
Dengan anak – anak pun isteri tak bagi kasih sayang. Bayangkan dengan baby pun, dia akan garang. Sekarang dah ada anak, kalau nak apa – apa dekat aku, dia suruh anak yang cakap. Sehinggalah, sepupu isteri datang..
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua. Nama saya Iman. Umur dah 38 tahun. Isteri saya, Fiza, umur 35 tahun. Kami dah kahwin 7 tahun. Anak ada dua orang, sepasang. Isteri kerja kat RHB Bank. Saya kerja kat pejabat sahaja. Saya ni anak yatim. Kalau nak kata saud4ra, ada pakcik sorang, adik arw4h ayah.
Isteri saya dari keluarga besar. Berdekatan rumah dia, 3 – 4 rumah tu saud4ra mara dia. Belah ayah dan mak dia. Family diorang sangat akrab satu sama lain. Dulu masa study, saya ada kawan nama Din. Din ni sepupu kepada isteri. Memandangkan saya anak yatim, Din keraplah ajak saya balik kampung dia.
Dan kenalkan saya kepada semua family dia. Semua orang layan saya sangat baik. Lama – lama saya dah macam satu ahli untuk family ni. Semua majlis depa, saya akan ada. Masa tu Fiza sangat baik dengan saya. Character saya jenis pendiam, tak banyak cakap.
Fiza jenis banyak cakap, suka bergurau, suka menyakat, mengusik saya. Saya sebenarnya dah ada perasaan kat Fiza, cuma tak berani cakap. M4kin meningkat usia, family dia mula bercakap – cakap tentang jodoh dengan saya. Saya jenis pemalu, family dia rasa saya tak pandai cari, so depa carikan.
Tapi semuanya saya tolak sebab hati saya dekat Fiza. Masa tu saya tak pernah ambil tahu Fiza ada kekasih atau tidak. Cuma bila dah start kerja, saya kerap juga datang rumah Fiza. Tolong ayah dia buat kerja. Kadang – kadang kami jalan mana – mana ramai – ramai, Fiza akan cakap, “Abang Iman tengok awek tu cunlah, cantiklah… meh Fiza ngoratkan untuk abang.”
Macam tu lah dia. Jenis happy go lucky. Lama – lama family dia macam ada idea nak kenenkan aku dengan kakak dia. Aku tak tahu lah kakak dia suka aku ke apa ke. Kakak dia jenis soft – soft, kerja cikgu. Lebih kurang type aku. Berbeza dengan Fiza.
Masa tu aku just cakap, dalam hati aku dah ada orang lain. Family dia positif dengan keputusan aku. Depa tanya siapa, apa semua, sebab nak pergi risik. Tapi aku tak nak jawab.. Aku kata orang tu tak tahu. Tak berani cakap. Masa tu Fiza yang excited lebih.
Nak tahu siapa orang tu lah, nak tolong pi bagitahu orang tu lah… Aku just diam senyum – senyum. Satu hari topik jodoh ni muncul lagi. Masa tu tak tahu kenapa, aku macam tiba – tiba datang keberanian, depan semua orang aku cakap kat ayah dia, kalau tak kisah, aku ada niat nak peristerikan Fiza.
Semua orang sangat terk3jut, termasuk Fiza dan kakak dia. Lepas tu aku dah balik rumah. Dan tak datang lagi dah rumah tu. Aku rasa malu dan berd0sa tiba – tiba. Rasa macam permintaan tu satu salah besar. Melalui Din, aku dapat tahu family depa macam senyap. So tak tahu apa depa fikir.
Satu hari Fiza call aku marah – marah. Dia kata tergamak aku cakap macam tu sedangkan tahu kakak dia ada hati kat aku. Dan Fiza kata dia tak pernah anggap aku lebih dari seorang abang saja. Aku masa tu just minta maaf saja. Sebab aku dah rasa aku jadi punca family tu hilang bahagia.
Aku dah tak jejak kaki ke kampung tu dah walaupun Din ajak. Aku tak nak jumpa siapa – siapa dah. Tapi satu hari ayah dia call ajak datang makan. Aku berat hati, tapi terp4ksa pergi tanda hormat. Aku tak nampak siapa – siapa, hanya aku, mak dia dan ayah dia saja. Lepas makan ayah dia kata depa setuju dengan lamaran aku.
Tapi aku terus terang cakap, Fiza tak suka. Depa kata Fiza budak lagi. Nanti depa akan pujuk. Dia rasa bersalah kat kakak, sebab tu kata macam tu. Kakak dia pun katanya faham saja kalau tak ada jodoh. Sebab kakak dia pun dah pilih orang lain. Cadang kalau aku setuju, nak buat majlis sekali dengan kakak dia.
Dalam kekeliruan tu, aku setuju saja lah. Majlis buat satu belah saja lah. Dengan cepat semuanya diuruskan. Nak dekat majlis, Fiza ajak jumpa. Dia minta aku batalkan majlis. Aku kata mana boleh. Kenapa tak batalkan sendiri, dia kata tak gamak nak bagitahu mak ayah sebab family memang selalu harap aku jadi menantu rumah ni.
Tapi dia berkali – kali kata dia anggap aku sebagai abang, tak mampu nak anggap lebih dari tu. Macam – macam dia marah. Aku macam kata, mungkin kita berjodoh. Aku tiba – tiba jadi jiwang. Janji nak jaga baik – baik, aku cintakan dia lah apa semua. Aku kata aku dah lama suka dia.
Dia pertikai, nak tahu apa menyebabkan aku suka dia. Sedangkan dia kata dia tak pernah layan lebih – lebih. Tapi dia tak ada cakap pun dia suka orang lain. Dia hanya cakap, dia anggap aku abang. Majlis kahwin sepatutnya gembira, tapi sejak lafaz nikah tu, Fiza tak pernah senyum sampai sekarang.
Majlis yang setiap perempuan sepatutnya gembira tapi bukan untuk Fiza. Mula aku anggap awal – awal kot, nanti lama – lama ok lah. Ayah dia pun cakap, dia masih terk3jut kot. Lepas kahwin dia sangat dingin dengan aku. Dia langsung tak bercakap, dia jadi orang yang sangat berbeza. Garang, bengis, tapi aku tetap sabar. Aku faham dia perIukan masa.
Setiap kali nak hubungan badan, aku kena merayu meminta. Tak pernah dapat dengan mudah. Dan dia tak pernah belai aku pun. Mata dia tak pernah sekali pun pandang aku. Dan banyak elak apa yang aku buat. Ayat dia sebelum bermula, “Cepat sikit, saya letih, saya nak tidur.” Tu saja lah. Aku ni macam – macam dah buat nak ambil hati dia.
Bagi hadiah, bagi macam – macam, semuanya tak ada kesan. Balik rumah mak ayah dia pun sama saja lah. Dia memang terus berubah lepas kahwin. Dan kat sini aku selalu baca, isteri yang dambakan belaian suami. Aku selalu berharap dia akan minta, tapi tak pernah pun. Dia sangat ego ke? Atau dia memang tak rindukan semua tu ke? Aku tak tahu lah.
Bila dia mengandung anak pertama kami, aku sangat happy. Tapi dia? Langsung tak ada perasaan. Nak cakap betapa kerasnya hati dia, dia tak nak aku terlibat dalam apa pun. Nak pergi check-up pun tak nak aku ikut. Aku saja merayu – rayu nak ikut.
S4kit pun dia tahan saja. Sampai nak beranak pun dia cuba urus sendiri. Aku masih ingat semua benda walaupun dah lama. Anak first nak bersalin, dia cuma cakap, “Bawa saya ke hospital.” Tu pun aku sendiri tanya berjuta kali kenapa bila tengok dia gelisah. Ambil itu ini.
Tapi lain dari tu, apa pun dia tak cakap. Lepas tu dapat anak kedua perempuan, pun sama saja lah. Semuanya nak urus sendiri. Barang baby pun jaranglah pergi beli sama – sama. Dengan anak – anak pun dia sangat garang. Walaupun dari baby, tak pernah nampak dia manjakan anak.
Acah – acah ke, main ke, k1ss anak ke. Dia bercakap, tapi tegas. Dia jaga saja anak. Kadang – kadang nampak juga dia ambil video anak. Tapi kalau aku ada, dia biar aku saja jaga. So anak – anak agak rapat dengan aku. Sebab aku rajin layan anak.
Kalau orang lain, anak masa baby melalak, dah pujuk macam apa dah. Dia akan angkat tapi entahlah… garang walaupun dengan baby. Dulu – dulu aku nak apa pun, minta kat dia. “Sayang buat air,” “Sayang masak apa?” Kalau buat air dia buat dan letak atas meja. Kalau tanya masak apa, dia tak akan jawab.
Kadang – kadang dia just cakap, “Saya dah hidang atas meja, kalau nak makan nanti makan.” Kalau aku request nak makan apa – apa, dia buat saja lah. Yang tu tak pernah dia abaikan. Tapi kami tak pernah makan sekali. Dia tak suka sangat. Dulu sebelum ada anak, pernah makan sekali kat luar beberapa kali. Tu pun jenuh nak pujuk merayu.
Kalau ada family dia, dapatlah sesekali makan semeja. Sejak ada anak, apa – apa dia lagi selesa cakap kat anak saja lah. Dulu – dulu ada jugalah dia akan cakap, “Nanti beli susu anak, beli pampers anak.” Tahu tak perasaan ni macam mana, rasa happy giIa.
Tapi lepas tu, anak akan datang cakap ibu suruh beli itu, beli ini. Kadang – kadang anak cakap nak apa – apa, dia akan kata suruh ayah. Dulu aku dah tanya, kenapa asyik dingin saja. Sampai bila nak macam ni? Dia jawab sampai bila – bila pun.
Dan dia akan persoalkan apa lagi aku nak. “Nak kahwin dengan aku dah dapat kan. Badan aku pun dah dapat kan. Apa lagi nak?” dia tanya. Aku cakap lah aku nak cinta kasih sayang. Kita dah jadi keluarga. Tapi hidup macam orang asing. Dia cakap ni bukti cinta kasih sayang tak boleh beli, tak boleh dimiliki.
Nak dapat badan perempuan tak susah, dia kata. Tapi hati sangat susah nak dapat. Puas aku tanya apa yang tak kena dengan aku. Apa yang aku boleh ubah. Dia akan diam saja. Dia kata buat apa pun tak boleh ubah hati dia. Aku cuba macam – macam tips dah. Solat sama – sama. Banyak kali dia tolak.
Tapi banyak kali dia turut juga. Tapi tak ada kesan pun. Kalau salam, dia civm saja tangan. Tapi sikap masih sama. Aku selalu ajak bercuti, dia tak nak. Sekarang ada anak, guna anak. Dia akan cakap kat anak, “Pergi lah dengan ayah… ibu malas nak ikut.”
Kadang – kadang nak pergi taman pun jenuh aku merayu. “Jom lah please. Kesian anak – anak.” Dia akan bidas, “Jangan nak guna alasan anak sangat lah.” Family dia pun macam tak tahu nak buat apa dah kot. Semua orang ingat lepas kahwin akan berubah. Ya, memang berubah… berubah dari periang jadi pendiam.
Aku rasa sangat bersalah. Dan lagi rasa bersalah sampai nak confess kat sini. Sebab baru – baru ni kakak sepupu dia datang. Kakak sepupu yang dia sangat rapat. Lepas tu secara tak sengaja aku terdengar perbualan depa. Yang aku dengar kakak dia tanya Fiza macam mana dengan Iman. Dia kata, “Macam tu lah, kak… dah tak mampu dah.”
So aku macam nak tahu cerita. Satu hari aku minta kakak sepupu tu terus terang. Nama dia Kak Zah. Kak Zah kata Fiza memang tak ada perasaan pun kat aku, walaupun cuba tapi tak boleh, dia kata. Dulu dia pernah bercinta dengan lelaki lain. Tapi tak jadi kahwin sebab aku dah melamar. Agaknya sebab tu Fiza marah kot.
Tapi family Fiza tahu saja pasal mamat tu. Mula aku fikir nak tanya ke tak nak. Aku sebenarnya dah sangat marah dengan family dia. Kenapa buat macam tu? Kalau tahu dia suka orang lain, sumpah aku takkan kahwin. Ayah dia kata betul, dia ada bagitahu bercinta dengan lelaki tu. Kenal sama – sama kursus bank dulu.
Tapi lelaki tu macam main – main saja. Suruh datang jumpa family tak muncul. Ayah dia kata lelaki tu macam tak serius. Fiza pun tak boleh nak buat apa. G4duh, putus, pastu berbaik. Hubungan tak ada kepastian. Ayah dia rasa mamat tu tak serius, sebab tu suruh Fiza terima aku.
Dan Fiza pun terima walaupun tak berapa rela. Malam tu aku confess dengan isteri. Aku cakap ada benda nak bincang. Macam biasa lah dia depan laptop. Aku tanya dia memang tak suka aku ke? Dia kata, “Berapa kali nak kena jawab benda yang sama?” Ok, aku faham.
Aku tanya masih cintakan mamat tu ke? Dia kata tak ada kena – mengena pun. “Perasaan tak boleh p4ksa,” dia kata. Dia dah lama lupa mamat tu, dia kata. Tapi dia tak ada perasaan kat aku. Dia masih rasa macam abang. Dia kata sebab tu dia tak suka buat hubungan badan dengan aku. Sebab dia tak ada perasaan. Dia kata rasa macam apa saja buat tanpa perasaan.
Dia kata aku tahu pun aku masih nak memaksa. Aku cakap aku ni suami. Dia kata sebab title suami lah dia kena bagi juga walaupun tak suka. Aku tanya dah 7 tahun masih tak ada perasaan ke? Dia kata sampai m4ti tak akan ada. Tapi dia kata dekat siapa – siapa pun tak ada perasaan dah.
Hati memang h4ncur lah… sebab aku sangat cintakan dia. Aku tanya dia, pernah sedar tak aku sangat cintakan dia? Dia kata tak pernah ambil tahu semua tu. Aku tanya habis macam mana? Kita dah ada anak dua orang dah. Dan aku kata kat dia, sumpah aku tak tahu pasal mamat tu. Kalau tahu, aku takkan kahwin. Dia kata benda dah lepas, tak guna cakap.
Cara dia macam aku yang bersalah. Aku tanya macam mana kita sekarang. Dia sendiri cakap dia ok saja kalau berpisah. Sebab ada benda dia tak boleh ikhlas buat untuk aku. Aku terdiam… terk3jut sebenarnya. Aku tanya anak macam mana? Anak keci l- kecil lagi.
Dia kata ramai saja berpisah anak kecil. Lama – lama budak – budak akan faham, dia kata. Aku seriously dah sebak. Kenapa kena jadi macam ni? Mungkin sebab lama aku diam, dia kata kalau tak nak berpisah pun tak apa lah. Hidup untuk anak. Tapi bukan sebagai suami isteri lagi lah. Sampai anak dah besar sikit, dah faham sikit, kita baru decide lah, dia kata.
Aku ni dah lap hingus air mata. Dia steady saja tekan keypad. Tak ada reaksi langsung muka dia. Kerasnya hati dia. Ni dah seminggu lepas semua tu. Kami masih tidur sekatil. Tapi untuk pertama kali aku rasa kosong. Oh ya. Cakap pasal kosong… dia bagitahu Kak Zah, dia pun kosong juga dengan aku.
So bila dia kosong, macam mana dia nak bagi apa – apa kat aku. Sebab dia sendiri pun kosong. Aku dah tak minta apa – apa dah kat dia. Air ke, makan ke. Cuma dia ada lah suruh anak tanya aku nak makan ke, minum ke. Sekarang ni semua aku cakap tak nak saja lah.
Sebab aku kena belajar hidup bersendirian. Tak nak berg4ntung lagi pada dia. Sebab dia akan tinggalkan aku satu hari nanti. Sekarang ni, aku pun dah jadi pendiam macam awal – awal dulu. Rumah ada bunyi sebab budak – budak. Tapi aku tak ada mood nak layan budak – budak pun.
Tak tahu lah dia perasan ke tak. Sebenarnya s4kit sangat bila orang yang kita sayang, tapi sebenarnya tak pernah sayang kita pun. Betul lah kata dia, benda apa pun bila tak ada perasaan, benda tak akan ikhlas. Yang nak hadap perasaan taw4r tu aku juga.
Cuma tadi aku bagitahu dia, aku membesar tak ada keluarga. Aku selalu berimpian nak ada keluarga yang sempurna. Aku ingat impian tu dah tercapai. Dia terus cantas cakap aku. Dia kata, “Saya doakan semoga satu hari nanti semua impian awak akan tercapai… tapi yang pastinya bukan dengan saya.”
Aku kata, “Abang tak nak anak alami apa yang abang pernah alami. Rindu, sunyi semua tu.” Dia kata, “Kan kita dah buat keputusan, then hidup untuk anak sudahlah.” Doakan aku kuat.. – Iman (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Anis Mohamed : Dalam cerita nie, 2 – 2 salah. Pihak encik, sebab dah tahu orang tak suka tetap teruskan. Si isteri pula, macam tak sedar diri dan tak reti bersyukur. Encik buatlah silent treatment dalam 3 bulan dulu. Buat macam dia takde dan tengok hasil macam mana.
Kalau dia tetap begitu keras, tak rasa kehilangan, encik better berpisah. 2 – 2 berhak bahagia. Anak – anak encik ambik hak jagaan sebab dia pun tak suka anak – anak yang hasil daripada encik kan? Jangan buat alasan bertahan demi anak – anak.
Anak – anak perIukan environment yang sihat untuk membesar dengan baik. Better encik kahwin lain, dan berkasih sayang dengan baik untuk ikutan anak -anak. Wife tu, biarlah dia cari bahagia dia sendiri. Jangan jadi pvnching bag dia dah.
Mencintai kadang – kadang tak bermakna memiliki. All the best, bro. May Allah ease.
Nurul Zulaikha Ismail : Dalam cite ni, aku back up si suami. Isteri dengan keluarga isteri patut boleh bertegas dari awal. Tapi tulah nak salahkan sesiapa sekarang dah terlambat. Yang bini pun alahaiii nak ke mana sangat dengan ego tu. Aku berapi pulak baca pasal si isteri punya per4ngai.
Kalau berpisah, anda berdua masih boleh co-parent dengan baik. Sebab takde g4duh – g4duh pun. Dan awak, berdasarkan cerita rasa macam dah habis usaha nak men4gih cinta isteri. 7 tahun kira cukup lama untuk men4gih. Awak dengarnya macam suami dan lelaki yang baik.
Dia pun bukan la perempuan jahat. So awak cari la isteri yang cintakan awak. Kadang – kadang jodoh datang kemudian. Silap – silap bila dah berpisah, bini tu yang giIa talak. Sebab manusia ni bila dah takde baru terasa.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.