Suami dari awal kahwin cakap saya bertuah dapat suami handsome. Semua baju dan pakaian dia yang mahal, saya kena sponsor baru kena dengan gaya. Bila saya suruh ambik anak – anak dekat rumah pengasuh, dia tak nak buat. Jatuh standard lelaki handsome. Akibat tak mampu nak tanggung gaya hidup suami, saya nekad bertindak..
#Foto sekadar hiasan. Pada pandangan saya tentu ramai wanita menghadapi masalah rumahtangga seperti saya alami. Ia itu dapat suami yang merasa dirinya kacak, lawa, bergaya dan laku di pasaran. Berlagak walaupun umur sudah lebih 40 tahun dan anak sudah besar, namun jauh di sudut hatinya berpendapat isteri tak lebih daripada tempat melepaskan nafsu bila perlu selain memberi kemudahan yang dia perIukannya.
Bila saya kenangkan kembali kejayaan saya ketika memenangi hati Anas 20 tahun lalu, saya rasakan sayalah orang paling beruntung, berbanding ramai wanita lain jauh lebih cantik dan pernah menakluk hati Anas. Ketika itu saya merasa sayalah wanita paling bertuah kerana berjaya menjadi ratu hatinya.
Kerana merasa diri bertuah, saya sanggup lakukan apa sahaja jika Anas pujuk. Jika dia kata tolong belikan dia baju kemeja baru warna kelabu yang berjemama untuk ke majlis pejabatnya maka saya belikan. Saya patuh dan ikut apa kehendaknya.
Menariknya bila dia berkaca di cermin dia akan panggil saya lihat dia bergaya. Sambil berkata, “Eka, awak tak banggakah dapat suami kacak, handsome seperti saya?’’ “Kalau orang puji saya kacak, tentu awak bertuah kahwin dengan saya?’’
Memang saya bangga dan gembira kerana Anas memilih saya jadi isterinya, namun ia akhirnya membuatkan saya hampir jadi papa kedana. Peliknya kalau dia keluar malam atau memenuhi undangan pejabat mahupun kawannya, dia tak bawa saya bersama.
Cuma sekali sekala saya dibawa ikut sama kalau ke majlis kahwin saud4ra mara dia ataupun keluarga saya. Saya jarang dibawa ke majlis – majlis rasmi. Oleh kerana sering digula – gulakan dengan kekacakannya, sambil memuji saya bertuah, maka saya jadi lupa diri.
Malah saya pun ikut sama bergaya supaya setanding dengannya, supaya dia tak malu kalau berjalan dengan saya. Disebabkan keghairahan bergaya, Anas tak mahu ada anak segera. Kata Anas paling cepat lepas lima tahun kahwin.
Tetapi kita merancang, Allah menentukan. Nak jadikan cerita lepas 2 tahun kahwin saya mengandung. Berita ini bukan menggembirakan tetapi membuat Anas meng4muk sakan. Saya langsung tak terfikir Anas sanggup tuduh saya nak per4ngkap dia dan nak ik4t kakinya.
Dia suruh saya gugurkan, dan dia carikan klinik yang boleh lakukan pengguguran. Tetapi saya takut. Akibatnya hari – hari kami berg4duh. Sejak itu hubungan kami sentiasa tegang. Kalau sebelumnya pernah juga sekali sekala dia ambil saya bila balik pejabat.
Tetapi lepas mengandung, dia suruh saya balik sendiri. Nasib jiran saya kerja setempat dengan saya, jadi saya tumpang dia pergi dan balik kerja. Memang saya bayar saguhati bulanan, tetapi bila dia tak kerja saya terp4ksa pergi balik naik bas atau teksi. Memang siksa.
Nak jadikan cerita, KL 20 tahun lalu bukan besar sangat, satu hari adik perempuan saya nampak saya tengah tunggu bas. Terk3jut dia. Katanya mana kereta saya. Mulalah saya buat helah Anas pakai dia pergi out station. Tetapi bohong saya tak menjadi, sebab adik saya tahu jenis kerja macam Anas mana ada kerja out station.
Setelah ditanya bertubi – tubi barulah saya ceritakan keadaan sebenar. Pasti adik saya naik angin. Namun saya pujuk dia supaya cerita saya ini tidak sampai ke pengetahuan emak. Saya bimbang emak akan marah. Kerana sebelum memiliki kereta sendiri.
Emak berikan keretanya untuk saya trade-in beli kereta baru ikut selera saya. Dipendekkan cerita selepas mempunyai anak, memang perbelanjaan saya agak ketat sedikit. Saya tak boleh belikan Anas sepersalinannya (baju, seluar, kasut) silih berganti sepanjang tahun atau pinjamkan duit lagi, saya terp4ksa berjimat untuk makan minum di rumah, membayar bil, ansuran kereta dan sebagainya.
Saya juga terp4ksa berjimat lagi untuk bayaran upah orang menjaga anak, selain susu anak. Perbuatan saya sudah pasti membuat Anas bertambah jengkel, namun dia tetap mahu pinjam duit. Dan saya terp4ksa sediakan walaupun tidak sebanyak yang dia minta.
Dalam pada itu adik saya sentiasa menasihatkan saya, tentang masa depan saya dan anak – anak yang bakal lahir nanti. Sampai bila saya mesti berk0rban untuk menjaga ‘gaya’ Anas, sedangkan Anas tidak keluar banyak duit untuk keluarga.
Memang benar per4ngai Anas sukar berubah, tetapi bila anak berusia 2 tahun saya lihat Anas berubah, dia sayangkan anak. Bila ada majlis dia pasti bawa saya dan anak bersama. Memang menghairankan, tetapi saya sedar dia bangga bila kawannya puji kecantikan anak kami.
Tambah seronok bila kawannya kata anak kami handsome macam dia. Tiga tahun kemudian saya mengandung lagi. Syarat Anas kali ini saya mesti siapkan persalinannya seperti dulu, katanya dia tak boleh berubah kerana itu gaya hidupnya.
Sebenarnya Anas mahu sentiasa bergaya. Saya tak nafikan sem4kin usianya meningkat, wajahnya tambah kacak. Kerana itu tak hairan ramai wanita yang giIakan dia. Selepas melahirkan anak kedua, saya merasa diri saya sem4kin matang.
Bukan kerana hasutan adik, tetapi terfikir sampai bila saya mesti berk0rban supaya Anas sentiasa kacak, sepatutnya dia berk0rban untuk kami. Saya jadi lebih berani men3ntang kemahuan Anas bila saya lihat dia sem4kin liar kerana merasa dirinya sem4kin handsome.
Saya juga merasa diri dan masa depan saya tidak lagi selamat. Saya mesti berubah demi anak – anak dan masa depan. Saya sem4kin tegas bila lihat Anas mula liar dengan ramai wanita, walaupun dia nafikan. Kami juga sering bertengkar kerana aktiviti liarnya dengan ramai wanita.
Akhirnya saya berfikir Anas bukan tempat saya berg4ntung harap. Sebaliknya dia banyak berg4ntung kepada saya untuk menghiburkan dirinya. Orang seperti Anas tidak akan berubah kerana eg0 bahawa dia handsome, kacak dan bergaya.
Dan saya sudah tidak mampu menanggungnya lagi. Akhirnya saya bagi kata dua pada Anas jika dia tak boleh berubah kepada kebaikan, maka saya tidak kesal ditinggalkan. Sejak itu saya kurangkan perbelanjaan untuk Anas, alasan saya anak lebih penting.
Memang sudah dijangka sekatan itu membuat dia marah. Tetapi saya sudah nekad. Saya bangga ada emak dan adik beradik yang berdiri di belakang saya, mereka bersedia bantu saya jika memerIukan pertolongan. Ketika itu saya tidak kisah jika Anas tak balik rumah.
Malah pernah saya cadangkan jika berhajat hendak kahwin lagi, silakan saya tak akan halang dengan syarat ceraikan saya, kerana saya tahu dia tidak mampu. Anas rasa terc4bar dan dia memang bercadang berkahwin lagi.
Sebelum itu saya ambil semula kereta saya, kerana saya lebih perIukan kerata untuk hantar dan ambil anak bila pergi dan balik kerja. Memang awalnya dia tak beri. Ok! saya suruh dia hantar dan ambil anak di rumah pengasuh.
Mana dia mahu! Rosaklah gayanya yang handsome tu. Sejak saya ambil kereta, Anas berusaha beli kereta sendiri. Kekasihnya bantu, maklum orang handsome ramai wanita yang sudi tolong. Takkan orang handsome sepertinya kena naik dan turun bas atau tumpang kawan.
Tak Up lah! Akhirnya dia dapat kereta idamannya. Tapi saya tak peduli. Jika wanita itu mahu diperb0dohkan dirinya macam saya, silakan! Peliknya Anas hingga kini sudah 15 tahun berlalu masih tak kahwin lagi. Namun dia masih tegap bergaya.
Mungkin dia belum dapat wanita yang sesuai untuk gantikan saya. Kerana tak bercerai, saya minta dia menyumbang untuk makan minum anak – anak. Saya tak mahu lagi k0rbankan diri saya untuk suami yang tak tahu membaIas budi dan tidak ada masa depan.
Pada saya apa gunanya dapat suami kacak, handsome dan bergaya tapi tak boleh beri anak – anak dan isteri makan nak buat apa? Lagi pun semangat dan dorongan keluarga membuat saya sedar kelemahan saya selama ini.
Apakah saya lebih sayangkan suami seperti ini atau anak – anak. Saya mesti bertindak sebelum terlambat. Ketegasan saya membuat hidup kami lebih baik kini. Jadi saya suka nasihatkan kaum wanita, kalau sayangkan suami biar berpada, jangan membabi buta.
Kalau tak berjaya nasihatkan suami jangan takut, hidup sendirian. Orang sedang bercinta seperti Anas sukar dinasihati. Dia tak nampak mana intan mana kaca, sebaliknya dia sanggup tinggalkan cahaya di dalam rumah, demi mengejar kelip – kelip di luar. Jadi fikirkan kebaikan diri sendiri.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.