Mertua call bagitahu suami saya kena tahan polis. Mertua nasihatkan saya teruskan kes dan jangan tarik walau apa jadi

Suami marah mertua cakap tak perlu jadi polis nak soal siasat awek dia, terk3jut mertua. Depan mertua suami cakap tak kesah dia hilang family tapi bukan awek dia. Kalau mertua nak buang dia buanglah sebab dia ada awek dia. Mertua sedih tapi terp4ksa terima keputvsan anak dia. Mertua mintak saya teruskan kes..

#Foto sekadar hiasan. Saya dan suami dah berkahwin selama 7 tahun alhamdulilah sepanjang tempoh 7 tahun kami sangat bahagia. Suami saya memang seorang yang setia dari zaman kami bercinta lagi. lupa saya nak bagitahu suami saya bertugas dalam unit beruniform dan saya seorang suri rumah.

Kisahnya bermula ketika saya pregnant anak kedua. Pada usia kandungan 5 bulan saya diuji dengan 1 mesej di fb mesenger mengunakan fake acc yang mgatakan suami saya curang di belakang saya tapi saya tak mudah melatah tanpa bukti.

Setiap hari saya terima mesej yang sama. Saya bertanyakan kepada suami betul ke dia ada perempuan lain di belakang saya. Suami saya menidakkan semua tu tapi naluri isteri tak pernah salah. Sehinggalah saya melahirkan anak kedua, per4ngai suami dah tak ambil berat dekat saya dan anak, macam mana saya melahirkan anak yang pertama dulu.

Dia asyik tak ada di rumah dengan alasan pergi kerja. Saya dah mula rasa tak sedap hati. Sampai anak yang baru lahir pun dia dah tak ambil kisah. Ketika saya berpantang hari ke 14, tuhan tu gerakkan hati saya untuk check hp suami.

Terk3jut, h4ncur hati saya bila baca wassap suami dengan kawan sekerja, suami kata dia dengan aweknya tengah makan. Jadi dia lewat sikit masuk ofis. Patutlah selama saya berpantang dia asyik sibuk kerja, rupanya ada kerja lain di luar.

Saya terus k3jut suami untuk bertanyakan hal aweknya tu. Suami cuma cakap tu awek kawan dia dan dia cuma tolong hantar balik rumah je. Saya tanya kalau awek kawan, kenapa dia nak kena mgaku awek, siap bawak pegi makan lagi.

Suami diam. Saya cakap, takpe kalau awak taknak jujur, Allah tu ada. Semenjak peristiwa tu dia m4kin lain, sem4kin jarang ada di rumah. Setiap malam ke club atas alasan keje tapi saya tak b0d0h segala jadual kerja dia saya tahu.

Sebab pegawai atasan dia kenalan saya juga tapi dia tahu. Saya masih bersabar. Saya ikut diam – diam ke mana dia pergi setiap malam dalam keadaan saya masih berpantang. Dia masuk club, saya ikut masuk senyap – senyap nak kumpul segala bukti.

Luluh hati isteri bila suami yang dia sayang berpeIukan bercuumbuan. Sampailah hari ke-30 berpantang saya bersemuka dengan dia dengan semua bukti yang saya ada. Saya mintak kata dua tentang rumahtangga kami. Dia cakap baguslah kalau dah kalau dah tahu lepas ni dia tak perlu tipu saya lagi.

Kecewa sungguh hati saya, rasa nak mer0yan tapi saya kuatkan hati dan iman ingat tuhan dan anak – anak. Saya mintak dia call perempuan tu pakai hp saya tapi perempuan tu takut nak angkat. Terus saya wassap tanya serius ke nakkan suami saya?

Kalau serius, saya sanggup datang masuk meminang. Tapi hanya bluetick tanpa baIas. Terus perempuan tu bl0ck wassap saya. Keesokannya suami balik dengan muka masam, dia kata puaslah hati saya sebab perempuan tu dah tinggalkan dia.

Kononnya dia nak suami jaga isteri dan anak elok – elok. Perempuan tu mintak maaf sebab ganggu suami. Tapi semua tu tak lama seminggu lepas tu saya dapat tahu suami masih lagi berhubung dengan permpuan tu. Macam mana saya tahu, masa suami keluar dengan perempuan tu dia tertekan button call nombor saya.

Saya dengar suara perempuan tu dan mereka tengah berbual. Saya terus off call kemudian saya call suami balik memang berg4duh besar kami waktu tu. Saya suruh suami balik bawak awek dia, kami bersemuka enam mata.

Dengan nada yang paling tenang saya tanya kenapa tipu saya cakap dah tak contact tapi apa semua ni. Kalau  tak boleh berpisah cakap saya boleh kahwinkan. Tapi masing – masing mintak maaf, cakap salah dorang berhubungan lagi.

Setelah bertubi – tubi soalan saya tanya akhirnya mereka mengaku yang dah terIanjur. Allah.. suami yang selama ni sangat menjaga batas pergaulan boleh terIanjur. Selepas segala pengakuan dibuat, perempuan tu sekali lagi berjanji takkan ganggu suami saya lagi.

Dia mengaku salah sebab g0da suami saya sedangkan dia tahu tu suami orang tapi dia lupa diri. Ok.. saya maafkan suami. Saya tanya apa kurangnya saya sampai kena ada awek lain kat luar? Sedangkan dulu dia tak macam ni.

Suami cakap awek tu sekadar suka – suka je teman dia masuk club. Ok, saya cakap, lepas ni saya buat apa yang dia nak saya jadi, apa yang dia nak. Semenjak hari tu suami berubah jadi macam biasa. Bila dia masuk club apa semua dia bawak saya tapi semua tu tak berakhir di situ.

Allah tu tak tidur, rupanya suami masih berhubung dengan perempuan tu di belakang saya. Memang berg4duh besar kami masa tu sampai suami cakap dia tak kesah hilang saya dengan anak – anak asalkan bukan perempuan tu.

Saya melutut merayu dengan dia jangan buat saya anak beranak macam sampah tapi dia tak hiraukan. Dia bukan macam suami yang saya kenal dulu, dia dah lain sangat. Saya taknak hilang suami, saya ambil pendekatan berbeza.

Saya biarkan dia dengan perempuan tu teruskan hubungan tapi dalam masa yang sama saya selidik latar belakang perempuan tu. Alhamdulillah Allah bersama saya, macam – macam maklumat pasal perempuan tu yang saya dapat.

Ia memguatkan lagi telahan saya yang perempuan tersebut bersama dengan suami hanya untuk lindung diri dia sahaja sebab bukan orang Malaysia. Dia datang sini hanya guna pas lawatan je dan dia bekas anak ayam tapi suami tak tahu.

Dia siap dah ada anak sorang berusia 5 tahun jadi janda masa usia 18 tahun. Banyak lagi bukti yang saya dapat mengenai dia dan saya tunjuk pada suami tapi suami tak percaya, kami berg4duh besar hari tu. Buat pertama kalinya suami angkat tangan dekat saya, agak teruk jugak sampai saya mengalami pend4rahan. Saya tak tahu saya hamil lagi waktu.

Yang lagi sadis waktu tu suami terus lafaz cerai taIak satu dan terus keluar dari rumah membiarkankan saya yang mengalami pend4rahan sorang – sorang. Saya hubungi kakak saya dan kakak membawa saya ke hospitaI kemudian saya buat report polis.

Keesokkan harinya mertua saya call bagitahu suami saya kena tahan di lokap. Saya cerita satu persatu kejadian yang berlaku, menangis mertua saya tak sangka anak dia jadi macam tu. Malam tu mertua pergi jamin suami dan bersemuka dengan family saya untuk mintak maaf pasal apa yang terjadi.

Malam tu jugak mertua suruh suami bawak mertua serta adik beradik suami pergi jumpa perempuan tu. Mula – mula suami keberatan setelah didesak, baru suami bawak. Malam tu bersemukalah kami dengan perempuan tu, mertua tanya macam – macam soalan tapi awek suami tak jawab sepatah pun.

Sibuk berwassap dengan suami sampai ipar saya naik angin dan r4mpas hp dia. Terus suami melenting sebab r4mpas hp awek dia. Suami marah mertua cakap tak perlu jadi polis nak soalan siasat awek dia, terk3jut mertua. Dia kata lagi, tak ada apa yang nak dicakap lagi.

Depan mertua suami cakap tak kesah dia hilang family tapi bukan awek dia. Kalau mertua nak buang dia buanglah sebab dia ada awek dia. Kecewa mertua masa tu tapi kami terima keputvsan suami dan terus tinggalkan dia dengan perempuan tu.

Mertua mintak saya teruskan kes dan jangan tarik walau apa pun terjadi. Mertua bawak saya pergi berubat dengan ustaz untuk pulihkan semangat dan tahu tak apa ustaz yang ubatkan saya tu cakap? Saya terkena sihiir pemisah, ada orang nak runtuuhkan rumahtangga saya.

Terus mertua mintak tengokkan suami skali, sah suami dah kena penunduk dengan awek dia. Tapi agak susah nak ubatkan sebab kena bawak suami. Mertua cakap takpelah ubatkan saya je dulu, bahagian suami nanti, akan cuba mintak tolong sepupu suami yang ubatkan.

Dalam tempoh eddah perempuan tu tak henti – henti wassap saya, m4ki hamun saya dengan anak – anak sebab cakap anak – anak saya menyusahkan mintak duit suami. Macam – macamlah yang dia cakap tapi saya buat tak tahu je.

Heboh dia buat acc di fb add semua kawan – kawan suami dan sed4ra mara, mengaku dia bakal isteri suami. Siap add adik beradik saya untuk tunjuk kebahagiaan dorang tapi semua tu tak lama. Tak sampai sebulan bercerai suami dah datang melutut mer4yu mintak rujuk.

Dia cakap dia tak tahu apa yang dia buat selama ni. Dia sayang saya tapi bila tengok saya dia jadi benci. Dia tahu dia kena buatan aweknya pun sebab sepupu dia yang ubatkan masa dia tengah tidur. Sedar – sedar terus dia menangis cari saya dengan anak – anak.

Sepupu dia cakap dia dah kena sihiir penunduk dengan perempuan tu tapi saya buat tak tahu je sebab masih lagi tr4uma. Setiap hari dia datang pujuk saya. Perempuan tu pun dah lari lepas suami dah berubat dengan sepupunya.

Tak jemu – jemu dia datang pujuk saya untuk rujuk dengan dia. Sampailah hari sebutan kes dia pukuI saya di mahkamah. Saya tengok dia menangis semahunya masa hakim sebut butiran kes dan dia didapati bersalah. Tapi saya jadi tak sampai hati nak tengok dia macam tu, saya mintak selesaikan kes luar mahkamah dan mintak suami bayar ganti rugi 15k.

Alhamdulilah semua selesai cara baik. Demi anak – anak dan cinta saya pada suami, alhamdulillah kami rujuk kembali dan sem4kin bahagia berbanding dahulu. Tak sangka awek suami tak puas hati bila suami tinggalkan dia dan rujuk balik dengan saya.

Dia hantar s4ntau untuk buat saya giIa tapi kuasa Allah lagi besar, saya sempat berubat dan sekarang saya masih lagi dalam tempoh berubat. Perempuan tu masih lagi ganggu saya. Doakan saya ye. Sedikit info pasal awek suami, dia janda berusia 23 tahun, wanita dari seberang.

Dia memang suka suami orang, lagi – lagi yang bertugas dalam unit beruniform. Dia juga merupakan kaki d4d4h. Modus operasi dia khayaIkan m4ngsa, kemudian dia bawak check in. Kalau laki tu nak tinggalkan dia, dia akan uguut laki tu.

Kalau dia pregnant dia akan gugvrkan baby dalam perut dia dan hantar pada isteri laki tersebut. Pada isteri – isteri yang suami bertugas unit beruniform tu, pantaulah suami korang..

Komen Warganet :

Ema Mbitu : Allahuakbar, sedihnya baca kisah puan. Saya pun terkena s4ntau jugak. Memang kes s4ntau sihiir ni sesuatu yang merb4haya. Tapi ia berlaku atas izin Allah juga. Bismillahillazi la yadurru ma asmihi syaiunfillardi wala fissamai wahuwassami ul alim.

Syahirah Akyrah : Baca part awal tu pon dapat rasa dah kene sihiir si suami tu. Besar dugaan awak dalam pantang lagi. Memang banyak kes perempuan seberang kenekan suami orang. Lagi – lagi kalau kaya. Dah kayap dia lari tinggalkan. Mujur awak pon tak cepat melatah. Sampai berani naik tangan nuh. Semoga rumahtangga kita dijauhkan dari musibah begini.

Noor Asliza : Semua jadi atas izin Allah. Bersangka baik lah dengan aturan Allah.. ajak suami check HlV. Semoga semuanya dipermudahkan dn sentiasa diIindungi Allah swt.. jaga diri.. kuat kan iman. Dan jaga anak – anak baik – baik ya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.