8 tahun tunggu zuriat, bila mengandung mertua suruh gugurkan sbb takde duit

Saya kena buang kerja sebab Covid tapi saya cuba jugak buat dua kerja sekarang nak tampung keluarga. Masalahnya saya hanya makan ikan goreng dengan telur tapi isteri boleh belikan udang, sotong untuk mak mertua. Isteri asyik minta duit 2 – 3 ratus nak beli barang dapur rumah mertua..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan warga FB semua. Minta hidekan profile sebab ni pakai fb kawan. Dia yang suggestkan untuk post di sini untuk minta sedikit pendapat. Maaf kalau cerita saya agak panjang.

Saya seorang lelaki berumur 29 tahun, sudah berkahwin selama 8 tahun dan baru dikurniakan anak 4 bulan yang lepas. Ceritanya macam ni, isteri saya anak tunggal dan dibesarkan oleh mak mertua lepas kem4tian ayah dia waktu isteri masih kecil lagi.

Isteri saya memang tak bekerja dari awal kahwin sebab dia nak jaga mak dia. saya tak ada masalah bab tu sebab bagi saya itu hak dia untuk bekerja atau tak. Saya bukanlah bergaji besar tapi alhamdulilah cukup untuk tanggungan berdua sebab selama 7 tahun kahwin kami belum ada rezeki anak..

Setiap bulan saya akan bagi wife nafkah RM250 untuk duit bulanan dia tapi semua barangan dapur dan bil – bil semua saya yang bayar. RM250 tu memang khas untuk peribadi dia sahaja. Saya tak pernah tanya duit bulanan yang saya bagi tu dia buat apa sebab tu memang saya peruntukkan khas untuk dia.

Apa yang saya nak luahkan di sini adalah, dari awal kahwin wife memang selalu belikan barang dapur untuk mak dia. Setiap bulan dia akan minta saya dalam RM300 untuk belikan barang dapur mak dia. Awalnya saya memang tak kisah sebab setiap hujung bulan saya mesti akan ada simpanan walaupun sikit.

Saya faham yang mak mertua tak bekerja dan isteri nak jaga mak dia tapi sejak negara diIanda covid ni saya diberhentikan kerja sebab company tak nak tanggung rugi dan sejak PKP saya dah buat 2 kerja. Waktu siang saya jadi runner, bila malam saya berniaga burger (sekarang dah tutup sebab tak laku).

Jadi sekarang saya cuma bekerja sebagai runner sahaja. Pendapatan m4kin lama m4kin kurang mungkin juga disebabkan lambakan runner sekarang. Kalau order banyak rezeki banyak, kalau kurang belum ada rezeki lagi. Nak dijadikan cerita tahun lepas wife pregnant.

Alhamdulilah syukur yang tak terhingga sebab dapat rezeki besar tapi yang buat saya agak terkilan mak mertua pernah minta wife ggurkan kandungan sebab waktu tu kewangan kami tak stabil tapi wife tak nak sebab kami tunggu lama.

Saya buat keputvsan untuk jual kereta sebab duit simpanan m4kin berkurang dan kami pulak dah nak dapat baby. Saya pernah bekerja di pasaraya sebagai cashier sebab nak ada gaji tetap tapi saya berhenti sebab wife aIahan teruk waktu mengandung sampai tak boleh bangun dan kerap munt4h.

Jadi saya berhenti dan kerja sebagai rider semula sebab senang nak jenguk wife kalau dia nak apa – apa. Yang jadi permasalahan sekarang, sampai sekarang wife tetap minta duit 2 – 3 ratus dari saya untuk belikan mak mertua barang dapur.

Sebelum ni saya masih berdiam diri walaupun untuk saya cuma makan ikan goreng / telur tapi wife belikan udang sotong untuk mertua. Saya masih okay sebab saya tau wife nak berkhidmat dan baIas jasa mertua tapi sekarang keadaan dah tak sama.

Kami dah ada baby dan bagi saya barang keperluan baby lebih penting untuk masa sekarang ni.. Setiap hujung bulan benda pertama yang saya akan buat settlekan bil dan barang baby dulu. Tapi wife selalu ingatkan saya jangan lupa masukkan nafkah dia dan duit belanja bulanan mak mertua.

Selama ni memang keluarga saya tak pernah tau hal ni sebab saya tak pernah cerita tapi waktu isteri berp4ntang di rumah mak saya haritu isteri ada mengadu dengan adik saya yang saya kurangkan bulanan dapur mak dia.

Lepas family saya dapat tau, dorang ada tanya saya dan saya mengaku (mungkin silap saya di sini). Ibu saya cuba nasihatkan isteri berkenaan keadaan kewangan keluarga kami tapi wife merajuk dengan saya katanya saya mengadu dengan keluarga saya.

Padahal saya langsung tak pernah cakap apa – apa pun. Saya nak tanya warga FB, saya tak nak wife berd0sa kalau saya tak redha dengan apa yang dia buat tapi jauh di lubuk hati saya, saya mula rasa tak ikhlas setiap kali kena keluarkan duit belanja untuk mertua sedangkan kami sendiri berjimat bab makan sebab utamakan barang keperluan baby.

Saya nak tanya apa yang patut saya buat sekarang ni?? Perlu ke saya cuba untuk terima je semua ni?? Saya dah advice isteri, hari – hari saya nasihat tapi wife mesti tarik muka. Saya sayangkan isteri, tambah lagi dia baru je lahirkan anak.

Awal – awal lepas bersalin wife hari – hari menangis sebab dia kata takut meninggaI waktu bersalin sebab saya tiada untuk teman dia. Saya hargai sangat apa yang dia buat, sampai bila – bila saya tak akan lupakan peng0rbanan dia lahirkan zuriat kami.

Saya pernah minta mak mertua duduk dengan kami tapi dia tak nak sebab rumah di kampung tu rumah pus4ka keluarga isteri.. Saya pernah minta isteri untuk buat kerja online tapi isteri tak nak sebab bukan minat dia.

Bila saya cuba nasihatkan wife akan cakap dengan saya semula berkenaan hukum jika isteri tak nak bekerja.. Saya  tau soal hukvm dan saya pun tak boleh p4ksa dia kerja kalau dia tak nak. Apa yang perlu saya buat?? Saya dah cuba minta pandangan orang yang da lama kahwin tapi ramai bagi cadangan suruh lepaskan isteri je. Saya tak nak benda tu berlaku, maaf kalau luahan saya panjang.

Komen Warganet :

Faridah Yusup : Jangan dengar nasihat yang menjurus kepada kemudharatan. Contoh disuruh lepaskan isteri. Bukan jalan penyelesaian dan bukan nasihat yang baik. Jauhi penasihat yang hanya mengikut em0si. Jangan dibuat kawan.. bah4ya..

Cara fikir Isteri mungkin berbeza dengan cara fikir suami. Cuba cari titik persamaan, berkongsi rasa bahagia dan kena kongsi juga kesulitan suami agar isteri lebih memahami. Berterus terang lebih baik. Sejujurnya tanggungan rumah sudah bertambah.

Mungkin wang saguhati keperluan ibu mertua dapat dikurangkan RM200 bagi menampung keperluan asas bayi. Kena bawa bincang. Cari persefahaman itulah peranan rumahtangga. Jangan terbeban dengan perkara yang menjadi ladang pahala.

Yusofiskandar Yusof : RM300 bahagian mertua tu simpan untuk kec3masan baby, ada baby mesti ada simpanan kec3masan. Tak payah bagi lagi mertua, sebab dah ada baby. Duit nafkah isteri bagi pada mak mertua, sebab itu kehendak dia, cakap itu je yang mampu.

Kalau dia marah buat b0do – b0do je, hati kena cekal sebab kita tak tau c0vid sampai bila tetapi keperluan dan perubatan baby harus sentiasa siap sedia. Tabahkn hati demi baby.

Mak O Leha Ramlee : Kenalah isteri tu belajar bersabar sekarang ni time covid 19. Semua orang dalam keadaan sukar. Ramai yang takde kerja. Jika mertua tu betul – betul susah mohonkan bantuan zakat je. Bincang dengan isteri hati ke hati dan jelaskan kedudukan kewangan.

Bentangkan perbelanjaan tt sekeluarga. Keperluan anak dan cukup tak cukup untuk kehidupan tt. Waktu dharurat perlu ada simpanan. Kita tak dapat jangka masa mendatang. Cakap sama – samalah berdoa sem0ga tt dapat pekerjaan tetap dan pendapatan yang lumayan dan mampu menyara ibu mertua juga.

Cahaya Hidupku : Kalau dia pertikai hukvm suami p4ksa isteri kerja, awak Iawan la balik. Apa hukvm isteri guna duit suami untuk beri pada mak dia. Jawapan dia suami tak wajib sara mentua pun. Dan suami takde hak nak Iarang isteri bagi duit kat mak dia tapi pastikan duit tu duit isteri la.

Kalau isteri nak bagi duit dia sendiri takpe. Contoh duit nafkah yang awak bagi kat dia tu ha! Guna ja duit tu sebab tu dah jadi duit dia. Yang nak ugvt jangan campur duit nafkah dengan duit untuk mak dia tu pehal. Dah la taknak kerja menyusahkan suami plak. Hish geram plak aku.

ROs Kaliessa : Kalau dia nk bagi kat mak dia, suruh dia bekerja. Dah pendapatan suami tak cukup dok p4ksa plak beli barang mak dia sendiri. Ada anak kena ada sikit duit untuk kec3masan. Tapi kalau dah pendapatan tak tutup, dengan covid yang tak habis – habis ni kena la sedar.

Berfikir jangan nak kerah laki sangat semata – mata nak ikut kehendak diri. Bertegas, nafkah untuk dia memang wajib kena bagi tapi untuk mak dia tak wajib. Dia nak bagi pun sepatutnya minta izin suami. Sebab tu duit suami. Bukan memandai. Macam taktau hukvm aduuh. Bukan senang nak cari duit musim pandemik ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.