
Kakak belajar dapat pinjaman MARA, tapi ayah pinjam nak buat beli susu pampers adik. Bila ayah nak guna duit yang banyak, mak kena bergadai barang kemas..
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku tak tahu nak luah dekat siapa dan kawan – kawan aku pun tak tahu cerita ni. Hanya Allah tempat aku memohon, berdoa. Ayah seorang pesara swasta. Kini hanya melakukan aktiviti meniaga sendiri.
Beberapa tahun dahulu semasa dia masih bekerja, apa yang diceritakan oleh kakak aku, dia selalu minta pinjam duit dengan kakak aku. Ketika tu kakak aku masih belajar. Ya duit mara kakak aku yang dipinjamnya. Alasannya untuk beli susu dan pampers kami adik beradik yang masih kecil. Katanya nanti ayah ganti semula.
Guess what.. Sehingga kini, per4ngai meminjam duit dengan anak masih ada. Bukan kami adik beradik nak berkira tapi pelik. Dia meniaga tapi dekat mana duit untungnya? Nak kata beli barang dapur? Hahaha, mak aku yang selalu keluarkan duit beli barang dapur.
Mak aku meniaga juga, tapi duit meniaga mak aku tu hanya untuk beli barang dapur semata. Tiada simpanan. Nafkah zahir? Sekarang aku rasa mak aku yang bagi nafkah dekat dia adalah. Kalau ada keperluan untuk pakai duit banyak, barang kemas mak aku yang digadainya.
Dia bagitaulah mak aku yang dia nak pakai duit untuk sekian – sekian. Esoknya mak aku gadai barang kemasnya. Ya dia bayar semula, tapi tengoklah banyak mana, selama mana. Aku taktau nak cakap bab ni sebab aku kurang tahu.
Aku kini sedang belajar di semester akhir. Aku selalu menangis bila balik rumah sebab tengok mak aku. Kesian dia. Aku selalu berdoa dan menangis pada Allah swt agar ringankan beban mak. Bila hujung semester, mak aku selalu tanya duit cukup tak untuk belanja. Aku tak nak susahkan dia.
Bila aku minta dekat ayah aku, dia diam dulu dalam sehari, kemudian dia bagi. Bila minta duit depan muka, tak kisah lah aku atau adik aku minta, dia akan tinggikan suara dekat kami. Kami penerima zakat. Kad bank atas nama mak aku tapi dia yang pegang.
Duit zakat untuk perbelanjaan sekolah, hak adik – adik aku untuk beli buku sekolah and so on. Bila adik – adik aku minta, kadang – kadang dia bagi, kadang – kadang tak. Dia tinggikan suara dekat adik – adik aku. Mak aku juga lah yang bagi duit yang dia ada dalam dompet.
Sampai ada satu / beberapa tahap, dompet mak aku kosong. Allah. Kesian mak. Mak aku kena ik4t perut. Pernah lah tak ada lauk dekat rumah. Nak harapkan ayah aku beli? Tunggu lah 3 – 4 hari lagi itu pun kalau dia terdetik nak beli lauk.
Duit belanja adik – adik aku yang masih sekolah? Mak aku juga lah yang keluarkan duit sendiri dari dompet. Ayah aku nak bagi? Mungkin seminggu atau dua minggu sekali je kut dia hulur. Duit belanja bulanan untuk barang dapur dari zakat pun entah ke mana duit tu.
Dia simpan untuk apa sedangkan duit tu diperIukan untuk guna. Aku selalu suruh mak minta kad tersebut dengan ayah. Tapi mak hanya diam. Mak takkan minta mungkin sebab tak berani. Kalau mak minta pun, mungkin ayah akan tinggikan suara dekat mak. Mak terlalu banyak bersabar.
Selalu aku fikir, aku doa supaya cepat – cepat aku habis belajar sebab nak tolong ringankan beban mak aku. Kini ayah aku s4kit. Lebih kurang 3 tahun dia disahkan menghidap s4kit jantung. Kadang – kadang malam dia di”att4ck”, mak aku lah yang panik.
Urut dia bagi keluar angin dari badan, bagi makan ubat, bersengkang mata jaga dia. Sekarang, aku dah lali kalau dia kena att4ck. Aku dan adik bawah aku ni dah tak kesah. Berd0sakah kami? Aku cuma terkesan dengan apa yang dia buat dekat kami dan mak. Kakak aku dah berkeluarga.
Kalau aku balik cuti, mak aku selalu luah dekat aku. Aku lah pendengar setia mak aku. Kakak aku ada lah hulur sikit dekat mak aku untuk beli barang dapur sebab dia juga tahu tentang ni. Bila aku dan adik – adik aku tolong dia meniaga, dia bagi upah.
Adik aku yang bawah aku ni, dia dah bekerja. Dia lagi tak ambil kisah hal dalam rumah lagi – lagi hal ayah aku. Duit gaji dia, dia hulur dekat mak aku je sikit. Solat. Ayah aku tak solat. Bila sampai musim dia insaf sekejap, dia solat. Lepas tu tak.
Macam mana kami anak – anak nak contohi dia? Dia pun tak solat. Anak – anak akan ikut malas solat. Aku pun masih dalam fasa penuhi 5 waktu. Nasib mak aku masih di jalan Allah. Bila solat, aku selalu berdoa agar ayah aku berubah.
Aku dan adik – adik m4kin dewasa, kami m4kin faham dengan keadaan sekarang. Kami juga m4kin renggang dengan ayah. Kami rapat dengan mak je. Aku harap mak terus kuat dalam menggalas ujian yang besar ni. Korang doakan mak aku kuat jugak :’) – Rina (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Farhana Sahari : Penatnya lah baca kisah macam ni. Nak suruh berpisah nampak gaya mak tt takkan berpisah dengan ayah. Entahlah eh. Sabar betul mak tt ni. Kepada tt, semoga direzekikan pekerjaan yang bagus dengan gaji yang bagus.
Boleh bantu mak. Pasal ayah tu, tunaikan lah tanggungjawab sewajarnya sebagai seorang anak. Doakan lah kot dia berubah satu hari nanti sebelum ajaI yang jemput dia dulu. Semoga mak tt terus sihat dan kuat melalui hari – hari yang mendatang.
Anita Kamaruddin : Fahammmm sangat. It’s complicated. Ujian Allah ni complicated. Kita la kena bijak rungkaikan permasalahan dan selesaikan satu – satu berlandaskan agama. Allah juga yang bagi dia sebagai ayah awak dan suami kepada ibu awak. Tujuan untuk menguji siapa lebih bertakwa. Lagi berat ujian, lagi besar pahalanya. Sangka Baik dengan Allah. Nabi – nabi lagi dasyat diuji. Kita apalah sangat.
Kak Yong Lipat Baju : Rasanya bila dah besar ni kita boleh stop tengok kesalahan parent kita. Kita tak boleh ubah parent tapi kita boleh ubah nasib kita. Harap tt dan adik tak ikut jejak ayah. Belajar dari kesilapan dia.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.