Aku cari lagi detail perempuan tu dengan upah private investigator. Dapat info lengkap. Rupanya perempuan simpanan tu pun isteri orang, ada anak dan kenal melalui game. Hadiah yang suami belikan untuk aku setiap kali balik kerja rupanya hadiah untuk tutup dia keluar dating.
#Foto sekadar hiasan. Nama aku Bunga (nama samaran) umur masih muda 20 an dan dah berkahwin selama 6 tahun. Belum ada anak. Aku dengan suami bercinta dalam 4 tahun kemudian baru berkahwin. Awal perkahwinan macam biasa bahagia dengan kehidupan yang sederhana.
Masuk tahun ketiga, tahun yang menguji rumahtangga dengan masalah kecurangan. Suami aku kaki game, setiap malam dia akan main game sampai cerah. Aku bangun pergi kerja dia baru nak masuk tidur. Tengahari dia bangun pergi kerja, malam balik lewat. Tapi tetap on game.
Sepanjang suami main game, kami banyak berg4duh disebabkan aku rasa tiada kemesraan dalam rumahtangga. Bersembang hanya benda penting. Suami aku kerja sendiri. Sampai lah satu tahap tiba – tiba suami aku cakap kena pergi outstation tapi aku tak boleh ikut. Sedangkan suami aku pergi outstation mana – mana, aku kerap ikut.
Berbalah lagi sampailah aku sendiri mengalah tak nak persoalkan. Sepanjang outstation, hari – hari suami video call tunjuk kerja kerja dia. Aku percaya tapi masih ada rasa was – was. Balik dari outstation, aku jemput suami dekat AirPort macam biasa. Suami pun macam biasa layan.
Waktu ni Allah nak tunjuk, pagi tu tergerak hati nak check handphone suami. Luluh hati bila tengok gambar mirror selfie suami dengan perempuan lain, dalam bilik hotel. Aku check whatsapp. Luluh lagi hati bila tengok mesej mesej tu.
Rupanya suami ada 2 telefon. 1 telefon dan number khas untuk contact perempuan tu. Waktu ni aku terus masuk mandi, siap – siap pergi kerja. Tapi hati isteri mana yang mampu tahan marah. Aku k3jut suami yang tengah tidur.
Aku tanya gambar – gambar yang ada. Suami merayu minta maaf. Aku campak telefon suami. Pecah skrin telefon. Tapi sebelum campak, sempat aku ambil semua gambar bukti dan nombor perempuan tu. Aku keluar pergi kerja macam biasa.
Dekat office tak boleh fokus. Terus ambil cuti em3rgency leave dekat bos. Ternangis depan bos, time tu terus bos bagi cuti. Aku tak balik rumah, aku lari check in hotel selama seminggu. Waktu ni berbaIas whatsapp dengan suami, suami merayu pujuk suruh balik. Aku cari detail perempuan tu sampai dapat.
Bila dapat, perempuan tu cakap tak tahu tu suami orang. Aku cakap dan settle dengan cara elok dengan perempuan tu. Suami pujuk balik rumah dan aku balik sebab perlu bekerja. Tapi selepas 2 minggu kantoi lagi mereka masih contact.
Waktu ni aku meng4muk. Aku telefon ibu ayah mertua cerita apa Yang jadi. Alhamdulillah mereka support aku. Aku cari lagi detail perempuan tu dengan upah private investigator. Dapat info lengkap. Rupanya perempuan simpanan tu pun isteri orang, ada anak dan kenal melalui game.
Waktu ni semua gambar yang konon pergi kerja luar tetapi rupanya pergi dating tu aku dapat melalui private investigator. Hadiah yang suami belikan untuk aku setiap kali balik kerja rupanya hadiah untuk tutup dia keluar dating.
Allah nak mudahkan cerita, suami perempuan tu contact aku tanya. Kami contact tapi melalui adik ipar lelaki sebab tak nak jadi salah faham. Dah banyak kali kant0i dengan suami perempuan tu sebelum ni tapi ya dua – dua masih belum serik.
Perempuan tu tuduh suami dia tak elok dan suami aku pun canang aku tak elok. Waktu ni mereka janji tak nak contact dan nak putvskan hubungan h4ram tu. Aku ambil keputvsan untuk duduk asing. Sebab aku sendiri pun ada rumah yang dibeli semasa tahun pertama berkahwin.
Suami merayu minta maaf untuk berubah. Mak ayah mertua pujuk untuk bagi peluang dekat anak mereka. Kalau cerita bab nafkah, suami bagi ikut kemampuan tapi masa pkp, segala hutang dan bil di tanggung oleh aku sepenuhnya.
Masa tu faham dengan keadaan pkp. Waktu tu aku kerja seperti biasa dan gaji pun dapat macam biasa. Waktu pkp suami terjebak dengan game. 3 bulan kemudian aku masih dalam tr4uma, dalam kesedihan. Cerita ni tak habis dekat sini.
Waktu ni paling tr4gis bila aku dapat tahu perempuan tu mengandung dan dia yakin tu anak suami aku. Sekali lagi kami berg4duh besar. Dan kalini mak ayah mertua dah redha kalau kami bercerai. Sebab taknak tengok aku mer4na.
Sepanjang kejadian sikit pun aku tak cerita dekat family aku sendiri. Tapi untuk berita ni, aku contact kakak aku dan minta pendapat. Kakak aku cuma cakap ini ujian dan Allah nak tinggikan lagi martabat aku sebagai isteri.
Diorang tak setuju kalau aku proceed bercerai terus. Aku terus minta izin untuk duduk asing. Nak healing hati. Bukan mudah ya. Aku ambil masa 6 bulan. Aku berserah dan berdoa kepada Allah. Kami tak bercerai tapi hubungan tu jadi tak mesra.
6 bulan aku ambil masa untuk berfikir. 6 bulan tu merintih dengan Allah minta petunjuk. Alhamdulillah suami aku mengaku salah. Itu memang doa aku untuk dia jujur segalanya. Aku bagi peluang tapi aku minta untuk panggil skandal dan suami skandal ke rumah kami.
Declare apa yang patut. Aku minta suami bersump4h dengan al-Quran yang dia akan tinggalkan semua habit buruk dan skandal dia. Skandal dia penuh berlagak cakap kalau suami aku boleh lupa dia, tak ada masalah untuk rumahtangga kami.
Aku senyum, aku cuma cakap lebih dari tu aku boleh buat masa kantoi tapi aku fikir aku ada kerjaya yang bagus untuk aku siakan hanya sebab mereka. Settle dengan bersaksikan peguam. Kalau ada gangguan dari suami aku atau skandal dia, dua – dua kena tindakan.
Fast forward, kami berpindah rumah aku yang aku beli untuk bina kehidupan baru. Waktu ni Allah dah tunjuk kerja suami semua tak dapat keuntungan. Semuanya jadi berhutang. Waktu ni aku keraskan hati taknak tolong.
Suami aku ambil masa setahun lebih untuk stabilkan balik business dia. Aku? Jalani rumahtangga seperti biasa. Dalam masa setahun lebih, suami banyak berubah. Hari – hari dia buat solat taubat untuk kesalahan dia. Setiap malam dia akan jemaah di masjid.
Hari – hari sebelum tidur suami akan minta maaf dengan perbuatan dia. Game terus tinggal. Handphone dah tak guna. Kalau nak cari, cari dia dekat kedai sahaja. Tapi bohonglah kalau aku cakap aku boleh lupa kejadian ni.
Setiap malam aku akan teringat gambar suami dengan skandal dia. Benda ni jadi isu bila aku moody dan mula tak bercakap dengan suami. Sebab aku masih dih4ntui rasa kecewa dan tr4uma tu. Suami tetap pujuk dan minta maaf dengan kesalahan dia.
Ya aku akui suami dah tinggal segala benda buruk dan dia berubah untuk rumahtangga kami. Tapi aku yang masih lagi belum boleh move on dengan kisah suami. Apa yang patut aku buat? Sebab bila kami tengah bergurau aku boleh jadi stop gelak sebab teringat kisah suami.
Suami terasa sebab aku akan jadi pendiam. Kadang – kadang aku member0ntak. Apa yang perlu aku buat untuk lupakan semua tu? Harap sahabat sekalian boleh beri pandangan. Maaf jika cerita aku panjang. – Bunga (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nur Fakhira Azmi : Berikut adalah pandangan saya untuk TT:
1. TT boleh cuba follow Kamalia Kamal atau pn Diana Taahir untuk healing dan isu mengenai tr4uma. Memandangkan puan mengalami tr4uma, isu tr4uma adalah bukan sesuatu yang kecil.
2. Dapatkan kaunselor berdaftar atau berjumpa dengan pakar psiki4tri. Sekarang banyak yang berkongsi info dan puan boleh cuba cari. Banyak cara yang akan diajar nanti untuk cope berkaitan isu yang TT hadapi.
3. Love yourself. TT perIukan motivasi, cuba buat perkara baru dan positive vibe. Kecilkan circle yang tak perlu dan enjoy the moment yang mengembirakan diri kita sendiri. Anak – anak boleh melihat dan rasa apa yang kita rasa, cuma mereka tak tahu macam mana nak luahkan.
4. Adalah tidak wajar untuk anak – anak yang terima kesan daripada kesalahan ibubapanya sendiri. TT perlu kuat dan pilih yang terbaik untuk diri TT. Hidup ini singkat untuk kita terus rasa mend3rita walaupun TT boleh bergambar bersama keluarga yang lengkap tapi dalaman TT yang rasa.
5. Jika pasangan TT boleh memilih untuk buat perkara sebegitu dan bertaubat, TT jugak berhak memilih untuk next step dalam hidup TT. Move on atau berdamai dengan takdir. Parut yang dalam boleh nampak kesannya, tapi hati yang tidak ada rasa kepercayaan dan m4ti, TT yang menghadap seorang diri. Semoga dipermudahkan perjalanan hidup TT dimasa akan datang. Adios
Maizura Madzalan : Nampak macam ko dah ok kan? Tapi sebenarnya ko ni tr4uma. Kena belajar tr4uma release. Belajar memaafkan dan melepaskan kisah silam. Panjanggggggg prosesnya. Tapi tak must4hil dilakukan. You need help.
Jangan sampai suami tu uturn buat hal balik sebab dia rasa dia buat apa – apa perubahan pun ko tetap meragam. So dia uturn je lah buat hal balik daripada hadap bini yang meroyan tak tentu masa unpredictable ni. Ko nak ke hadap balik suami ko buat hal yang sama blk? Taknak kan? Better seek help. Sembang dengan kaunselor, dengan psiki4tri pun boleh.. aku can suggest a program tapi bior lah ko cari sendiri dulu bantuan yang diharapkan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.