Mak mertua sangat kedekut sampai makanan lauk pauk semua dia kunci simpan dalam peti sejuk sendiri

Kami suami isteri duduk rumah mertua sebab masih belum mampu nak beli rumah. Saya seorang cikgu dan suami masih belum dapat apa – apa panggiIan kerja. Kalau ada pun hanya kerja Mcd dan KFC, sedangkan suami ada degree. Apa kawan – kawan saya cakap nanti? Mesti kami suami isteri akan malu nanti.

Asalamualaikum admin dah warga facebook, Saya bekerja sebagai seorang guru dan suami pula tidak mendapat apa – apa panggiIan kerja buat masa ini. Kini suami hanya duduk di rumah sahaja. Gaji saya tak besar mana. Ada dalam RM 3k sahaja sebab saya baru bekerja.

Saya pula baru sahaja buat loan sebuah kereta. Dan saya bayar kereta sebanyak RM 1500 sebulan. RM500 saya bagi mak. RM500 untuk suami dan RM500 lagi untuk saya beli barang – barang peribadi saya. Saya sekarang tinggal di rumah mertua memandangkan kami belum mampu membeli rumah, suami janji jika dia mendapat tawaran kerja, kami akan pindah.

Tapi buat masa ini suami tak dapat panggiIan apa – apa kerja. Ada lah kerja kosong di KFC dan Mcd. Tak kan suami saya kerja kat sana sedangkan suami saya ada degree. Apa kawan – kawan saya cakap nanti? Mesti kami suami isteri akan malu nanti.

Tapi itu bukannya masalah saya sekarang. Masalahnya ialah ibu mertua saya. ibu mertua sangat berkira dengan kami apa lagi pasal makanan. Dia ni kerja petani, hari – hari jual sayur, hari – hari untung. Tapi kedekut ya Allah. Pernah suatu hari.

Saya keluar – keluarkan ayam-ayam dalam peti ais. Saya pun rendamlah ayam – ayam tu. Bila saya keluar, ibu mertua masukkan balik ayam tu dalam peti ais. Bila saya keluarkan lagi. Saya masak ayam tu. Dia hent4k – hent4k barang di dapur.

Esoknya dia beli freezer sendiri, dan lauk – lauk semua di kunci. Lagi satu per4ngai ibu mertua saya ni, dia suka masak makanan yang saya tak suka dan geIi nak makan. Dia suka makan kaki ayam, kaki ayam tu kan kot0r sebab pijak t4hi, lepas tu pernah sekali saya masak megi, esoknya megi tu dia simpan kat bilik.

Barang – barang dapur dia simpan semua kat bilik. Sampai telur pun dia sor0kkan. Ya Allah sedihnya dengan mertua macam ni. Pernah saya tanya mak kenapa barang dapur letak kat bilik mak Alasan dia takut tikus gigit tapi dulu, dia tak pun macam ni.

Lagipun kat sini tak ada tikus. Ada lagi bila saya mandi. Tetiba air panas ditutup dari luar. Bila saya tanya siapa tutup semua tak mengaku. Aircond kat bilik saya pun r0sak. Macam ada orang yang r0sakkan. Saya pelik lah dengan orang rumah ni. Macam ada sak4.

Komen Warganet :

Nabella J Sangkuai : Sepatutnya, awak terima kasih sebab mak mertua bagi duduk rumah api air percuma kan. Lauk pauk semua mak mertua tanggung. Ko bagi duit kat laki ko RM500 tu untuk apa? Laki ko tak beli barang dapur untuk ko makan ke?

Baik ko bagi duit tu kat mak mertua ko yang sara ko makan situ. Yang ko gaji baru RM3000, sanggup ko beli kereta yang harga separuh dari gaji? Tapi tu, suka hati ko lah. Aku rasa laki ko malas dah nak sungguh – sungguh cari kerja sebab dia jadi biawak hidup je pun dapat elaun RM500 sebulan. Goyang telur je dapat RM500, siapa nak cari kerja?

Mariam Ismail : Cikgu betul ke kau ni? Macam mna boleh lulus jadi cikgu? Pakai kabel ye? Nak berIagak, bayar kereta mahal – mahal, pastu marah kat mak mentua. Eh, tu mak mentua kau baik lagi tu, kalau aku jadi mak mentua dengan anak aku, aku halau.

Eh, kereta mahal, makanlah kereta tu! Satu lagi, baik kerja biasa – biasalah oii laki kau tu dari kerja goyang kaki jer. Haih, bukan boleh bawak m4ti pun degree laki kau tu. Satu lagi, kaki ayam tu tak kotor. Kau belilah lauk penuhkan peti tu, nanti mak mentua kau tak kunci dah freezer dia. Ha, bertemu lah kau buku dengan ruas.

Effa Mahadi : Tukar keta kecik ambik yang RM500 sebulan, sewa umah kecik – kecik atau fIat pon tak apa dalam RM500 – 600. Bagi mak ayah sendiri RM200, mentua RM200, lagi RM300 saving untuk kec3masan dan baki RM1300 untuk roIIing belanja sebulan.

Laki tu keje la, org lain ada PHD pun tak memilih kerja sambil – sambil apply kerja yang setaraf dengan kelulusan. Tak pun laki tu jual sayur jadi petani jugak, masuk sikit – sikit tiap bulan pon tak apa. Maaf cakap la ye, awak jadi cikgu ni tak semestinya pandai dari semua sudut. Bab yang ni awak bod0h rupanya, dapat laki pon tak berapa cerdik, makan jasa titik peluh bini tak ada rasa malu pulak.

Cik Arina : Kau bagi laki kau RM 500 tu buat apa? Lepas tu kau men4gih mencvri makan kat rumah mak mertua kau? Bod0h kau ni level berapa? Kalau aku lah, RM 500 tu bagi mak mERtua. Kau tak nak bagi? Kau belikan barang makan dalam rumah. Eh samdoI.. Kau suruh jela laki kau kerja. Takpun tolong mak dia kerja.

Ni zaman memang susah carik kerja lah. Memilih pulak. Haa ni lah nama dia manjakan laki. Awal awal dah disuap RM 500. Kalau aku, 1 sen pun aku tak bagi. Kau pergi ber4mbus carik kerja. Eiii cikgu sekolah mana ni? Bijak lagi aku yang belajar tak habis ni.

Mak Endoi : Maaf la ya. Saya tak rasa h1na pun kalau keje kat Mcd or KFC. Sekarang ni, menimbun yang ada degree k. Jadi kalau suami awak tu, ada harga diri, dia akan rasa lebih malu bila isteri yang tanggung hidup dia. Awak ni, nama je cikgu.

Tapi nampaknya awak ni tak berapa cerdik. Gaji RM3k tapi bayar kereta separuh dari gaji? Tak cerdik langsung. Kalau awak ambik kereta yang bayar 500 skali pun, awak dah boleh bayar sewa dah. Ye la, awak la kena bayar memandangkan awak malu nak bagi suami keje kat KFC kan? Duit dapur pun tak bagi kan?

Memang patut pun mak mertua awak layan awak macam tu. Kalau saya pun, macam tu jugak la kot. Nak berIagak sangat pakai kereta mahal. Tapi makan pun orang tanggung. Nampaknya, cikgu ni tak semestinya cerdik kan?

Noir Sue Zara Rawang : Puan.. Puan kan cikgu.. So dari beli kereta mahal baik puan beli rumah dari menumpang rumah mak mertua. Kan dah ada masalah.. Biasa la tinggal rumah org ni tak sama tinggal rumah mak sendiri.

Suami puan tu pula tak kira la keje apa pun dulu janji kerja and ada duit bulan – bulan dari tak masuk langsung. Kalau nak menumpang rumah orang tu hulur – hulur la sikit kat tuan rumah tu ye. Jangan makan duk makan free je bil api air pun tak akan tak bayarkan. Cerdik la sikit cikgu..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.