Suami habiskan duit beli game dan vape. Satu hari, makanan langsung takde dekat rumah. Anak menangis lapar, saya bancuh air gula…

Suami m4kin kerap tak balik rumah. Dia boleh beli vape, topup game tapi nak beli beras, susu anak, dia cakap tak mampu. Anak sulung menangis sebab perut lapar, saya pujuk suruh tidur. Saya pun lapar…

#Foto sekadar hiasan. Saya seorang ibu kepada tiga orang anak perempuan. Hidup saya bukan seperti cerita dalam drama yang ada penamat bahagia. Suami saya setiap tahun akan tukar kerja baru, tak pernah stabil. Kadang – kadang kerja sekejap, berhenti. Kejap buat bisnes, kejap kerja kontrak, kejap duduk rumah.

Yang paling meny4kitkan, dia pernah curang dengan saya berkali – kali. Tapi saya tetap bagi peluang. Bukan sebab saya b0doh atau terlalu cintakan dia. Tapi saya penat. Saya malas hendak lalui proses penceraian yang memenatkan emosi dan fizikal. Lagi pula, saya tidak ada duit hendak beli borang cerai atau bayar yuran guaman.

Saya tidak bekerja sebab saya mahu jimatkan kos bayar pengasuh. Kalau saya kerja pun, duit gaji akan habis untuk bayar pengasuh dan pengangkutan anak – anak. Jadi saya pilih untuk buat kerja dari rumah. Saya pernah jual makanan, ambil tempahan kek, jual barang online… apa sahaja yang boleh jana pendapatan. Tapi semuanya tak bertahan lama.

Kos bahan mentah m4kin mahal, pelanggan m4kin kurang. Kadang – kadang sampai tidak ada duit langsung hendak bekalkan makanan ke sekolah anak – anak. Sedihnya, dalam keadaan saya yang tak bekerja dan hanya bertungkus lumus urus rumah serta anak – anak, suami saya suka minta duit.

Duit yang saya kumpul dari berniaga kecil – kecilan pun dia nak. Tapi bila saya minta balik, dia kata dia tiada duit. Dia boleh beli vape, boleh topup game. Tapi hendak beli beras atau susu anak, dia cakap tak mampu. Saya pernah tanya dia satu soalan, “Abang kerja ni cari rezeki untuk diri sendiri ke, atau untuk keluarga kita?” Tapi dia diam. Ataupun jawab sambil main telefon.

Suami saya langsung tak ambil tahu tentang rumah dan kebajikan anak – anak. Anak demam, saya yang bawa ke klinik. Saya yang berjaga malam sapu ubat. Kalau saya demam, saya juga yang tetap kena masak, kemas rumah dan urus anak – anak.

Duit dalam akaun bank saya dah lama kering. Semua saya dah dahuIukan untuk rumah dan anak – anak. Tapi dia? Bila saya minta tolong sikit pun dia buat tidak tahu. Kadang – kadang saya periksa telefon dia, tapi selalu dia tukar kata laluan. Saya tahu dia sembunyikan sesuatu.

Ada satu malam tu, anak sulung saya menangis sebab perut lapar. Makanan dalam rumah memang dah habis. Saya terp4ksa bancuh air gula sahaja dan pujuk dia tidur. Saya sendiri tahan lapar malam tu. Esoknya, saya pinjam duit jiran sebeIah semata – mata hendak beli roti dan telur. Saya menangis masa masak sebab saya rasa macam ibu yang gagal. Saya rasa terlalu lemah.

Suami pula m4kin kerap tak balik rumah. Alasan dia macam – macam. Katanya kerja lebih masa, jumpa kawan, tidur di rumah sepupu. Tapi saya tahu dia menipu. Saya hubungi dia, mesej, panggiIan tak dijawab. Sampai satu tahap, saya berhenti tanya. Bukan sebab saya reda. Tapi saya dah penat sangat.

Saya perlu sihat untuk anak – anak. Saya perlu kuat untuk mereka. Tapi dalam diam, saya selalu menangis dalam tandas. Bilik air jadi tempat saya lepaskan segala perasaan. Saya mula rasa, adakah saya salah bila sesekali saya bersuara? Bila saya tegur dia, saya dituduh tidak bersyukur.

Tapi saya dah tak larat nak pendam semua ini. Sampai saya mula s4kit – s4kit badan. Saya tahu ini bukan lagi tentang cinta. Ini tentang tanggungjawab. Dan saya tahu, suami saya dah lama tidak anggap kami penting. Nafkah batin? Ke laut. Nafkah zahir? Lagi ke laut.

Saya tahu ada bantuan guaman secara percuma. Tapi saya takut hendak urus semuanya dalam satu masa. Saya risau anak – anak terabai. Saya dah terlalu biasa dahuIukan dia sampai saya abaikan kebajikan diri sendiri. Saya tiada sesiapa kecuali dia dan anak – anak. Kawan pun tiada.

Saya pernah mahu failkan cerai, tapi saya tidak ada satu sen pun. Komitmen rumah tertunggak berbulan – bulan. Tapi suami saya masih boleh hidup tenang, macam tiada apa – apa berlaku. Ikhtiar pertama saya sekarang ialah bertenang. Supaya saya boleh buat keputusan yang adil dan tidak terburu – buru.

Saya dekatkan diri kepada Allah lebih daripada segala – galanya. Tapi saya tahu, berdoa sahaja tidak cukup. Saya mesti berusaha. Cuma sekarang saya buntu. Saya tidak tahu mana hendak mula. Saya perlu kewangan yang stabil untuk lunaskan hutang yang bertimbun.

Adakah saya perlu keluar rumah cari kerja? Hantar anak ke pengasuh? Anak tiga orang, kosnya tinggi. Saya tak ada kelayakan atau kelebihan untuk mohon kerja pejabat atau bergaji tinggi. Saya pernah cuba jual makanan balik. Tapi fizikal dan mental saya tidak kuat.

Saya selalu s4kit kepala, cepat penat, dan mula rasa hilang semangat. Mental saya m4kin lemah. Saya terlalu sedih. Saya masih berharap, suami saya akan berubah. Tapi jauh di sudut hati, saya tahu itu cuma angan – angan. Rumah tangga ini sudah lama tidak bermakna.

Semuanya saya yang kena mulakan dahulu. Tapi saya penat. Kalau sebeIah pihak sahaja yang berusaha, tidak akan ke mana. Bila berbincang, dia diam. Seolah – olah saya bercakap dengan dinding. Saya buntu. Sungguh – sungguh buntu. Kalau ada tempat untuk saya mengadu dan suami dikenakan tindakan undang – undang, saya sangat gembira.

Sebab saya dah terlalu lama menanggung semuanya seorang diri. Setiap hari saya bertawakal, berdoa yang baik – baik. Sudah tentu saya berdoa yang baik. Tapi saya juga perIukan keajaiban. Sahabat – sahabat yang membaca, saya mohon… doakan saya.

Doakan saya sihat, dapat besarkan anak – anak dengan gembira dan mereka membesar tanpa gangguan emosi. Doakan saya dilimpahkan rezeki yang cukup, dapat lunaskan semua komitmen yang tertunggak. Saya sangat sedih. Kalau Allah boleh saya peluk, saya mahu peluk erat – erat. Saya tidak mahu lepas. Saya perIukan doa kamu semua.

Komen Newtizen :

Noraida Aida : Mula kan langkah demi langkah, Mulakan dengan Bismillah.. Niat hendak keluar dari rumahtangga t0ksik demi kebaikan puan dan 3 anak perempuan. Kemudian buat perkara di bawah ini perlahan – lahan. Kumpul bukti kegagalan suami dari segi nafkah – simpan segala resit pembelian keperluan wajib yang jatuh bawah nafkah seperti perbelanjaan makan minum, pakaian, sekolah anak dll (boleh Google untuk cari senarai lengkap).

Pergi pejabat agama / makamah untuk tanya prosedur permohonan cerai. Tunggu proses.. Ambil masa.. Tapi jangan putus asa. Sementara itu.. Set up minda anak – anak supaya memahami tindakan puan dan saling menyokong antara satu sama lain.

Boleh belajar untuk buat affiliate TT dll.. Sekarang ni banyak peluang niaga dalam talian. Jika puan boleh meluah di FB bermakna puan boleh juga belajar banyak perkara baharu melalui kemudahan phone dan internet. Bila rasa lelah, ingat balik yang atas tadi – Niat.

Saya tahu perkara ini bukan mudah untuk puan, tetapi tidak must4hil. Ramai wanita yang telah berjaya keluar dari ketakutan dengan memulakan langkah demi langkah. InsyaAllah, MOGA Allah permudahkan usaha puan Dan MEMBUKA pintu – pintu rezeki untuk puan dan anak – anak.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :