
Mak mertua selalu sorok barang dari saya. Satu hari saya cari minyak angin sebab lenguh pinggang, tengok – tengok dia sorok dalam beg dia sendiri. Katanya takut habis kalau orang lain guna…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min, tolong sembunyikan profil saya ya. Saya cuma nak meluah sedikit. Macam mana ya nak hadap mertua yang terlebih memanjakan anak – anak kesayangan dia? Makan pun nak kena kakak ipar masak, semua kerja rumah kakak ipar buat.
Saya cuma nak luah… memang dah rasa penat sangat, makan hati duduk dengan mertua ni. Al-kisahnya macam ni. Dulu rumah mertua kecil sahaja. Ada satu bilik sahaja, ruang tamu tu tempat anak – anak dia tidur. Ruang tamu pun kecil. Suami saya masa bujang, ada duit simpanan hasil kerja, dia besarkan rumah mertua.
Dia buat ruang tamu baru yang luas, buat bilik sendiri dan bilik untuk adik – adik dia juga. Semua guna duit simpanan suami sendiri. Tak pernah pun minta tolong dengan adik beradik dia yang lain. Akhirnya bila dah berkahwin, suami ajak saya duduk sekali dengan keluarga dia.
Katanya sebab dia dah banyak habiskan duit besarkan rumah, siap dah ada bilik untuk kami tinggal. Saya pun ikut sahaja, redha masa tu, fikir mungkin ini yang terbaik. Sekarang dah masuk lapan tahun saya berkahwin, dan lapan tahun jugalah saya duduk dengan mertua. Anak dah dua dan sekarang saya tengah mengandung anak ketiga.
Tapi saya sem4kin penat dan m4kin letih duduk dengan mertua. Mertua saya terlalu memanjakan anak – anak dia yang lain, terutama anak bongsu perempuan dan lelaki. Bangun pagi saya yang kena kemas rumah, dapur, masak untuk mereka semua. Termasuklah anak – anak dia yang dah besar panjang.
Anak perempuan dia langsung tak disuruh buat kerja rumah. Tidur sampai tengah hari, bangun terus makan hasil masakan saya. Lepas kenyang, masuk tidur balik. Tak tolong apa pun. Kalau saya tak buat semua tu, mertua terus tak tegur. Dia akan buat kerja dalam keadaan macam nak marah.
Hent4k barang kuat – kuat, pegang mangkuk pun berbunyi macam nak terbalikkan. Bila dia lepak dengan keluarga yang lain di luar rumah, saya yang jadi bahan umpatan. Katanya saya tak masak, kalau masak pun tak kena dengan selera dia.
Banyak sangat kekurangan saya pada pandangan dia. Tapi bab anak perempuan dia? Tutup rapat – rapat. Nak sentuh pun tidak. Saya ni tengah mengandung, kadang – kadang memang tak larat nak buat kerja banyak – banyak. Anak pun sekolah, saya yang berulang alik ambil hantar. Alahan lagi, tapi kena gagahkan diri.
Pernah sekali, saya termunt4h dalam bilik sebab tak tahan bau kari masa masak. Bukan setakat muntah, saya sampai demam sehari suntuk. Tapi esoknya, tetap juga saya yang kena bangun awal masak untuk mereka. Anak perempuan dia boleh pula duduk depan televisyen sambil makan roti bakar, buat tidak tahu.
Suami saya okay, kerja biasa – biasa sahaja. Saya ada bincang dengan suami tentang nak sewa rumah sendiri, tapi katanya belum mampu. Duit dia dah banyak habis untuk besarkan rumah mertua dulu. Saya rasa macam banyak sangat makan hati.
Mertua saya ke mana – mana mesti ajak saya, walaupun anak – anak dia ada kat rumah. Kalau nak beli barang, saya juga yang disuruh ikut. Saya ni macam budak suruhan. Anak dia elok duduk bersantai depan kipas, saya ni yang mengandung juga disuruh angkat barang dapur. Dia lebih rela menyusahkan saya daripada menyusahkan anak – anak kesayangan dia.
Paling tak boleh lupa masa Aidilfitri tahun lepas. Saya sorang yang bersihkan dapur, siapkan juadah, layan tetamu. Anak – anak dia semua sibuk ambil gambar, buat konten TikTok. Mertua perempuan saya tengok sahaja, tak pernah pun minta tolong anak – anak dia.
Bila orang puji rumah bersih, dia senyum macam dia yang buat semua. Saya? Nama pun tak disebut. Padahal selama ini saya dah banyak tolong dia. Tak pernah kata ‘tidak’ kalau dia minta tolong apa – apa. Laju saya buat. Tapi end up, saya ni tetap juga orang yang paling kurang dalam mata dia.
Kalau dengan orang luar, dialah mak mertua paling baik. Menantu dia kononnya rajin, padahal belakang saya, dialah yang selalu mengata. Barang dapur semua kami yang beli. Dari beras sampai ke barang kecil – kecil macam garam, gula. Semua suami beli.
Kadang – kadang hujung bulan memang sesak duit sebab rumah ramai sangat, kena cover ramai mulut. Mertua lelaki sahaja yang selalu beli lauk basah. Mertua perempuan saya ni jenis kedekut. Suka sorok semua benda. Dari makanan sampai barang – barang kecil macam sabun mandi pun dia sembunyikan.
Pernah satu hari saya cari minyak angin sebab lenguh pinggang, tengok – tengok dia simpan dalam beg dia sendiri. Katanya takut habis kalau orang guna. Saya terkedu. Dalam rumah yang saya duduk ni, saya pun dikira macam orang luar?
Entahlah min, saya tak tahu sampai bila boleh bertahan. Kadang – kadang saya doa juga moga ada rezeki untuk kami pindah. Saya bukan menantu sempurna, tapi saya penat jadi menantu yang sentiasa dianggap kurang. Saya pun ada hati, ada perasaan. Semoga Allah tunjukkan jalan keluar yang lebih tenang untuk saya dan anak – anak.
Komen Netizen :
Mel Diamond : Suami awak tu tidak akan cukup gajinya sampai bila – bila sebab nak tanggung ramai orang. Perbelanjaan pun dah terlebih dari keperluan. Jawapan saya mudah, pindah rumah. Urus keluarga kecil awak sahaja. InshaAllah cukup.
Suami tu kalau tahu tanggungjawab sebenar dia, dia tidak akan p4ksa awak duduk dengan keluarga dia. Itu dah menyiksa fizikal dan mental isteri. Cuba cakap elok – elok dengan encik suami. Kongsi contoh video ceramah, atau hadis supaya dia boleh faham. Semoga urusan awak dipermudahkan. Macam orang tua – tua cakap, duduk dekat bau t4ik, duduk jauh bau wangi. Setiap keluarga kena ada sempadan.
Komen netizen :
Nur Liyana Zaidi : Kena pindah keluar! Kena pindah keluar! Tiada penyelesaian lain. Suami tidak mampu sewa rumah tapi belanja barang dapur untuk ramai – ramai boleh pula?? Dalam keadaan macam ni tolonglah berhenti mengandung sekejap. Saya yang membaca ni pun rasa penat, apatah lagi awak yang menghadapnya hari – hari. Tolong jadi wanita yang tegas dan ada pendirian.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.