Dalam pantang mertua sibuk nak ambik anak, saya perasan dia pakaikan anak dengan tangkal benang hitam

Baru 2 minggu berpantang rumah mertua saya dah rasa tak sedap hati. Mak mertua asyik suruh saya berehat dan dia akan ambil baby. Paling saya takut dia nak bagi anak saya yang masih dalam hari makan bubur nasi.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Terima kasih admin kerana post penulisan saya ni. Saya hanya nak luahkan masalah saya kepada semua pembaca dan nak dapatkan pandangan dan nasihat dari semua. Sebab sekarang ni saya agak str3ss dan tiada tempat lain untuk diluahkan.

Sekarang saya sedang berpantang anak ke-2 di rumah mertua saya di selatan tanah air. Ini merupakan cucu ke-2 mereka (selepas anak pertama saya) dan mak mertua minta untuk jaga saya semasa berpantang. Jadinya saya bersetuju walaupun agak keberatan sebab suami kata tak lama cuma sebulan sahaja memandangkan mak mertua memang beriya untuk jaga saya dan lagi sebulan saya akan berpantang di rumah mak saya pula.

Kalau ikutkan, saya tiada masalah pun dengan mak mertua saya. Hubungan saya dengan mak mertua biasa – biasa saja. Tak rapat sangat tapi boleh diajak sembang juga memandangkan saya juga seorang yang agak pendiam.

Masalah timbul bila saya agak kurang senang dengan cara mak mertua menjaga saya semasa berpantang. Tiada isu besar pun tapi saya agak tak selesa dan tidak pandai untuk menegur. Antara cara yang saya kurang senang :

1) Mandi selepas waktu maghrib. Semasa berpantang dengan mak saya, mak saya akan pastikan saya dan baby siap mandi sebelum pukuI 6 petang. Tapi mak mertua saya pulak dia hanya akan siapkan mandian untuk saya dan baby selepas pukuI 7 petang.

Lepas 2-3 hari buat benda yang sama je saya pun cuba buat sendiri untuk sediakan mandian untuk saya dan bayi untuk bagi hint yang saya nak mandi awal sebab saya jenis tak berani nak tegur. Tapi hari selepas tu mak mertua buat lagi benda yang sama.

2) Mandikan anak dengan cara tak betul. Selalunya saya akan basuh dulu tempat k3ncing baby di luar tab sebelum mandikan baby dalam tab. Berlainan pula cara mak mertua yang terus mandikan anak dalam tab dan selalunya ambil masa yang lama untuk mandikan baby dan baby kesejukan menggigil tanpa dibalut dengan tuala.

3) Anak diberi botol susu yang ni saya agak terkilan jugak sebab anak pertama saya tak pandai direct br3astfeed. Jadinya untuk anak kedua saya bertekad untuk bagi br3astfeed dan alhamdulillah berjaya. Tapi mak mertua selalu pesan kat saya untuk pam susu dan tinggalkan susu dalam peti sejuk.

Jadi nanti lebih mudah dia boleh bagi susu dengan botol. Saya bagitau saya tak nak sebab nak br3astfeed baby saya tapi mak mertua buat tak kisah. Tiap pagi dia akan ambil anak saya dan beri susu dalam botol semasa saya tengah tidur dengan alasan suruh saya berehat.

Kadang – kadang anak saya dah terjerit – jerit nak susu tapi mak mertua p4ksa pakai botol dan tak k3jutkan saya tidur. Mak mertua saya juga tak pandai nak burp kan anak saya buatkan saya rasa takut nak biarkan anak saya menyusu botol tanpa dipantau.

4) Mak mertua asyik suruh saya berehat dan tugas menjaga baby diambil alih sepenuhnya oleh dia. Saya faham kalau mak mertua nak sayang dan jaga baby saya tapi kalau 24 jam dia nak jaga, saya rasa macam pantang takde anak je.

5) Anak dipakaikan tangkal / benang hitam. Saya agak kurang percaya dengan kepercayaan orang dulu – dulu ni. Jadi saya agak kurang senang bila anak saya dipakaikan gelang atau tangkal untuk elak gangguan kononnya.

6) Mak dan ayah mertua suka lepak luar rumah masa waktu maghrib. Kadang – kadang lepas lepak luar terus dukung anak. Mak saya pulak paling pantang orang lepak luar waktu maghrib dan selalunya pintu dan tingkap dah tutup rapat – rapat sebelum waktu maghrib.

7) Baju diampaian dibiarkan tak berangkat sampai tengah malam. Kadang – kadang saya gagahkan jugak keluar rumah untuk angkat sendiri baju terutamanya baju baby memandangkan tempat sidai baju terletak jauh sedikit dari rumah dan berdekatan dengan hutan.

8) Pak mertua hisap r0kok depan anak dan saya yang sedang berpantang jugak tapi saya tak berani nak tegur. Baby kecik sangat lagi, saya takut sangat kalau jadi apa – apa.

9) Anak disuruh makan bubur nasi. Mak mertua kata kalau nampak baby macam tak cukup susu boleh bagi makan bubur nasi dengan alasan dulu anak – anak dia umur 4 bulan dah makan bubur. Elok sihat je sampai sekarang.

Ada banyak lagi tapi malas nak cerita. Sekarang baru nak masuk 2 minggu kat rumah mak mertua tapi perasaan rasa tak sedap je. Nak mengadu kat suami takut suami marah dan kecil hati. Saya ingatkan nak pantang betul – betul tapi ada perasaan tak selesa buatkan saya str3ss pula dan em0si agak terganggu.

Saya akui saya lebih selesa berpantang di rumah mak saya kerana mak saya lebih cekap untuk handle baby dan lebih supportive untuk saya br3astfeedkan baby. Saya takde masalah dengan mak mertua kalau perkara di atas tadi dibuat dengan cara yang baik.

Cuma saya yang tak pandai menegur. Saya mohon pendapat pembaca kot – kot ada tips nak tegur cara baik mak mertua tanpa berkecil hati. Maafkan saya sebab penulisan agak kaku sebab tak pandai mengarang. Terima kasih. – Ibu berpantang

Komen Warganet :

Sharini Hafinaz :

Skrip 1 : Abah.. Asap r0kok.. Maaf ya bah, saya bawak baby masuk bilik.. then buat – buat cakap dengan baby.. “Bye – bye atok.. kita masuk bilik dulu.. atok tak busyuk lagi kita dekat dengan atok ya”…. saya masuk bilik dulu bah.

Skrip 2 : “Mak, apa kata kita mandikan baby sebelum maghrib. Saya pun nak mandi sebelum maghrib. Takut mandi lambat badan berangin dan bentan, lagipun saya dah biasa mandi sebelum maghrib” Sambil cakap.. senyuuuum je. Make sure bukan nada sarcastic!. Possible cakap dengan nada yang rendah diri menunjukkan kita masih hormat orang tua.

Skrip 3 : Mak, orang – orang tua pesan tak elok kalau baju tak berangkat sampai masuk waktu maghrib. Memang saya practicekan macam tu. Maafkan saya ya mak. Takut ada benda – benda tak elok menggangu. Maklumlah bila ada baby baru bersalin ni.. Macam – macam benda minat kat diorang ni.

Skrip 4 : Abang, boleh tak abang cakap dengan mak abah, kalau boleh bila dah keluar lewat – lewat tu mandi dulu ke, cuci kaki tangan muka duku ke sebelum pegang baby. Sayang risaulah kalau ada benda – benda tak elok mengikut.

Babykan banyak makhluk yang berminat. Prevention is better than cure.. just langkah berjaga – jaga. Rasa tak manis pulak saya nak tegur mak abah.. Rasa abang sesuai kalau abang dapat bercakap dengan mereka. Sayang hargai kalau abang dapat bercakap. Macam – macam skrip boleh direka dengan gaya masih menunjukkan tanda hormat.. Its all about communication!!

Afifah Rahimi : Sebenarnya puan untung dapat mak mentua yang baik dan pelawa untuk jaga puan dalam pantang. Tapi maybe cara dia jaga dan handle anak puan ketika dalam pantang tu tak sama macam ibu puan sendiri, lain orang lain caranya.

Niat dia tu baik tapi tak selari dengan cara puan sendiri. Seeloknya bawa berbincang dengan suami sebab em0si puan dalam pantang ni harus dijaga tak elok dibiarkan takut makan diri sendiri. Bawak berbincang dengan suami inshaallah dia memahami, puan dah bersabung nyawa lahirkan zuriat dia, takkan dia tak boleh nak bertolak ansur dalam hal yang satu ni?

Hidayah Kaq Daa : Sebelum anak sis meninggaI atau s4kit teruk sebab sis just TAKUT nak tegur mengenai perkara – perkara yang mendatangkan keburukan tu semua.. Baik tegur cepat – cepat. Minta maaf dulu sebelum tegur.

Cakap baik – baik dan beritahu je semua apa yang sis tak berkenan. Kalau TAKUT jugak.. suruh je suami sis sampaikan baik – baik pada mak dia. Kalau mak mentua dan ayah mentua tak dengar jugak. Mintak tukar pergi berpantang rumah mak sendiri. Masa macam ni kena pentingkan diri kita dan keselamatan baby kita. Tu yang utama.. semoga berjaya sis dan selamat berpantang dengan bahagia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.