
Sebelum kahwin, suami kata memang isteri dia suruh cari bini kedua. 2 tahun kami bercinta, isterinya tak pernah datang marah. Tapi aku dapat rasa, ada rahsia besar yang ingin disorokkan. Aku kahwin juga dekat Songkhla. Lepas kahwin barulah aku tahu sebenarnya aku dah masuk per4ngkap….
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum… Aku isteri kedua kepada seorang lelaki berusia 52 tahun. Jarak usia kami? 22 tahun. Ramai yang pelik kenapa aku pilih bermadu sedangkan boleh cari dan jumpa yang lebih baik. Ni kisah aku, jadikan tauladan.
Ni perkahwinan kedua aku selepas aku diceraikan melalui whatsapp oleh suami pertama yang bekerjaya bagus dan ditinggalkan bersama anak perempuan berusia 2 tahun ketika tu. Kerjaya bagus tak menjamin sikap yang bagus. Aku jadi semacam serik nak kahwin, dan lebih selesa bertukar tukar boyfriend selepas menjanda pada usia 24 tahun.
Aku takut nak kahwin sebab dunia perkahwinan akan menyebabkan perubahan sikap pada lelaki. Jadi aku cuma bermain cinta, dah bosan, aku tinggal. Tak kira bujang, duda, suami orang semua aku layan. Tapi yang sorang ni, lain macam sikit caranya.
Cara pertama suami aku, dia minta izin daripada keluarga aku dahulu. Sanggup terbang ke Kuching bertemu keluarga aku. Selepas tu, kami bertunang sebab dia risau aku kena caras dengan lelaki yang bersusun nakkan aku, yang berusia 26 tahun ketika tu.
Melihat cara dia yang serius, aku beri peluang kepada dia untuk mengenali hati budinya dengan lebih dekat. Tapi ada sesuatu yang cuba disorokkan, iaitu isteri dan keluarganya. Semacam ada rahsia besar yang ingin disorokkan. Aku bertanya, ni nak mengorat aku, dah ada izin ke?
Dia kata, memang isterinya suruh cari. Sebab dulu mereka kahwin atas pilihan keluarga, jadi isterinya nak beri kebahagiaan pada dia untuk merasa bercinta dan berkahwin dengan pilihan hati sendiri. Yang membuatkan aku percaya ada beberapa peristiwa antaranya sepanjang 2 tahun perkenalan, walaupun isterinya tahu.
Aku tahu isterinya tahu sebab aku pernah baca mesej mereka. Isterinya tak pernah sekalipun mencari aku atau berjumpa aku marah – marah. Dan peristiwa yang aku alami iaitu semasa arw4h bakal mak mertua ketika tu meninggaI dunia, aku berjumpa dengan dia dan dia hanya tersenyum. Dia kenal aku. Yes, tu sahaja.
Memandangkan hubungan kami yang semakin rapat dan hubungan anak aku dengannya semakin erat, aku buat keputusan untuk memilih dia menjadi suami aku. Disebabkan proses yang agak rumit nak kahwin di Malaysia, kami pergi ke Songkhla dan menikah di sana. Tapi langit tak selalunya cerah.
Baru aku tahu kenapa isterinya beria ia nak carikan jodoh suaminya. Bukan sebab rela dimadu, tapi sebab nak jadikan alasan untuk minta cerai sebab selama ni, isterinya bermadu kasih dengan lelaki lain. Aku jumpa sendiri buktinya di laman sosiaI.
Tapi disebabkan suaminya ibarat mr. perfect, tak boleh tuntut fasakh. Dan rupanya sikap suami aku juga antara puncanya. Dia tak baran, tapi seorang yang agak materialistik dan memandangkan aku ada kerjaya yang baik, gaji yang bagus dan harta. Rumah dan kereta milik aku, dah habis bayar. Jadi dia nak mendapatkan aku. Arghhh! B0dohnya aku terper4ngkap cinta lelaki tua yang materialistik.
Satu persatu penipuan suami aku terbongkar dan sekarang aku terduduk dan menangis, memandangkan aku dah mengandung 7 bulan. Mana aku nak lari? Proses daftar nikah dalam proses, tunggu panggiIan mahkamah. Anak dalam perut makin besar, dan aku berseorangan di rumah.
Nasib kerjaya aku melibatkan interaksi dengan ramai orang, jadi aku taklah giIa sorang – sorang. Cuma malam memang sunyi. Tak ada beza masa sebelum kahwin. Cuma, rezeki anak yang Allah beri jadi pengubat hati aku. So, please bew4re dengan cinta suami orang.
Manisnya sekejap, mend3ritanya lama. Dah ramai yang nasihatkan aku, tapi aku ingatkan dia berbeza. Padan muka aku! So, tolong jangan percaya. Lelaki, hampir semua sama. Sekarang aku sedang cuba menerima kekurangan dirinya, dan menghargai kelebihan dirinya.
Masih lagi dalam fasa mengenali sebab beza keadaan sebelum dan selepas kami nikah. Jadi nak tak nak, aku terp4ksa juga terima. Aku mula nampak kesungguhan suami cuba menjaga dan mencintai aku, serta semampu boleh berlaku adil. Tapi jujur, hati aku sebenarnya dah tak ada pada dia sebab kecewa dengan penipuannya.
Aku beri peluang mengenangkan anak yang dikandungkan, dan terima takdir aku yang aku salah pilih sendiri. Cuba terima sampai ke akhirnya. Kalau boleh, biarlah susah dan s4kit macam mana pun, aku cuba bertahan. Asalkan dia tak naik tangan dan bertanggungjawab, yang lain tu boleh try adjust.
So, girls! You worth more than you expect. Aku bernasib baik sebab aku ada kemampuan, jadi ada suami atau tak, aku tetap boleh tanggung diri sendiri dan anak – anak. Jangan jadi b0doh dan memperb0dohkan diri sendiri, menerima lelaki memperlakukan kita sesuka hati.
My first marriage aku jadi m4ngsa domestic vi0lence. Second marriage, jadi m4ngsa buaya d4rat. So, jangan jadi b0doh macam aku. Kalau aku boleh putar masa, aku memang nak single balik. Happy with my 8 years old daughter and now soon, baby girl juga.
Mungkin ni hadiah yang Allah nak beri pada aku. Bukan seorang suami yang mithali, tapi mungkin anak yang jika didikan aku betul, boleh jadi penaw4r duka aku. Kepada wanita di luar sana! Jangan rendahkan harga diri anda semata – mata nak suami.
Pastikan dah ada kerjaya, gaji dan persekitaran yang baik. Kereta dan rumah supaya if anything happen, you still can survive. Suami tu bonus, yang penting berbakti untuk ibu bapa atau orang yang jaga dan besarkan kita. I’ve made mistakes twice so i’m sharing this supaya girls tak terjebak dengan lelaki macam ni.
Jangan terlalu consider4te sangat sampai makan diri. Akhir kata, better jadi andartu daripada bermadu. Kecuali your future husband memang mampu berlaku adil, zahir dan batin, dan madu yang sporting. So, mungkin rezekimu di situ.
Ulasan Pembaca :
Omar Mukhtar : Pernahkah penulis terfikir bahawa apa yang berlaku tu adalah satu kifarah daripada Allah kerana telah mempermainkan ramai lelaki? Ingatlah bahawa tiada ruginya apabila terus berbuat kebaikan meskipun hati dilukai kerana kebaikan tu akan menarik kebaikan juga. Mohonlah keampunan daripada DIA dan mohonlah agar dipermudahkan kehidupan penulis dan anak – anak.
رافيده نعيم : Bila s4kit hati kena tinggal first husband, balas d3ndam buat naya dekat lelaki lelaki yang menaruh harapan. Mungkin di kalangan mereka ada yang benar – benar ikhlas. Moga jadi pengajaran kepada orang lain. Semoga confessor dikeluarkan daripada segala permasalahan dan diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.