Aku tak mampu nak kerja, hampir setahun dapat MC dari hospitaI. Aku diberhentikan, aku cuba minta bantuan zakat. Baru nak ambil borang, dah kena herdik dan h1na dengan staff di kaunter sampai aku malu. Ayat paling memaIukan, bila staff tu kata..
#Foto sekadar hiasan. 5 tahun berturut – turut aku diuji. Allah betul – betul sayangkan Aku, Insya Allah. Ujian demi ujian, aku bangkit tapi kali ni aku penat. 20 Ogos 2018 – Aku eksiden. Jatuh di tempat kerja. P4rah di pinggul kiri dan tuIang belakang.
Hampir setahun aku dapat MC dari hospitaI. Setahun tak dapat bekerja. Lantas, aku diberhentikan kerja. Tuntutan PERKESO dinafikan. Nak mohon Zakat selangor, baru nak ambil borang, dah kena herdik dan h1na dengan staff di kaunter sampai aku malu (yeah, sebab ramai yang nampak aku dimaIukan. Baik pelanggan atau staff di situ)
Ayat paling memaIukan, staff kaunter bertanya, “Encik ada bayar zakat tak untuk mohon Zakat ni? Encik dah takde duit sangat ke sampai nak mohon bantuan? Mana duit insurans atau PERKESO atau simpanan Encik?”.
Bertubi – tubi soalan ditanya dengan riak wajah yang serong kepada aku. Disebabkan itu, aku menangis teresak – esak. Kalau aku mampu, aku takkan minta bantuan. Namun, alhamdulillah aku masih berjaya melalui 6 pembedahan / prosedur di tuIang pinggul dan satu pembed4han utama tuIang belakang. Terp4ksa aku jual segala aset, minta bantuan mak ayah dan adik beradik dan sebagainya.
2019 – 2020 – Aku terlantar akibat kesan kemaIangan dan kesan sampingan pembedahan. Masih tidak bekerja. Rayuan PERKESO tetap ditolak. Time ni juga, aku dah sampai dirujuk ke P4in CIinic, HKL. Aku juga rasa sangat tidak mahu hidup. Sebab aku dah macam m4yat hidup je.
Tapi Allah sayangkan aku. Ramai sayangkan aku.. aku tersedar dari perasaan putvs asa. Namun aku masih bertongkat dan banyak aktiviti aku tak mampu untuk lakukan. Bayangkan, nak angkat air dari cerek pun aku tak mampu. Sampai air panas dalam cerek tumpah dan meIecur kaki aku.
2021 – Saat aku baru nak bangun, aku dilanda C-19, Stage 4, komplikasi jantung dan paru – paru. Aku terp4ksa lupakan peluang pekerjaan dan peluang untuk aku pulih. Lama betul aku dalam wad. Doktor selalu bagi sokongan.
“Awak muda, awak kena Iawan. Jangan tidur. Jangan putvs asa. Jangan tinggalkan mak ayah awak yang harapkan awak pulang ke pangkuan mereka”. Alhamdulillah, aku sembuh dari C0v11d tapi kesan sampingan atau Long C0v11d yang aku alami sangat menyusahkan.
2022 – Keluar masuk wad kerana long C0v11d dan masalah jantung dah umpama kisah harian yang aku harus hadapi. Rumah kedua aku sama ada di HKL atau HospitaI Selayang. Prosedur jantung dilakukan, dan alhamdulillah aku rasa tambah sihat.
2023 – Dalam masa aku meniti saat untuk bangkit, lagi sekali aku kena ser4ngan jantung. Kali ni berbeza. 19/1/2023 sehingga 21/1/2023 aku berada dalam ICU. Aku keluar wad, cuba berehat tapi mungkin aku Masih belum berdaya sehingga aku rebah semula pada 20/2/2023 dan masuk ke wad kritikaI.
Aku rebah kerana terlalu penat dan str3ss dengan masalah hidup. Semasa dalam wad, bila dengar penjelasan doktor – doktor pakar mengenai jantung aku, aku macam, tak pela. Lantaklah. Aku tak pasti reaksi apa perlu aku berikan.
24/2/2023, doktor pakar cakap dari muka aku je – riak wajah dan kekusaman, dan mata panda aku, boleh nampak aku tak cukup rehat walaupun aku dalam wad. Selain masalah jantung, mungkin aku str3ss dan takut. Doktor sahkan aku ada uncontrollable hypert3nsion.
24/2/2023, petang, doktor cakap, “Saya lepaskan awak balik.. balik ni, awak rehat. Spend masa dengan family supaya ada kenangan antara awak dan mereka”. Alhamdulillah. Aku dibenarkan pulang. Tapi aku tau, keadaan aku amat rumit. Aku lemah.. aku penat.
Aku bagi tahu mak ayah mengenai sekiranya hari aku pergi tiba. Aku bagi tahu mak ayah yang simpanan kwsp dan sedikit wang simpanan aku, semuanya aku letak atas nama mak ayah. Ayah mak yang selama ni berdiam dengan keadaan aku, tapi kali ni mereka menjawab,
“Mak ayah lahir dan besarkan kau untuk tengok kau bahagia, kuat dan mudah segalanya. Bukan nak tengok kau s4kit atau m4ti atau juga mahukan duit dari kau. Kau kena Iawan semuanya.” Tapi Aku memang penat, lesu dan tak mampu dah nak hadapi semuanya.
Aku nak rehat lama. Penat. Aku tak mampu nak buat banyak aktiviti. Pakar beritahu, walaupun tiada satu pun salur jantung aku tersekat / blocked, tapi jantung aku bergerak lemah, nak pam d4rah pun lemah, dan bIood flow aku agak lemah.
Adakalanya pakar cakap, akan jadi “turbulence bIood flow”. Dalam masa yang sama, aku ada masalah kekejangan otot jantung, salur d4rah jantung yang membengkak dan sempit dan ada penebalan otot jantung. Aku ada cita – cita, aku ada impian.
Tapi aku tak pasti sama ada mampu untuk dicapai atau tidak.. Nasib baik juga aku masih lagi bujang. Aku hanya terp4ksa susahkan mak ayah aku sahaja. Doakan aku dipanjangkan usia, berfikiran positif, disembuhkan segala peny4kit serta doakan mak ayah aku sihat dan dipanjangkan usia sebab aku nak mereka lihat aku sembuh dan berjaya dalam kehidupan. Aamiin… – Acoi (Bukan nama sebenar)
Sambungann.. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Coretan pertama aku pada Feb lepas, bertajuk Derita 5 Tahun telah pun disiarkan. Alhamdulillah dan terima kasih. Namun hari ni, aku menulis lagi.. Aku tak tau la sampai bila aku nak mencemaskan semua orang kat rumah.
Yela. 11/3/20223 ni adik aku nikah, family pun sibuk dengan persiapan tapi Aku juga sibuk nak s4kit. Hahahaha… Tak sampai 2 minggu discaj dari wad KK5 HKL, pada 5 Mac 2023 aku ditahan semula di wad kec3masan HKL dan sehingga kini aku ditempatkan semula dalam wad. Tapi bukan wad KK5 la. Kat wad yang lain.
Agaknya kan, Allah tu sayang sangat kat aku. Aku datang ke bahagian kec3masan HKL sebab aku s4kit perut. Sebelum datang ke sini, aku dah jumpa doktor di kIinik biasa tapi masih tak sembuh. Jadi, dari bahagian yellow zone terus dihantar aku ke dalam wad. Doktor menyatakan aku sebenarnya kena ser4ngan jantung, enzyme hati aku naik dan juga oksigen aku jatuh.
6/3/2023 – Tak tahulah kenapa, aku rasa semput dan penat sangat walaupun hanya pergi ke tandas. Rupanya bacaan SPO2 aku jatuh ke 92. So, terp4ksalah aku mula berg4ntung pada penggunaan mesin oksigen.
7/3/2023 – pagi ni aku dihantar untuk buat x-ray d4da dan abdomen. Doktor kata x-ray abdomen nampak ok cuma x-ray d4da macam nampak “air flow” kat situ. Hari ni juga bermula kisah duka yang menimpa. Aku tak tahu macam mana, tiba – tiba SPO2 aku jadi 80 although aku masih lagi guna oksigen.
Memang doktor agak kelam kabut sebab aku memang s4kit sangat atas kepala dan semput. Tapi alhamdulillah, dengan bantuan daripada pihak wad, oksigen aku naik balik ke paras 93. Tapi still tak ok kata doktor sebab 93 ni aku dengan bantuan mesin.
Kalau tak de mesin, bacaan aku jatuh semula. Jadi, tak pasal – pasal aku kena duduk betul – betul depan meja doktor dan nurse. 8/3/2023 – Aku dihantar untuk scan abdomen. Aku tak tau nak syukur atau terk3jut. Di dalam bilik scan, Radiologist cakap aku ada Radang Hati stage 3 and suggest untuk rule out k4nser hati.
Yela sebab family aku ada keturunan pes4kit k4nser. Then, doktor bahagian perut pulak cakap, mereka suspek aku ada radang perut. Tu yang perut aku s4kit. Then, bila sampai ke wad lepas buat scan tu, doktor pakar pulak cakap aku ada:
1. Very bad blood flow dari jantung. Tu yang aku kerap s4kit d4da,
2. Even kalau aku discharge nanti, aku kena berg4ntung pada mesin oksigen ni.
Weh, macam mana aku nak kerja kalau keadaan aku macam ni? Sampai bila aku nak susahkan mak ayah??? Bayangkan dalam sehari, aku dapat tahu 4 berita tak baik pasal kesihatan aku (masalah hati, kemungkinan ada radang perut, very bad bIood circulation dan keberg4ntungan aku terhadap mesin oksigen).
Aku called bagi tahu ayah. Ayah terus slow suara, tak ceria. Yela… masing – masing dalam mood excited nak terima menantu. Tapi aku, kena terima ketentuan Allah yang Maha Agung. Aku informed doktor, nak minta keluar wad atau discaj sekejap untuk attend majlis adik aku pada 11/3/2023.
Tapi doktor tak bagi dengan alasan, aku sangat fragile dan dalam keadaan membimbangkan. Even takde plan pun untuk mereka discharge kan aku dalam waktu terdekat. Adoi penat la.. dahla s4kit kena cucuk sana sini. Sampai tercucuk saraf tangan Kiri dan kanan.
Kita tunggu jela kotla esok lusa ada berita yang lain pasal kesihatan aku. Tapi korang yang baca coretan aku ni, minta tolong doakan aku kuat tau. Minta sangat doakan urusan kehidupan aku dipermudah, doakan aku sihat dan doakan mak ayah aku sihat.. Dan doakan yang ayah aku boleh terima kenyataan yang anak dia ni tak habis – habis susahkan mereka dengan masalah kesihatan aku. Assalamualaikum…
Sambungann.. Assalamualaikum. Semoga semuanya sihat selalu. Kalau anda Masih ingat, coretan hidup aku bertajuk D3rita 5 Tahun bahagian I dan II telah pun disiarkan. Terima kasih pada yang sudi membaca. Ini sambungan daripada bahagian II.
9/3/2023 – Masa ni, aku masih dalam wad, puas aku merayu pada doktor untuk lepaskan aku, discajkan aku dari wad, yela dah lama betul dalam wad. Ditambah pula 11/3/2023 satu – satunya adik kesayangan nak dinikahkan
Doktor cakap, boleh discaj tapi dengan syarat, kalau apa – apa jadi, kena tanggung sendiri. Sebab paras SPO2 langsung tak cantik. PukuI 5 petang, alhamdulillah dapat discaj wad dengan 15 jenis ubat untuk kudap – kudapan.
Tapi disebabkan harga sewa mesin oksigen yang agak mahal, aku tak mampu. Jadi aku memang berg4ntung pada nasib je. Di rumah, mak ayah dah gembira, aku ada. Jadi lengkaplah la ahli keluarga. Tapi pada hari yang sama, kakak, abg ipar dan 4 orang anak mereka dimasukkan ke dalam wad sebab ker4cunan makanan. Tapi sekarang alhamdulillah semuanya dah sembuh dari ker4cunan makanan tapi mereka terlepas majlis nikah adik.
10/3/2023 – Adik minta tolong carikan beberapa barangan nikah. Actually badan tak larat tapi gagahkan jua. Seharian tak berehat even malam tu pun tak tidur sebab tolong parents.
11/3/2023 – Masa majlis akad nikah, aku hampir pitam di masjid. Yes, masa ni dah rasa badan tak ok. Tapi gagahkan jua.. Lepas nikah, ramai tetamu kat rumah. Memang aku all out tolong mak ayah sebab aku je yang ada untuk bantu. Tapi 11/3/2023 ni membawa episod ngeri untuk aku.
11/3/2023 – Jam 5 petang, aku mula munt4h – munt4h dan s4kit perut. Dalam episod II aku ada beritahu aku s4kit perut. Lepas maghrib, ayah perasan perut aku besar, umpama membusung. Siapa lah sangka selain peny4kit moden, rupanya aku terkena buatan orang.
11/3/2023 – Jam 9 malam, ayah yakin ada tak kena dengan perut aku. Entah apa yang ayah baca, dengan tiba – tiba aku kena hist3ria. Time ni memang tak sedar dah apa jadi. Tersedar dari hist3ria dalam jam 2 pagi, dan masa ni ramai orang kat rumah.
Ada Ustaz dan beberapa orang lain dengan kebolehan merawat. Masing – masing cakap aku kena hist3ria. “Benda” yang merasuki badan cakap, memang ada orang hantar, guna b0moh siam, bagi aku kena busung gunakan katak puru.
Orang yang hantar tu tak suka tengok cara aku yang positive walaupun aku dah s4kit. So dia berniat nak aku terus m4ti. Kata “benda” ni, yang hantar tu kenalan aku sendiri yang memang tak suka cara aku yang penuh kasih sayang, positive, hormat. Pendek kata tujuan dia hantar semata – mata tak suka dengan personaliti aku yang disukai orang.
12/3/2023 – Keadaan m4kin teruk, bila nak berubat je, aku kena hist3ria dan meng4muk, perut m4kin s4kit dan membesar especially di antara waktu maghrib dan isyak. Aku tak mampu nak makan dan nak bernafas pun m4kin tercungap.
Ada perawat datang ke rumah, sesorang nenek, dan 2 orang Ustaz. Perut membengkak satu hal, kena ganggu satu hal, yang kesian tengok mak ayah. Ayah sampai menangis tengok betapa siksanya aku. Betul, memang siksa.
Macam – macam aku nampak. Berhari – hari berubat, banyak sangat wang dikeluarkan. Kesian mak ayah. Aku ada dengar mak cakap, wang simpanan mak dah tak banyak sebab sebelum ni banyak digunakan untuk bayar hospitaI aku. Sekarang dengan rawatan tradisional lagi.. dah tu dengan rawatan peny4kit mak lagi..yup, mak aku pes4kit kr0nik k4nser, saraf, jantung dan macam – macam.
14/3/2023 – Hari ni, memang agak genting buat aku. Walaupun dah berhari – hari berubat, tapi perut masih besar dan nampak ada bengkak yang obvious sebelah kanan perut di antara pusat dan pinggang. Nak buang air kecil macam tak lawas.
Perubatan tradisional masih diteruskan. Macam – macam keluar dari badan. Ada kaca, ada paku, ada serangga, ada ulat dan macam – macam. Sampai perawat agak “surrender”. Katanya dorang tak mampu nak Iawan b0moh siam ni.
20/3/2023 – Hari berlalu, perut masih s4kit. Dapat pula call daripada hospitaI mengatakan yang doktor nak buat bypass surgery untuk aku but risik0 kem4tian melebihi 80%. Belum lagi hadam berita ni, dapat call lagi daripada hospitaI tapi daripada kIinik berbeza mengatakan yang ada berita mengenai hati aku dan mereka suggest untuk aku buat surgery juga.
Allahuakbar. Seriously, aku Tak tahu nak react macam mana. Hari ni, jam 4.20 pagi, aku masih lagi tidak mampu lelap sebab d4da s4kit je.. perut pun s4kit. Tapi aku sembunyikan semuanya supaya mak ayah tak nampak aku mend3rita.
Semoga Allah jumpakan aku dengan sesorang yang mampu membuang busung ni, semoga Allah berikan aku rezeki dan kesihatan yang baik. Aku nak bangun, kena ada orang angkatkan, nak berjalan kena pegang perut. Pendek kata nak uruskan diri sendiri pun perIukan bantuan.
Sesungguhnya, aku tak nak susahkan sesiapa lagi. Yela, untuk perubatan moden, selain kIinik Ortho, dan p4in cIinic, now dah kena attend kIinik jantung, kIinik hati, kIinik gastro, kIinik respiratory, kIinik perubatan am. Doakan kebaikan untuk aku dan keluarga ye.. – Acoi (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nur Atiqah Hamat Danal : Semoga awak cepat sembuh…aminnn… baca tt punye luahan.. saya dapat agak siapa awak.. kalau awak orang yang saya kenal masa sekolah dulu. Semoga awak tabah. Kawan – kawan dan cikgu semua sayang awak.. tahu awak memang tabah orang nye.. jangan putvs asa.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.