
Kadangkala saya juga memasak untuk keluarga tapi usaha itu seperti tidak dihargai. Setiap hari yang dilalui takkan lepas tanpa mendengar kata – kata nista dan kasar, paling lama bertahan pun sehari cakap baik + baik. Pernah saya tanya kenapa cakap kasar..
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam pembaca setia. Saya adalah seorang lelaki yang berumur dalam 30-an, telah mendirikan rumah tangga sejak 6 tahun lalu dan telah dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata. Saya ditemukan dengan isteri ketika kami bekerja bersama – sama dalam bidang kesihatan.
Pada waktu itu kami saling memahami bahawa pekerjaan kami memerIukan sikap tolak ansur dan pemahaman pasangan. Kadangkala saya pulang tidak tentu masa ke rumah, kadangkala isteri juga begitu. Segala kerja rumah saya akan bantu isteri dari segi membersihkan rumah, menjaga anak – anak jika saya tidak bekerja dihujung minggu dan lain – lain lagi.
Pokoknya, saya cuba sedaya upaya saya untuk menyenangkan hidup isteri dan anak – anak, supaya isteri tidak terbeban dengan kerja dan tanggungjawab yang lain. Namun, isteri saya adalah seorang yang panas baran dan mudah melenting, tambahan tidak mudah ditegur.
Saya pernah dimarahi hanya kerana tidak memahami apa yang dia katakan semasa dia meminta sesuatu daripada saya. Perkara yang paling menyayat hati saya adalah dia pernah memarahi adik beradiknya sendiri di depan ahli keluarga hanya kerana perselisihan kecil berkenaan peralatan dapur.
Pada masa itu saya turut dimarahi teruk kerana tidak menjaga anak namun pada masa itu anak saya sedang bergembira bermain bersama saud4ra sepupunya. Saya berasa sedih dan dia meminta maaf hanya sekali itu sahaja.
Sampai sekarang maaf bermaafan untuk kami suami isteri hanya sekali itu sahaja. Apabila saya melakukan kesalahan kecil, saya akan dimarahi kadangkala di depan ahli keluarga isteri saya sendiri sampaikan saya rasa jatuh maruah dan nak sorokkan muka tak tahu di mana.
Perkara ini akan berulang dan saya pernah cuba menegur, namun isteri tidak akan mendengar, akan memarahi dan mengungkit segala apa yang dia telah buat untuk keluarga. Dan dia akan mengungkit segala masa yang saya tidak luangkan di rumah kerana bekerja.
Lama kelamaan saya hanya diamkan diri dan hal itu memakan jiwa serta perasaan saya. Untuk makluman, kerana isteri juga bekerja dan agak sibuk, maka dia jarang masak di rumah dan saya tidak mem4ksa dia untuk masak di rumah kerana saya faham dia sibuk.
Kadangkala saya juga memasak untuk keluarga tapi usaha itu seperti tidak dihargai kerana saya sedar lauk yang saya masak tidaklah sesedap mana. Banyak kali kami beli makanan di luar dan jika apa yang saya beli itu tidak menepati seleranya, itu pun akan jadi isu untuk berg4duh kami suami isteri.
Isteri pernah menyatakan hasrat untuk menambah bilangan anak, tapi saya tolak kerana anak yang 2 orang pun boleh jadi naik anginnya walaupun saya bantu. Menengking anak secara mengejut, men4mpar secara tiba – tiba, sampai saya pun pernah menegur dan memarahi isteri kerana perlakuannya begitu.
Kalau begitu per4ngainya, jangan mimpi nak tambah lagi jika kemampuan em0si tiada. Saya sekarang buntu dan makan hati. Setiap hari yang dilalui takkan lepas tanpa mendengar kata – kata nista dan kasar, paling lama bertahan pun sehari cakap baik – baik.
Pernah saya tanya kenapa cakap kasar, namun dibahasakan saya bahawa tona suaranya memang begitu. Namun sebelum kahwin tidak begitu. Saya terima isteri seadanya namun pada masa sama saya sayangkan anak sanak dan jiwa saya diperlakukan seperti tiada perasaan. Saya tidak sempurna dan mohon pembaca tidak judge apa yang saya lalui kerana saya dah pendam lama. – Lelaki Tanpa Perasaan (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Nur Zehan Samaun : Cuba encik pulak jadi macam dia, mer0yan meraban m4ki hamun, apa reaksi dia. Bukan ape, kadang – kadang orang perempuan ni bila suami baik sangat dia naik kepala. Tunjuk pulak yang encik pun boleh jugak hilang sabar dan mem4ki hamun macam dia.
Contoh saya la kan, bila saya marah berpanjangan yang tak habis habis, sekali je suami tinggi suara, terus senyap. Sejak tu, saya tak pernah dah membebel yang terlampau panjang. Tapi masih diberi peluang untuk membebel.
Kak Yong Lipat Baju : Terapi dan suruh dia berhenti kerja. Kalau isteri in denial pasal per4ngai baran dia, pasang cctv biar dia tengok per4ngai buruk sendiri. Kalau isteri masih lagi rasa tak bersalah dan menjawab, cakap je hidup ni sementara je akhirat tu pasti. Berbaloi ke dia buat suami terasa hati untuk puaskan eg0 dia di dunia je.
Een Minami : Ann0ying sungguh bila baca confession lelaki, suami, mesti komen – komen suruh sabar la, kena dengar 2 pihak la, kena solat jemaah sama – sama la. Tapi bila perempuan, isteri yang confess pasal suami, laju komen suruh cerai. Aku ni perempuan, tapi aku meluat sungguh dengan per4ngai perempuan macam ni.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.