Hari ini kemuncak dari semua itu, umi abi bertengkar sampai umi menangis sepuasnya, mengurung dalam bilik yang berkunci. Abi dengan keras menghentak pintu supaya dibuka. Adik kedua aku yang lelaki, menangis semahunya. Lalu dia capai kunci motor dan keluar dari rumah.
#Foto sekadar hiasan. Hai, nama aku Hanan, umur aku 25 tahun. Aku anak sulung dari 6 orang adik beradik. Abi dan Umi aku kedua – duanya guru. Keluarga kami boleh dik4takan keluarga yang beragama, sebab abi guru agama dan umi guru sains MRSM tapi berpenampilan seperti ustazah.
Aku dan 5 orang adik – adik aku semua dimasukkan ke sekolah agama. Aku sendiri Alhamdulillah keluaran sebuah Integrasi Tahfiz Sains di sebuah negeri. Aku baru selesai degree aku tahun lepas dan belum lagi mendapat pekerjaan sebab baru sangat balik dari luar negara setelah tamat belajar.
Adik kedua Alhamdulillah sudah bekerja. Adik ketiga sedang dalam fasa belajar di universitinya. Manakala yang lainnya masih bersekolah. Selesai perkenalan ringkas tentang keluarga aku. Secara ringkas, aku boleh katakan keluarga aku hidup senang (Bukan kaya).
Alhamdulillah apa yang aku dan adik – adik ingin, Insya Allah semampunya akan dipenuhi. Korang mesti ingat kami adik beradik happy sangat kan? Sebenarnya, ada suatu sudut yang kami berenam simpan sama – sama. Apa itu?
Kami sebenarnya ANAK BR0KEN HOME. Kenapa aku kata begitu? Dari aku kecil, aku dah terbiasa sangat dengar abi umi bertengkar. Masing – masing tinggi suara kepada pasangan. Kadang – kadang, kemarahan mereka terhadap pasangan, dihalakan kepada kami.
Kalau kami pergi bercuti ke mana – mana, pasti akan ada pertengk4ran hebat dalam kereta yang membuatkan masing – masing akhirnya berdiam diri apabila tiba di destinasi. Aku hadap situasi ini dari kecil. Bayangkan dari Selangor nak pergi Johor, 6 jam diam dan sepi kereta kami asbab bertengk4rnya mereka.
Umi pernah begitu marah dengan adik aku, sampai naik tangan tanpa belas kasihan. Abi ada di situ, menggendong adik ke 4 yang masih bayi, cuba menenangkan umi. Tapi malah abi yang yang kena bertalu – talu sebab umi turutkan em0si.
Entahlah, kalau kalian dah besar, bila teringat balik peristiwa – peristiwa kena marah dengan mak, pasti rasa lucu kan? Sebab mak pukuI atas dasar mendidik. Tapi umi? Sampai sekarang masih terasa kepedihan dan amarah umi yang macam orang giIa bila pukuI adik.
Aku ingat betul wajah benci umi ketika itu. Ketika aku masih belajar di luar negara, adik – adik kerap video call aku. Mereka mengadu, umi abi baru selesai bertengk4r. Masing – masing peIuk tubuh dalam bilik, atau buat tak tahu, atau pakai earphone dengar lagu kuat – kuat.
Ada juga kadang – kadang ketika aku sedang VC dengan adik, tiba – tiba dengar suara tinggi umi di ruang tamu. Macam – macam dipertengk4rkan, akhirnya adik – adik pun turut serta kena tempiasnya. Kami berenam masing – masing pemarah.
Tapi yang paling parah ialah adik bongsu aku. Barannya dia sampaikan kalau abang atau kakak yang lain buat salah sikit, terus melenting, jerit – jerit, nangis yang macam disampuk jiin. Selain itu, kami memang jarang sangat diajar oleh umi membersih bilik, menyapu sampah, buang sawang, basuh baju. Sebab?
Umi tak pernah pegang penyapu (Ini kiasannya, pandai – pandailah korang paham). Tapi kenapa rumah boleh kemas dan rapi? Sebab sedari kami kecil, abi yang melakukan semuanya. Abi bangun dari pagi kemas satu rumah, kemudian berpindah ke halaman luar rumah.
Semua abi buat. Sementara umi? Duduk atas katil, buka hp baca novel, tidur. Intinya, semua yang berkaitan rumah tangga kami tak pandai. Aku sendiri belajar menjadi pengemas setelah teruk aku di ‘t0rture’ senior di sekolah dulu.
Aku penat sangat – sangat nak suruh adik – adik supaya kemas bilik, cuci tandas, kemas dapur. Aku paling serabut kalau bilik bersepah. Kalau waktu aku masih di rumah, akulah yang susun atur semua benda dalam bilik, tapi waktu aku tak ada? Ya Allah bersepah.
Rasa macam akulah emak dalam keluarga ni. Sebab aku yang suruh adik – adik buat itu ini, aku ajar adik – adik itu ini. Malahan adik bongsu aku lebih dengar kata aku dari kata umi. Kalian tahu? Umi pulang dari mengajar, tak pernah masak.
Selalu beli lauk dari luar dan kami tinggal masak nasi di rumah untuk makan tengahari. Makan malam? Kalau ada lauk lebih tengahari, kami akan makan yang itu. Kalau tiada, makanlah kami nasi goreng b0do. Tapi ini cerita dulu.
Bila aku dah besar, aku belajar masak. Maka akulah yang masakkan setiap kali aku di rumah. Kalau aku tiada, adik kedua dan ketiga akan mengambil alih. Kalian tahu, istilah ‘air tangan ibu’ tak pernah ada dalam kamus hidup kami.
Bukan umi tak pernah masak, tapi jarang sangat untuk beliau memasak di dapur. Apalah aku tidak memahami kerjaya umi sebagai seorang guru sehingga sanggup aku kritik umi begini? Tidak! Aku tahu umi mengajar orang lain itu suatu ibdah yang mulia.
Tapi d0sa apa aku sebagai seorang anak? Aku dan adik – adik tidak mendapat kasih sayang yang cukup. Apakah salah kami, bahawa kami masing – masing menginginkan keluarga yang bahagia sedangkan umi abah sebegini?
Apakah salah kami dilahirkan di dunia ini dengan kurangnya perhatian dan kasih sayang dari ibu ayah? Awalnya, aku terbeban melihat adik – adik yang mula tinggi suara sesama mereka. Tapi akhirnya satu persatu m4kin sedar perbuatan mereka, dan m4kin lunak antara mereka serta m4kin memahami.
Sikap – sikap yang terlahir dari br0ken home ini, sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan aku. Sampai sekarang aku masih belum berjaya dalam soal percintaan. Kerana apa? Aku takut aku akan menjadi seperti umi, atau bahkan lebih buruk. Aku sentiasa dih4ntui bayang – bayang rumah tangga kami sekeluarga.
Sampai sekarang, tr4uma terbesar aku ialah dimarahi oleh mana – mana lelaki yang sama umur dengan abi. Misalnya lelaki tu aku tak kenal sekali pun, tapi kalau aku dengar dia jerit tinggi suara dan marah, aku akan menangis dan ketakutan.
Seiring dengan tumbesaran kami adik beradik, sketsa pertengkaran umi abi tak pernah ada jedanya. Apa yang membuatkan hal ini lebih parah, kerana besarnya eg0 abi. Abi berpendidikan tinggi, susah sekali tunduk dengan kata orang. Bagi beliau, kata beliaulah yang benar.
Ditambah dengan mulut lancang umi, maka jadilah hidup sehari – harian kami berantakan. Apa yang aku sedih, ialah umi dan abah dan lama sangat tak tidur sebilik akhir – akhir ini. Aku sebagai orang yang boleh dik4takan dewasa dan ada ilmu agama, aku dah mulai faham.
Dan hari ini kemuncak dari semua itu, umi abi bertengkar sampai umi menangis sepuasnya, mengurung dalam bilik yang berkunci, manakala abi dengan keras menghentak pintu supaya dibuka. Adik kedua aku yang lelaki, menangis semahunya.
Lalu dia capai kunci motor dan keluar dari rumah. Aku cuba hubungi dan pujuk. Katanya dia tak mahu pulang ke rumah lagi. Dia sudah bekerja, maka duit gaji akan digunakan untuk menyewa rumah. Dia dah tak tahan menahan s4kit hati.
Aku sebagai anak sulung merasa terbeban memikirkan keadaan ini. Aku tak tahu nak beritahu adik – adik bagaimana. Aku tak tahu nasib adik – adik yang masih bersekolah. Aku tak tahu keadaan aku dan adik – adik kalau mereka MENGAMBIL JALAN UNTUK BERPISAH.
Aku tahu hal ini akan terjadi. Apa persiapan yang perlu aku lakukan? Aku tak tahu. Aku buntu. Aku sedih. Aku keliru. Aku ingin pergi. Disebabkan hal ini, aku telah beberapa kali buat sesuatu yang dilarang keras agama. Aku nak lari dari hidup ni.
Telah beberapa kali dimasukkan ke hospitaI ketika masih belajar di luar negara. Tangan aku, tak usah cakap. Banyak kesan. Tali pun dah tersedia untuk aku gunakan bila – bila masa. Aku tak tahan dengan hidup begini.
Sentiasa terngiang kata – kata abi di telinga aku saat beliau begitu kecewa kerna anak – anaknya yang tak pandai mengurus rumah, pemarah, em0si, meIawan cakap… “BAIK KORANG SEMUA M4TI!!!” Ya Abi, itulah yang Hanan rasakan. Lebih baik Hanan pergi kan. Daripada harus menanggung siksa dibesarkan dalam keluarga BR0KEN HOME. – Hanan (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Ketua Bid4dari : Sedihnya. Kedua – dua ibu ayahnya sangat menguji kesabaran anak – anak. I feel u tt tapi Alhamdulillah so far ibu saya okey tapi ayah saya yang macam hape. Nasihat saya teruskanlah bersabar. Mereka tu mentaI.
Kita yang w4ras jangan peduli dengan apepun kata – kata yang dikeluarkan oleh mulut mereka. Kalau tak, dengan kita – kita musn4h (bvnvh diri, str3ss dan sebagainya). Kalau itu jalan terbaik (mereka berpisah), biarkan.
Entahlah saya baca pun saya str3ss apetah lagi tt yang hadapinya. Tapi tt tak keseorangan, sebab banyak je sebenarnya br0ken home macamni. Taktau nak kata camne melainkan sabar je mampu.
Liniey Aizan : Both of your mom and dad ada childhood tr4uma yang dibawa ke dalam hubungan perkahwinan. Dan kalau awak tak cuba heal childhood tr4uma awak sendiri, biasanya akan ulang benda yang sama juga bila dah kahwin.
Sangat penting untuk awak healing diri. Bila dah kahwin, cuba break cycle. Walau susah tapi awak sendiri tahu perit dibesarkan dalam keadaan macam tu. Untuk mak dan ayah awk, sentiasalah berdoa untuk mereka. Itu jalan hidup mereka. Walau pahit sangat nak ditelan.
Marini Marissa : Untuk Hanan dan adik – adik… jangan rosakkan masa depan kalian sebab kerosakan dari Abi dan Umi. Kita tak boleh memilih keluarga, dan dari siapa kita dilahirkan tapi kita boleh memilih kawan, dan persekitaran bagaimana kita mahu dedicate our life too.
Everyone deserves happiness, dunia Allah ini maha luas, Allah itu maha pengasih dan pemberi paling pemurah… yakinlah kalau tak temui kasih dari parent, kalian akan temui kasih dari Allah. Keluar dari kegelapan dan cari sendiri cahaya di luar rumah yang berantakan ini.
Dunia Allah ni luas, lihat matahari terbit setiap pagi, keindahan yang Allah cipta, ada harapan indah untuk kalian. Akak doakan kalian temui kebahagiaan sebenar dalam hidup, insyaAllah pasti ada.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.