8 tahun kahwin menumpang rumah mak aku. Satu hari, kantoi mak tengking isteri aku, buat isteri aku jadi bibik. Selama ni aku..

Isteri aku banyak kali mengadu, tapi ingatkan dia sengaja fitnah mak dan adik beradik aku. Sehinggalah kantoi, mak aku tengking isteri aku. Setiap kali isteri aku dalam pantang, mak aku kacau isteri aku sampai kena mer0yan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Aku Ameer 29 tahun, isteri aku Nayla 25 tahun. Aku dah kahwin 8 tahun.. Aku nak minta pendapat dan nasihat. Macam mana nak lembutkan hati isteri aku pada family aku.. Means mak aku, kakak aku, abang aku dan biras – biras dia.

Aku penat 8 tahun kahwin pun isteri aku masih benci dekat mak aku dan adik beradik aku. Benda yang sudah tu sudahlah.. Setiap kali berg4duh dia ungkit mak aku jahat, kakak aku jahat, biras dia jahat. Asal balik rumah mak aku je meng4muk, bad mood, sentap, buat muka.

Tu semua memang “makanan” dia la setiap kali nak balik rumah mak aku… Dulu aku duduk dengan mak aku sebab tak mampu, tak ada kerja tetap. Sekarang dah pindah jauh dari family. Nampak perubahan ketara isteri bila dia jauh dari keluarga aku.

Aku ingat dah ok lah sebab dia happy, tak baran, tak meng4muk macam dulu. Tapi bila sebut nak balik kampung aku je tiba – tiba jadi baran. Nombor family aku semua dia block. Kalau boleh dengar nama keluarga aku pun dia tak suka.

Macam mana nak ajar isteri aku ni redha dan maafkan semua orang ye.. Aku sayang sangat isteri aku. Memang la selama ni aku tak tahu apa family aku buat dekat dia sepanjang menumpang rumah mak aku. Aku ingat dia sengaja fitnah dan buruk – burukkan family aku.

Tapi sejak kantoi aku nampak mak aku tengking isteri aku. Aku selalu defend isteri aku sampai mak aku dan adik beradik palau aku, cakap aku anak derh4ka, aku kena nasi kangkang isteri. Setiap kali isteri aku bersalin, mak aku akan kacau mental isteri aku sampai isteri aku mer0yan.

Aku ni tersepit mana nak menangkan mak, mana nak menangkan isteri. Mak aku pula suka guna agama takutkan aku. Cakap aku anak derh4ka yang tak dapat redha mak sebab ikut cakap bini. S4kit matt mak sendiri cakap macam tu.

Isteri aku ni lawa. Setiap kali baju apa yang isteri aku beli, skincare ke.. Mesti mak aku rembat. Dia cakap bini kau banyak duit suruh dia beli lain. Padahal mak aku tu pencen riban matt. Dia makan sorang je.. Tapi yang isteri aku ada dia nak jugak.

Kalau beli sendiri ke suruh aku beli lain ke tak apa jugak tapi dia mesti nak bekas yang isteri aku pakai jugak. Lepas tu mak aku suka cakap depan isteri aku dia nak kahwinkan aku dengan sipolan. Isteri aku tengah rapuh lagi hati dia masa tu sebab aku curang.

Mak aku dengan kakak aku tambah lagi baIa dalam rumah tangga aku. Bila aku cakap aku nak lepaskan isteri aku depan mak aku sebab isteri aku dah tak tahan dengan keluarga aku, mak aku nangis – nangis cakap tak kesian ke kat anak – anak… tak kesian ke kat mak. Tak pernah lagi keluarga kita cerai berai.

Tapi mak aku pun punca segalanya. Dia jugak yang melagakan isteri aku dengan adik beradik aku dan ipar duai aku. Bila aku tegur apa mak buat tu salah, dia sound aku balik, cakap mak tak pernah salah. Dalam dunia ni mana ada mak yang salah… Yang salah dan derh4ka tu anak.

7 tahun isteri aku bertahan duduk dengan mak aku. Tahun ke-8 baru aku ada rezeki beli rumah sendiri tapi emosi isteri aku, susah nak terangkan. Dia tr4uma sampai macam tu sekali dengan keluarga aku. Mak bapak mentua aku, adik beradik isteri aku seorang pun tak tahu teruknya keadaan isteri aku selama kahwin dengan aku.

Sikit pun isteri aku tak pernah cerita buruk pasal aku dan keluarga aku. Mungkin silap aku dulu terlalu menangkan keluarga aku sampai isteri aku tr4uma macam tu. Tapi sekarang ni la jadi punca setiap kali perg4duhan mulut je, mesti pasal keluarga aku.

Aku penat nak hadap benda sama bertahun – tahun. Sampai bila entah lah… Cuba korang bagi nasihat atau share pengalaman korang handle situasi macam aku ni. Bila tak balik rumah mak serba salah. Bila balik, bini tarik muka sebab asyik kena jadi bibik je kat rumah mak.

Mak memang kuat mengarah menantu. Anak perempuan sendiri dia tak pernah suruh. Alasan kakak penat la. Dia nak urus anak laki dia la. Nak ditelan m4ti emak.. Diluah m4ti bapak. Mak aku dah 70-an dah. Aku malas nak bertekak dengan orang tua. Tak ada faedah…

Tapi tidak la aku mengiyakan per4ngai mak aku. Orang takkan faham selagi tak duduk kat tempat aku. Mak aku tua – tua pun WhatsApp terer berjela sumpah seranah anak. Aku tak jahat. Aku cuma tak nak hilang isteri aku. Aku sayang isteri aku. – Ameer (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

ZuLaikha HaRun: 7 – 8 tahun bini kau hadap ni, mesti macam cerita drama tu bini sendiri cerita, katanya fitnah keluarga sendiri. Mahu tak giIa duk pendam, ingat seronok ke nak jaga hati kau, jaga hati keluarga kau, pendam je lah.

Dah meIetup bini macam baran, tahu punca tapi still nak p4ksa bini tu berdamai. Lama bini pendam dengan per4ngai kau lagi, eloklah kalau nak balik kampung, baliklah sendiri. Dari cerita maksudnya sampai sekarang lah kalau balik, bini kena jadi bambu, dan kau enaknya nak suruh sabar. MUNG GILERR KE APA. Yang kena berbakti kat mak tu kau, kau je lah berbakti kat mak, kenapa nak p4ksa – p4ksa bini tu?

Farah Ant: Apa masalahnya pun kau balik sorang? Hairan betul dengan kau ni, dik. Kahwin dah lama, tapi ngek juga ya. Bini kau tu dah cukup matang dan baik, seusia 17 tahun pun dia mampu simpan aib kau dan keluarga kau yang jahat tu.

Lepas tu kau demand lagi untuk dia maafkan dan lupakan? Kau mintak terlalu banyak. Dah cukup bagus dia redha masa kau berdua duduk menumpang merempat di rumah parents kau. Iya, kategori merempat sebab tuan rumah nampaknya tak sukakan yang menumpang. Dia dah bagi cukup banyak. Jangan mintak lebih.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.