkit kebaikan yang aku dah bagi pada suami. Kenapa? Aku mula salahkan diri aku sendiri. Aku makin rasa suami aku menjengkeIkan, menyusahkann dan meny4kitkan hati.

Seminggu nikah, aku mula memendam rasa. Entah kenapa timbul semua rasa ni…

Hampir dua bulan nikah, aku belum ada tanda – tanda mengandung. Aku jadi takut sedih dan benci. Entah apa lagi ujian perkahwinan akan datang? Aku salah memilih suami? Atau semua rasa ni normal untuk pasangan yang baru berkahwin?

Semalam kami berg4duh besar, suami ajak “sit down” dan berbincang. Aku mula mengungkit semua benda, lama aku pendam aku jadi s4kit.

Suami aku mula meninggi suara, dan katakan aku kurang ajar. Mungkin cara percakapan dan luahan aku meIampau dan meny4kiti dia.

Tapi sedarkah dia siapa punca? Dia terus keluar rumah tinggalkan aku dengan tangis. Aku terus whatapps suami minta cerai.

Ya Allah, berd0sakah aku? Jiwa dan hati aku tak tenteram sejak malam pertama. Aku taknak timbul rasa sesal.

Cuma aku mengharapkan Allah hilangkan kekusutan yang meIanda hati ini. Apa sebenarnya yang aku perlu buat? Adakah ini ujian rumah tangga sebenar? Atau semua ni berpunca daripada aku sendiri.

Apa aku perlu buat? Aku buntu sebenarnya. Aku tak tahu dari mana aku perlu perbaiki. Bila duduk berbincang asyik nak bertekak akhirnya.

Sungguh aku mengharapkan yang baik-baik dalam perkahwinan ni. Hubungan percintaan yang panjang ni, aku masih ada rasa sayang. Tapi entahlah kusut aku rasa bila mahligai yang dah terbina ini seakan tak kena binaanya. Apa perlu aku buat?

– Ainur (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nabilah Zaki : Benda dah halal dik, sya1tan tak suka. Dia mula bisik yang bukan – bukan. Awak pun janganlah layankan perasaan sangat. Mungkin silapnya suami awak terlalu mendengar kata dari awal perkenalan kot. Jadi awak rasa awak sentiasa betul, dia sentiasa salah dan harapkan awak untuk perbetulkan dia. Camnilah, rumahtangga ni, kalau nak yang sempurna memang takkan jumpa. Awak cuba ubah diri awak dulu. Kurangkan marah2, banyakkan bersabar. Buang perasaan yang awak dah banyak sangat berk0rban untuk korang berdua.

Start new, start from zero. Benda jadi masa awak bercinta tu, awak tutup buku dulu. Lupakan. Ini alam perkahwinan, itu alam percintaan. Takkan sama. Lagi 1 dik, benda masa tengah tak halal, semua nampak indah. Bila dah hidup sama – sama, jangan banyak layan perasaan sangat. Sesetengah benda remeh tu anggapla macam lawak, tegur pun dalam keadaan melawak. Jangan seri0us sangat dan elakkanlah asal berg4duh mintak cerai. Nauzubillah dik. Laki ni jangan dicab4r – cab4r. Kang Kita yang menyesal.

Nurul Nadiah : Haaa inilah yg d1katakan sungguh indah zaman bercinta zaman kawen lain pula ceritanya. Bila tak bersedia menerima baik buruk suami akan timbul rasa tak puas hati benci. Sebenarnya dalam tempoh 7 tahun kenal bukan tempoh sebenar – benarnya awak kenal dia. Tempoh sebenar – benarnya nak kenal suami ialah lepas kawen. Cuba pk balik apa tujuan awak kahwin dengan dia? Lupakah sisi baiknya dia macam awak kata? Kahwin nie bukan main t1kam eh dah kawen eh macam dah tak nak plak. Eh eh eh..menyesal plak tak dengar cakap mak. Haaaaa masa mak cakap tu lain kali fikir dalam – dalam dulu sebelum buat keputvsan nak kahwin. Andai awak rasa marah tak puas hati cuba zikir doakan Allah lembutkan hati suami supaya pandang awak. Supaya pulih semula hubungan baik..

Saidatul Halim : Baru dua bulan, dik. Jangan overthinking sangat. Menari tango ni memang kena berdua. Kapal nak berlayar pun kena ada nakhoda dan anak kapalnya. Masalah awak tak besar mana. Suami tak suka isteri yang kerap berleter dan mengungkit. Bila dia minta ‘sit down’ untuk berbincang tu, kira bertuah sangat dah tu. Dapat kat lelaki lain yang jenis baran, patah riuk dah ni kena kuntau. Takde dah nak ajak duduk bincang apa ni. Baru lagi ni. Nanti lagi lama usia perkahwinan, lagi mencab4rlah Iiku – Iiku dug4annya. Semua fikiran -ve tu mainan sya1tan belaka. Give and take ye, dik. Bukan senang nak bahagia. Tapi kita sendiri boleh lakarkan bahagia tu ikut acuan kita.

Syahirah Firdaus : Banyak sangat tengok drama 7 hari mencintaimu ni. Awak teringin nak jadi macam Mia ka ? Khuzairi layan bak puteri kena tengking minta cerai pun suami still berdiam diri? Dalam perkahwinan ni kena banyak bertolak ansur tau sebab tu mak awak cakap kahwin ni bukan benda main – main. Kena bersedia mentaI dan fizikaI, kena ready dengan semua benda. Terima baik buruk pasangan kita, cukup untunglah laki awak tak penah culas bagi nafkah, kat luar sana ramai suami yang pandang enteng bab nafkah zahir isteri tambahan lagi kalau isteri tu berkerjaya.

Kisah silam suami kalau boleh jangan diungkit, tengok dia yang sekarang, bukannya mengungkit kisah silamnya yg dulu. Aduhaii .. kesian laki awak, susah payah kumpul duit nak kahwin dengan awak akhirnya awak mudah luah perkataan cerai tuu. Bab mak mertua tu awak kena pandai la ambik hati dia. Jangan tau nak fikir rimas diri awak saja. Mia dalam 7 hari mencintaiku pun sedaya upaya ambik hati mak leha takkan lah awk tak boleh. Apa pun saya doakan perkahwinan awak kekal hingga ke jannah.

Kloe Kloey : Adik ni kahwin dengan suami tanpa cinta. Cuma rasa kasihan. Sebab tu bila dah kahwin macam – macam komplen. Dulu sayang sekarang kenapa benci? Tak ade teruk mana pun laki kau tu dik. Orang lain nak berlaki sampai berebut laki orang. Ada tu laki dah berz1na dengan perempuan lain pun masih mendewakan laki. Kau nak yang macam ni ke? Anyway, tepuk dad4 tanya selera. Takut esok – esok kau buang suami sekarang tapi dapat suami yang lagi teruk, dah kena buat satu lagi confession. Kitorang jugak yang penat kena baca.