Aku dah tak tahan dengan perbuatan mereka tipu aku, aku pergi cari keluarga penyondol tu. Aku jumpa dan aku cerita semuanya. Penyondol tu merayu jangan teruskan lagi ape yang aku nak buat..
#Foto sekadar hiasan. Aku tak tahu tajuk tu sesuai ke tak? Yang aku tahu aku da loser jadi isteri yang baik dan loser dengan perkahwinan yang gagal. Perkahwinan aku baru nak masuk 3 tahun, tapi dari awal kahwin sampai la nak bercerai, kami selalu berg4duh.
Starting perkahwinan pon da tak baik, sebab aku pada mula nya hanya la mangsa dia. Mangsa dendam seorang lelaki pada wanita sama negeri dengan kisah lampaunya. Aku hanya la insan yang biasa biasa je, dari segi rupa, penampilan, pendapatan semua tengah tengah.
Kami kahwin pon tak tahu macam mana bole teruskan, tak tahu siapa yang mula dulu. Hanya sebab asalnya keluarga lelaki suka atau sebab suami aku dulu suka dan minta masuk meminang dan seterusnya kahwin. Rupanya dari awal merisik, meminang dan berkahwin, keluarga lelaki tak berkenan pula tapi sebab suami aku masa tu suka, maka mereka teruskan juga. Redha restu dalam terp4ksa mungkin.
Sebenarnya “Red Flag” da ada tapi masa tu aku fikir kami boleh handle dan masa tu pon kad nikah da di edar. Aku tak nak sejarah dia berulang lagi dan keluarga kami malu. Aku pilih teruskan. Awal kami kahwin sepatutnya ada “welcoming” dari suami tuk isterinya pindah masuk rumah dia. Tapi aku tak dapat semua tu.
Setiap minggu aku ke rumah tu sebab nak kena pindah barang sendiri tanpa bantuan suami. Tak bole nak pindah sekali jalan, banyak barang aku nak pack dan angkut sendiri. Suami? sikit pon tak peduli. Yang tu aku tak terasa sangat, iye la aku jenis wanita yang berdikari dan mampu buat sendiri.
Jarak tempat kerja dan rumah kami, paling kurang sejam, dan balik kerja kena prepare makan malam pulak. Aku masih ingat lagi, sampai kul1 pagi aku selesai semua dan tidur dengan keadaan penat sangat. Dari kul 8 malam aku start masak sambil tunggu lauk defrost semua, dengan keadaan tempat masak tak lengkap, selesai makan kemas dapur dan mop semua.
Mesti kata lama nya, iye sebab aku bukan wanita yang hebat memasak atau buat kerja dapur. Aku hanya tau benda basic saja sebab tu aku ‘slow’. Dia marah aku kata lambat ape semua, aku tahan lagi sebab aku akui salah aku.
Kadang – kadang aku tak tahan dengan kata – kata dan h1naan dia, aku akan menjawab. Itu lagi buat kami g4duh. Semuanya bermula aku hilang hormat kat dia bila dia kantoi ada perempuan lain. Inai kat jari masih merah, awal sangat nak kantoi.
Da jadi suami isteri, ape sangat la nak sorok. Dia merayu bagi peluang kat dia, perempuan tu dia kenal waktu aku dengan dia. Tak tahu siapa dulu yang dia kenal. Dia cakap sekali je dia buat per4ngai, tak kan tak nak bagi peluang kat dia.
Aku bagi peluang kat dia tapi dalam masa yang sama aku sentiasa pantau dia senyap-senyap. “Trust issue” da hilang sikit. Perkara tu tak berhenti kat situ, tak tunggu lama, beberapa bulan dari kantoi tu., rupanya mereka masih contact.
Dan kali ni keluarga suami minta bagi peluang kat dia. Mungkin dengar cakap orang tua aku bagi dia peluang dan hati masih sayang. Keadaan ni masih terjadi berulang ulang dalam tempoh 2 tahun kami kahwin sampai la akhirnya aku hubungi penyondol tu. Mereka berjanji tak nak berhubung ape semua tapi tak juga pegang janji. Masih lagi buat.
Semua nya berakhir bila aku tahu mereka da pernah “bersama” dan aku tahu waktu tu aku tengah mengandung beberapa bulan dah. Aku tak tahu nak menangis ke ape waktu tahu tu sebab aku da agak dorang da “bersama” cuma tak ada bukti. Kali ni aku da dapat bukti, suami aku pon tak tahu berapa kali merayu minta bagi peluang.
Dan yang paling sedih dorang pernah “bersama” waktu aku mengandung. Kejam sungguh aku rasa. Sakit pedih semua. Berapa kali minta cerai tapi suami tak nak lepaskan. Sungguh aku buntu waktu tu tak tahu nak buat ape, nak luah kat keluarga tapi nak jaga aib suami juga. Dengan dah nak bersalin lagi. Aku hanya mampu terima suami aku balik dan menangis.
Setiap kali aku sendiri aku akan menangis. Aku akan persoalkan kenapa buat aku macam ni? Kenapa uji aku macam ni? Ape dosa aku kat kau? Kenapa aku yang jadi m4ngsa? Fast forw4rd, langit tak selalunya cerah. Lepas bersalin, dalam pantang, aku dapat tahu mereka masih berhubung.
Meng4muk giIa aku waktu tu. Alasannya aku asyik mengungkit ape yang dia buat dan mungkir janji. Baru je berapa bulan benda tu terjadi, ingat senang ke nak lupakan. Lagi lagi orang yang kita sayang da khianat kita! Da buat benda terkutuk, hati mana bole terima.
Aku da tak tahan dengan perbuatan mereka tipu aku, aku pergi cari keluarga penyondol tu. Ye, aku jumpa dan aku cerita semuanya. Penyondol tu merayu jangan teruskan lagi ape yang aku nak buat. Ikutkan hati aku, memang aku akan musn4hkan dua – dua. Baik dia baik laki aku.
Tapi apa kan daya, hati aku senang reda “amarah”. Sampai sekarang aku rasa mereka da tak berani berhubung. Jujurnya, aku nak sangat keluar dari perkahwinan ni tapi aku tak mampu. Lagi anak aku cukup gembira dengan ayah dia berbanding dengan aku. Dia baru je beberapa bulan tengok dunia. Sungguh aku tak mampu.
Aku juga takut tak mampu nak lawan dengan emosi dan mental aku kalau sudah bercerai nanti. Hati aku sakit sangat. Pergi pejabat agama, kena tunggu panggiIan yang berbulan lamanya. Fast track ntuk bercerai lagi cepat dari kaunseling.
Lepas kantoi semua, memang memasak dan mengemas rumah aku abaikan. Kami kerap berg4duh. Lagi la aku tak buat ape. Sampai la aku nusyuz dengan suami aku. Dia pula tak bole terima ape yang aku buat. Bila da berbaik, semua da okay sekejap, isu “bersama” pula yang jadi.
Berbulan aku tak dapat batin, sebelom ni pon sama, batin sangat susah nak dapat. Jangan kata suh aku bersiap, aku da buat macam macam tapi masih sama. Dia tak mampu nak bagi. Lagi aku s4kit. Aku loser dengan diri aku, loser dengan suami aku.
Tr4uma khi4nati tu sentiasa mengh4ntui aku. Akibat dari beri peluang kat suami aku, akhirnya aku yang nampak buruk di mata keluarga suami aku. Doa kan aku kuat untuk keluar dari perkahwinan ini. – Mrs. Loser (Bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.