
Dari awal lagi, mak mertua hanya nak ambil anak – anak aku. mak mertua cakap di mahkamah tu ada kawan yang dia kenal. Jadi dia malu aku failkan cerai dekat anak dia.. Aku terp4ksa tarik kes..
#Foto sekadar hiasan / AI. Berdasarkan apa aku nak bagitahu, aku sekarang rasa terIuka sampai makan pun tak lalu. Jadi, apa aku rasa ni patut atau tidak? Atau aku yang melebih? Ini kisah tentang rumahtangga aku. Suami aku men4gih d4dah dah 8 tahun.
M4kin lama m4kin teruk. Bukan yang cucuk, yang hisap. Kerja semua okey sebab sektor awam. Nafkah zahir dia bagi. Bab rutin rumahtangga, memang h4ncurlah. Anak kami ada 3 orang kecil. Aku selalu bert3ngkar dengan suami, tidak kira tempat sebab tak terkawal kot.
Jadi of course salah aku dekat sini, Iawan – Iawan, pukuI – memukuI sama – sama, m4ki – mem4ki pun sama – sama. Tapi dia buat aku lagi teruk, sampai Iebam, sampai pecah gegendang telinga. (Bila sedar, langsung tak ingat). Tapi dia kalau tanpa d4dah memang baik pun. Sopan je.
Kisahnya, aku mohon cerai setelah 8 tahun sebab keadaan m4kin teruk. Anak dah sekolah sorang, m4kin faham apa yang berlaku. Aku takut anak aku ikut apa yang bapak dia buat. Paling tak pun, anak aku jadi tak hormat bapak dia. Aku minta syarat, paling teruk jangan buat depan aku dan anak – anak sebab aku tak larat nak berg4duh. Tapi dia Ianggar. Jadi aku failkan cerai.
Sebelum hari bicara, aku pergi jumpa mak mertua nak mohon maaf sebab aku ingat masa aku terberg4duh dekat rumah dia, aku cakap “tak nak dah jaga anak dia, jaga anak mak sendiri.” Jadi aku datang nak minta maaf semua benda yang terlepas emosi lah.
Tapi tak sempat aku habiskan ayat maaf aku, mak dia terus bertalu nada marah kot, tegas ke tapi menekan – menekan nadanya, entahlah. Mungkin marah aku failkan cerai. Ayat yang aku dapat:“BUKAN MACAM NI CARANYA. DAH 8 TAHUN SUAMI MACAM TU, KAMU SEBAGAI ISTERI ADA BUAT APA – APA KE? ADA BANTU DIA BERHENTI? ADA BAWA PERGI BERUBAT KE? ADA? NI KAMU LANGSI, KAMU MARAH, KAMU PUKVL. AKU TERTANYA, KENAPALAH ANAK AKU M4KIN TERUK, M4KIN TERUK.”
(Dalam hati aku: selama ni aku tak garang pun dengan anak dia. Macam – macam cara dah aku buat. Cara lembut, cara berhemah. Tapi sejak dia sem4in teruk, aku pun burst out dan aku pun jadi berbalas – balas sebab anaknya yang mulakan dulu.)
Aku diam dan iyakan jelah. Dia kata lagi, “Dia buat kamu sebab d4dah. Kamu normal, kamu h3ntam dia semula kenapa?”(Bagi aku seolah – olah kalau anak dia dalam pengaruh benda tu, boleh buat apa sahaja, tak salah.) Suami pernah m4ki herdik, malah sampai bawa senjata atau barang barang bah4ya.
Tidakkah tindakan macam tu akan melahirkan ‘sisi raksasa’ kepada si isteri? Hari tu suami kena tangkap polis (secara sendirinya ditangkap), sebelum ni waktu berg4duh ke apa, aku pernah cakap nak call polis, nak call polis. Mak mertua cakap, “MULUT TU MEMINTA KENA TANGKAP. PUAS HATI? PUAS HATI TAK? TAK ADA KAN?”
Seolah – olah kerana mulut aku, suami ditangkap. (Sedangkan orang yang terani4ya tu, Allah tolong.) Lagi satu mak mertua cakap, “Pergi buang apa yang dalam badan tu dulu.” Mak mertua menuduh aku bersaka, sebab tu emosi luar kawalan.
Lepas tu dia ada cakap pasal rumah yang aku duduki sekarang rumah milik mertua. Dia yang minta pindah, katanya kesian dekat cucu duduk di rumah apartment. Sedangkan rumah lama kami 10 minit sahaja dari tempat kerja aku. Rumah sekarang 1 jam dari tempat kerja tapi lagi dekat dengan rumah dia.
Hakik4tnya aku yang penat lelah mengurus pergi balik anak semua. Jadi mak mertua ada cakap rumah tu bukan aku punya, bukan suami punya. “Mesti mak mampu bela anak mak. Bela cucu – cucu mak.” Seolah – olah dari awal lagi, mak mertua hanya nak ambil anak – anak aku.
Mak mertua cakap kalau tak ada anak tak apa, kalau anak dah besar tak apa nak bercerai. Aku dah failkan penceraian. Mak mertua pertikai. Tapi ayat mak mertua hanya kasihan pada anak – anak, dan memarahi aku berbuat demikian. Dan mak mertua tekankan di pejabat mahkamah tu ada kenalan yang dia kenal.
Jadi aku berfikir, dia marah aku mohon cerai hanya kerana fikirkan anak – anak. Tapi tiada satu ayat pun yang kasihan pada aku sebagai seorang isteri yang menahan bertahun – tahun. Dan marah aku mohon cerai sebab diketahui orang. Jadi, apakah valid aku rasa terIuka dilemparkan macam tu? Atau aku sahaja yang melebih? Dan akhirnya aku tarik semula kes.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.
Komen Netizen:
Maisarah Mustafa : Tarik kes tak selesaikan apa – apa masalah pun. Sepatutnya teruskan. Akan datang nanti, inshaAllah ada rezeki puan dan anak – anak. Suami tu pulangkan pada mak dia. Lelaki ni bila dah usik d4dah memang payah dah nak berhenti dan kadang – kadang mereka akan bertindak di luar jangka sebab d4dah tu mengawal fungsi otak.
Kena fikir juga kebajikan anak – anak bila tengok si ayah terus macam tu. Memang akan beri contoh yang tidak baik pada anak – anak dalam pembesaran mereka, baik fizikal mahupun mental. Jangan fikir mental kita sahaja yang s4kit, mental anak – anak pun kena jaga.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.