Saya fikir sebelum berangkat ke Mekah, suami akan bagi duit nafkah. Suami salam dengan anak – anak dan bagi duit belanja kepada mereka. Sampai giliran saya, dia hulurkan tangan untuk saya salam. Saya berharap dia bagi duit belanja untuk saya sebagai nafkah. MaIangnya hal itu tak terjadi..
#Foto sekadar hiasan. Salam damai, hai penggemar Media Cite Heboh. Mohon admin tidak kongsi maklumat diri saya. Saya terpanggil untuk berkongsi cerita saya setelah membaca banyak kisah orang. Lama saya pendam kisah ini.
Sem4kin lama sem4kin terasa s4kitnya. Saya sudah berkahwin hampir 30 tahun.. Anak – anak semua dah besar. Saya juga bekerja dan gaji saya hampir sama dengan gaji suami. Mungkin atas sebab itu, suami cuai dalam memberi nafkah zahir.
Awalnya saya tidak kisah sangat kerana berharap suami sedar sendiri akan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri. Rupanya harapan saya hanya tinggal harapan. Apa yang buat saya berjauh hati sangat ialah suami tidak pernah menganggap ulangtahun perkahwinan kami sebagai hari yang patut diraikan.
Sejak dari mula hingga sekarang, kami tidak pernah meraikan hari ulangtahun perkahwinan kami. Kalau semasa hari jadi saya pula, saya akan membeli sendiri apa yang saya ingin. Bukan tidak pernah meminta padanya. Malah setiap kali tiba hari tersebut, saya sentiasa mengingatkan suami.
Hanya dia buat endah tak endah. Selalunya saya menjeruk rasa seorang diri. Berbeza pula kalau hari lahir suami. Saya akan pastikan ada hadiah untuknya. Hanya belakangan ini saya sudah tidak berminat untuk meraikan hari jadinya kerana sudah sangat penat dan kecewa dengan sikapnya.
Baru – baru ini keluarga suami merancang mengerjakan umrah. Peringkat awal suami mengajak saya ikut bersama. Sudah tentu kedukaan saya puluhan tahun tidak diberi nafkah itu seperti terubat. Entah di mana silapnya, suami kemudian menyatakan tidak dapat bawa saya pergi bersama.
Sungguh saya merasa amat kecewa. Rasa sedih itu menusuk. Dan seperti kebiasaannya apabila hati saya terIuka, saya akan pendam sendiri kerana suami tidak akan berbuat apa – apa untuk memujuk. Kerana sudah sangat s4kit hati, saya berbisik dalam hati, saya tidak redha diri saya tidak dinafkahi suami.
Biarlah di akhiraat nanti dia disoal tentang nafkah itu. Pada hari keberangkatan mereka ke Mekah, kebetulan adalah hari ulangtahun perkahwinan kami. Seperti selalu, saya berharap suami akan mengingati hari tersebut. 2 jam sebelum berangkat, saya pura – pura bertanya padanya, ‘hari ini berapa hari bulan?’. Suami tersenyum.
Dia buat – buat lupa dan bertanya balik kepada saya ada apa dengan tarikh hari ini. Saya terus saja cakap bahawa hari ini ialah hari ulangtahun perkahwinan kita. Suami hanya gelak kecil. Dia hanya fokus kepada hal – hal keberangkatan ke Mekah.
Keterujaan suami nak ke Mekah memang jelas terlihat. Saya fikir nanti sebelum berangkat, suami akan hulurkan duit. Suami bukan seorang yang jahiI dalam bab – bab keagamaan kerana dia adalah bekas pelajar sekolah aliran agama.
Jadi sangat must4hil suami tidak tahu hukuum memberi nafkah kepada isteri itu adalah wajib walaupun isteri ada pendapatan sendiri. Saya benar – benar berharap moga kali ini terbukalah hati dia untuk memberi nafkah kepada saya.
Masa berangkat pun hampir tiba. Suami bersalaman dengan anak – anak dan menghulurkan belanja juga kepada mereka. Sewaktu sampai giliran saya, suami menghulurkan tangan untuk saya salam. Saya amat berharap suami akan peIuk ciuum saya dan hulurkan juga duit belanja untuk saya sebagai nafkah sepanjang dia ke Mekah.
Malangnya hal itu tidak terjadi. Dalam hati retak seribu. Saya menangis sambil menciuum tangannya. Tangisan saya bukan kerana sedih ditinggalkan tapi sangat terIuka dengan sikap suami. Ucapan selamat hari ulangtahun masih belum dapat saya dengar dari mulut suami. Pelik. Memang sangat pelik lelaki ini.
Sebelum kahwin dulu, dia sangat mengingati hari – hari bahagia kami. Sering beri coklat kepada saya. Bawa jalan – jalan dan makan – makan. Tapi setelah berkahwin, semua itu tiada lagi.. Entahlah.. Sampai bila berterusan begini.
Tidak tahu berapa lama saya boleh bertahan memujuk hati. Saya bukan tidak mampu dalam soal duit.. Cuma saya sangat berharap suami dapat menghargai saya dan tidak cuai dalam soal nafkah.. Selama ini pun saya berbelanja lebih banyak untuk keperluan keluarga.
Saya tidak berkira kerana merasakan memang isteri membantu suami.. Pembaca sekelian, doakan saya dapat terus bertahan dan terima kasih sudah membaca kisah saya. – Mdm Bie (Bukan nama sebenar)
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.