Pakcik selalu bawak satu family 40 orang datang rumah ibu. Bila ibu jamu mee,mereka merungut nak nasi. Dorang bukak tudung saji cari lauk

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Ibu ada simpan lauk tu untuk abang aku sekeluarga balik ke kampung petang nanti. Mereka geledah dapur nak cari lauk untuk bawak balik. Mereka jumpa dan terus ambik tanpa tinggalkan sikit pun..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Aku malas nak tulis panjang cuma aku nak ceritakan kisah tetamu terutama waktu hari raya baru – baru ni. Aku tau betapa mulia dan sangat besar pahala kalau kita menyambut dan menyantuni tetamu. Tapi kisah aku ni lain.

Bukan aku tak suka orang datang beraya. Aku cukup suka dan terasa meriah raya kalau ada tetamu. Tetamu tu juga pembaza rezeki. Tapi ada tetamu yang aku rasa sedikit beban. Meh aku cerita sikit… Aku ada 3 orang adik beradik, dan aku adalah anak bongsu lelaki yang belom berkahwin.

Abang sulung aku dah berkahwin begitu juga dengan kakak aku. Ibu sudah berusia, 75 tahun dan tahap kesihatan pun tak memuaskan. Kami bukan la orang yang kaya dan berduit. Masing – masing ada masalah kewangan juga dan kami bukan lah di kalangan yang bergaji besar.

Boleh bayangkan raya kami cukup sederhana tapi masih mencukupi. Kalau perayaan macam ni, kami adik beradik akan kutip duit sikit sorang tuk beli keperluan dan kelengkapan tuk masak juadah di hari raya. Sekadar mencukupi tuk kami sekeluarga dan membantu ibu.

Nak dijadikan kisah, aku ada sorang pakcik, iaitu adik kepada ibu aku. Dia mempunyai anak seramai 7 orang dan semuanya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Setiap kali raya, Pakcik aku akan memastikan dia dan kesemua anak – anaknya serta suami / isteri dan anak masing – masing akan datang beraya ke rumah kami yang anggaran jumlahnya lebih kurang 40 orang dengan 7 buah kereta (masing – masing anak ramai yer).

Mereka akan datang serentak pada waktu yang sama. Contohnya raya ke-3 diorang nak datang, pagi tu sebelom datang baru mereka bagi tahu. 3 jam perjalanan ke rumah aku. Bukan aku nak cakap tak boleh datang, tapi aku dan ibu merasa sedikit terbeban dengan jumlah yang telalu ramai bagi kami dengan keadaan rumah kampung kami yang kecil ini.

Setiap kali mereka datang, mereka datang waktu makan tengah hari dan memang niat untuk makan nasi lauk pauk di rumah. Bayangkan ibu aku dah tua, perlu masak dengan banyak dalam periuk besar macam nak kenduri. Kesian la untuk ibu terp4ksa menyediakan makanan yang banyak macam tu dengan keadaan dia yang tak berapa sihat dah tua.

Aku mesti la tolong cuma aku ni tak pandai masak. Tolong apa yang patut. Aku memang tak pandai masak. Setakat goreng ikan, goreng sayur boleh la kan. Kebetulan raya baru – baru ni abang dan kakak aku masing – masing beraya di rumah mertua.

So hanya aku membantu ibu yang sudah tua itu bertungkus lumus memasak menyediakan makanan untuk mereka seramai 40 orang tu. Bila mereka datang, mereka tidak membantu sebab fikir “rumah orang” walaupun saud4ra sendiri. Takde rasa belas kasihan pada ibu aku menyediakan makan mereka.

Kalau ibu aku, dia akan suruh aku walaupun aku ni lelaki ke dapur tuk tolong apa yang patut sebab rumah saud4ra sendiri kut, bukanya rumah orang lain pun. Paling tidak pun aku kena cuci pinggan cawan lepas kami pakai tu. Tetamu ni, bukan la aku bermaksud tidak boleh datang, cuma bila tetamu yang datang sekali ramai ibarat satu bas ni sedikit membebankan.

Kami bukan la berkira tuk keluarkan duit tuk sediakan makanan semua cuma kami tak mampu kalau tetamu nak makan lauk pauk yang sedap – sedap dan mahal semua tu. Kami jamukan sekadar yang termampu pada kami. Pernah ibu aku hanya hidangkan mee goreng ayam ketika raya sebelum ini sebab ibu tak sihat dan ayam daging ikan semua tak mencukupi tuk kami masakkan lauk pauk untuk mereka.

Tapi mereka terus tanya, “Laaaa kenapa takde masak nasi? Kami lapar nak makan nasi” Masa tu rasa macam, dugaan apakah ini? Terus aku jawab “Ni jer rezeki tuk tetamu hari ni”. Mula la pakcik aku duk perli aku lepas dengar aku menjawab macam tu.

Lepas tu aku siap dengar diorang cakap sesama mereka “Dah tau orang datang, siapkan la makanan masak nasi. Anak aku nak makan lauk ayam. Takkan anak aku nak makan mee goreng. Pedas pulak tu!” Ya Allah masa tu rasa nak marah sangat.

Mak aku tak pernah ajar kami adik beradik merungut macam ni bila pegi beraya rumah orang. Niat beraya nak jumpa sanak saud4ra bermaaf – maafan. Ni dia memang niat beraya tuk makan ke? Banyak jer peristiwa yang tak best setiap kali mereka datang sebelum – sebelum ni.

Ada sekali tu, ibu aku masak lauk pauk untuk mereka dan mereka makan sampai habis licin lauk yang dihidangkan dan kemudian tanya ada lagi tak kat dapur sebab nak bawak bekal balik. Waktu tu ibu aku ada simpan lauk tu untuk abang aku sekeluarga balik ke kampung petang nanti.

Tapi ibu aku cakap tak ada sebab dalam periuk pun dah habis licin. Dia tak puas hati, diorag pegi ke dapur dan cari sisa – sisa lauk tuk di bawak balik. Ko rasa? Bila minta tolong, kata taknak sebab rumah orang. Tapi bila macam ni, dah takde adab kat rumah orang sampai digeledahnya dapur cari sisa lauk tuk bawak balik.

Dan dia jumpa lauk yang ibu aku simpan tersorok tuk abang aku tu, dan tanpa tanya terus ambik dan bungkus makanan tu. Memang lauk pauk tu tak de tinggal sikit pun untuk kami di rumah. Dan kami belum makan lagi waktu tu. Yer la kan kena la dahuIukan tetamu makan baru tuan rumah makan. Terkesima aku dengan per4ngai diorang.

Ya Allah, tolong la jaga la adab dan jangan sesekali minta makanan untuk bungkus bawak balik kalau datang makan rumah orang. Melainkan tuan rumah tu offer. Kawan aku, perempuan pun ada sorang yang attitude macam ni, setiap kali pegi open house rumah orang, dia akan mintak plastic nak tapau makanan.

Orang tak offer tau, tapi dia pegi minta sendiri. Aku memang rasa memaIukan la attitude macam ni. kalau aku la selaku tuan rumah, rasa tak patut sangat meminta macam ni. Terus rasa tak ikhlas bila minta bungkus macam ni. Yer la kan, tetamu still ramai lagi datang dan pergi.

Tiba – tiba kau minta makanan nak bungkus. Kalau majlis dah penutup dan ada makanan lebih ok la lagi. So berbalik kepada tetamu di rumah aku tadi, pernah jugak diorang habiskan hasil tanaman ibu aku. Ibu banyak tanam sayur sayuran di halaman dapur rumah.

Duduk kampung, jadi ada la ruang tanah tuk bercucuk tanam kan. Boleh la kami berjimat tak payah beli sayur dan petik jer di halaman dapur. Kangkung, bayam, sawi, kacang panjang, cili padi, dan banyak lagi. Nak tau diorang buat apa? Habis di kutipnya sayur tu semua sampai habis ya! Sampai botak pokok sayur tu dan ada yang rosak.

Sedihnya… mereka tau kami tanam sayur tuk berjimat dan tak perlu beli. Tak salah nak ambil, tapi sampai habis licin tinggal batang sayur jer dah kenapa? Aku rasa macam takda hati perut. Tapi ibu aku ini baik, dia akan cakap takpe la takde rezeki kita, semua tu rezeki diaorang semua.

Mungkin nanti bila tanam lagi lebih lebat hasilnya. Baik kan ibu aku? Baik sampai saud4ra mara buIi macam ni. Aku perasan, bila mereka balik, takde sorang bagi duit raya kat ibu aku yer… bukan nak kata apa la kan, setakat RM5 pun takde.

Padahal anak – anak pakcik aku semua bekerja dan ada yang bergaji besar. Tak ada sorang pun yang menghulur duit raya untuk ibu aku. Again bukan aku expect tuk dapatkan duit raya, cuma aku rasa perlu ada rasa berbudi, adab, empathy tuk orang tua seperti ibu aku lepas apa yang ibu buat tuk sambut tetamu macam tu. Maybe aku salah.

Tapi kalau aku, tuk orang tua memang aku hulur sikit walaupun tak banyak. Aku dahuIukan orang tua – tua dari budak – budak untuk bagi duit raya. Maybe orang lain tak sama. so takpe la part tu… So aku tak tau la aku yang rasa emotional sangat pasal tetamu ni?

Atau perkara macam ni biasa yang kita tak patut ambil peduli? Sebab aku selalu di ajar pasal adab oleh ibu aku kalau pegi rumah orang mesti duduk diam – diam walaupun rumah saud4ra sendiri. Jangan usik barang – barang or harta benda orang. Kena ringan tulang tolong di rumah orang. Then paling penting jangan susahkan orang.

Ibu kalau bawa kami ke rumah saud4ra mara, dia akan pastikan kami makan kenyang sebelom tiba rumah orang. Kalau orang ajak makan, sekadar alas perut tuk hormat tetamu. Tambah nasi pun dia tak bagi tau kalau makan rumah orang. haha. Lagi – lagi nak minta bungkus lauk bawak balik haha.

Aku rasa part yang datang sekali ramai – ramai ke rumah orang tu macam tak patut lagi – lagi meminta tuk sediakan makan. Kita sebagai tetamu sangat tak patut tuk menyusahkan tuan rumah. Niat kita berhari raya untuk rapat kan silaturrahim. Jaga adab semasa datang menziarahi orang teruma orang tua – tua… Sekian. Wassalam. – Zain (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Tun Ramos : Kau kena cerdik. Tahu sahaja keluarga pakcik nak datang, kata sahaja OK. Tapi cepat – cepat pack barang bawa emak staycation kat mana – mana. Bila keluarga pakcik agak – agak nak sampai, call dan beritahu kena keluar daerah. Ada hal kerja. Atau kawan em3rgency. Atau apa sahaja alasan masuk akal ke tak masuk akal.

Buat setiap kali raya. Raya puasa ke, raya haji je. Kental kan hati. Niat nak mudahkan urusan emak yang tua. Serta beri pengajaran kepada keluarga Pakcik yang takde common sense. Berhadapan dengan orang tak w4ras ni, anda kena jadi 2 kali lebih tak w4ras. Baru lah buku bertemu ruas. Cuba buat cadangan saya ni dan kembali share kisah anda di sini. Kami perIukan hiburan.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5163 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.