8 tahun kahwin takde anak, sekali je suami terIanjur perempuan tu terus mengandung. Suami nekad nak ‘bertanggungjawab’

Perempuan tu pulak dengar je orang semenanjung, taraf bos – bos, ada rupa pula apa lagi. Terus ambil peluang. Sejak duduk sana suami aku cuba untuk ‘minum’ kerana budaya di sana walaupun muslim tapi minum tu macam takde apa. Sampailah malam tu dia ‘minum’ dan ikut perempuan tu ke hotel..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Ini adalah kisah cinta yang memberi pengajaran buat kita sebagai isteri, sebagai suami dan sebagai perempuan. Aku perkenalkan nama aku Rosie. Suami aku Fahmi. Kami berusia hujung 30an.

Aku dan Fahmi sudah berkahwin selama 8 tahun dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Dan selama 8 tahun ini kami mempunyai hubungan cinta yang sangat utuh, tiada rahsia, saling support dari segi kewangan, perasaan, em0si dan lain – lain.

Aku boleh katakan perkahwinan ini sangat bahagia untuk diri kami dan orang lain. Kami pasangan yang normal, jarang berg4duh, selalu ketawa, foodhvnting, travel sama – sama dan macam – macam lagi. Kami share impian yang sama, kami ada life goals yang sama.

Tetapi semua berubah bila kami harus PJJ. Suami aku minta untuk pergi ke seberang untuk menimba ilmu sebab bila dia kerja di KL, tiada apa yang boleh dia buat. Masuk kerja, tengok netflix, pegi meeting. Kalau orang lain mungkin akan selesa dengan kerja macam ni.

Tapi tidak suami aku, kami ada t4rget untuk kerja dalam bidang ni tapi masalahnya sekarang adalah pengalaman. Selain itu, company yang suami kerja sekarang dah lama takde kenaikan gaji dan bonus. Komitmen sem4kin banyak tapi financial masih static.

Jika pergi ke sana, suami aku akan diberikan elaun dan boleh menampung komitmen yang sem4kin banyak. Untuk pengetahuan, aku juga bekerja dan membantu dalam segala hal dan alhamdulillah company yang aku kerja ni stabil dan aku sangat bencikan company suami aku. Sangat.

Berat hati ini melepaskan cinta hati yang sudah sebati ini untuk berjauhan. Masih ingat ketika aku hantar suami aku di airport, kami sama – sama menangis. Dalam hati ini aku dapat rasakan yang hidup kami akan berubah dan takkan pernah sama seperti dulu. Kata hati seorang isteri.

Sejak berjauhan, tidak pernah aku lalui hari – hari aku tanpa air mata kerana rindukan suami. Aku sampai tidur sambil peIuk baju suami aku. Aku tak basuh sarung bantal dia kerana rindukan dia. Setiap hari kami akan call dan video call.

Selepas sebulan suami aku berada di sana, apabila dia balik, terasa cinta tu m4kin berputik – putik. Kami jadi seperti pasangan yang baru kahwin. Tetapi bila masuk bulan ketiga, aku tengok suami aku kurus, cengkung, muka tak ceria.

Aku boleh katakan seperti dia sedang mengalami depr3ssion. Pada fikiran aku, suami aku rindu family dan sedang berjimat untuk makan kerana dia selalu cerita yang makanan di sana sangat mahal. Pada suatu hari tu apabila dia balik, dia bertanyakan satu soalan yang serius tapi dalam keadaan yang bergurau untuk tutup rasa sedih.

“Sayang sayangkan abang tak? sayang akan tinggalkan abang tak kalau abang buat silap?”. Waktu ni aku dah dapat rasa macam ada yang tak kena dengan dia. Perkara paling buruk yang aku dapat fikir adalah suami aku terIanjur. Itu je difikiran aku.

Tiba giliran aku membawa family aku bercuti di tempat suami bekerja. Dan masa tu kami berdua dalam bilik, dia telah mengaku yang dia telah terIanjur dan perempuan tu sedang mengandung 7 minggu. Hati aku h4ncur. Jiwa aku hilang. Dunia aku gelap. Tapi aku masih tenang.

Family aku ada dekat luar bilik tu, nak nangis nak meraung tapi kena tahan. Suami aku menangis minta maaf. Kawan – kawan yang tahu semua suruh dia tinggalkan perempuan tu. Perempuan tu sendiri suruh suami aku blah apabila dia tahu yang lelaki yang dia tiduri adalah suami orang.

Suami kata sejak dia terIanjur dan tahu ada baby tu dia tak lalu makan, tak boleh tidur, asyik menangis, tak fokus kerja sebab rasa berd0sa, menyesal dan bersalah. Dan sejak itu dia kata dia tak boleh videocall aku sebab dia takut akan menangis.

Ya suami aku seorang yang berhati lembut, baik tapi selalu buat benda b0doh. Katanya perempuan itu selalu kawannya bawa ketika lepak ramai – ramai. Perempuan tu pulak dengar je orang semenanjung, taraf bos – bos, ada rupa pula apa lagi. Terus ambil peluang. Perempuan tu dia baru jumpa 2, 3 kali.

Suami aku cakap sejak duduk sana dia cuba untuk ‘minum’ kerana budaya di sana walaupun muslim tapi minum tu macam takde apa dan dia terpengaruh. Pada malam tu suami mengaku dia minum dan dia ikut perempuan tu ke hotel.

Dan silap terbesar suami aku dan kawan – kawannya adalah mereka tidak memberitahu status diri sendiri iaitu suami orang. Mula – mula suami suruh gugurkan tetapi apabila dia bawak perempuan tu pegi scan dan dah ada degupan jantung, semuanya berubah. Suami aku nak bertanggungjawab.

Aku? Rasa nak pecah d4da. Sepanjang percutian tu aku tahan sedih. Masuk bilik je nangis. Tengah tidur tiba – tiba terbangun menangis. Untuk pengetahuan, hati aku r3muk mengenangkan yang 8 tahun kami cuba untuk dapatkan zuriat, turun naik hospitaI tetapi hanya dengan one night stand suami aku mengandungkan orang.

Nampak sangat hanya aku yang bermasalah tak boleh bagi zuriat lagi. Can you imagine how I feel yang selama ni kau je yang bermasalah? Sebelum kami PJJ tu aku baru je failed rawatan IUI, nak sambung tiba – tiba suami jauh.

Can you imagine how br0ken I am? Jauh dari sudut hati ini mengharapkan Allah ambik balik anak tu dan beri kami peluang sekali lagi. Apa yang lebih membuatkan aku h4ncur adalah suami nak nikah dengan perempuan tu untuk selamatkan status anak tu bila dapat tahu background family perempuan tu.

Perempuan tu selalu pegi club, minum, sosiaI dan datang dari br0ken family. Orang tak ade anak, tiba – tiba ada anak, mestilah sayang kan? Suami aku cakap dia selalu doa nak anak. Sekarang makbul doa dia. Allah dah cakap sabar tapi kau duk minta juga macam marah dengan Tuhan last – last Tuhan bagi kau anak dengan cara yang paling h1na.

Aku? Aku tak tahu kenapa tetapi cinta aku dekat suami lebih besar dari kesalahan dia sebab aku tahu suami aku macam mana. Aku dapat maafkan dia. Selama ni semua kawan – kawan dia kenal aku kerana nama aku sentiasa meniti dibibirnya, aku adalah isteri kebanggaan.

Sebelum aku pulang dari bercuti, aku ada pergi ke tempat kerja perempuan dalam mood penyamaran untuk aku tengok macam mana peribadi perempuan tu atas izin suami. Dari segi pakaian biasalah seperti gadis – gadis sosiaI, dari segi percakapan she just a normal girl.

Aku ada korek dari bos dia. Dan rupa – rupanya dia dah ada dua orang anak. Ya, dua orang anak tak sah taraf hasil dari hubungan dengan bekas kekasih. Bekas kekasih dia tinggalkan dia selepas tahu dapat anak kedua. Dan sekarang suami aku akan menanggung seluruh masa silam dia.

Aku boleh terima anak – anak dia yang lain sebab mereka tak salah tapi kenapa suami aku yang kena tanggung masa silam dia?? Masa aku beritahu suami pasal ni dia lega dan tak jadi berkahwin. Tetapi suami aku terlalu baik dan pergi berjumpa dengan mak perempuan tu untuk mengaku kesalahan dia dan ingin bertanggungjawab dengan baby tu.

Mak perempuan tu kecewa. Ini kali ketiga anaknya berz1na sampai dapat anak. Mula – mula mak dia cakap jangan nikah dan bagi peluang kat anak dia untuk bahagia dengan lelaki bujang sebab mak dia pun dimadukan.

Dipendekkan cerita mak dia tiba – tiba mintak untuk mereka nikah. Aku tak tahu mana dapat kekuatan untuk berdepan dengan perempuan tu. Mungkin sebab aku tahu dia bakal jadi madu aku, nak tak nak aku kena berdepan.

Sejak dari tu hidup aku murung. Aku ambik MC sebab depr3ssion, aku menangis depan doktor, aku tak lalu makan, aku dapat anx1ety, gastrik, hilang berkilo – kilo sebab tak makan.  Aku jadi siksa diri aku supaya cepat ‘pergi’.

Sesungguhnya aku takde tempat mengadu sebab nak jaga aib suami. Aku pendam. Puas aku merayu jangan nikah sebab tak sanggup diduakan dan takut untuk hilang suami aku. Suami cakap yang dia sangat memerIukan support dari aku kerana aku adalah sumber kekuatannya lebih dari orang lain.

Dua bulan dia mengalami depr3ssion kerana tak tahu nak buat apa. Dia sanggup hilang family dan kawan – kawan bila kahwin dengan perempuan tu atas dasar tanggungjawab tetapi tak sanggup jika aku tinggalkan dia.

Aku sebagai perempuan sudah semestinya minta diceraikan, paling tidak pun aku boleh mintak fasakh. Tetapi bukan mudah. Jiwa kau dan dia dah sebati dan kami sebelum ni takde masalah pun. Sem4kin aku nak menjauh sem4kin Allah tanam rasa sayang tu kepada suami dan suami mengaku benda yang sama.

Kami tak kuat bila salah sorang takde. Suami aku amat memerIukan support aku. Aku sedar yang aku juga perIukan dia. Aku mungkin boleh nikah lain tapi takkan sama. Aku tak sanggup. Aku rasa aku ni terlalu baik. Aku call perempuan tu luahkan semua luahkan isi hati aku yang terpendam ni.

Aku cakap dekat dia ”Kamu ada anak – anak untuk kuat tapi saya? Saya cuma ada suami saya”. Berkali – kali dia mintak suami aku untuk lupakan dia tetapi suami aku tetap nak teruskan berkahwin sebab anak tu. Aku kecewa lagi.

Sekarang aku bagaikan menyaksikan percintaan suami aku sendiri. Kawan – kawan suami yang tahu semua suruh nikah senyap – senyap tetapi suami tak nak membelakangkan aku sebagai isteri. Dia kata biar dia hilang mak dia kalau nikah senyap – senyap tapi bukan hilang aku.

Kami dah dapatkan pandangan dari ustaz di Jabatan Agama dan sebaik – baiknya adalah nikah. Aku? Aku tengah ajar hati aku untuk redha. Aku boleh pergi tapi bukan senang. Aku tak boleh tinggalkan suami aku diwaktu dia sukar.

Selama 8 tahun aku sangat bahagia. Dia suami kebanggaan, menantu kebanggaan. Sy4itan pun akan bergembira kalau kami bercerai. Suami ada janji kalau perkahwinan dia dengan perempuan tu tak lancar atau dah tak boleh teruskan dia akan ceraikan perempuan tu.

Cuma satu je dia nak anak tu ada masa depan. Dan perempuan tu ada cakap kalau mereka nikah dia nak diceraikan lepas melahirkan, perkahwinan tu cuma nak selamatkan status anak dan menutup aib ibu. Tapi aku tak rasa suami aku akan sanggup menceraikan orang.

Aku lebih kenal dia. Mereka akan berkahwin tak lama lagi supaya anak tu boleh berbin / bintikan suami aku. Ya mengetahui suami aku akan bernikah lain sudah cukup buat aku giIa. Para pembaca sekalian, dari pengalaman ini aku nak nasihatkan supaya hargai suami anda sekalian walau teruk pun dia macam mana.

Dulu aku selalu jugak rasa terbeban bila suami culas untuk tolong buat kerja rumah. Bila dia pergi aku sedar yang Allah dah tarik rasa nikmat merawat suami. Bila sekarang terp4ksa berkongsi, aku lebih menghargai beliau.

Aku sedar yang suami adalah pinjaman Allah. Aku patut lebih menghargai dia sebelum ni. Aku tak patut mengeluh bila dia mintak aku masakkan makanan kegemaran. Sejak dia pergi, aku rindu rutin – rutin harian aku untuk suami beberapa bulan lepas.

Aku patut layan suami aku dengan lebih baik. Kalau ada mesin masa, aku nak putarkan balik waktu dan hargai dia sebaik – baiknya. Suami aku cakap kalau waktu boleh diputarkan, dia pilih untuk tak PJJ dan pilih aku dari wang.

Para pembaca sekalian, doakan syurga buat aku atas kesabaran ini. Doakan Allah ganti kesedihan ini dengan zuriat sendiri sebagai sumber kekuatan. – Rosie (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Suhailah Mohd : Kalau dah ‘minum’ dan ‘terIanjur’, bagi saya dia bukan seorang lelaki muslim yang baik. Tapi terserah pada puan sebab puan sendiri lebih kenal suami puan yang puan rasa dirinya baik itu. Based on my dad’s experience.

Dia pun bekerja di kalangan orang atasan bos – bos muslim yang ‘minum’ jugak. But he chose to drink orange juice while ordering drink even his bosses mocking him. HIDUP NI ADA PILIHAN. Kita ada akal dan fikiran w4ras untuk terpengaruh atau tak untuk minum dan terIanjur sebab dah dewasa boleh fikir rasional dan pilih mana yang halal dan h4ram.

All the best to puan and your life. Tak tahu nak komen apa. Semoga suami dan perempuan tu bertaubat nasuha dan moga puan kuat harungi ujian hidup yang fana ni jika puan ambil keputusan kekal hidup dengan suami puan dan hidup bermadu.

AqtiveNaz Aqtivenaz : Sis, saya pernah ada dalam situasi sis. Suami curang, dia yang berz1na sampai mengandungkan perempuan lain tapi kita letakkan kesalahan seolah – olah atas kita pula. Konon kita tak jaga dia betul – betul, tak hargai dia. Tolong hentikan semua rasa tu sis. Suami yang baik takkan sanggup khi4nati isterinya. Segala peng0rbanan sis adakah dia ingat dan hargai ??

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.