Suami lebih suka memandang kakak ipar aku sebab ciri – ciri isteri yang dia nak ada pada kakak ipar. Kakak ipar aku suri rumah sepenuh masa, berkain batik 24 jam, berbaju kurung bila keluar, masak selalu, marah anak – anak pun lemah lembut sahaja walaupun anak saud4ra aku boleh tahan lasak..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua.. Ni kali pertama aku luah kat sini.. Nama aku Mawar Berduri. Aku macam dah penat menjeruk rasa dalam rumah tangga. Aku dah kahwin 8 tahun dan ada sepasang anak.
Sedikit latar belakang aku dan dia. Dia bekerja swasta bahagian jualan, gaji basic 1.8k campur komisen semua lebih kurang 2.4k sebulan. Jaga solat tapi pernah kant0i dengan aku sekali dia search p0rno kat hp dia selama bertahun – tahun.
Dia janji nak berubah dan tak nak buat dah semua tu lepas aku ugvt nak hantar semua bukti dalam group family dia. Biar semua adik beradik tahu per4ngai sebenar dia. Aku masih simpan rapi semua bukti tu. Sejenis pandai bercakap bab agama terutama isteri kena hormat suami walau sejahat mana pun suami tu. Kalau tak jadi ahli ner4ka.
Walaupun iqra dia baca merangkak – rangkak bab berhujah salah isteri boleh dapat Phd. Cop bini kurang ajar tu adalah makanan aku hari – hari. Berperwatakan konservetif, baik dan alim bila di luar. Agak rajin jugak menolong kerja rumah.
Anak – anak memang sangat rapat dengan aku dan dia. Aku pulak bekerja di sektor awam dan di tempat keja pun sebagai ketua unit. Alhamdulillah, mempunyai gaji lebih besar. Pernah melalui fasa yang sangat sukar bersama dia di awal perkahwinan sehingga semua barang kemas dan simpanan aku berhabis demi kelangsungan hidup saat dia takde kerja.
Kereta terp4ksa dijual dan macam – macam lagi yang aku sebolehnya tak nak ingat dah. Masa dia tak bekerja, macam – macam soalan family aku tanya, tapi aku tetap pertahankan maruah dia dan aku tutup mulut rapat tanpa membuka pekung aku yang menanggung dia selama 2 tahun lebih.
Aku seorang yang tegas, out spoken, ramah dan boleh dik4takan ramai kawan – kawan suka jadikan aku sebagai tempat rujukan untuk sebarang idea. Kerja aku kadang – kadang sangat meletihkan dan aku mengaku kurang masak.
Rumah bersih tapi kadang kala bersepah dengan mainan anak – anak sahaja. Tidaklah sampai berkeladak sana sini. Bab didikan dan pelajaran anak – anak memang aku yang uruskan. Dari segi yuran tahunan, bulanan bayaran pengasuh, transit anak – anak, perbelanjaaan isi rumah, duit minyak tol, travel semua aku yang fikir dan tanggung.
Pendek kata aku mengambil alih tugas ketua keluarga. Gaji dia hanya untuk komitmen kereta import dia dan rumah sahaja. Kereta aku kecil dan buatan Malaysia, alhamdulillah aku dah habis bayar. Pemikiran kami juga sangat berbeza.
Dia sejenis dependent dan tidak boleh buat keputvsan sendiri walau hal sekecil mana pun. Nak order makanan fast food pun dia takkan order melainkan ada aku untuk orderkan. Aku pulak sejenis independent person. Nak ke mana seorang diri pun aku boleh.
Yang buat aku betul – betul putvs asa dengan perkahwinan kami ialah aku bukan lah isteri yang didambakan. Peranan aku lebih kepada isteri untuk memenuhi keperluan hidup dan menjadi tempat keberg4ntungan dia sepenuhnya.
Dia lebih cenderung dan suka memandang kakak ipar aku sebab ciri – ciri isteri yang dia nak ada pada kakak ipar aku. Kakak ipar aku suri rumah sepenuh masa, berkain batik 24 jam, berbaju kurung bila keluar, masak selalu, marah anak – anak pun lemah lembut sahaja walaupun anak saud4ra aku boleh tahan lasak.
Suami aku sampai tahap setiap kali bila balik kampung aku, nampak je kakak ipar aku, malam tu mesti dia manja – manja berlebih daripada biasa dengan aku. Dia akan minta bersama jugak dengan tak sabar – sabar walaupun aku penat.
Apa sahaja kata – kata kakak ipar aku dia akan sokong dan dia suruh aku ikut exactly apa yang kakak ipar aku cakap. Aku jadi tak senang dengan perlakuan suami aku yang sangat berbeza sehingga aku terfikir adakah bila bersama aku tu dia membayangkan kakak ipar tu.
Nauzubillahiminzalik. Adakah aku over thinking? Sebab memang per4ngai suami aku akan berubah drastik bila ada family gathering melibatkan kehadiran kakak ipar aku. Sejujurnya aku takde masalah dengan kakak ipar aku, aku hormat dan baik je dengan dia.
Boleh bergurau senda semua. Cuma yang menjengkelkan aku ialah suami aku. Aku pernah minta undur diri dan dia carilah isteri seperti dambaan yang dikehendaki. Tapi m4ti – m4ti dia kata takkan lepaskan aku demi masa depan anak – anak.
Katanya kalau takde anak memang dah lama dia lepaskan. Andai dia lepaskan aku, maka hidup dia akan jadi tunggang langgang kerana hampir 80% urusan hal – hal keluarga aku yang selesaikan. Memang agak sukar untuk aku p4ksa diri menjadi seperti kakak ipar aku.
Aku pernah mencuba berubah seperti yang dia mahu, tapi akhirnya aku menangis sendirian berhari – hari sebab itu bukan diri aku. Tak boleh ke suami aku terima aku apa adanya. Setiap orang berbeza sikap dan perwatakakan.
Setiap kali aku sebut bab ni, mesti dia menggiIa dengan jerit pekik sehingga aku malu dengan jiran – jiran. Sampai buat aku malu nak bertegur sapa jiran sebeIah rumah dek jerit pekik dia isteri kurang ajar kat aku. Andai perkara salah dia kant0i dengan aku, dia akan jerit – jerit agar aku jadi takut nak teruskan nyatakan apa yang aku dah tahu tentang segalanya.
Orang tengok luaran, aku sangat bahagia dengan kehidupan aku. Aku juga cuba menyembunyikan jeruk hati aku sebaiknya. Hakik4tnya aku sangat sedih. Sebesar mana pun peng0rbanan aku dalam rumah tangga saat jatuh bangun pun, aku tetap akan menjadi isteri bukan dambaan tapi isteri berkeperluan sahaja. Bantu aku. Aku perIukan nasihat dan pandangan – Mawar Berduri (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Suhaily Hj Baharum : Bila suami jenis suka pekik – pekik jerit – jerit bini ni, angkat kaki jeklah. Nak kena pekik sampai bila? Sampai m4ti? Nak bertahan sebab anak? Anak membesar dengan suasana tak elok macam tu yang tt nak? Pandai cakap pasal agama tapi tak amalkan ni takyahlah nak dibanggakan. Eehhh.. Panjang lak aku bersyarah. Tinggalkan ajelah laki camtu! Tak rugi 1 sen pun!
Farra Linda : Bahagia itu pilihan. Once he said if takde anak, da lama dia lepas kan Puan. Puan patut da tau perasaan dia pad aPuan. Dia taknak hilang puan bukan sebab sayang / cinta, tapi sebab dia da kesedapan hidup ditanggung puan.
Puan ada kerjaya, takyah risau pun kalau bercerai. Kenapa nak biar diri s4kit, hati s4kit untuk suami yang taktau menghargai puan. Da laa 80% nafkah puan tanggung, berterima kasih pun tidak, lagi nak demand macam – macam. Suami puan ni amik kesempatan je atas puan, tapi pandai guna anak plak as a reason.
Tee Zatee : Seramm baca. Memang kadang penampilam luaran tak menggambarkan yang dalam. Huu.. pasal p0rno tu memang mentaI iIIness, kalau biar lama – lama ketagihan dan beri bah4ya kepada mentaI orang yang berdekatan.
Sebab tu cepat bernafsu menggatal tak jaga mata tengok yang lain. Nauzubillah. Kena prevent tolong bab tu juga dan kena hindar dari tidak melakukan apa – apa kerja. Manusia mana pun baik laki atau perempuan bila tidak berfikir tentang amanah tanggungjawab, d0sa pahala, tidak bekerja, tidak mengisi masa dengan yang berfaedah maka akan datanglah benda yang tak baik dalam fikiran.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.