Mok caj RM2.50 untuk nasi putih, ayam goreng dan lauk gulai. Ramai peniaga tak puas hati Mok jual terlalu murah

Bayangkan nasi berlauk, ayam goreng seketul dan kuah gulai ayam seketul hanya RM2.50 sahaja. Kuih karipap, kuih ketayap, roti goreng dan donut yang dibuatnya masih 20 sen dari dulu sampai sekarang. Seawal pagi Mok akan menjerit dari w4rung..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum para pembaca yang dirahm4ti sekalian. Ini bukan cerita yang menarik sebenarnya tapi entah mengapa ingin benar melakar sebuah cerita tentang sosok seseorang yang tinggi benar darjat keperibadiannya.

Mok, seorang wanita w4rga emas yang hidupnya hanya tahu menabur bakti untuk orang sekelilingnya. Mok, seorang janda yang hidupnya disayangi ramai anak – anak muda walau bukan zuriat dari rahimnya. Mok, sesosok wanita berbadan gempal yang dipenuhi dengan kelembutan dan jiwa kasih sayangnya.

Jauh di negeri pantai timur, Mok seorang janda yang kem4tian suaminya sejak diawal usianya 40an. Amat baik pekertinya, lembut bicaranya dan amat penyayang sifatnya mungkin kerana mok tak dianugerahkan walau seorang anak pun di sepanjang usianya.

Mok berniaga w4rung, kecil sahaja w4rungnya. W4rungnya bersambung dengan rumahnya. Dalam w4rungnya cuma muat 4 biji meja sahaja. Itu pun meja kayu dan kerusi kayu yang dibuat oleh arw4h suaminya ketika mereka sama – sama membuka w4rung itu dulu kala.

Bila orang lain berniaga untuk mencari keuntungan, Mok pula berniaga hanya untuk mengenyangkan perut warga kampung sahaja. Berniaga sambil bersedekah katanya. Bayangkan nasi berlauk, ayam goreng seketul dan kuah gulai ayam seketul hanya RM2.50 sahaja.

Kuih karipap, kuih ketayap, roti goreng dan donut yang dibuatnya masih 20 sen dari dulu sampai dia hembuskan nafasnya. Mok memang pemurah. Sebab tu ramai peniaga lain tak berpuas hati dengan harga makanan di w4rung Mok kerana terlalu murah.

Kedai Mok buka seawal jam 6.30 pagi tutup pula jam 9 pagi hahaha. Awal habis sebab ramai yang membeli. Mok ketika itu pun dah uzur benar tapi masih nak berniaga. Katanya tak biasa kalau tak berniaga, dia kesiankan budak – budak sekolah yang mahu membeli nasi di waktu pagi.

Masih teringat ketika aku masih kecil. Setiap kali lalu di depan w4rung Mok untuk ke sekolah bersama kawan – kawan, Mok akan melaung dari dalam kedai memanggil kami semua dulu. “Awe, minoh. Hok mano tok bawo pitih hari ni? Mari ambik nasi lemok ni wat make di koloh nanti.”

“Awang, minah. Yang mana tak bawa duit hari ni? Mari ambil nasi lemak ni buat makan kat sekolah nanti.” Begitulah rutin Mok setiap pagi, kami dibekalkan nasi lemak oleh Mok yang bukan dari d4rah daging kami sendiri. Itu belum waktu pulang sekolah lagi.

Waktu pulang sekolah berduyun kami berhenti kat w4rung Mok yang setia menunggu kami pulang dengan satu jug air sejuk dan terkadang air sirap selasih. Berebut kami semua minum sambil Mok tersenyum tengok gelagat kami.

Mok tak kedekut tiapkali musim buah rambutan, buah duku atau jambu, Mok tak pernah kisah kalau kami budak – budak panjat pokok dan memetik buah dari tepi w4rungnya. Kadang – kadang Mok siap melaung lagi dari dalam w4rung

“Awe, jange duk rukah tinggi lajok lamokei jatuh.”

“Awang, jangan dipanjat tinggi sangat nantikan jatuh.”

Kami budak – budak kalau kami di marah mak masing – masing, rumah pertama yang kami larikan diri adalah rumah Mok. Aku dulu pun sama, pura – pura nak lari rumah tapi sampai je rumah Mok tengok tengok dah ada budak lain yang lari rumah dulu dari aku hahaha.

Selalunya pagi aku lari, bila dah petang Mok akan hantar aku balik. Tu pun menangis nangis aku tak nak balik sebab aku nak duduk dengan Mok lagi dari mak sendiri hahaha. Mok akan hantar aku sampai depan pintu rumah, bila mak aku nak sebat dengan penyapu lidi Mok cepat cepat cakap.

“Mu tea dio, aku tea mu kelik.”

“Mu pukuI dia, aku pukuI mu balik.”

Aku tahu Mok bergurau je. Mok nak tunjuk Mok selalu ada jadi pelindung kami di saat getir macamtu. Mok disenangi bukan dari budak malahan seluruh kampung menyayangi sikapnya. Mok rajin dan ringan tulang, tiapkali ada majlis kahwin atau aktiviti di surau Mok mesti hadir dengan kuih muih yang dibuatnya.

Kadang – kadang dalam beg duit Mok, beg yang kalau beli emas dapat free beg tu penuh dengan gula – gula udang tu. Tiapkali kami jumpa Mok tepi jalan, menjeritlah kami macam nampak orang jual aiskrim dengan motor tu. Berebut nak gula – gula dari Mok hahaha.

Bila kami dah besar, dah tiba masanya kami baIas budi Mok. Mak ayah kami pun selalu pesan dah tiba masanya kami pula yang jaga Mok. Ada anak – anak Mok yang selalu hantar beras, ayam dan keperluan lain untuk Mok walaupun Mok selalu tolak.

Kadang – kadang anak yang di bandar berpakat dengan anak yang di kampung untuk belikan barang dapur untuk Mok. Bil api air Mok pun anak – anak Mok yang bayarkan. Tiapkali ada anak – anak Mok yang balik ke kampung rumah Mok pun mesti meriah.

Apa yang mak kandung kami dapat insyaallah Mok pun akan dapat benda yang sama. Nak telefon Mok pun kena tunggu giliran jugak tau hahaha. Waktu giliran aku selalu pagi, kalau petang atau malam memang taklah call tu masuk.

Bila dapat berbual dengan Mok banyak cerita Mok kongsikan. Anak yang itu belikan gelang emas, anak yang ini belikan baju, anak yang itu pasangkan kowei. Sampai aku sendiri tak kenal yang mana satu adik beradik aku sebab ramai sangat adik beradik yang lain mak lain ayah ni hahaha.

Mok meninggaI tahun 2018. Mudah sangat Mok meninggaI. Mok cuma demam 3 hari kemudian Mok meninggaI dalam tidur. Itu pun bila ada anak Mok yang perasan tingkap rumah Mok tak dibuka pagi tu. Waktu tu ramai sangat yang datang ziarah Mok.

Anak – anak Mok semua ada. Menaburkan bakti terakhir untuk insan mulia seperti Mok. Tiapkali pagi raya, kubvr Mok lah yang paling ramai orang menziarah. Walaupun Mok tiada anak menantu tapi ramai anak – anak yang dia kasihi waktu kecil datang memberi salam kepadanya.

Ada yang datang membersihkan kubvr Mok, ada yang datang membawa cucu Mok, sampai nak ziarah kubvr Mok pun ada yang kena tunggu giliran hahaha. Jangan cakap aku atau anak – anak Mok yang lain lebihkan Mok dari mak kandung sendiri.

Kami tak lebihkan Mok. Cumanya Mok sendirian sampai ke hujung usianya. Kami risau dengan keadaan Mok yang uzur. Bila kami dah bekerjaya ni kami nak jaga Mok sama macam mana kami jaga mak ayah kami jugak.

Mok bukan siapa – siapa, dia tak dikenali orang pun tapi insyaallah dia dikenali oleh semua penduduk di langit berkat ihsan dirinya kepada orang sekelilingnya. Mok tak ada anak tapi tanpa dia sedar dia ada berpuluh anak dan berpuluh cucu yang akan menyambung sifat kemuliaan dari keturunannya.

Mok tak kaya dengan berniaga tapi dia menabung harta akhir4t yang banyak tak terhitung dalam hidupnya. Mok, terima kasih sebab wujud dalam minda memori kanak – kanak kami. Mok kenangan termanis dalam hidup kami. Semoga Mok tenang dan bahagia di alam sana. Leha rindu Mok. Al-Fatihah – Siti Minah Binti D eraman.

Komen W4rganet :

Elvina Elvina : Semoga hati – hati kita semua dikurniakan semulia hati mok. Semoga mok tenang di sana, dengan tak putvs – putvs dihadiahkan al fatihah daripada anak – anak cucu mok. Aamiiin amiiinnn aminnnn yra.

Hasanul Yazid : Teringat ayah mertua saya. Baik sangat orangnya. Walaupun belajar tak tinggi, tapi suami yang rajin, ayah yang baik, selalu hiburkan orang sekeliling. Lurus hatinya. MeninggaI pagi jumaat, ramai orang tertunggu – tunggu jen4zahnya sebab nak solatkan. Di mata manusia mungkin nampak biasa, tapi di sisi Allah tinggi darjatnya.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.