Dikedai makan saya je yang order, akak dan abg ipar tengok je sebab takde duit. Saya tipu kata kenyang minta mereka habiskan

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Saya jarang jumpa mak dan ayah sebab mereka dah berkahwin dan ada pasangan dan family sendiri. Bila nak balik cuti sem saya tak tahu nak peri mana, kakak dan suami pun orang susah. bila duduk dengan kakak dia tak bagi guna duit saya tapi dia pun tak mampu..

#Foto sekadar hiasan / AI. Hai semua pembaca alam maya, terima kasih untuk admin yang siarkan tulisan saya. Saya cuma tak tahu medium lain untuk meluah dan saya rasa page ni sangat membantu kepada confessor. Saya anak ketiga ada kakak, abang, adik.

Saya dari br0ken family. Br0ken disebabkan orang ketiga. Saya dan adik beradik saya jadi m4ngsa. Rosak em0si dan mentaI. Abang dan kakak saya disahkan menghidap depr3ssion, adik saya pulak anx1ety teruk dan saya pula rasa saya sangat kosong.

Kadang – kadang saya nak meluah ke adik beradik saya rasa tak sampai hati sebab mereka dah tak mampu untuk mendengar. Apa yang saya tahu bila mereka dengar, mereka akan jadi bertambah murung, s4kit dan anx1ety. Jadi saya ambik keputusan untuk pendam sendiri.

Disebabkan mak dan ayah saya bercerai saya tinggal dengan nenek. Saya jarang jumpa mak dan ayah sebab mereka dah berkahwin dan ada pasangan dan family sendiri. Saya rasa sedih bila abang, kakak dan adik dah balik sebab mereka dah berkerja dan saya masih belajar di IPTA.

Bila cuti sem saya tak tahu nak balik ke mana sebab kadang – kadang nenek saya dia tinggal bersama makcik saud4ra dan rumah mesti kosong dan saya akan tinggal sendirian. Bukan tak nak tinggal dengan mak dan ayah saya.

Saya tak tahu kenapa saya rasa tersangat sedih bila tinggal dengan mereka sebab kenangan lama tu akan sentiasa bermain di fikiran dan teringat balik kenangan bersama masa mak dan ayah belum bercerai. Nak tinggal dengan kakak dan abang?

Kakak saya dah berumah tangga dan umumnya bila dah berumah tangga ni memang banyak pakai duit sampaikan mereka masih merancang anak sebab duit gaji tak cukup.. Apatah lagi saya nak menambah beban mereka.

Saya ada je duit hasil kerja part time kat tempat belajar tapi bila duduk dengan kakak dia tak bagi guna duit saya dan pernah satu masa dekat kedai makan saya saja yang order dia dan suami hanya tengok sebab tak cukup duit untuk order banyak makanan.

Akhirnya saya tipu – tipu kenyang untuk bagi diorang habiskan makanan tu. Berbalik pada kakak saya, dia depr3ss bukan sahaja disebabkan br0ken family saya saja. Keluarga mentua dia pun kurang suka family saya. Saya pun tak faham, h1na sangat ke anak yang ibu bapa mereka bercerai?

Kata kakak saya, ibu mentuanya selalu kata yang dia harap kakak saya tak menurun per4ngai mak saya yang curang. Walaupun saya bukan di tempat kakak saya, kata – kata mertuanya itu sangat kurang ajar dan orang tua seperti dia selayaknya bertaubat dari berkata dan mendoakan pekara seperti itu. Kesannya terpalit pada saya jugak..

Adakah orang yang menjadi mertua saya nanti boleh terima family saya begini? Atau mereka akan turut mencemuh? Bagi saya cukup maIang wanita yang datang dari br0ken family dan mengharapkan ada sinar bahagia dari family kedua iaitu family mertua tetapi sebaliknya family mertua pulak yang mencemuh dan merendah – rendahkan

Sekiranya tuhan takdirkan saya bertemu family mertua begini saya memang takkan teragak – agak untuk lari sejauh alam. Saya dah tak takut kehilangan apa – apa. Abang saya pulak duduk rumah bujang berkongsi dengan rakannya yang lain lagi lah tak sesuai untuk saya duduk.

Saya bukan tak nak tinggal dengan mak dan ayah tapi saya masih belum ‘sembuh’ dari kesan penceraian mereka dan sejujurnya saya terp4ksa jadi yang kuat dalam keluarga, saya buat – buat tak sedih, sentiasa ceria supaya kakak abang adik saya tak risaukan saya.

Saya di tahun ketiga pengajian saya, kalau pembaca tahu mengenai teori psik0logi maslow keperluan kehidupan. Rumah atau shelter menjadi asas utama sebelum pendidikan. Tanpa rumah tempat untuk pulang memang em0si seseorang sangat terganggu apatah lagi nak fokus dalam pelajaran.

Tapi Allah banyak bantu saya, Allah permudahkan urusan belajar saya. Setiap sem pointer saya tak pernah jatuh bawah 3.95. Syukur alhamdulillah.. Di 2023 ni ramai rakan – rakan saya senasib dengan saya, ibu bapa bercerai di usia tua.

Di akhir tulisan saya ini sekiranya pembaca mempunyai anak seusia saya, jagalah hubungan keluarga pembaca sebab teruk ranapnya em0si anak bila ibu bapa berpisah ketika mereka dewasa dan mengenal erti ini. Cukup ranap, nak bangkit sembuh, kini masih terumbang ambing. Sangat payah sebenarnya.

Saya harap pembaca doakan saya lepas habis belajar dapat pekerjaaan yang baik mampu beli rumah yang selesa dan bantu adik beradik saya. Doakan saya kuat jugak. – Hana (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Tok Nyang Tipah : The moment makcik baca confession kamu ni.. sedih sangat lihat kamu adik beradik. Bertabah ye adik kamu kuat. InsyaAllah Allah sediakan yang terbaik buat kamu dan acik tumpang sedih atas kakak kamu juga. Udah kenapa aku yang emotional. Dari tadi tak berenti menangis.. ingat jaga diri dan jaga juga kakak kamu. Kamu lagi kuat daripada dia.

Umi Habiba : Ya Allah.. sedih makcik baca hidup awak. Kesian adik beradik awak. Punya mak ayah yang kurang tanggungjawab terhadap anak – anak. Subhanallah.. tak tau nak cakap. Moga awak terus kuat. Allah bagi awak lebih pada akal. Cerdik.. buang kisah silam tu. Terus ke depan. Memang sukar tapi boleh.. in sya Allah.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.