Setiap hari suami sebut nama Anis, kawan sekerja dia. Satu hari masa dekat kenduri, ‘boss’ suami call. Suami lari jauh

Aku berceritalah tentang keletah anak murid aku kat sekolah. Adalah moment gelak ketawa kami berdua. Tiba – tiba, suami aku mencelah dan masih tentang Anis. Kalini aku macam dirasuk. Kenapa d4da ni rasa s4kit. Mata rasa panas.

#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Aku Afina. Aku tak tahu nak mula bercerita macam mana. Cerita aku mungkin bosan dan sebenarnya tujuan aku tulis kat sini sekadar nak meluahkan rasa sedih. Aku sudah berkahwin dan baru mencecah 10 bulan. Aku seorang isteri yang bekerjaya.

Suami aku pula bekerja dengan sebuah company yang majoritinya cina dan workmate dia pun tiada melayu, kalau adapun hanya perempuan. Dia sering bercerita tentang seorang workmate perempuannya. Namanya Anis.

Hari pertama dia diterima bekerja di situ, dia sudah bercerita tentang Anis. Aku hanya mendengar pada awalnya dan tiada pula timbul rasa cemburu. Sudah masuk bulan ketiga dia bekerja di situ, hari – hari pulang daripada kerja mesti ada sahaja dibualkan tentang Anis. Always Anis, Anis, Anis.

Oh, ya! Anis usianya muda beberapa tahun daripada kami. Begitu juga hari ni, tetap topik berbual mesti tentang Anis. Sewaktu di kedai makan selepas je selesai order makanan, terus suami aku bercerita. Masih tentang Anis.

“Harini, saya tengok Anis macam letih je, pastu saya tanyalah dia buat ape letih je, rupenya dia pegi cameron”. Aku hanya diam. “Dia pegi dengan bf dia kot…”, sambung suamiku lagi. Aku hanya diam. Terasa malas hendak mengulas.

Aku hanya mengangguk. Adakah aku mula jemu dengan manusia bernama Anis atau cemburu? Ah, lantaklah. Aku malas hendak melayani perasaan, mungkin sebab perut lapar jadi sedikit sensitif. Dalam perjalanan pulang, aku berceritalah tentang keletah anak murid aku kat sekolah. Adalah moment gelak ketawa kami berdua.

Tiba – tiba, suami aku mencelah dan masih tentang Anis. Kalini aku macam dirasuk. Tanpa berpikir panjang, aku terus meluahkan rasa. “Hari – hari sebut nama Anis kan. Saya ada ke hari – hari sebut nama cikgu lelaki? Saya bukan jeles tapi muak. Ada je cerita pasal Anis. Tak sebut sehari tak boleh ke?” nada aku sebak sebenarnya.

“Dia tu saya anggap macam adik je.” baIas suami aku. Kalau aku ceritakan tentang anak murid lelaki je dia dah mula cemburu inikan dia setiap hari menyebut nama Anis tu beralasan anggap sebagai adik. Aku hanya membungkam, masih berpikir tentang apa yang aku rasa.

Kenapa d4da ni rasa s4kit. Mata rasa panas. “Tapi jangan lah sebut hari – hari. Saya pun takda nak sebut nama lelaki hari – hari.” ujar aku sambil merenung tingkap kereta. Mencari ketenangan dek kekacauan jiwa yang aku cipta.

Suasana sepi. Mungkin dia pun sedang bermonolog. Aku sebenarnya berharap dia ungkapkan satu patah kata je iaitu “maaf”. Tapi, hampa. Mungkin aku yang terlalu ikutkan perasaan. Mungkin aku yang patut ucapkan “maaf”.

Kadang – kadang datang overthink aku, sampai aku membayangkan dimadukan tidakpun aku yang berundur diri. Biarlah hari – hari dia menghadap si Anis tu pagi petang siang dan malam. Lepastu, tahu – tahu air mata mengalir. Aish, rapuhnya aku jadi wanita. Tiba – tiba teringat zaman gadis dulu, tak pernah sebegini kacau menguruskan hal – hal berkaitan jiwa.

Sambungan… Sudah sepertiga malam aku masih membaca satu per satu komen yang dititipkan pada cerita aku tempoh hari. Terima kasih atas nasihat ramai. Sudah tentu aku cuba praktikkan. Bermulanya cuti sekolah tempoh hari, kami telah pulang ke selatan tanah air iaitu tempat di mana suami aku membesar.

Sepanjang beberapa hari kami di kampung, cerita tentang Anis terjeda seketika. Sehinggalah suatu petang, ketika kami sedang makan di satu majlis kenduri kahwin, suami aku mendapat panggiIan. Aku sempat curi melihat skrin telefon tertera “Boss”. Suami aku angkat panggiIan dan beredar agak jauh daripada kami.

“Boss prank call tanya kenapa tak masuk kerja. Padahal dia yang bagi cuti lepastu dia mintak belikan ole – ole nanti” ujar suamiku tanpa aku bertanya. Aku hanya mendengar dengan secebis senyuman. Hatiku berdetik, mesti akan ada nama Anis lepas ni.

“Saya dengar Anis dah ketawa mengejek tapi maybe dari jauh” sambung suamiku lagi. Nah! Tepat sekali sangkaan aku. Aku hanya berdiam sebab mak mentua duduk semeja dengan aku. Jadi nak taknak kena simpan dulu rasa marah.

Berhari – hari aku simpan perasaan yang tak tentu arah dengan bermacam – macam anggapan dan syak wasangka aku. Aku cuba positive dan pesan pada diri untuk sabar. Nanti balik rumah sendiri, baru aku open table untuk berbincang heart to heart.

Nak dijadikan cerita, lepas je pulang daripada rumah mentua, suami aku demam sehingga hari ini. Aku serba salah nak ajak berbincang tentang hal ni. Bimbang aku hal remeh macam ni akan lebih memburukkan keadaan sekaligus menganggu kesihatan suami aku.

Jadi, aku simpan dulu niat aku untuk luah apa yang aku rasa. Suami aku pulang dari kerja hari ini agak lewat sebab ot. Sempat lah aku berbual dengannya sementara menunggu lauk untuk makan malam dipanaskan. “Harini makan apa lunch tadi?” soalku sepatah sedangkan dalam otak bermacam – macam soalan yang ingin aku tanya.

Dalam hati aku berdoa sangat janganlah disebut lagi nama Anis. Aku taknak perasaan syak wasangka terhadap suami aku sem4kin hari sem4kin mekar. “Makan nasi campur. Boss belanja sebab kerja banyak harini.” ujarnya.

“Anis yang belikan Boss cuma bayar je.” Suamiku menghabiskan kata – katanya. Seketika aku berdiam diri. Aku teringat semula komen – komen yang dititipkan pada cerita aku yang lalu. Hati, otak, lidah aku bercelaru. Di saat lidah aku hendak menuturkan bermacam kata, hati aku berteriak untuk sabar.

Takpe, sikit lagi. Asbab kau tak sihat je aku tahankan perasaan aku yang sekarang ni. Tapi apakan daya, aku terp4ksa meluahkan sedikit rasa. Sebab aku terbeban benar dengan rasa yang sekarang. “Semoge suami saya cepat sembuh. Semoge juga saya wanita yang sama merasai kesenangan dengan awak. Jangan bersama saya waktu awak susah je.

Dan tolong jangan buat saya jeles dengan perempuan yang nama Anis sebab saya dah muak. Rugi tau kalau awak sia – siakan saya. Saya boleh terima kekurangan awak daripada pelbagai aspek. Anis tu belum tentu lagi dapat terima awak.

Saya ni dah terang – terang terima hidup susah sekarang dengan awak, bantu awak. Sorry to say, awak memang kurang cerdik kalau awak cari pasal dengan saya. Awak tahulah apa nasib awak. Sekali awak buat saya, seribu kali saya baIas” luahkan dengan satu nafas.

Panjang aku nak cakap sebenarnya tapi aku risau kalau aku ikut em0si sampai keluar yang bukan – bukan. Suami aku diam membisu. Mungkin baru sedar, perbuatannya benar – benar menyiksa jiwa sang isteri. Atau mungkin baru sedar, kewujudan bid4dari halal depan mata dia ni, wanita yang tak pernah persoalkan siapa dia, berapa gaji dia, apa tahap pelajaran dia.

Betullah, kata para komentar bahawasanya lelaki ni perlu teguran keras supaya mereka sedar daripada keasyikan dunia. “Btw, esok saya nak mintak izin pegi Zus Coffee dengan..”

“Dengan siapa?” belum sempat habiskan kata – kata, dia dah tanya nak pergi dengan siapa.

“Workmate.” baIasku pendek.

“Ada cikgu lelaki tak?” soalnya.

“Tengoklah kalau ada pun Cikgu Naim jelah.” Aku bedal je nama tah sesapa. Hahahaha. Puas hati aku.

“Jangan awak yang curang dahla” baIasnya pendek.

“Belum apa – apa dah jeles ke? Saya tahu je nak jaga hati awak camne. Awak je yang tak tahu jaga hati saya.” Bidasku.

“Saya cuba elakkan nama Anis bila bercerita nanti.” Pelan dia membaIas. Akhirnya dia akui juga!

Untuk malam ini, aku rasa beban yang aku pikul berbulan  -bulan akhirnya lenyap. Aku harap takkan berulang dah episod mendengar nama Anis hari – hari. Aku sangat berharap, rumahtangga yang aku bina bebas daripada orang ketiga.

Aku rela menghadapi ujian kesusahan hidup berbanding diuji dengan kehadiran yang ketiga. Tapi, apapun hanya pada Allah aku berserah. Kalian doakan aku dan keluarga kecilku ya! – Afina (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nik Unggu : Apa je masalah dalam rumahtangga boleh selesai bila suami isteri duduk berbincang baik – baik, KECUALI masalah orang ketiga kerana salah seorang dah buka pintu hati izinkan orang ketiga tu masuk. Sekali berlaku, mungkin kesilapan.

Kali kedua berulang, mungkin memang miang.. Kali ketiga berlaku lagi, ini memang sengaja nak s4kitkan hati. Kepada isteri terani4ya, sayangi diri sendiri. Jaga MentaI Health kalian. You deserve better.

Zawakhir Shaharoun : Saya teringat kisah sebagai guru biasa. Seorang guru muda bercerita betapa suaminya asyik sibuk memanjang hingga mengabaikan dia. Saya beritahu dia bila suami you keluar, you ambil masa melawa, buat spa dan konon – konon pegang fon tiap kali dia balik.

Selepas 2 minggu, suami dia naik cemburu. Dia risau isteri ada peminat. Lalu lebih lekat di rumah sampai kawan saya naik boring. hahaha.. good job puan. Jangan tunjuk Puan lemah. Lelaki ni bersifat pemburu. Dia suka mengejar. Bukan kita yang terkejar – kejar..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.