Aku jaga maruah sebelum kahwin. Lepas 2 tahun kahwin dapat tahu suami ada anak luar nikah. Suami tak mengaku, aku buat DNA test

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Lepas 2 tahun, ada perempuan mengaku bekas kekasih suami. Mereka dah ada anak bersama umur 4 tahun, tapi suami tak mengaku. Aku nekad suruh suami buat ujian DNA. Match!

#Foto sekadar hiasan / AI. Nama aku Zamri. Aku suami, ayah, dan… seorang manusia yang pernah buat silap. Aku tak bangga dengan kisah silam aku. Sebelum kahwin, aku pernah hidup dalam dunia yang jauh dari agama. Aku pernah terlibat dengan perempuan, clubbing, maksi4t.

Tapi bila aku kenal isteri aku, aku betul – betul berubah. Aku tinggalkan semua tu. Aku belajar solat semula, ikut kelas agama, jaga batas. Aku tahu, kalau aku nak jadi imam kepada keluarga, aku kena mula dari diri sendiri. Sebelum kahwin, aku jujur dengan dia. Aku tak nak sorok. Aku cakap terus terang, dengan harapan dia akan faham aku sedang berubah, bukan kekal macam dulu.

Dia kata dia terima. Tapi rupanya, mulut kata maaf… hati tak pernah benar – benar redha. Setiap kali berg4duh, benda pertama yang dia akan ungkit — “Kau ingat aku lupa dulu kau dengan perempuan tu?” atau “Aku jijik sebenarnya, tapi aku bertahan sebab anak.”

Kata – kata tu lebih t4jam dari pis4u. Aku duduk diam. Aku rasa macam penjen4yah yang dihukvm seumur hidup walaupun dah bertaubat. Aku tak nak berpisah. Aku sayang dia. Aku sayang anak – anak. Tapi aku juga manusia. Aku perIukan kasih sayang, bukan sekadar hutang d0sa masa lalu yang sentiasa diungkit.

Kadang – kadang aku solat malam, aku menangis sorang – sorang. Aku doa agar Allah beri aku kekuatan. Bukan untuk Iawan dia… tapi untuk terus sayang, walaupun aku dis4kiti. Tapi aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan. Aku tak nak salahkan dia sepenuhnya. Aku tahu silap aku besar. Tapi andai kata kita tak boleh lupa dan maafkan, layakkah kita bina rumahtangga atas d3ndam? – Zam (Bukan nama sebenar)

Sambungan balas.. Assalamualaikum wbt. Aku ada terbaca 1 confession tentang masa lalu suami yang selalu jadi ungkitan isteri, aku juga nak ceritakan kisah aku sendiri. Aku dibesarkan dengan penuh didikan agama oleh mak ayah aku. Dari solat, aurat dan mengaji semuanya dijaga.

Menjadi rutin dari kecil sehinggalah aku berkahwin, ayah aku akan selalu semak perkara ini. Aurat dan kehormatan aku dijaga, dengan niat pertamanya kerana Allah, keduanya hanya untuk yang layak dan istimewa, iaitu imamku. Ditakdirkan aku berkahwin dengan seorang lelaki, bukan ustaz, orang biasa sahaja kerana aku pun bukannya ustazah.

Sebelum berkahwin banyak yang aku selidik, latar belakangnya, pengajiannya, pekerjaanya, bahkan agamanya juga. Kadang – kadang timbul persoalan bagaimana kalau dia berpura – pura hanya sebab ingin bernikah. Aku serah semuanya pada Allah.

Tapi sebaik masuk tahun ke 2 perkahwinan, kami diuji dengan pengakuan seorang wanita, yang katanya rapat dengan suami, pernah bercinta sewaktu belajar, bahkan sehingga pernah terlanjur beberapa kali. Percintaan mereka sehingga ke alam pekerjaan.

Tapi ditinggalkan suami aku setelah diketahui mengandung. Pada mulanya aku tidak percaya kerana anggap dia ingin meruntuhkan rumahtangga aku. Tapi hati aku berasa cukup gelisah lalu kerana dik4takan dia ditinggalkan terkontang – kanting oleh suami aku, menghilangkan diri dan tidak mahu bertanggungjawab.

Dan suami aku juga bahkan tidak mengaku mengenali dia. Tak tahan diganggu, aku memutuskan untuk dia membuat DNA test dengan suamiku bersama anaknya yang berumur 4 tahun. Keputusannya? POSITIVE, MATCH! Suami aku mengaku itu masa silamnya.

Aku terdiam untuk beberapa hari. Kerana doa aku dari sunti adalah mohon Allah kurniakan aku lelaki yang soleh, yang menjaga dirinya sepertimana aku menjaga diriku. Tapi kenapa? Kenapa ditakdirkan aku dengan dia? Yang ada anak luar nikah.

Tak tahan dibelenggu perasaan tidak adil, benci, jijik, kerap kali aku mempersoalkan pada suami. Aku tak boleh hilangkan perasaan benci tu. Ada yang nasihat itu masa silamnya, dia sudah berubah bukan. Ya, aku juga cuba tenteramkan hati.

Tapi kerap kali muncul di fikiranku, bahawa dia sudah menggadaikan maruahnya pada wanita lain sebelum aku. Tetapi aku menjaga diri aku untuk imamku. Tidak adil di situ. Bahkan untuk bersama saja perasaan jijik itu aku tidak boleh buang.

Hampir 1 tahun aku dan suami kerap berg4duh tentang isu ini. Dan kami membuat keputusan untuk membawa haluan masing – masing. Ya, aku tidak dapat terima masa silamnya, bahkan aku tak dapat terima diri aku diserahkan pada lelaki yang dah gadai maruahnya! Itu sahaja jawapanku!– AA (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

H4mba Yang Lemah : Lelaki tidak guna.. memang patut puan benci lelaki macam itu. Rosakkan maruah perempuan lain… lepas itu tinggalkan perempuan itu macam itu sahaja. Ini bukan soal kisah silam… tetapi ini suami puan lari dari bertanggungjawab..

Tinggalkan anak 4 tahun yang tidak bersalah. Apa d0sa anak itu. Sebab itu bila kata taubat. Taubat bukan sekadar taubat tetapi bertanggungjawab atas kesilapan yang lalu. Kalau suami puan sudah bertaubat. Dia perlu bertanggungjawab dengan apa yang dia buat. Kasihan anak yang lahir tidak bersalah.

Nurul Hazwani : Semua orang mahu pasangan yang baik. Wanita jahat di luar sana itu pun mahu menjadikan lelaki yang alim sebagai suami. Sama juga lelaki. Sekiranya pasangan kita sudah bertaubat siapakah kita untuk menghukvmnya..? Siapakah kita untuk jijik pada pend0sa yang telah bertaubat? Apapun… berdasarkan cerita kakak… bekas suami itu macam tidak adalah bertaubat sangat kan… jadi tidak mengapa mahu tinggalkan.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5163 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.