Masa aku masuk kelas, aku tengok meja cikgu penuh dengan hadiah. Aku tak ada duit tapi aku pandai lukis. Cikgu suruh kami beratur dekat depan dan dia akan bukak hadiah sorang – sorang siap bagi cenderahati lagi dekat murid yang bagi hadiah ‘hebat’. Sampai giliran aku, aku tak dapat apa – apa..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan para pembaca sekalian. Pertama sekali, terima kasih sudi baca dan siarkan (kalau siar lah, hehe) confession aku ni. Aku nak bercerita sikit mengenai pengalaman aku pertama kali menyambut Hari Guru (sebagai murid).
Cerita lama, waktu Tahun 1, tapi sampai ke hari ini aku tak boleh lupa. Dan bila dikenang balik, masih terasa pahitnya. Tahun 1… umur baru 7 tahun, tak pernah tahu pasal Hari Guru sebab masa tadika tak ingat pula ada sambutan atau tidak.
Beberapa hari sebelum tibanya hari tersebut, guru kelas aku, Puan Abaya (bukan nama sebenar) pun berceritalah serba – sedikit mengenai apa itu sambutan Hari Guru. Kami dengar dengan penuh khusyuk dan yang paling aku ingat, Puan Abaya ada cakap kebiasaannya pada hari ini, murid – murid akan bawa hadiah untuk guru masing – masing.
Tak perlu hadiah mahal – mahal. Kalau tak mampu, buat saja lukisan bagi cikgu. Itu dah memadai. Kami yang mendengar terus rasa teruja. Maklum saja budak – budak, suka sangat nak bagi hadiah pada guru kan? Aku awal – awal dah bertekad nak buatkan lukisan special untuk cikgu.
Aku ni lurus bendul, tak terfikir pun nak minta mak atau ayah belikan hadiah. Yang aku tau, aku tak ada duit, tapi aku boleh melukis. Jadi itulah yang akan aku hadiahkan. Sebuah lukisan tanda penghargaan buat guru yang dihorm4ti.
Maka tibalah hari yang dinanti – nanti. Guys, meja Puan Abaya penuh dengan hadiah! Penuh sampai bertindan – tindan. Bayangkan 40 – 50 orang murid, kalau semuanya bagi hadiah. Dan memang aku rasa hampir kesemuanya bawa hadiah.
Semua kecuali aku, yang hanya bawa sehelai kertas lukisan size A3. Aku pun tak ingat apa yang aku lukis tapi aku masih ingat aku letak lukisan tersebut atas meja Puan Abaya, dan tak lama lepas tu, tenggelam lah lukisan aku dalam timbunan hadiah – hadiah yang berwarna – warni.
Puan Abaya memang seorang guru yang terkenal rajin di sekolah aku. Setiap awal tahun kelas dia lah yang paling happening. Dekorasi kelas sangat menarik dan warna – warni. Aku rasa semua ibu bapa kalau boleh nak anak dia masuk kelas Puan Abaya tapi tak mungkin lah kan.
Maka tak hairanlah, sewaktu Hari Guru pun Puan Abaya bersedia seadanya. Apa yang dia sediakan? Seolah – olah tahu yang dia akan dapat banyak hadiah (sebab dia dah hint awal – awal kan…), Puan Abaya bersiap – sedia dengan “party noisemaker”.
Korang tau tak apa benda tu? Alaah… benda yang selalu dapat dalam goody bag masa birthday party tu lah. Benda yang ada gulungan kertas lekat dekat straw, yang bila korang tiup kertas tu akan menjulur ke depan macam lidah katak berserta bunyi preeeetttt!! Hahaha… benda tu lah!
Puan Abaya sediakan benda tu untuk beri pada murid – murid yang bawa hadiah. Sounds unfair kan? What about those yang tak bawa hadiah? Well, that’s just the tip of the iceberg. Sampai satu ketika, kami semua diarah duduk atas lantai depan papan hitam.
Puan Abaya nak buka hadiah satu – satu depan semua murid. Setiap kali buka hadiah, Puan Abaya akan tunjuk pada kelas, ucap terima kasih pada pemberi dan kemudian hadiahkan satu noisemaker padanya. Wahh… punyalah tak sabar aku nak dapat noisemaker tu.
Tapi hadiah banyak, jadi kena jugak sabar. Aku bagi hadiah lukisan je kut, tu pun dah terkambus dengan hadiah – hadiah lain. Aku ni, walaupun baru berumur 7 tahun masa tu, aku taklah terlalu naive. Aku perasan Puan Abaya teruja bila dapat hadiah yang agak besar dan berharga.
Sampaikan, ada murid yang dapat 2 noisemakers sebab bagi hadiah besar. Yang bagi hadiah besar – besar dan ada harga ni pun memang aku tahu dari golongan yang ada duit. Aku dah nampak favouritisme di situ. Lepas satu, satu hadiah dibuka, aku perasan noisemaker m4kin susut.
Alamak… risaunya kalau aku tak dapat. Dah la ada yang dapat 2. Dipendekkan cerita, setelah semua hadiah habis di buka, ada lah 3 – 4 kerat dari kami yang bersisa ni yang masih belum dapat noisemaker. Kami golongan yang bagi lukisan dan yang tak bawa hadiah apa – apa langsung.
Dan ketika itu noisemaker yang tinggal tak cukup untuk kami semua. Maka Puan Abaya sekadar hulur – hulur je. Siapa cepat, dia dapat. Yang tak dapat kira nasib lah. Maka berebut – rebut dan bertolak – tolaklah kami nak dapat saki – baki noisemaker yang tinggal.
Dan seperti yang korang agak, aku tak dapat sebab dia hulur ke lain, tak tercapai tangan aku. Lukisan aku? Puan Abaya tak pandang pun. Terbiar sepi atas meja. Tak ada harga pada dia. Dan untuk pengetahuan korang, sepanjang hari tu aku merasa sangat tersisih dan sekadar melihat saja kawan – kawan memekak tiup noisemaker masing – masing.
Yang aku ingat, aku berdua dengan sorang lagi kawan (kalau tak silap nama dia Salwa) yang duduk diam – diam atas kerusi sambil perhati kawan – kawan lain dengan iri hati dan keteringinan yang amat. Ye lah, baru 7 tahun kut… sangat – sangat rasa tersisih.
Mintak nak try tiup kawan punya, dapat la tiup sekali yang dah penuh air lior hahaha. Lepas tu kena bagi balik. Tuan noisemaker nak main hahaha. Bila dah besar dan boleh berfikir, aku sering termengimbau peristiwa ni dan betul – betul terkilan dengan layanan Puan Abaya pada aku masa tu.
Dia tak hargai langsung ke usaha aku buat lukisan semata – mata nak berikan sebagai hadiah pada dia? Kalau aku cikgu, pada aku, hadiah macam tu lebih bermakna. The thing is, kejadian tersebut menyentuh em0si aku sangat dalam.
Mungkin sebab tu aku tak boleh lupa kut. Aku masih ingat perasaan kecewa aku tak dapat noisemaker, masih ingat harapan tinggi aku tertunggu – tunggu Puan Abaya tengok lukisan aku dan tunjuk pada kelas macam dia tunjuk hadiah – hadiah yang lain.
Masih ingat harapan aku nak dengar dia puji lukisan aku dan ucap terima kasih atas usaha aku. Masih ingat beratnya d4da aku menahan tangis sebab jeles kawan – kawan semua berseronok main benda tu sama-sama, aku plak tengok je dekat tepi.
Ya, aku sendiri rasa kesian dengan diri aku sewaktu umur 7 tahun dan terp4ksa lalui benda tu. Itu mungkin kali pertama, pengalaman aku kena diskriminasi. Sebab aku ingat sangat peristiwa, rasa sedih. Adoii… psych0 ke aku?
Dah tua – tua pun sedih sebab tak dapat noisemaker hahaha!! But guys, korang paham kan? It’s not about the noisemaker sangat but lebih kepada feeling diketepikan sebab aku rasa kekurangan berbanding orang lain. Walau bagaimanapun, aku tetap terhutang budi atas ilmu yang Puan Abaya curahkan.
Aku maafkan Puan Abaya sebab tak ada manusia yang sempurna. Dan semoga Puan Abaya juga maafkan aku. Aku tau, sebenarnya dia ada krisis dengan mak aku yang juga guru di sekolah yang sama, maka aku menjadi tempat dia melepas kebenciannya sebab bukan ini saja kejadian yang aku alami.
Banyak lagi… cuma satu ni je lah aku kongsi dekat korang.. Sekian. Terima kasih baca luahan aku. Kepada semua guru – guru yang dedikasi dan ikhlas dalam menyumbangkan bakti, terima kasih aku ucapkan. Allah saja yang dapat membaIas penat – lelah kalian. Kalian bukan besyer – besyer.. – Asma
Komen Warganet :
Intan Azliza Mohd Rasident : Saya faham perasaan confessor. Teringat kejadian di sekolah anak saya yang buat sambutan lepas. Mulanya saya sediakan hadiah untuk 2 orang cikgunya sahaja. Sebab ada lagi anak – anak lain yang sekolah.
Anak saya perempuan, tahun 1. Masa hari rabu dia bagi tau saya dia nak bagi hadiah pada semua cikgu yang mengajar dia (Dia memang suka bagi hadiah pada guru sejak tadika lagi). Sebab dah last minute, dengan bajet yang kurang, saya sediakan lagi 8 hadiah untuk 8 orang gurunya.
Saya beli marker pen dengan pemadam white board. Sampai hari sambutan, anak saya dengan penuh semangat ke sekolah nak bagi hadiah pada cikgu – cikgu. Apa yang menyedihkan saya, balik tu anak cerita ada seorang cikgu dia tak terima hadiah yang dia hulur.
Cikgu tu kata dia taknak barang tu. Ada cikgu yang ambil tapi tak ucap terima kasih. Sampai hari ni anak saya masih tanya saya kenapa cikgu tak ucap terima kasih. Sori terpanjang pulak komen.
Rara Ghaz : Tiap – tiap tahun saya pesan dengan murid – murid jangan bagi saya hadiah kecuali kad – kad yang dilukis sdiri (sebab tak perlu beli). Tujuan buat begitu sebab taknak bebankan murid. Supaya tak timbul rasa perbezaan di antara murid mampu dan kurang mampu.
Tujuan kedua, takde tempat nak simpan. Takkan nak buang. Tapi saban tahun dapat banyak juga hadiah sebab murid – murid tetap nak beli. Sebenarnya mereka seronok dapat pergi shopping, wrap dan bawa ke sekolah untuk bagi pada cikgu – cikgu. Setakat ni tak berjaya lagi lalui hari Guru tanpa hadiah.
Jamalut Yuslina : Eh saya pernah alami begini. Cikgu tak perasan cupcake murah saya bawa masa acara makan – makan di sekolah. Yang orang lain punya cikgu makan, yang saya punya cikgu suruh bawa balik. Sampai dah tua ni pon saya ingat kejadian tu. Sedih rasa jadi budak comot, anak orang biasa – biasa.
Aeizhen Creates : Anak saya bersekolah cina, apabila hari guru, cikgu akan peIuk setiap seorang muridnya, anak saya sangat suka, bila balik bercerita, dan semasa darjah 6, waktu perpisahan semua guru – guru menangis peIuk anak murid masing – masing.
Walaupun bukan Islam tapi akhlak mereka sangat mulia, sehingga sekarang anak saya masih baik dan berhubung dengan semua guru – guru kelas sekolah cina. Hadiah hari guru cikgu nakkan pen merah sahaja, tak dibenarkan bawak hadiah lain, begitulah caranya sehingga darjah 6.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.