Ibu s4kit k4nser tapi ayah langsung tak tengok, sibuk dengan bini muda. Ibu hari – hari tanya ayah, aku telefon ayah suruh datang..

Sebenarnya ayah dah ada isteri ke-2, kahwin senyap – senyap. Ayah terus lupakan kami. Ibu kerja kilang mee, ibu bawak motor hantar bekal ke sekolah, ibu bawa adik ke hospitaI. Ibu cakap jangan pernah benci ayah.

Hai, nama aku Cempaka. Cerita ni aku kongsikan sebagai pengajaran. Aku merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Secara ringkas aku daripada br0ken family. Perkahwinan ibu dan ayah tak pernah mendapat restu daripada keluarga.

Aku hidup dalam keluarga yang nampak bahagia tapi sebenarnya tidak. Ada satu peristiwa masa tu umur aku 7 tahun. Aku nampak ada satu mesej daripada seorang perempuan dekat telefon ayah. Aku pelik tapi aku diamkan.

Cuma m4kin lama aku rasa ayah dah tak pernah kisah tentang ibu, aku dan adik – adik. Fikiran aku cuma positif mungkin ayah sibuk dengan kerja. Sehinggalah aku berumur 17 tahun. Ya Allah masa tu luluh hati aku. Ya, sebenarnya ayah dah ada isteri ke-2 dan perkahwinan mereka dirahsiakan.

Masa tu ibu tak mampu nak cakap apa – apa. Aku ingatkan ibu nak bercerai tapi ibu bertahan demi anak – anak. Sejak daripada tu ibu besarkan kami adik beradik. Ayah tak pernah ambil tahu hal kami. Ibu kerja kilang mee, ibu bawak motor hantar bekal ke sekolah, ibu bawa adik ke hospitaI sebab demam.

Ibu buat semua benda seorang. Ibu sembunyikan rasa sedih dia, ibu cakap jangan pernah benci ayah. Bertahun – tahun ibu bertahan. Allah saja yang tahu Iuka yang ibu pendam. Sehinggalah pada tahun 2019, ibu disahkan menghidap k4nser. Masa tu aku dah pun habis belajar. Adik – adik lain pun sama.

Ibu terp4ksa dirawat di negeri lain sebab negeri yang kami tinggal tiada khidmat pakar. Dan bermulalah perjalanan aku menjaga ibu. Masa mula – mula ibu s4kit, ibu berada dalam keadaan tertekan. Aku cuba pujuk ibu. Ibu suka mengait jadi aku belikan set alat mengait.

Ibu suka melukis jadi aku belikan drawing block. Alhamdulillah secara perlahan – lahan ibu dapat terima k4nser itu. Walaupun ibu s4kit, ibu tetap tersenyum. Tapi aku tak mampu nak bagi ibu barang mahal. Yelah sebab masa tu aku keje biasa je.

Dengan hasil duit kerja aku tu, aku guna untuk tampung rawatan hospitaI ibu. Duit daripada ayah? Aku tak pernah berharap lebih. Aku guna 100% kudrat aku untuk jaga ibu. Ibu hari – hari tanya bila ayah nak melawat ibu. Aku cuma mampu diam dan menangis dalam hati. Aku dah telefon ayah tapi ayah tak datang. Aku pujuk ibu, aku bagitahu nanti ayah datang, ibu sabar ye. Raut muka ibu nampak kecewa.

2020. Setahun berlalu, banyak kali rawatan kemoterapi ibu buat. Tapi ibu tak pernah mengeluh. Ouh ya, tahun 2020 ni paling aku ingat. Hehe ibu excited nak raya. Pertama kali ibu cuba buat biskut sampai h4ngus biskut tu haha. Ibu buat kek marble tapi keras. Aku makan je sebab yela tu kan kek ibu buat dengan kasih sayang. Ibu gemuk masa ni yela sebab kesan kemoterapi.

2021.  Tahun ke dua ibu jadi pejuaang k4nser. Masa ni pkp dan rawatan kemoterapi ibu dah mula sikit. Yela sebab nak bagi laluan dekat orang lain. Ibu masih ceria. Raya tahun ni, ibu dah tak excited macam tahun lepas. Ibu cuma gubah bunga. Ibu cakap ibu malas nak buat biskut raya.

Aku turutkan sahaja kehendak ibu. Ibu pesan bunga yang dia gubah tu ambil gambar. M4kin lama aku tengok kesihatan ibu sem4kin merosot dan ibu m4kin kurus. K4nser ibu m4kin merebak. Aku dah bawa ibu ke hospitaI besar tapi doktor cuma mampu bagi ubat tahan s4kit.

Rawatan kemoterapi ibu tak dapat dibuat sebab belum giliran ibu. Hari ke hari ibu menahan s4kit. Ada satu peristiwa tu ibu minta aku ambilkan wuduk untuk dia solat Zohor. Aku pun pakaikan telekung untuk ibu. Ibu cakap “macam ni lah nanti, kakak kafankan ibu.” Aku terdiam da pelik.

Hari seterusnya ibu minta aku untuk p0tongkan kuku dia. Dia pesan supaya senang nanti urusan. Tiga hari selepas itu, aku pujuk ibu untuk ke hospitaI. Ibu degil orangnye. Tapi entah macam mana hari tu dia nak ke hospitaI cuma dia cakap esok pun boleh.

Aku berkeras untuk bawa pada hari tu juga. Pagi sebelum ibu pergi hospitaI, ibu minta roti dan secawan susu. Aku tanya kenapa tak habis. Ibu bagitau ibu tiada selera. Pagi tu, aku bawa ibu ke hospitaI. Ye, lama dekat em3rgency.

Ada satu perasaan menjentik hati aku. Aku rasa ibu dah tak lama. Tapi aku cuba positif ibu akan okay. Masa tu w4ris tak boleh jaga pes4kit dekat hospitaI. Aku nampak ibu. Ibu pegang tangan aku dan ibu suruh aku balik. Aku nampak ibu senyum tapi entah kenapa aku rasa sebak.

Senyuman ibu macam aku takkan dapat tengok lagi. Keesokan paginya, aku pergi hospitaI. Yela nak hantar ibu makanan dan pampers. Ibu paling suka roti gardenia perisa butterscotch dan buah lai. Lagi satu ibu suka minun soya.

Aku tak boleh masuk jadi aku letak barang dekat tempat pengawal keselamatan. Aku cuma nampak kelibat ibu sipi daripada tingkap. Petang nanti aku nak datang lagi. Nak mandikan ibu. Dalam pukuI 6.30 petang aku terima satu panggiIan.

Suara nurse tu macam cemas suruh aku datang ke hospitaI. Hati aku mula tak tenang tapi aku cakap pada diri ibu tak apa apa. Sampai je depan pintu pagar hospitaI, azan berkumandang. Aku jalan menuju ke wad ibu. Aku berjalan lagi dekat katil ibu.

Aku nampak tirai ditutup. Lemah lutut aku rasakan. Doktor jumpa aku. Doktor cakap ibu dah tiada. Mereka dah cuba sedaya upaya tapi ibu dah tiada. Ya Allah gelap dunia aku masa tu. Aku masuk aku pegang tangan ibu, tangan ibu sejuk.

Aku nampak roti ibu belum bukak. Aku nampak susu ibu masih dalam beg. Aku tengok mesin ventilator senyap je. Aku ingat mimpi tapi betul ibu dah tiada. Aku pun mandikan jen4zah ibu. Aku tak boleh nak tahan sebak. Dulu aku mandikan ibu masa ibu hidup tapi sekarang aku mandikan ibu dalam keadaan dia kaku. Ibu cantik, ibu macam tidur.

Aku usap kepala ibu, aku bagitahu ibu. “Ibu dah tak s4kit, sikit lagi ye ibu. Nanti kakak bawa ibu balik ya.” Ya, sampai akhir hayat ibu, ayah tak datang. Ayah hantar ibu dalam keadaan ibu hidup dan ayah datang balik dalam keadaan ibu kaku berselimut putih.

Sejak daripada haritu aku alami kemurungan. Bagaikan hilang separuh nyawa. Dan dalam masa setahun ayah sudah berkahwin lain. Ayah gantikan ibu dengan mudah. Cuma kadang – kadang aku terfikir mungkin Allah nak bagi syurga dekat ibu sebab tu ibu diuji.

Tahun ni genap 3 tahun ibu pergi. Alhamdulillah kehidupan aku sem4kin baik. Aku mula terima kehilangan ibu walaupun kadang – kadang rasa rindu sangat kuat. Aku jadikan kenangan dengan ibu penguat untuk aku hidup. Terima kasih Allah pinjamkan ibu yang hebat untuk h4mbaMu ini.

Untuk kehidupan ayah, aku cuma mampu doa yang terbaik. Kalau orang bertanya, Iuka apa yang paling s4kit untuk aku? Aku akan menjawab, ‘Luuka melihat seorang isteri men4gih kasih suami sehinggakan sampai akhir hayat dia pun dia tak dapat. Luuka seorang anak yang berkali – kali bagitahu ibu yang ayah akan datang melawat tapi tak pernah datang.’

Semoga Allah tempatkan ibu dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. Terima kasih ibu mengajar kakak untuk jadi seorang perempuan sekuat ibu. – Cempaka (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nurul Fathiyyah : Inilah antara sebab kenapa perempuan tak suka poligami pada hari ini. Hakik4t sebenar lelaki pada hari ini banyak berkiblatkan nafsu dalam berpoligami, bukan berpaksi kepada sunnah. Bila ada yang kedua, yang pertama lepas tangan gitu je.

Isteri terabai, anak terbiar, lepas tu sibuk duk bina masjid dan impian bersama isteri kedua. Yang kedua pun satu, dah masuk dalam kehidupan orang, buat musvh pulak dengan madu. Takde nak berbaik ke apa, siap berebut nak pastikan dia dapat hak sepenuhnya.

Sepatutnya bila nampak ‘suami syurga’ tu lagho, tak menjalankan tanggungjawab kepada yang pertama, nasihat. Pesan suruh jalankan tanggungjawab. Haihhhh.. dunia – duniaaaa

Syafika Sazwani : Sedihnya.. feel u tt. Saya pun dari br0ken family. Dan situasi kite pun hampir sama. Cuma alhamdulillah mak saya masih ada tapi dia penghidap s4kit jantung, kadang – kadang mengah kalau aktif sangat. Dan alhamdulillah mak saya dah lama berpisah dengan ayah.

Dari dulu saya tak pernah rasa ada ayah, tapi saya tak pernah rasa hilang sebab mak adalah segalanya. Dan mak saya pun dah kahwin, alhamdulillah bahagia skarang. Tt.. semoga terus tabah dan semoga saya pun setabah awak kalau satu hari nanti saya harus berdepan kehilangan yang besar seperti tt. Sungguh tak kuat, nak berfikir pun tak sanggup. Virtual hug for tt.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.