
Setelah ayah pergi, aku masih menuntut janjinya. Saban hari aku menantinya pulang di tepi simpang. Untuk ayah, adik tak pernah benci ayah. Adik cuma nak mainan adik yang ayah janjikan dulu. Boleh ayah?
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam admin. mohon hide fb aku. Aku harap admin sudi siarkan kisah benar kehidupan aku bersama ibu dan ayah. Kepada pembaca, maaf aku tak pandai menulis nukilan. Tapi cerita ini benar – benar dari aku.
Aku ada 3 orang adik beradik dan kedua orang tua aku masih ada. Dari kecil aku hanya tahu yang aku cuma ada 3 beradik sahaja. Abang sulung, kakak dan aku. Sepanjang waktu kecil kami, aku hidup bahagia sama seperti keluarga kawan kawan aku yang lain.
Duduk rumah besar, gaji ayah pun boleh tahan tinggi, kami dimewahkan dan duit kami belanjakan untuk bercuti sana sini. Ayah kerja manager dan tentulah dia bergaji mahal. Alhamdulillah.. Sehingga pada suatu hari nasib kami berubah.
Ayah diberhentikan kerja kerana kejatuhan ekonomi yang teruk waktu itu. Ayah dah tiada rumah atau duit lagi. Cuma ada kereta sahaja, aku pun tak faham sangat macam mana kami boleh jatuh miskin sekelip mata, mungkin duit – duit yang ada ayah buat bayar hutang atau komitmen. Dari situ hidup kami jadi susah.
Kami berpindah ke rumah yang usang, bocor dan sangat usang. Ibu tak bekerja, ayah pon sama. Ayah tak suka kerja kampung. Alhamdulillah ketika itu kami mampu hidup lagi walaupun menu kami hanya nasi dan kari. Suatu hari, ayah buat keputusan untuk hantar kami pulang ke kampung ibu.
Ayah kata itu sementara sahaja. Kami akur dan tinggal di kampung ibu. Rumah yang kami duduki itu boleh digelarkan pondok sahaja kerana tiada lantai. Hanya dinding, bumbung zink dan dinding kayu sahaja. Di situ segalanya terbongkar.
Aku masih kecil ketika itu. Aku terdengar perbualan ayah ibu. “Awak nak cerailah ni? Awak ingat kita kahwin kat mana? Bukan senang nak cerai,” Kata ayah. Aku terus pura – pura tidur sedangkan saya tertanya tanya apa itu CERAI.
Esoknya ayah jumpa aku di hadapan rumah. Raut wajahnya sugul. Pakaiannya kemas seperti mahu ke tempat kerja. Ayah cakap “Adik.. Ayah nak pergi ke bandar. Ayah nak cari banyak duit. Ayah nak beli rumah. Ayah nak belikan adik mainan. Ayah nak belikan baju princess untuk adik. Ayah pergi lama ya. Ayah akan balik kalau ayah ada duit yang cukup,” Ujar ayah.
“Sekarang ayah tak ada duit ke?” Soalku sambil makan aiskrim malaysia
“Nah. adik ada rm1. Ayah ambillah” Tambahku lagi sambil menghulurkan duit syiling emas RM1. Ayah cuma tergelak dan memeIukku. Dan… itulah kali terakhir aku jumpa ayah. Aku lepaskan ayah pergi dari peIukan hangatnya.
Aku lepaskan dia pergi sehingga hari ini. Setelah ayah pergi, aku masih menuntut janjinya. Saban hari aku menantinya pulang di tepi simpang. Aku akan menantikannya setiap kali pulang sekolah agama. Aku sentiasa menulis diari bahawa aku teramat rindukannya. Allahu. Sedih.
Dan ayah… dia tak pernah pulang. Suatu hari aku dapat kunjungan dari saud4ra jauh. Dari situ aku tahu mereka adalah anak – anak ayah bersama isteri pertama. Mereka seakan – akan tidak menyukai aku. Dan tentulah mereka tidak sukakan aku kerana ibu aku pernah mer4mpas ayah mereka untuk jangka masa yang lama.
Akhirnya, ayah dan ibu bercerai ketika aku berusia 11 tahun. Dan ayah kembali kepada isteri yang pertama. Sudah tentu mereka tidak membenarkan ayah kembali jumpa dengan aku kerana aku adalah anak seorang per4mpas.
Aku tak pernah minta dilahirkan. Aku juga merindui ayah. Tapi aku faham aku layak dibenci. Aku tak lagi jumpa ayah. Aku rindukan ayah tapi aku tak mampu berjumpa dengannya kerana aku rasa bersalah kepada mereka. Ya, selama aku dibesarkan ayah tinggalkan mereka.
Dan kini aku pula ditinggalkan. Untuk ayah, adik tak pernah benci ayah. Adik cuma nak mainan adik yang ayah janjikan dulu. Boleh ayah?
Komen netizen :
Nur Irish Izara : Begitulah jadinya. Anak – anak yang jadi m4ngsa. aku dulu pun m4ngsa cerai mak ayah. Tak pernah tinggal dengan mak ayah. Hanya dibesarkan oleh atok dan nenek. Awal – awal ditinggalkan memang rasa rindu.
Lama – lama rindu tu pudar. Tak pernah salahkan mak ayah mahupun diri sendiri. Cuma buat yang terbaik pada family dan anak – anak sendiri. Jangan pernah gantikan nasib maIang kita pada anak – anak. Selalu maafkan mak ayah supaya kita bahagia. Ingat apa yang jadi ada hikmahnya Allah nak ganti dengan lebih baik.
FarahRaynelle Dzull : Saya jugak pernah ditinggalkan ayah. Dan saya tak pernah rasa ingin mencari dan berjumpa dengan dia walau saya tau dia berada di mana. Bagi saya, saya tak perlu tunggu dia balik, tak perlu rindukan dia, dia tak pilih untuk bersama saya, dia tak pilih untuk besarkan saya.
Dia pilih orang lain. Dia tak pernah tanya saya makan ape, saya ada baju ke tak, ada duit pergi sekolah tak. Bagi saya dia dah m4ti pada tahun 1996. Saya anak mak saya. Bukan dia.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.